Wednesday, May 5, 2010

Rahman dan Mesin ATM

Rahman keluar dari kereta dengan muka senyum-senyum.Dalam hati dah plan nak beli macam-macam.sejak dari rumah lagi hatinya dah riang.Rasa nak beli baju baru pun ada.Nak beli seluar baru pun ada.Sekali-sekala terpikir jugak nak tukar skirting kereta.

Rahman menuju ke arah mesin ATM.Sebelum shopping,kena bawak keluar duit dulu.Nasibnya baik kerana tak ada orang.Tak perlu susah-susah beratur.Rahman keluarkan kad dan terus menekan-nekan butang pada mesin ATM tersebut.

Tengah sedap-sedap tekan,tetiba ada 2 orang mamat naik motor singgah kat mesin ATM.Lepas parking motor,mereka berdua berbaris di belakang Rahman.Rahman buat-buat tak peduli.

"Bang..duit abang jatuh ni.Dalam sampul ni." ujar sorang dari pemuda tadi sambil menepuk-nepuk bahu Rahman.Rahman terkejut.Serta merta dia teringat kes curi duit dari ATM dengan taktik menepuk bahu sambil menukar kat ATM mangsa.Situasi yang sama sedang dilaluinya sekarang.

Selaku pelajar cemerlang masa UPSR 18 tahun lepas,Rahman kena pintar untuk mengelak dari dirinya menjadi mangsa penukaran kad ATM.Kepalanya ligat berfikir.Kalau dia tunduk ambil duit tu,mesti diorang akan tukar kad ATMnya dengan pantas.

Akhirnya Rahman dapat satu idea paling bernas.

"Oh..ye ke..takpe lah,saya sedekah je kat korang.Ambil lah." ringkas Rahman membalas tanpa memalingkan kepalanya ke belakang.Matanya perlu fokus kepada mesin ATM.Mana boleh dia tertipu macam tu ja.Setelah selesai,Rahman menuju laju-laju ke dalam kereta.Hatinya lega.Duit dari mesin ATM tadi kemas di dalam genggaman.Matanya tidak lepas melihat dua orang mamat tadi yang sedang tekun menghidupkan motor dan berlalu dari situ.

Rahman puas dapat kecewakan dua orang mamat tadi.







**********


"Makkkk.....Man dah balik ni....ni ha kain yang mak pesan tadi." laung Rahman dengan ceria setelah sampai di rumah.
"Ha...ada pun kain ni.Kamu dah masukkan ke duit RM3000 yang mak kirim ke dalam bank tadi?" soal Mak Cik Tipah kepada Rahman sambil belek-belek kain yang dipesannya tadi.


**********






"Gila la mamat tu..senang-senang je bagi duit kat orang.Dah habis kaya lah tu kot.Memang langkah kanan la kita harini Hamid...tiga ribu ni baii...makan-makan...tambah-tambah...tak sia-sia aku cium tangan mak aku masa keluar dari rumah tadi." bebel Topek sambil pekena Banana Split dengan kaki silang atas meja dekat kedai makan paling mahal dalam pekan.

12 comments:

Lazyf said...

Sepandai-pandai Rahman, bijak lagi si Topek...hahaha

zhrhtoodem said...

hohoohohooooo
nervous sangat lah tuh

wHoSeNa said...

bijak..tp ade kesengalan pd rahman dctu...

~gUrL in pUrPle~ said...

nama mereka sangat klasik... keh3... topek tu may b taufiq kot..

sitinaminah02 said...

kalo aku kt tempat rahman tu, sure aku sedekah gk duit kt dua ekoq mamat bermoto tu.. huhuhu.

eNaSaN said...

adussssss cian duiT maK rahMaN

Anonymous said...

gigit jari weih!!!

brat2104 said...

kesian rahman.. hurm.. =(

Aimi Zainudin said...

apa adi pada rahman??hoho

Malang tak berbau sungguh....
aish....

StingRay said...

lazyf: nasib nasib..=p

zara: hahaha...

who: sengal la jugak.=p

gurl: ye betol...nama dia taufik..=)

bat: sedekah kat aku sekarang boleh? =p

enasan: ahahha

ain: hahaha....mau tak gigit..

brat: blanja dia cepat..nak belanja dia kena bai duit kat aku. =)

cinta: malang berbau macam mcd tak? =p

Jay Harun said...

pertama kali aku ternganga bace ending post dlm blog ni...

sekapur said...

wahhh gile r..sengal tul rahman tu..jgn lah jadik kat aku..