Friday, July 1, 2011

Transformers 3.0

*Gambar tiada kaitan.Saja nak buat kelakar sikit-sikit lebih kurang.


Walaupun Megan Musang dah tak ada,aku tetap nak pegi tengok jugak malam ni.Bukan apa,nak jugak tengok pengganti Megan Musang,Rosie Huntington-Whiteley si model pakaian dalam Victoria's Secret tu berlakon macam mana.Kaku ke,hebat ke,atau banyak aksi posisi badan macam sedang menggayakan pakaian dalam? Maklumlah,nak cari identiti.Macam Megan Musang dulu,banyak posisi badan dia dengan gaya 'check' enjin.

Megan Musang memang dah buat salah dengan komen pedasnya kepada pengarah Transformers dulu,tapi,jujur aku cakap,takda orang lain boleh ganti dia dalam transformers.Dia macam dah jadi macam pelengkap dalam filem tu.Bukan sebab dia seksi ke apa.Ok,seksi tu memang seksi la.Itu tak dinafikan.

Tapi kita membincangkan pasal identiti pelakon dalam sesebuah filem.Kira macam Mark Hamill dan Carrie Fisher dalam Star Wars.Macam Rajinikanth dalam cerita tamil yang langgar hukum-hakam fizik alam semesta.Macam Michael J. Fox (musang laagiii) dan Doc Brown dalam cerita Back To The Future atau contoh paling tempatan,ibarat Apek dan pengarah Razak Mohaidin dalam cerita yang ada banyak efek bunyi.Faham bukan?

Tak faham lagi?

Ok la,contoh tempatan terakhir.Ibarat lima pelakon utama KL Gangster dalam cerita KL Gangster.Mereka berlima wajib ada semula dalam sekuel filem tu nanti.Yang Samsul tu,dimaafkan la.Dia muda lagi.Baru belajar berlakon.Mengarah lagi.Banyak kerja tu.

Ok.Ok.Ni,kita tengah bercakap pasal cerita Transformers kan? Jadi,kenapa langsung tak keluar nama Optimus Prime ni?

Ha? Ha?

9 comments:

alien said...

Transistor pun wajib ada... dalam alat elektrik
hahaha

Anonymous said...

eh..nape takde sebut nama aku pun?aku berlakon la dlm cter tu

anakcikbob said...

da tengok ke belum ni?

Mr feckry said...

megan fox merajuk pasal hari tu kene jentik

Nerzhul said...

ntahnye..transformers patut lebih banyak pasal robot dan kurang manusia.

Rawlins GLAM said...

erk...mana transformernye? hik hik...musang cari pasangan so kena buang kije sebab gatal..hehehe

bukankosong said...

nmpak sgt nak penuhkan entry...

btw...jadi...

naiba said...

huhuhu...perenggan pertama aku x phm pun megan musang...wakakakak..lembap btul la..huhuu

pastu bru phm..kuikuikui..mgkin sbb dah lame tak jenguk blog en jamil kot..huhuhu...

tp tetap terbaeekkk...

buku pe citer buku...hehehehehhe

tuntung said...

xbest dol orang baru tu.bibir macam plastik je