Jam 7.20 pagi,aku turunkan bini aku di sekolah kawasan Jalan Klang Lama.Bukan apa,jam 7.30 pagi,sekolah dah bermula.Tak ada anak pun,pagi-pagi dah sibuk kat kawasan sekolah.Selesai hantar,aku terus ke pejabat aku.Masalahnya di sini,pejabat aku hanya dibuka pada jam 9 pagi.
Jadi,rutin aku,elok sampai kawasan pejabat dalam 7.30-7.35 pagi,aku akan parking hensem-hensem,dan,layan tidur sebentar.Kadang-kadang,kalau rajin dan habis bosan,aku akan turut serta cuba call 'teka bunyi era' pada jam 8.20 pagi.Dapat jugak tembus ke talian beberapa minggu lepas,tapi jawapan salah.Memang tak berbakat.
Tadi,cuaca punya la redup.Elok aku parking,memang da tak tahan.Mata da kuyu.Angin sedap-sedap.Aku ambil handphone aku,set alarm pukul 8.40 pagi,lepas tu,ambil jaket,rendahkan kerusi,dan,terus baring dengan gaya mengiring.
Comel.
Sambil-sambil nak lelap,aku nampak sekumpulan budak sekolah sedang berjalan.Ada la dalam 7 orang.Mereka berjalan melewati kereta-kereta lain yang sedang parking di tepi jalan dengan tenang.Semuanya lelaki.Standard budak baru nak naik la,masa berjalan,muka kena ketat-ketat.Semua muka nak set ganas.Pagi-pagi muka dah ketat,memang tak elok untuk kurikulum sekolah.Diharap,mereka akan berjaya dalam SPM kelak.Memandangkan mereka tiada ancaman kepada aku,aku ambil keputusan untuk terus lelap.Nak bersembang dengan Razali pun,tak nampak pulak.Masih tidur di pokok barangkali.
Budak-budak tadi melewati kereta aku,aku pulak,hampir nak lelap.
"Tekeeeeeeeeeeeejuttt akuuuuu..." latah salah seorang dari budak lelaki tadi ala-ala chef wan.Betul-betul dia latah di tepi cermin tingkap depan muka aku.Lembut.Mungkin beliau terkejut melihat aku yang sedang sedap berbaring di dalam kereta.
Jahanam.Pagi-pagi dah buat aku lenguh pipi tahan gelak.
7 comments:
terus segar ke..
kah2
kehkehkehkeh.....bapok
hahaahaa hayoo kenapa jd beginiii??
bak emel adress.. ke dygastina@gmail.com
nk invite ke blog
err..inchik tau tak inchik nya blog tersenarai antar blog yang akan di hack..(tak tau betul ke tidak...sesiapa nak check..g at http://gengblogger.com/apollo.txt ...ada hapacrita.blogspot situ..
hahahahah
awat kecik2 lagi dah melatah tu???
sure gaye die same?..johan rajalawak je pandai yg seakan serupa kan?
alien: mau tanya lagi.haha
leena: wallahualam.tapi aku gelak gila.haha
astina: baekkk..=)
sang: tahu..tapi buat bodo je kot.haha.takut diorang main2 je.
milo: tak tahu la teman.=p
ubi: johan tu senior,ni junior dia.haha
Post a Comment