Wednesday, July 20, 2011

Perjalanan Agung Dua Jejaka Kamel (Kacak + Comel)



Ok.Dulu aku pernah tulis pasal membe aku yang nak pusing semenanjung dengan naik bas tambang.Kan? Tajuk entry yang aku tulis dulu tu,berjudul,"cemburu".Kini,perjalanan mereka boleh dibaca di http://www.bastambang.blogspot.

Sedikit petikan dari blog mereka ketika mereka berada di Kelantan.Aksi bersama Dihar(otai kelantan merangkap maskot dan individu terpenting dalam ekspedisi ini).


*****************

"Alamak, tidur la pulak," kata Dihar kepada sekumpulan ikan peliharaannya di dalam akuarium kecil. "Ni la ikan-ikan aku, Deep. Ko nak tengok ikan aku tak? Kalau nak, aku boleh kejutkan diorang,"

Aku menolak sopan.

Kami ditunjukkan bilik tidur kami iaitu bilik kepunyaan adiknya. Apabila ditanya di mana terletaknya bilik tidurnya, dia menjawab terletak di belakang.

"Hari tu aku tengah tidur kat bilik aku, tiba-tiba rasa badan aku macam kena cakar, " dia mula bercerita. Apabila ditanya apa yang mencakar badannya, dia menjawab, "Biawak yang cakar. Aku dah terkejut dah time tu. Biawak tu pun terkejut bila tengok aku,"

sumber: Klik Sini.

*********************



2 comments:

. said...

baru je follow blog bas tambang ni. tapi tak sempat nak baca lagi.

StingRay said...

nizamsani: takpa..bas ni jenis tak tinggal orang.=p

deep: sesama.=)