Friday, May 21, 2010

Semalam yang hangat 20

Aku singgah kat gerai yang jual nasi lemak dekat BK5 atau dikenali dengan nama Bandar Kinrara.Disebabkan dah agak lama tak pekena nasi lemak,aku pun singgah kejap.Nasi lemak ni,dah lama aku makan masa duduk kat BK5 dulu.Ala,nasi lemak ni depan masjid BK5.Dekat simpang 3 tu.Sebelah kedai Otai bege.Nasi lemak ni memang sedap lah.

Lepas kunci PS,aku pun berjalan dengan tenang menuju ke arah gerai tadi.Elok sampai,mata aku dah target ayam mana aku nak cekau.Bau toksah cakap,wangi sungguh.Perut lapar memang sedap makan apa pun.Pada masa yang sama,ada sorang akak baru sampai.Kira sama-sama sampai la dengan aku.Akak tadi pilih ayam sambil order nasik.Aku pun order jugak lepas akak tu order.

"Bungkus sambal asing ye." sambung akak tadi sambil belek-belek ayam.
"Ok kak..boleh boleh.." balas brader nasi lemak sambil sediakan nasi.

Bunyi gorengan ayam memecah sunyi.

"Sambal tu bungkus asing eh." aku pun tak nak kalah.Mencelah jugak.Bukan apa,kalau letak sekali,nanti tak sedap.Nasi jadi kembang.Memang tak ngam.
"Ok bang..boleh bang... boleh." balas brader tu lagi.Tangan sibuk menceduk nasi.

Bunyi gorengan ayam memecah sunyi.

"Ayam drumstick ni tak payah potong ya.Letak sekali kat situ." ujar akak tadi sambil letak ayam atas tray.
"Ok bang..boleh bang...boleh.." balas brader tadi laju-laju.






Sepi...






Bunyi gorengan ayam terus memecah sunyi.

13 comments:

Unknown said...

akak @ bang tu jadi beli tak? hehehe..sian akak tu..

Pet Shop Boys said...

second!

zulkoa said...

folow la akak tu,ane tau ade can..hehe

Shafa said...

cian brader tu. rasa dia pun dah pening dah nak jawab mana satu. haha...

Siti Noor Aminah said...

terus kakak tu amek straw & sedut sambal sampai abih...!!! padan muka jamil dan brader tu.. kakakakaka...

Lazyf said...

aku berasa amat simpati pd abg itu...hahaha

Nerzhul said...

brader tu dah jemu nak jawab karenah customer. jawab gitu je la sampai sudah. hahaha

Unknown said...

mula2 xpaham..bace lg sekali baru pasan..kelaka2..=p

Anonymous said...

brader jual nasik lemak kasi pecah rahsia kakak tu aje..,

"malu i yah..,"

aauwww...

~gUrL in pUrPle~ said...

bnyk songeh sorg2... *sayapun sama* hahaha...

Solehah said...

hehe..pandai lak akak tu diam lepas tu..

schahaus said...

ok! jap lg nk pegi ctu beli
dkt jek

StingRay said...

naddy: jadi beli.

pet; kedua. =)

ubi: tak berminat. =)

sweet: berserabut dia.haha

gadis: selalu buat ka macam tu? =)

lazyf: haha..pegi bagi semangat kat dia. =)

ner: tu baru dua orang.=p

teratai: baca laju sangat. =p

ain: wah..ada bakat jadi bapok...haha..serius..auww..nyahhh!! =p

gurl: tau pun. =)

solehah: mau tak diam.haha

ainil: kirim. =)