Thursday, May 27, 2010

Hamid Tempe

Muka Hamid berkerut-kerut.Matanya melilau-lilau.Risau betul kali pertama datang ke KL ni.Sambil berjalan,matanya tak berhenti melilau.Kakinya melangkah keluar dari tempat parking kereta yang luas.

Gelagat Hamid diperhatikan dengan tekun oleh Mail.Selaku penjenayah tegar,mudah bebeno kalau dia nak kenal mangsa.Hari ni,dia merancang nak songlap beg duit.Mail terus mengekori mangsa dengan tenang.

Hamid yang sedang berjalan tadi mengeluarkan telefon dari seluarnya.Tanpa Hamid sedari,kunci keretanya tercicir jatuh ke tanah masa dia mengeluarkan telefon bimbitnya tadi.Mail yang memerhatikan kejadian tadi terus teruja.Kalau dapat cilok kereta pun sedap.Ramai ja yang nak beli kereta curi.Mau ribu-ribu jugak kalau jual.

Mail bersabar sambil memerhatikan Hamid berlalu pergi.




*******5 jam kemudian.*******



"Jahanammmmmm !!!! kunci kereta akuu!!!! " jerit Hamid sambil meraba-raba poketnya.Matanya cemas meninjau di tempat parking kereta.Poketnya berkali-kali diseluk.Begnya juga beberapa kali dipunggah isinya.Hamid pasrah.Tak berdaya.Perut lapar.

Hamid terduduk di sebelah kereta yang dia parking di pejabat.Penat naik bas 5 jam balik ke Johor,kunci kereta pulak jatuh entah di mana.Mustahil jatuh dalam teksi tadi sebab masa keluar Hamid dah check atas kerusi tak ada yang tinggal.Hamid termenung jauh mengenangkan nasib malangnya.

Dah la kat KL tadi nak cari stesen bas pun susah.Kalau tak kerana bos dia buat hal tetiba balik secara mengejut semalam,takdenya dia kena balik naik bas.Nasib baik tiket ada lagi.Nak balik Johor bukannya dekat.Benda-benda bodoh macam ni la yang buat Hamid rasa nak terajang bos sendiri.Serik dah nak ikut bos jumpa client.









Nun jauh di KL,kelihatan Mail sedang gigih berjalan di setiap parking kereta berdekatan sambil menekan butang pada kunci kereta Hamid.

Dahinya penuh dengan peluh-peluh harapan.

6 comments:

Lazyf said...

Hahahaha...padan muka Mail!!

Shafa said...

hik hik.. mail mail.. ko round satu kl pun takkan jumpa keta si hamid tu kalu ketanya kat johor. sengal.

Nerzhul said...

kesian hamid. padan muka mail. kahkahkah.

fasham said...

JENUH LA MAIL CARI KERETA YG BERADI DI JOHOR KKKAHKAHKAH

sitinaminah02 said...

Mail, sila tukar profession anda.!! Kalo aku jumpa Si Mail ni, mau je aku luku pala dia sebanyak 16 juta kali.

StingRay said...

lazyf: sungguh.padan muka dia. =)

sweet: tau x pa.=p

nerzhul:=p

faye:kalau dia gigih..buleh jumpa. =p

gadis; takut ko je lenguh. =p