Tuesday, July 19, 2011

Samad Keretek

"Yaa..kita menunggu panggilan seterusnya! Hello? Hellooo? Siapa di sana?" ceria sekali suara gadis DJ yang bertugas.
"Hello...amboi,susahnya nak tembus ke talian radio kat KL ni.Hahaha..." Samad Keretek gelak-gelak manja di talian.

"Biasa la,waktu lunch macam ni,ramai orang kat KL ni sedang berehat.Boleh saya tahu siapa di sana?" balas gadis DJ tadi.Ceria.
"Saya Samad.Orang gelar saya Samad Keretek sebab sy suka rokok keretek." ramah balas Samad.

"Oooo...Encik Samad sedang buat apa waktu macam ni Encik Samad?" soal gadis DJ tadi.
"Saya lepak di beranda pejabat ni ha.Menikmati pemandangan KL.Saya baru sudah makan.Lepas makan,pekena keretek sambil dengar radio dari handphone saya tadi.Bosan-bosan macam ni,seronok jugak call radio.Hahaha...Boleh tuju lagu?" ramah sekali Samad Keretek berbicara.
"Boleh encik Samad.Err..harini hari Jumaat,dah 1.40 tengah hari ni.Encik Samad ni,sedang bermusafir?" soal gadis DJ tadi penuh berhemah sambil bersangka baik.










Samad Keretek terbatuk-batuk.

Talian terputus.


10 comments:

bukankosong said...

ambik ko

sejak aritu samad keretek popular kat Radio tuh

Mr feckry said...

samad tu terus taubat nasuha, sekarang ini dia sedang giat dalam membuat kerja amal sebagai penggali kubur

Anonymous said...

samad terbatuk2 lalu jatuh dari beranda opis nya...

Hyza said...

tu lah Samad. Bukan nak pikir panjang.....

miloaiskurangmanis said...

hahahhaha

sampai terbatuk2 samad keretek!

aishareoils said...

haha..kantoi..sengal..

alien said...

samad kretek tertelan rokok kretek
kah2

zulkoa said...

waktu lucah?..aku terbatuk batuk gelak..hahaha

Anonymous said...

haha.. sungguh brhemah soalan gadis DJ, smpai trbatuk2 encik samad..

StingRay said...

flyz: tukar nama terus.haha

feckry: gali kubur sendiri?haha

anon: dan disambut oleh bidadari jelita.hahaha

suhaiza: teruja kot.=p

milo: dah merokok...mesti batuk.=p

ubi: lunch hang baca lucah? tibai mau? haha

lofiel: gadis2 mmg berhemah.haha