Peluh jantan membasahi James Bond.Bertempur waktu tengah hari,memang tidak digemari oleh James Bond.Selain bau perfume boleh hilang,James Bond juga tidak suka waktu tidur tengah harinya diganggu.
Pintu kubu di sebelahnya tiba-tiba meletup.Awek di sebelah James Bond menjerit gedik.Nampaknya,pihak musuh telah mengambil langkah menyerang hendap ketika beliau sedang berehat.Selaku juara Dumex,James Bond mesti memastikan keselamatan awek seperzinaan di sebelahnya.Seperti biasa,bila nama pun hero,James Bond mesti ada idea untuk melepaskan diri.
James Bond memberikan isyarat kepada awek tadi.Awek tadi angguk tanda faham.
1 2 3...
Awek tadi melompat pantas dan berlari ke arah satu pintu bilik kebal sambil James Bond sibuk memberikan tembakan perlindungan kepadanya.Selamat.Awek tadi baring di atas lantai depan pintu bilik kebal untuk mengelak tembakan musuh yang bersimpang-siur.
Awek tadi cuba menekan butang pada pintu untuk membuka pintu tersebut.Baru angkat kepala nak tekan butang,tembakan bertalu-talu menuju ke arahnya.Itu baru angkat kepala,belum angkat tangan lagi.Awek tadi tunduk semula.James Bond melihat kejadian tersebut sambil mengetap bibir.Geram.
Tiba-tiba James Bond dapat idea.
POM!!!
Bunyi tembakan pistol dilepaskan sambil diiringi aksi James Bond terbang di udara.Muka James Bond penuh yakin.
Peluru yang dilepaskan James Bond tadi,dengan tepat menuju ke arah butang di pintu bilik kebal.James Bond tersenyum sambil terbang di udara.Rancangannya,peluru tadi akan terkena pada butang,dan pintu akan terbuka dengan cemerlang.Hasilnya,awek tadi dan dia akan selamat masuk ke dalam bilik kebal tersebut yang penuh dengan pelbagai senjata dan alat untuk melepaskan diri.Pintar.
Bunyi peluru James Bond memecahkan butang plastik pintu bilik kebal.
Butang pintu bilik kebal rosak.
"Jebonnnnn!!!!" jerit awek tadi sambil ketap-ketap bibir dengan penuh geram.
Tanpa rasa bersalah,sambil berguling,James Bond buat-buat sibuk cuba menghubungi pusat operasi.
3 comments:
haha..
err..banyak betul gula dalam otak ko nak reka cite ni panjang2 siang2 bute ni....ooooo...=p
moral of da story...james bond=>jebon
haha nak berlagak hero si james bond duat dumex sekali kena maki hamun dek awek.hehe.
tp seyesly aktif betol otak kau ptg2 ni yek.:)
Post a Comment