Lokasi: 20km dari SmallVille.
Tahun: 1993 (Darjah 3)
Aku bermain-main dengan tenang di kawasan laman rumah.Hati gembira.Riang-ria.Maunya tak riang-ria.Malam nanti,jam 9.30 malam,aku akan naik bas dengan akak aku ke Kuala Lumpur.Biasa lah,cuti sekolah yang panjang,mesti ke Kuala Lumpur.Kalau dikira,setahun hanya 2 kali aku ke Kuala Lumpur.Kecuali kalau ada rombongan,boleh cecah 3 kali.Itu adalah rekod paling hebat bagi budak kampung macam aku.
Hangpa jangan main-main.Pegi KL pada masa tu memang mencabar.Pakai jalan kampung.Mana ada highway Utara-Selatan macam sekarang.Bas pun,jenis bas yang ada tandas kat dalam.Hebat.Namun,dapat pergi KL pada masa tersebut,seronok dia,macam pakcik-pakcik nak tunaikan haji di Mekah.
Jadi,sambil bermain-main di hadapan rumah,tiba-tiba bapak aku panggil.Aku diarahkan untuk ke rumah nenek aku.Lokasinya lebih kurang 20km dari SmallVille.Tujuannya,ada rakan bapak aku akan ke rumah nenek aku sebab dia tak tahu jalan ke rumah aku.Mungkin mereka pernah berjumpa di rumah nenek aku dulu.Mungkin.
Jadi,aku ditugaskan untuk menunjukkan jalan ke rumah kepada kawan bapak aku.Bapak aku ada hal pada masa tersebut.Bapak aku perlu bergegas ke tempat lain.Sibuk sangat nampaknya.Jangkaan bapak aku,kawan dia akan tiba beberapa jam lagi.
Selaku anak soleh dan bijak,aku tidak membantah.Jam baru 2 petang.Apadahal lah sangat kan? Jadi,aku dihantar ke rumah nenek aku dengan pantas.Turut serta,seorang rakan sepermainan aku di laman rumah tadi.Selesai menghantar aku di rumah nenek,bapak aku bergegas pergi ke tempat lain.Aku dan rakan aku tadi mula sambung kontrol hensem.Manalah tahu,ada awek yang melintas.
Selepas penat kontrol hensem dan tiada awek melintas sebab hari masih panas,baru aku pandang ke arah pintu rumah nenek aku.Berkunci.Cemas.Ke mana pulak nenek aku pergi.Tak apa,nasib baik aku bawa member.Boleh berborak jugak.
************
Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam.Kelibat membe bapak aku tak nampak-nampak.Nenek aku pulak,entah ke mana pergi.Public phone pun tak ada.Apatah lagi handphone berskrin LCD warna pada zaman tersebut.Aku berborak sampai dah tak ada tajuk.Muka dah lain.Tapi masih cover.Cemas dalam hati jangan dikira.Tak.Aku tak cemaskan membe bapak aku yang tak sampai-sampai lagi tu.Yang aku cemaskan,adalah,bas ke KL yang akan bertolak pada jam 9.30 malam.
Bekal coklat dan gula-gula hacks yang nak makan dalam bas nanti,tak beli lagi.Mandi pun belum.Mainan kapal angkasa dan baju jenama KIKO yang paling kacak,tak letak dalam beg lagi.Peta KL entah letak di mana.Runsing habis.Jam dah 7.30 malam.
Tengah sibuk runsing,tiba-tiba ada lampu kereta menyuluh ke arah kami berdua.Kelihatan sepupu dan kakak aku keluar dari kereta.
"Jamil...jom balik.Bersiap cepat.Kawan bapak tak jadi datang." laung akak aku dari pintu kereta.Aku dan member aku tadi,patuh masuk ke dalam kereta.
"Kenapa Jamil?" soal kakak aku bila dia tengok mata aku berair.
"Habuk masuk mata." aku bagi jawapan standard mak aku bila dia keluar air mata masa tengok cerita melayu sedih kat TV.
7 comments:
ala..ala...ciannyer budak ni...sampai berair mata die..huhuhu
budak hensem yg manje..
siannye.. sobss..
br tau ko sebaya aku.
nasib baik tak kena tinggal!
Siannya dia.ingt nk jd anonymous, xbleh plsk.huk3.nak gak main,cuba teka saper saya,arini sy pakai bj merah cluenyer.erkkkk.
haha
naiba: kesiannn..=p
ubi: ah.mana datang hensem pulak ni?haha
marina: calit jari berlapik sikit! =)
milo: sungguh!
gurl: ah sudah.tak nampak.tak nampak.=)
anon: =)
Post a Comment