Lokasi: Bandar Sungai Petani.
Tahun: 2000
Aku tarik brek Kriss Evo perlahan-lahan.Lampu isyarat di hadapan bertukar merah.Selaku penunggang berhemah,aku tak langgar lampu isyarat.Sebab,melanggar lampu isyarat merupakan perbuatan bodoh kerana ianya boleh merosakkan motorsikal aku,dan,silap haribulan,boleh kena saman dengan abang polis trafik atas kesalahan merosakkan harta benda.
Sambil menunggu lampu bertukar hijau,tiba-tiba datang sekumpulan mat rempit.Ramai-ramai berhenti di depan aku.Aku punya la skema berhenti atas garisan,diorang selamba ja lepak depan lagi.Sambil tunggu lampu hijau,mat rempit tadi macam biasalah,mesti perah-perah minyak.Nak tunjuk motor dia berbunyi kuat.
Sambil tengok gelagat mat rempit tadi,tiba-tiba ada sorang apek naik motor hurricane berhenti sebelah aku.Dia pandang aku.Aku pandang dia.Umur dia lebih kurang dalam 40-an rasanya.Sambil pandang aku,dia buat isyarat muka dengan tangan.Isyarat muka dan tangan dia,kalau diterjemahkan ke dalam ayat,lebih kurang macam ni lah bunyinya.
"Apa la...rempit-rempit ni tak elok.Jangan ikut.Jangan buat."
Aku angguk-angguk tanda setuju dengan saranan beliau.Dia pun tersenyum.
Lampu bertukar hijau.Mat rempit di depan tadi tidak menunggu lama.Kesemua mereka merempit laju.Asap berkepul-kepul.Bunyi ekzos bergema.Sebijik macam lumba dalam TV.Ada lebih kurang 10 biji motor jugak.Memang kecoh jadinya.
Sambil ikut belakang geng rempit tadi,aku perasan satu benda.
Kelihatan apek bermotor hurricane tadi,berada di posisi paling hadapan dalam perlumbaan tersebut.Siap pandang-pandang belakang lagi sambil merempit.
Muka beliau,betul-betul ceria.
Kepala bana.
6 comments:
dia tak bagi ko rempit sebab dia nak menang la tu....
tak pon ko yang salah tafsir isyarat dia...
hurricane tu~
kalau ada panther misti saing ngn hurricane tu
kiranya smallvile 2 sungai petani ler..hahaha
ekceli apek tu ajak uols sekali rempit tu!
MUKE BELIAU..BETUL2 HAMPEH..huhu,
heeeee ;)
Post a Comment