Tuesday, May 4, 2010

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 6 - (Part 2)


Isi ikan kayu goreng ni..aku hancur-hancurkan.Telur goreng tu pun aku hancur-hancurkan.Lepas tu letak kicap,kemudian gaulkan hingga sebati.Makan bersama sambal belacan buatan mak.Oh demm..sebijik macam yang aku makan masa tadika dulu.Cuma waktu tu,mak aku yang tolong gaulkan nasi.Hehehehehe.....


Masa habih belajar 3 tahun lepas,sementara cari kerja,aku datang tanam pokok ni.Ye la,buat apa nak duduk rumah saja kan? Masa tu,pokok ni tinggi paras peha aku ja.Sekarang dah besar panjang dah depa ni semua.Masa aku masuk pagar tu,aku bertegur sapa dengan pokok-pokok ni.Alhamdulillah,depa kenai kat aku lagi.Beradab betul pokok kat kampung ni.Menurut bapak aku,lagi 4 tahun boleh menoreh dah.Oh ya..pokok yang satu tu bukan tengah rukuk,tu dia bengkok sebab ada monyet bergayut.Lagipun tu bukan arah kiblat.


Dangau tempat lepak lepas tanam pokok getah 3 tahun dulu.Makan nasik dengan ikan kembung bakar,ikan tamban masin bakar,sambal belacan.Peh...menyentap.Bakar pulak kat situ jugak,berselera betul.Yang buat selera bertambah tu,sebab makan dengan mak bapak aku sekali. =} Sekarang ni dah tak terurus dah dangau ni.Dulu bersih ja.Jauh sket dari rumah kebun ni.Oh ya..depan dangau tu ada 'charuk' a.k.a anak sungai.


Ha,ni le anak sungai yang aku cakap tadi.Masa aku datang ni,air dia tengah surut.Musim kemarau la katakan.Kalau tak,kat sini la aku berendam.Air bukit baii..sejuk dia jenis sejuk sedap.Menyentap sampai urat belikat dan urat tak belikat.Aku rasa rimau pun suka mandi sungai ni.Jangan risau,dalam charuk ni tak ada sotong kurita mahupun jerung.Dolphin pun tak ada.




"Jamil.I macam tak percaya je U sanggup kilatkan enjin I.Hati U ni penuh dengan kasih sayang jugak ye.Sebab tu I suka balik kampung,U jaga I macam tuan puteri.Hik...hik..hik..." ngomel PS bila aku ada masa panjang untuk manjakan dia.


Bukan..bukan...ni bukan iklan Febreze.


Penat-penat aku cuci,dia buat tempat beradu.Habih kotor.


Tenang macam buaya dalam air.


Hai mak....He he he..Bukan..mak aku bukan yang rambut pendek tu.Mak aku yang pakai tudung tu.Dia tak sedar aku ambil gambar.Sibuk sangat nak tukar rantai emas dia,bawak la datang. =}


1 Malaysia? =}


Oh..pokok tempat aku layan blues masa sekolah rendah dulu.Ada lagi pokok ni rupanya.


Bliss...


Itu namanya Gunung Jerai.Jangan nak mengada-ngada kata Gunung Ledang.Lempang rusuk kiri baru tau.(Emo sebab nak balik KL dah.)





Fakta-Fakti: Aku tak sempat menjelajah kampung..banyak sangat hal ehwal nak diselesaikan.Mandi sungai pun tak sempat.Tsskkkk......rugi-rugi. =(


14 comments:

miss nina said...

bestnya ada suasana begini
~rindu kat kampung

Lazyf said...
This comment has been removed by the author.
Lazyf said...

best giler kg ko...
somel2 kucing 1 Malaysia tuh...

(aku peminat tegar kucing)

Mimie.Candy Cane said...

Terima kasih sbb bawak aku jalan-jalan kat kampung ko.bess sangatttt!

noorafzan.blogspot.com said...

uhuuu...
syoknye kampung hang..
oleh kerana gagal geografi..
mana ek gunug jerai nih?
kat johor ek?

Aku said...

truly heaven..

Ann said...

apsal smua pokok aku tanam mesti mati?
jeles tgk pkok2 hang mebesar huhu

Yatre Hayati said...

wah seronoknya balik kampung ! kampung lak memang kampung betol.best 2

eNaSaN said...

beSh nyER................

Pet Shop Boys said...

Damn! cantiknya pokok tu...masih lagi segar bugar rupanya...

very sweet ah ini post.

Tukang Terjun said...

rumah gua kat gunung jerai..

hohoho..

bungacahaya said...

Aku kalau balik kg...jumpa jalan nk balik umah aku balik. Hehehehe...

Sebab takde kg. Mak pak aku duk taman sblh umah yg aku beli ni jer. Wakakakaka...

Unknown said...

pegi kedai emas? beli cincin tunang eh?

StingRay said...

nina: hehee..balik cepat. =)

lazyf:kucing tu mmg ngada.=)

mimie: sama-sama..tadahal.=p

noor: gunung jerai kat kedah la yang oi..hahaha...jauh bebeno pegi sampai johor.

daisy: hik hik hik...=p

ann: welll....tgk tangan la..haha

yatre:kampung aku bukan macam kampung pandan kat kl. =p

enasan: =p

pet: segar dari ladang. =)

tukang: belakang ka..tepi ka..atas gunung? hahaha...jgn cakap bawah gunung sudah.

bunga: kesian.hahaha..cari suami yang ada kampung nanti.=p

naddy: tak..mak aku nak tukar gelang dia. =)