Monday, May 24, 2010

Leman Penjual Kereta

Petang tu Leman tersengih-sengih.Pagi tadi saja dah 3 buah kereta dia dapat pembeli.Kalau nak kira komisyen,dah berapa ribu dia dapat.Tu baru sehari.Kalau darab 20 tahun,dah berkoyan-koyan duit beliau.Sambil tulis sesuatu di atas kertas,Leman cuba buat kira-kira sendiri.Kemudian sambung senyum.

Di satu sudut pameran,kelihatan seorang pakcik sedang melihat-lihat sebuah kereta.Nampak gaya macam seorang pesara yang sedang mencari kereta untuk anaknya yang sedang belajar di universiti.Itu telahan Leman.Pengalaman menjual kereta membolehkannya mengenal jenis-jenis pembeli.

"Assalamualaikum pakcik.Cari kereta untuk anak yang sedang belajar ke?" tegur Leman sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.Gaya mendekati pelanggan yang Leman praktikkan memang mengancam.
"Waalaikummussalam...ha..gitulah gamaknya.Pandai anak ni teka." balas pakcik tadi sambil senyum-senyum.

Leman tersengih bangga.

"Kalau pakcik nak tanya apa-apa pasal kereta,pakcik tanya ja.Saya boleh terangkan secara jelas kepada pakcik."Leman mula mengayat.
"Apa sahaja boleh tanya pasal kereta? Hebat anak ni." puji pakcik tadi sambil senyum-senyum.

"Ok pakcik...kereta yang pakcik tengok ni memang berbaloi kalau untuk budak-budak muda." Leman mulakan langkah.
"Sebab apa?" soal pakcik tadi ringkas.

"Sebab kereta ni bla..bla...bla.." panjang Leman menerangkan.
"Ni kereta kat sebelah ni macam mana pulak." soal pakcik tadi sambil melihat-lihat kereta di sebelah.

"Oooo..ini kereta waja baru.Dia pakai enjin CPS." balas Leman kompiden.
"CPS tu macam mana?" soal pakcik tadi penuh tanda tanya.

"Penggunaan teknologi CPS dan VIM meningkatkan kuasa enjin Waja versi baru sehingga 13 peratus kepada 125 kuasa kuda berbanding 110 kuasa kuda pada enjin Camro standard." terang Leman sebijik macam ayat dalam buku manual.


Sepi....





"Kuasa kuda dia tu...dia pakai kuda padi ka kuda perang?" soal pakcik tadi bersahaja.

Dengan perlahan-lahan....Leman bersandar di dinding sambil matanya memandang jauh ke arah langit yang cerah.

Geram.

9 comments:

Liliyuli said...

kihkihkih..dah tahu itu orang tua..len kali cerita biar senang faham dan mudah.

Siti Noor Aminah said...

kuda kepang ada CPS tak?

Ju@Lucky^Mummy said...

kuuudaaa..
saya makan kuuudaaa

Nerzhul said...

suruh pakcik tu belikan kuda je kat anak dia tu gi universiti. hahaha

limauais said...

pak cik tu gila gamaknye.haha.layan jer la,

Nirwana A. said...

wakaka.. pandai pakcik 2 buat lawak.. kuda kuda..

zulkoa said...

pak cik tu nak tes je...

hahaha,leman terkena~hati pak cik berbunga bahagia..

Lazyf said...

Leman...hang bwk ngucap naa...hahaha

StingRay said...

lili: tau x pa.haha

gc: takda.berat nak bawak. =)

mummy: wah wah..makan kuda? =p

nerzhul: berak merata-rata susah. =)

limau: hahaa..x tau.=p

wana: bergurau sekali sekala.=p

ubi: kelu lidah.=p

lazyf:rasa nak terajang pun ada.haha