Tuesday, August 2, 2011

Farid Firdaus.

Malam sudah lewat.Mata Farid Firdaus memandang tajam ke arah mangsanya.

Kali ini Farid Firdaus tidak akan melepaskan peluang.Jejaka yang sedang menunggang motorsikal mewah berseorangan di hadapannya kelihatan seperti sedang buntu.Mungkin sesat.Sudah dua kali jejaka tadi kelihatan melilau di kawasan tersebut.Peluang seperti ini,tidak selalu datang.Kalau dapat rembat motor tersebut,malam tu jugak dia boleh dapat duit segera.Selaku pencuri kereta dan motor,Farid Firdaus memang tak ada masalah untuk menjual barang curi.Kaki yang nak beli dan seludup barang,bersepah.

Jejaka yang menaiki motorsikal tadi memberhentikan motorsikalnya di tepi jalan.Dia turun,membuka helmet dan kelihatan seperti sedang menghubungi seseorang.Nampak agak cemas dan leka.Peluang telah tiba.Mangsa kali ini sangat cuai.Farid Firdaus keluar dari sebalik tiang bangunan dan tangkas meluru ke arah motorsikal tadi.Masa tengah meluru ke arah mangsa,Farid Firdaus buat muka paling ganas.Dahi berkerut-kerut.

Setelah tiba,ditolaknya jejaka tadi jatuh ke tanah.Dengan tangkas,Farid Firdaus melompat ke atas motor,hidupkan enjin,dan terus memecut pergi.Semuanya berlaku dengan sangat pantas.Jejaka tadi tergamam.Farid Firdaus tersenyum puas.Duit segera beribu ringgit mula terbayang di matanya.

Baru bergerak lebih kurang 3 tiang,enjin motor tiba-tiba padam.Hampir terbabas Farid Firdaus dibuatnya.Nasib baik Farid Firdaus bijak mengawal motorsikal tersebut.Setelah selamat mengawal motorsikal tersebut,Farid Firdaus mula cemas.Mungkin tuan punya motor pasang alat keselamatan canggih.Farid Firdaus bersedia untuk blah setelah turun dari motor.Kalau motor dah ada alat keselamatan canggih,memang tak guna nak curi.Sia-sia je kena kesan dengan polis.

"Motor takda minyak tu bang.Mana stesen minyak kat sini bang? Dari tadi saya cari.Saya tak pernah lalu kawasan ni.Kalau abang cakap kat mana stesen minyak,saya tak report polis.Kira setel la bang." laung jejaka yang sedang terbaring tadi sambil cuba untuk berdiri.

Farid Firdaus turun dari motorsikal tadi perlahan-lahan.Tenang.Sambil berdiri,Farid Firdaus bercekak pinggang.Nafasnya ditarik dalam-dalam.

Farid Firdaus mengeluarkan sebuah buku dan sebatang pen dari poket belakangnya.



















Dengan penuh ketenangan,Farid Firdaus menulis kejadian tadi di dalam diarinya sambil ketap-ketap bibir.

9 comments:

bukankosong said...

ha..ha..

loser!

Nazz@Purple said...

la tulis diari ke..igt tulkis map nak ke stesen minyak tuk mangsa tu

alien said...

nama best
rupenye jahat
cit

anakcikbob said...

lepas ni ko buat cerkon letak nama bukankosong pulak ek. letak la 1 ke, 2 ke, xkesah. hahah!

Cik Ice said...

Cehh..pencuri de diary?? berjiwa seni gak pencuri 2 kan..haha *Gelak beso lg..

Rawlins GLAM said...

hahaha....penyangak yang feeling n jiwang sebab ada diari...chumel sangat!

miloaiskurangmanis said...

tak bleh blah
siap tulis dalam diary lagi tu!

hahahhaha

Kereta Sewa Pangkor said...

erk.. mcm kenal je nama farid firdaus.. heheh.

Anonymous said...

hahahaha.. tu la pasal nisak.. apsal farid firdaus?


-syazni