Monday, July 25, 2011

Jamil dan Bapak

Lokasi: Rumah
Tahun: 1993

"Dapat nombor satu?Bagus.Nak hadiah apa?" tanya bapak aku pada satu malam lepas tandatangan buku rekod sekolah.Macam biasa,aku maintain nombor satu sejak dari darjah satu.
"Nak atlas.Nak tengok dunia." balas aku ringkas.Muka berseri-seri.Sambil-sambil tu,aku cerita ciri-ciri buku atlas yang aku minta.Siap dengan tajuk,nama pengeluar,warna buku dan tebal berapa muka surat.Muka senyum-senyum.

Aku masuk tidur.Besoknya,seperti biasa,aku berjalan ke sekolah.Bapak aku pulak keluar bekerja.Macam tak ada apa-apa.Aktiviti seharian berlaku seperti biasa.Normal.

Malam akhirnya tiba.Bapak aku balik dari bekerja.Ada bunyi kereta parking depan rumah.Aku yang tengah lepak kat bilik,tiba-tiba berdebar.

"Wah,dapat jugak buku atlas sendiri." ujar aku dalam hati.Atlas kat perpustakaan sekolah tak boleh pinjam bawak balik rumah pulak.Buku jenis kulit keras macam tu,memang tak boleh bawak balik rumah.Untuk bacaan di sekolah sahaja.Takut rosak kot kalau pelajar pinjam.Nak tengok lama-lama,tak boleh.Waktu rehat tak panjang.Petang pulak,sibuk dengan aktiviti kampung.

Aku berlari menuju ke pintu rumah.Dalam kepala,malam tu jugak aku nak khatam semua negara dan daerah yang ada dalam dunia.Bahagia betul rasa.Nak lagi ngam,pegang atlas masa tengok berita dunia jam 10 malam nanti.Farid Ismeth Emir sebut nama tempat ja,aku nak cari dalam Atlas.Poyo.

Lepas berlari dari bilik,elok sampai depan pintu rumah,aku tergamam.

Kelihatan bapak aku sedang tekun mengeluarkan basikal BMX warna hitam dari bonet kereta.










Air liur aku meleleh hingga ke tapak kaki.

6 comments:

anakcikbob said...

alahai bapak..

Leena said...

air liur je? ekekeke

bukankosong said...

nape?

bukan ko tgk Big Mac kan?

Anonymous said...

bukan main banyak blog hang....

miloaiskurangmanis said...

dapat basikal lagi best kan????

StingRay said...

marina: =p =p hati i tersentuh.

lena: ha'ah,telinga takda air.haha

flyz: big mac wujud dah ke zaman tu?

anon: yang ni ja paling aktif.yg lain x sempat.=p

milo: sungguh! =p