Razman tersenyum-senyum.Bangunan dua tingkat di hadapannya tersergam indah.Setelah beberapa bulan dibina,akhirnya siap juga bangunan sarang burung walit.Petang tersebut,Razman buat pertama kali akan memasang CD rakaman bunyi burung walit.Diharapnya,bunyi dari CD tadi dapat memanggil burung walit ramai-ramai.Ikut cakap brader yang tolong dia,sebulan senang-senang boleh dapat RM20K.
Terbeliak mata Razman dibuatnya.
Selesai memasukkan CD rakaman bunyi,Razman tersenyum.Untuk tidak mengganggu dan menakutkan burung yang bakal datang,Razman beredar pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ.Hari semakin senja.Razman berharap sangat,burung walit akan hinggap ke sarang yang telah dibinanya.Sudah banyak duit yang dilaburkannya.
*******Malam tiba*******
Dari tingkap rumahnya,Razman tersenyum-senyum.Selain dari bunyi CD rakaman burung walit,Razman terdengar ada banyak bunyi burung dari dalam bangunan sarang burung walitnya.Meriah betul bunyinya.Kalau dari bunyinya sahaja,boleh mencecah berpuluh ekor jugak anggaran kasar bilangan burung yang singgah.
Disebabkan kali pertama,Razman teruja.Razman mengambil keputusan untuk mengintai dari dekat sarang burungnya.Dalam kepala Razman,mintak-mintak la burung tersebut cepat buat sarang.Boleh dia cepat dapat duit.
Razman menghampiri sarang burung walitnya perlahan-lahan.Di tangannya ada lampu suluh.Razman menyelinap masuk melalui pintu perlahan-lahan.Diperhatikannya dalam sarang.Ajaib,tiada burung kelihatan,tapi bunyi burung bukan main.Meriah.
Disuluhnya satu sudut dengan lampu yang dibawanya.
Kelihatan seekor pontianak sedang bergayut dengan penuh bahagia di tepi dinding sambil mulutnya mengeluarkan bunyi mirip seperti dalam CD yang dipasang Razman petang tadi.Sama sebijik-sebijik.Bezanya cuma bunyi yang dikeluarkan oleh pontianak tadi,lebih meriah.
Razman jadi tak tahu samada nak menjerit takut atau nak menjerit marah.
6 comments:
marah la.. penat je buat rumah burung, dia pulak sedap2 dok gayut kat situ..
wah ! pontianak tu layan bunyi burung walit tu ke? ala-ala clubbing muzik burung walit ek?
Nice one!
ceh..kaco stim je ko ni..cian cik razman..
cube bermoral cikit wat citer..kahkahkah
pontianak pun layan cd jugak ye...!
hebat banget sehhhh!~
ekekekeke
gile seram... klo bc malam2 sumpah tdo xtutup lampu. aku duk bayang sekor pontianak btenggek kt dinding opis ni haaa...
weh seram la haaa. ingat cite kelaka td. *emosi.
:p
Post a Comment