Wednesday, July 20, 2011

Solat Jumaat

Lokasi:Masjid Al-Azim,Melaka.
Tahun:2003-2004

Angin menderu-deru masuk ke dalam masjid.Nyaman.Burung-burung berkicauan.Solat jumaat baru selesai.Ramai jugak yang menderu keluar.Biasa lah,ada yang nak sambung kerja.Ada yang nak balik cepat.Ada jugak keluar awal sebab nak alihkan kereta yang buat 'double-parking'.

Aku masih belum keluar.Kelas tak ada waktu petang.Kalau tak,penat jugak nak merempit ke Ayer Keroh semula.Hati tenang.Tak kelam kelibut.Cuma,masa merempit dari hostel GreenView Meadows kat Bachang tadi ja yang kelam-kelibut sikit.Lewat keluar.Ya,hostel aku dulu,dah jadi asrama jururawat rasanya sekarang.

Imam angkat tangan baca doa.Aku turut serta.Syahdu.

Bacaan doa selesai.Ramai mula keluar.Aku tunggu dulu.Jam masih belum hampir 2.30 petang.Setting masa kena tepat.Baru cemerlang.

Setelah tunggu beberapa minit,aku cargassss bangun.Turun tangga,pakai selipar,dan terus lompat atas Kriss Evo.Lepas duduk atas seat Kriss Evo,aku berdiri semula.Seat motor panas.Tengok jam,tak boleh jadi.Dengan penuh tabah,aku duduk jugak atas seat motor tu.Panas ya'amat.Dah hampir ngam-ngam 2.30 petang.Aku kena bergegas.

Motor dihidupkan.Helmet tak pakai lagi.Memang sengaja tak nak pakai.Tanpa buang masa,aku ikut jalan kecik belakang masjid.Bawak perlahan-lahan bagi sampai satu kawasan keramat.Masa kena tepat jam 2.30 petang.

Tepat-tepat jam 2.30 petang,lepas amik korner baring,aku tiba di kawasan tersebut.Jalan kosong.Takda kenderaan lain.Hanya aku watak utama pada masa tersebut.Line clear!Aku berhentikan Kriss Evo perlahan-lahan.Masa memang tepat.Muka setting paling manis.Baju melayu kasi segak-segak kemas.Rambut bagi nampak terurus.Kain pelekat,kasi naik sikit bagi nampak betis gebu.Bukan apa,minggu sebelumnya,aku terlepas beberapa minit.Kali ni,kena menikmati suasana,orang kata.

Di depan aku,kelihatan segerombolan pelajar-pelajar perempuan kolej kejururawatan.....beruniform,cantik,manis,kemas,bersih.....melintas jalan menuju ke arah Hospital Besar Melaka menggunakan 'zebra line' dengan penuh sopan.Semuanya muka senyum-senyum manis ke arah aku.Siapa lagi,jejaka sopan single berbaju melayu yang memberikan laluan kepada mereka yang lemah untuk melintas.








Kijang melompat-lompat riang.Semut bersahut-sahutan.Ultraman terbang bersimpang-siur.

Bahagia.

I rela tau jadi 'zebra-line' time tu uolss...

9 comments:

bukankosong said...

caik!

mengeletis

ha..ha...

alien said...

ceh
ngengade ko kan

Nurul Ain said...

gatal!

miang!

gedik!

gelenyo sggh!

KePOMPOM said...

bini anda tidak marah pula.. mengimbau perangai senonoh..

Anonymous said...

haha.. kenangan manis tu.. :P

zulkoa said...

gedik loo..haha

Anonymous said...

nakal nierk!

miloaiskurangmanis said...

komen iols seperti2 komen2 di atas...
ekekekeke

StingRay said...

flyz: dengki.haha

alien: manada...tak pun.=p

ain: ada unsur2 dengki di situ.=p

kempompom:nama pun perangai senonoh,mana marah.hahaa..

lofiel: manis sampai sekarang.haha...

ubi: eh..manada.aku macho.hahaha

anon: takda takda takda.=p

milo: eeuuuww....iols benci uols.haha.