Wednesday, May 5, 2010

Wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan.

LONDON: Menemui wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan anda.Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh.

Kesan itu meningkat di kalangan lelaki yang percaya wanita berkenaan bukan setaraf mereka.Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.

Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku.Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada di bilik yang sama.

Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat.Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.

Penyelidik merumuskan: “Dalam kajian ini, kami menganggap, bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan."

“Walaupun sebahagian lelaki mungkin mengelak menemui wanita jelita kerana beranggapan mereka tidak setaraf, majoriti akan berasa bimbang serentak dengan tindak balas hormon.

“Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita.

Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. “Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk. - Agensi


Sumber berita: KLIK SINI.


Macam-macam kajian merepek-repek sekarang ni.Hahahhaha..hangpa semua kena tenang macam aku.

10 comments:

achik ezam said...

kolo wanita tiruan?????

Aku said...

masalahnya,even lelaki tu tak ensem,taste dia still nak pompuan cantik~camana?

~gUrL in pUrPle~ said...

sebab dia suka, kalo dia xsuka dia xtertekan.. hehe

~gUrL in pUrPle~ said...

aik, hilang perkataan.diorg tertekan sebab diorg suka, kalo xsuka diorg xtertekan. and ada gak lelaki yg wat2 xsuka pmpn cntik and wat2 tenang... hahahahaha...

Lazyf said...

Lisa Surihani tuh caner plak Jamil?

Anonymous said...

mengarutlah! tuhan dah jadikan sesuatu itu berpasang-pasangan. Maknanya yang cecantik tu mestilah dikacukkan dgn yang tak berapa nak hensemmm! Eh! yeke? itulah! samada aku cantik JR xhensem ataupun sebaliknya pun aku tak tahu. tp yg pasti rasanya akulah yang cantik tu
;-p

sitinaminah02 said...

huhu.. apakah salahku di lahirkan jelita???

Lina Awie said...

adekah pompuan asing itu sangat2 jelita utk ujian itu???

dorg test x letak pompuan x cantik mase ujian tu???huhu..kajian xcukup t'perinci kot...

haha..kalau cmtu,laki xleh nmpk pompuan...kalo nmpk je,dorg dh pk 'terdapat peluang utk berkenalan'...kan...?

StingRay said...

ezam: kena tempeleng.haha

daisy:entah.hahahaa

gurl: wah..sapa orang tu? haha

lazyf: errr..aa..err...aaa..anu...aaa..errr....aaaa.....auww! hahahaa

ain: nak kena sekeh laju-laju? Hahahah..perasan! =p

bat: cermin ajaib dalam bilik ko cakap macam tu? =)

ina: anda jelita? =p

Lina Awie said...

jamil..jwpn kpd soalan anda itu:kalau kamu jamil,sy jamilah..haha

perlu ke dipersoalkan disini??tiada kaitan kn???
**jelita itu subjektif,t'pulang pd individu yg melihat..**