Monday, August 15, 2011

Beramadhan Di Hujung Minggu

Jam dah 6 petang lebih.Aku duduk di satu sudut ruang di kawasan food court Sogo.Makanan siap dibeli.Orang ramai yarabbi.Makanan memang kena beli awal.Kalau tak,beratur la beli makanan masa orang tengah azan.Meja aku duduk pun,bukan main awal lagi kena duduk.5.45 petang dah tercangak atas kerusi.Macam orang bodoh pulak,solat asar di parking lot,lepas tu terkejar-kejar naik tingkat atas sekali untuk tempah meja.Tepat pukul 6 petang,semua seat kat situ dah penuh.Dahsyat.

Sambil merenung Nasi Ayam Hainan Sogo pujaan hati di atas meja,aku memulakan kiraan dengan kaedah congak.

1.Marah pemandu jenis tak reti bagi signal dekat simpang.Hampir eksiden.
2.Marah pemandu yang memandu perlahan lorong kanan MRR2.
3.Letih terlanggar benjol awek-awek yang menghimpit tak tentu hala ketika survey baju raya di jalan TAR.
4.Terdengar orang mengumpat.
5.Bengang sana-sini.
6.Awek kurus cup c pakai tshirt ketat galas beg silang,duduk di meja depan yang tak berhenti-henti duduk bangun tanpa sebab sambil main-main rambut.
7.Bengang harga tshirt standard RM50 naik jadi RM100 lebih kemudian dapat potongan 50%.Kenapa tak letak ja harga RM1000,lepas tu bagi diskaun 95%? Jangan main-mainkan perasaan pembeli.

Ok.Aku rasa,markah puasa aku hari tu,setelah ditolak sana sini,aku dapat negatif 39 markah.

Ya.Negatif 39 markah.

Ya. -39.








*Tips untuk selamat pahala puasa ketika di Sogo.Masuk ikut memana pintu,lepas tu berjalan ke mana-mana tiang,duduk diam-diam,pejam mata.Apa? Macam mana nak tengok pakaian kalau duduk diam-diam pejam mata? Jadi,sekarang kamu tahu kenapa aku hanya dapat markah negatif 39 markah sahaja.

Hujung minggu,duduk rumah lagi pekdah.


11 comments:

anakcikbob said...

adoiyai.. pervert boleh tahan..

Rawlins GLAM said...

negatif tuh....

miloaiskurangmanis said...

hahahaha

lenkali nak shopping raya - buat le sebelum puasa... then bulan puasa - duduk rumah jerrrrr!~

zonaku said...

no 6 tu paling banyak tolak markah tu....



ahahahahahaaaa

bukankosong said...

kawal kawal

bg up sikit markah

loti mukhtar said...

uihhhh..ni mcm ibarat kulit bawang la ni

mr.yoe said...

xyah gi sogo..gi bazar pon dh byk markah kena potong...cmne la nk jumpe lailatul qadar gaya gini?huhu

~Rie~ said...

no.3 paling bahaya.. ish ish..

Cik Ice said...

Mak aihh..banyak gak tu markah..kira secara menaik ok..(^_-)

si nakal andi said...

Sure ke -39? Entah entah buku amalan terbakar terus.. Haha

Matt said...

Sbb tu le ada pelbagai kategori posa ni woi!. Kalo x sama je posa ke dak kan?