Monday, July 25, 2011

Cahaya Mata.

Alhamdulillah,anak ikan guppy dalam akuarium dan beranak dua ekor subuh tadi.Susah jugak nak tengok jantina ikan ni.Pagi-pagi dah runsing samada nak azan atau iqamah.Jadi,aku ambil keputusan untuk iqamah saja sebab surau dekat rumah dah azan.Kalau aku azan kang,runtuh pulak kuil kecik jiran sebelah aku tu.

Aku iqamah masa nak solat,bukan iqamah dekat telinga anak ikan tu.Tu bukan anak aku.

Tampar nak?

Jadi,kena cari rezeki lebih untuk beli makanan ikan.Ada tanggungjawab baru.Nasib baik ikan tak pakai lampin dan minum susu bayi.Aku nak namakan ikan tu dengan nama Berahim dan Rahim.Tapi memandangkan empat ekor lagi ikan takda nama,aku batalkan hasrat aku tadi.Nanti kena ada 6 nama pulak nak ingat.Bila usia meningkat ni,ingatan yang ada,kena guna kepada benda berfaedah.

Hafal ayat-ayat lazim dengan betul contohnya.








Oh ya,kat mana nak buat pendaftaran kelahiran ikan?

8 comments:

aishareoils said...

g kt kementerian perlautan dan perikanan la....haha

zonaku said...

x payah daftar dulu.. tgk dulu seminggu pertama, kalau semua mash hidup, baru ko pikir pasal pendaftaran

Rawlins GLAM said...

Daftar je kat Family Tree kat umah masing-masing *jika berkenaan*

miloaiskurangmanis said...

hahahha
sengal tawww hang nehhh!

[Palie] said...

sila tanya kat "menteri perikanan mexico".. aku rasa die leh jawap katne leh wat pendaftaran.. hahaha

deep said...

nanti aku datang tolong kejutkan ikan-ikan tu ye.

KePOMPOM said...

aku dah daftar sijil kelahiran ikan aku. kat sini http://bududankeju.blogspot.com/2010/07/sijil-kelahiran-ikan-saya.html

StingRay said...

ecah: menteri perlautan? hahaha...aku dah gelak.

zonaku: baik mak ikan.=p haha

rawlings: family tree eh? nanti kena kongsi EPF.Tak nak ah! haha..

milo:auuuwww! haha

palie: dia tak boleh jawab.tak faham bahasa melayu.tskkkk...

deep: ajak dihar sekali.hahahaa......biawak dia jgn diajak.

kempompom: aku da tgk.tukar balang ikan.=p