Bekerja selaku penyelia tapak projek pembinaan,memang kadang-kala menjerihkan.Namun,berbekalkan pengalaman selama 15 tahun bekerja,Karim Hanafiah kelihatan steady di tengah panas.
Sedang sedap memerhatikan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan,Karim Hanafiah terpandang sesuatu.Kelihatan Wak Rudin,pekerja dari indonesia sedang berdiri rapat di dinding kontena.Karim Hanafiah tersenyum.Wak Rudin memang selalu menjadi mangsa buli Karim Hanafiah.Hiburan di tapak pembinaan.
Karim Hanafiah berjalan perlahan-lahan menghampiri Wak Rudin.Wak Rudin kelihatan begitu leka sekali.Karim Hanafiah tersenyum.Cadangan asalnya,nak sergah.Boleh tahan kelakar kalau tengok Wak Rudin melompat macam bulan lepas.Tapi,kali ini,Karim Hanafiah,bercadang untuk mengambil pendekatan yang lebih lembut.Karim Hanafiah nak lihat,apa reaksi Wak Rudin.
Karim Hanafiah berada di belakang Wak Rudin.Karim Hanafiah menepuk bahu Wak Rudin dengan tenang tapi agak kuat.Wak Rudin yang terkejut memusingkan badannya ke arah Karim Hanafiah.
Wak Rudin berdiri tegak di hadapan Karim Hanafiah.
Karim Hanafiah tiba-tiba mengetap giginya kuat-kuat atas dua sebab.
Pertama,menyesal kerana menganggu Wak Rudin yang sedang kencing.
Kedua,berasa seram apabila pehanya disiram air suling Wak Rudin yang panas dan bersemangat.
4 comments:
ahahahhah....perit ooo..panass!! kekeek... ;p
PENGOTOR!
hahahahah
adehhhhh!~ padan muka karim hanafiah
sapa suruh suka-suki buli orang!
kakuna:panasss..=p
ain: kepoh.haha
milo: =p..padan...padan..=p
Post a Comment