Saturday, December 31, 2011

Iklan Zhulian Yang Kelakar


Selamat Menyambut hari lahir Jamil yang ke-100 pada 2084!

Yeah!


Friday, December 30, 2011

Tahun Baru dan Azam aku di Tahun Baru.


Tak perlu.

Sebab,azam aku,bukan mengikut tahun.


Thursday, December 29, 2011

Super Hero Di Bumi India

Semalam,masa tengah sedap tukar-tukar channel,aku tertengok cerita super hero India Selatan.Lakonan Rajinikanth.

Bila Aiswarya Chocolate Rice sebut nama Chitti,aku jadi hura-hara nak tahan gelak.

Alolololo,tomeynya nama super hero diaaaa.








Cerita Tamil memang tak pernah mengecewakan jiwa humor aku.

Hai Chitti Babu! (^_^)v.


Wednesday, December 28, 2011

Hal Ehwal CUEPACS yang kelakar.

PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.

Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan. BERNAMA



=======================================


Kata Aku: Waktu minta bonus,bukan main berdegar-degar.Waktu macam ni,minta kurang markah pulak.CUEPACS ni nak ambil kesempatan minta bukan-bukan sebab dekat PRU ke apa?

Tak malu?

Mana dia "give and take"?


Tuesday, December 27, 2011

Pakcik Murad

Selesai makan tengah hari,Pakcik Murad berehat sambil menggulungkan rokoknya di beranda rumah.Siap gulung,dinyalakan rokok tadi dengan tenang.Asap berkepul-kepul ke udara.Cuaca cerah.Langit biru.Angin sepoi-sepoi bertiup menghembus mukanya.Pakcik Murad tersenyum nikmat.

Di ruang tamu,Makcik Melur pula,sedang berbaring manja sambil menonton cerita melayu yang sedihnya tidak berkesudahan.Tangannya masih sejuk.Sejuk bermain air di sinki ketika mencuci pinggan mangkuk sebentar tadi.

"Assalamualaikummmmm...." salam dilaungkan oleh seorang pemuda.Pakaiannya kemas.Di tangannya ada beg nipis yang dipegang kemas.

Pakcik Murad menjawab salam,dan pemuda yang sedang berdiri di bawah panas terik tadi,dijemput masuk dan lepak bersama pakcik Murad.

"Nama saya Zulisman." pemuda tadi memperkenalkan dirinya.Ringkas.

Setelah berbual lebih kurang pasal kebun buah,cuaca tak menentu dan perihal lauk pauk yang dimakan oleh Pakcik Murad sebentar tadi,Zulisman mula menunjukkan niat sebenarnya.

Zulisman mengeluarkan beberapa helai kertas.Pada kertas tersebut,ada gambar kerusi urut yang besar.Harga pun boleh tahan.Rekabentuk pun cantik.

"Jangan risau,pakcik boleh bayar ansur-ansur.sebulan RM70 sahaja.Lagipun,model ni,dia punya urut,lagi sedap pakcik.Lagi kuat.Boleh bergetar badan dibuatnya." Zulisman cuba meracun Pakcik Murad.

"Pakcik dah ada benda ni nak.Tak apa lah.Pakcik tak berminat." balas Pakcik Murad penuh ikhlas.Zulisman tidak puas hati.Setahu beliau,kawasan kampung tu,mana ada penjual kerusi urut yang sampai lagi.Penat beliau membuat kajian sebelum datang.

"Eh.Takkan dah ada kot.Boleh saya cuba?" Zulisman cuba mengumpan.Pada firasatnya,Pakcik Murad pasti terkantoi dan akan membuat pelbagai dalih.Beliau sudah masak sangat dengan perangai orang yang ditemuinya.

"Apa salahnya.Mari lah." pelawa Pakcik Murad sambil menyalakan semula api rokoknya yang sudah terpadam.Zulisman telan air liur. Firasatnya betul-betul tersasar.Tapi,dia nak tahu jugak,mungkin anak Pakcik Murad ada beli kat bandar ke.Mana tahu kan?

"Dah sedia? Kalau dah sedia,pakcik nak hidupkan alat pengurut ni." ujar Pakcik Murad.Zulisman mengangguk lemah.

"Traaa!!! Traaaa!!! Traaaa!!! " bunyi alat pengurut Pakcik Murad berkumandang.

"Ha,mana lagi kuat mengurut? Mesin urut pakcik ke,atau mesin yang kamu jual?" soal Pakcik Murad sambil tangannya menekan-nekan pendikit minyak mesin rumput yang digalas oleh Zulisman.

"Mesin pakcik lagi kuat gegarnya." laung Zulisman.Tanda mengalah.Terjebak dengan Pakcik Murad,seorang pembuli kampung,memanglah perkara yang tidak menyeronokkan.

Pakcik Murad tersenyum puas.Tangannya menekan-nekan lagi pendikit minyak sekuat hati.









Testis Zulisman berlaga-laga.


Semalam Yang Hangat 31

Saga FL nombor plet WVU 1987 atas highway semalam tu,apahal dia tibai lampu high beam sepanjang jalan sambil maintain di lorong paling kanan tapi bawa slow ?

Ingat mata aku ni ada tinted? Silau dia,macam ada UFO kat belakang.Terkial-kial jugak aku dibuatnya kat lorong kedua.Nak potong,jalan sesak.Nak slow,tak boleh.






Pemarah jugak aku ni rupanya.

Friday, December 23, 2011

Esok

Esok,selepas memanjakan PS di pusat servis,aku akan bertolak ke kampung.

Harap semuanya berjalan lancar.







Kepada gadis-gadis Smallville,harap bersabar ya.

Orang hensem ini akan tiba tidak lama lagi.

Layout Baru Blogspot

Guna 3 hari ja,terus tukar balik.

Layout lama,lagi mudah dan awesome.



Rindu

Rindu nak pusing-pusing bandar Melaka dengan Kriss Evo.

Mengembalikan nostalgia lama.





Ewahhh!




Jamil dan Durian

Aku ni,jenis tak boleh bau durian.Bila bau durian,kepala aku pening.

Masalahnya,walaupun aku tak boleh berkawan rapat dengan bau durian,tapi,kalau aku makan seulas,secara automatik aku akan makan tanpa henti sampai kenyang.Seperti yang terjadi pada masa aku balik kampung dulu.

Semalam,dua biji durian aku tibai sorang-sorang.Panas perut sampai sekarang.







Bila pergi tandas nanti,harapnya,tak keluar tempoyak.


Monday, December 19, 2011

Pengalaman Saya Ketika Balik Dari Kampung Dengan Anak Saudara - 1

Dua minggu lepas,aku balik kampung.Balik pun,sekadar cuti hujung minggu sahaja.

Jadi,setelah lepak kampung sehari dua,aku perlu balik semula ke KL.Bersama aku pada masa tu adalah anak saudara aku.Masa cuti sekolah,dia lepak di kampung.Seronok lepak kampung katanya.Seminggu jugak dia lepak.Jadi,petang tu,aku bertolak balik ke KL dengan anak saudara aku.

Anak saudara aku ni,dah berumur 15 tahun.Tengah tunggu keputusan peperiksaan.Sambil duduk kat depan,dia layan movie dan lagu dari laptopnya.Kalau bosan,dia main internet pulak.Aku yang memandu di sebelah,layankan sahaja.Dia nak buka lagu,aku tutup lagu yang sedang dimainkan di dalam kereta.Bertolak ansur dengan budak-budak.

Elok sampai area Butterworth,aku singgah di kedai minyak sekejap.Bukan apa,benda nak terkucil ni,jangan main-main.Boleh kena batu karang.Aku parking kereta,lompat keluar dan berlari comel ke arah tandas.Gaya berlari walaupun kelam kelibut,masih nampak hensem dan bergaya.

Setelah beberapa minit di dalam tandas,aku tersenyum lega.Aku keluar dari tandas dengan bahagia.Memandangkan aku sedang mengejar masa,aku bergegas semula ke arah kereta aku.Sampai di kereta,dengan pantas aku buka pintu dan melompat dengan hensem ke tempat duduk pemandu.Pintu ditutup kemas.

Aku pandang kiri.Anak buah aku yang merupakan seorang lelaki berusia 15 tahun,dah bertukar jadi seorang makcik.Aku pandang belakang yang sepatutnya kosong,tercegat seorang awek yang sedang tutup mulut menahan gelak.Aku pandang dashboard kereta,bunga goyang tiada di situ.Seat kereta pun dah mula rasa lain.

Di depan aku,dengan jelas kelihatan PS sedang tersenyum-senyum ke arah aku.













Jahanam.Aku dah salah masuk kereta.


Wiken dan Bubur Labu

Aku berjalan ke dapur dengan tenang.Di tangan aku ada sebiji labu yang dibeli pada hari sebelumnya.

Sampai di dapur,aku ambil papan pemotong,pisau dan 1 mangkuk plastik.Aku kupas kulit labu tadi dengan penuh kasih sayang.Dah hensem labu tadi berbogel,aku potong dadu pulak.Untuk bagi potongan tadi seragam dan sekata,aku potong guna pembaris.Haha..terkejutlah tu.Aku tipu je.Tak pakai pembaris pun.

Jadi,aku masukkan labu yang dipotong dadu tadi ke dalam periuk,masukkan air dan masak di atas dapur.Biji labu tadi,aku cadang nak buang.Tapi,nampak bijinya agak besar,aku tukar rancangan.Aku bersihkan biji tadi hensem-hensem.Dah bersih,aku ambil kuali leper paling kecik,letak atas dapur dan panaskan.Bila dan panas,aku lempar biji labu tadi.Dengan gaya chef yang atas sikit dari Gordon Ramsey,aku balik-balikkan biji labu tadi dengan mengayun-ayunkan kuali.

Sambil-sambil keringkan biji labu,aku masukkan daun pandan dan gula ke dalam periuk yang ada labu tadi.Air dalam periuk berisi labu,menggelak dengan penuh riang ria.

Setelah beberapa lama di dalam kuali,akhirnya biji labu siap dimasak.Aku letak di dalam piring kecil.Aku ambil sebiji dua untuk cuba.Sedap jugak kuaci biji labu buatan sendiri.

Jadi,untuk bubur labu pula,aku pergi ke peti ais,ambil santan segar yang baru dibeli.Memang segar habis.Aku tuangkan santan tadi ke dalam periuk dengan penuh kasih sayang sambil kacau-kacau.Lepas masuk santan,aku letak pulak sagu yang telah direndam tadi.Perfect.

Bila nampak dah sebati dan hensem,aku perlahankan api.Aku nak masak sampai labu tadi jadi lembut,gebu dan lemak berkrim.Dah puas hati,aku adjust lagi nada semburan api.Bagi perlahan.Biar bubur tadi direneh dengan tenang.Ikut masa,dalam 20 minit lagi,boleh lah aku lepak depan TV sambil makan bubur labu yang gebu gebi yarabbi.Gembira.Nak lagi awesome,aku boleh taburkan isi kuaci biji labu yang garing tadi di atas bubur tersebut.







20 minit kemudian,sambil berbaring di depan TV,aku kunyah kuaci biji labu dengan tenang.Bubur dah masuk dalam plastik tong sampah.Semuanya gara-gara santan yang sudah masam.

Benci.

Sunday, December 18, 2011

Ustaz Karim

"Saya nak jadi jurutera." jawab Mahfuzah sambil mengangkat tangan.
"Kenapa nak jadi jurutera?" balas Ustaz Karim ceria.Seronok melayan kerenah anak muridnya yang baru berusia 7 tahun.

"Sebab saya nak buat bangunan warna pink banyak-banyak!" semangat Mahfuzah membalas jawapan Ustaz Karim.Ustaz Karim hanya tersenyum.

"Ha,kamu pulak Saufi,besar nanti,nak jadi apa?" soal Ustaz Karim kepada Saufi yang berada di bucu kelas.


"Saya nak jadi ustaz bila besar nanti.Macam Ustaz." balas Saufi penuh minat.Ustaz Karim agak teruja.Ada juga budak-budak yang nak ikut jejak langkah sepertinya.Menjadi seorang ustaz.
"Kenapa nak jadi ustaz?" soal Ustaz Karim menduga.

"Sebab nak lawan dengan hantu.Macam dalam filem." jawab Saufi dengan mata bersinar-sinar.







Ustaz Karim termenung jauh.

Thursday, December 15, 2011

Jalil Sahabudin dan Encik Kasman.

"Humm..aktif juga Encik Jalil Sahabudin ni ya.Dalam resume ni,banyak betul aktiviti sukan.Siap masuk peringkat negeri lagi." puji Encik Kasman.Seorang penemuduga di sebuah syarikat.

Jalil Sahabudin hanya tersenyum.Tak berani nak cakap apa-apa.Cuma ambil jalan selamat.Nak lebih-lebih pulak kang,nampak poyo.Pesan kawannya,jangan tanya soalan pelik-pelik.

"Ha,ni sukan renang ni,kenapa tak ada apa-apa perincian? Kamu masuk pertandingan sampai peringkat apa? " soal Encik Kasman lagi penuh kuriyes.

"Saya mula berlatih sejak umur 4 tahun.Lepas tu saya..bla bla bla bla bla..sampai saya sertai latihan renang secara khusus di Bukit Jalil.." jawab Jalil Sahabudin secara serius.Maklumlah,sukan kegemarannya.

Encik Kasman mengangguk-nganggukan kepalanya.

"Encik Kasman pula,dulu perenang jugak?" Soal Jalil Sahabudin.Niatnya,boleh jugak beramah mesra dengan penemuduga.Hilang sikit rasa tegangnya.

"Humm..saya dulu,hebat jugak lah berenang.Ramai yang tewas dengan saya masa zaman kegemilangan saya dulu." balas Encik Kasman dengan tenang.Matanya seolah-olah mengenang zaman kegemilangannya dulu.

"Hebat tu.Encik Kasman sertai sukan apa? Komanwel? SEA? Banyak dapat pingat?" balas Jalil Sahabudin dengan teruja.

"Saya,perenang terhebat masa jadi sperma dulu.Berjuta sperma lain saya tinggalkan di belakang.Punya lah laju saya berenang.Berdesup! Sebab berenang laju sangat,saya dah berjaya jadi orang sekarang ni." balas encik Kasman dengan penuh serius.Mukanya tiada perasaan.

Jalil Sahabudin hanya mampu mengetap-ngetapkan bibirnya sambil memandang ke lantai.













Dia betul-betul menyesal menyoal Encik Kasman tadi.

Betul-betul menyesal.



Saturday, December 10, 2011

Fenomena Bulan Penuh

Jam 7:24 petang tadi,tak silap aku,adalah detik di mana bulan berada dalam keadaan paling terang.

Sekarang pun masih terang.

Nikmatilah selagi ianya ada. =)





*Bapak aku di kampung,siap letak kerusi malas di laman rumah.Melayan betul nampaknya beliau.


Jamil dan Hujung Minggu - 2

Seronok juga membalas komen anda semua di petang yang ja'ong macam ni.

Rasa seronok macam main boling dengan Intan Ladyana.



Jamil dan Hujung Minggu

"Tabra! Tabra! Tabraaaaaa!!!"

Bunyi guruh di luar rumah.Suasana mendung.Hujan turun manja-manja.

Tangan aku perlahan-lahan mengupas kulit ubi keledek manis yang masih panas berasap.Baru keluar dari periuk.Sambil bersandar,aku suapkan dengan tenang ubi keledek manis tadi ke dalam mulut.

Manis.Berlemak.Hangat dan berkrim.

Aku capai secawan Teh O Panas nipis kurang manis.Hirup dengan perlahan.Saki baki keledek di dalam mulut,meluncur gembira ke perut bersama teh O panas tadi.

Sambil lunjur kaki,aku melayan Surviving The Cut di kaca TV.

Bersendirian menikmati petang yang indah.Penuh privasi.







Aku gelarkan,hari ini,hari sabtu yang sempurna.


LIMA Langkawi

Walaupun LIMA ni dah start tahun 1991,aku tak tahu pun sebenarnya.Seingat aku,hanya pada tahun 1995 sahaja aku perasan.Aku perasan pun,sebab pesawat MIG 29N dah masuk dalam pasukan tentera udara Malaysia.Selain f-14 Tomcat macam dalam cerita top-gun tu,MIG29N adalah antara pesawat kegemaran aku.Sebab tu tiba-tiba aku boleh jadi ambil tahu pasal TUDM.

Aku masih ingat,pada satu petang,aku baca paper di kedai makan dekat kampung aku.Dalam surat khabar tu,dia cetak besar-besar gambar pesawat MIG 29N yang baru sampai.Air liur aku meleleh-leleh tengok gambar tersebut.Mee sup sedap 50 sen yang siap ada isi daging yang aku pegang dalam plastik di tangan,langsung aku tak peduli.Aku tatap lama-lama ruangan tu sampai pakcik yang nak ambil surat khabar kat aku pun,terus tak jadi nak ambil.

Salah satu ayat yang buat aku super teruja ialah :"Pesawat ini akan dipamerkan di LIMA Langkawi pada tahun ini.". Hoi! Langkawi tu dengan rumah aku,makan beberapa jam ja.Memang rugi kalau tak pergi.

Apa,ingat aku takda nafsu nak belai-belai pesawat tu semua dengan tangan aku?

Bermula dari hari tersebut,aku pasang cita-cita,aku akan ke LIMA LANGKAWI!










16 tahun kemudian,hari ini,ketika LIMA Langkawi sedang berlangsung,aku masih berada di atas karpet depan TV,tengok gambar LIMA Langkawi secara online.

Ya,aku langsung tak pernah pergi LIMA Langkawi.



*Menangis.


Friday, December 9, 2011

5 perkara sebelum 5 perkara

Dan sekarang,aku super sibuk.

(-_-)

Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu

Ramai dah pergi tengok.Tapi aku tak tengok kat wayang.

Download ja tadi.

Sapa nak download,KLIK SINI.



Tuesday, December 6, 2011

Cuti

Minggu lepas.
Minggu depan.
Minggu Krismas.
Minggu Tahun Baru.


Heh.Semua wiken cuti 3 hari.


Friday, December 2, 2011

In The End Of The Road.

Hari Jumaat.Hujan lebat.

Dengar lagu ni.Memang sedap.

Hey kampung! Aku datang! (^_^)v



Thursday, December 1, 2011

Aku dan Dunia

Aku buka TV.Tengok cerita dalam TV.

Nampaknya,dalam semua channel TV,tak kira cerita melayu ke,cerita mat saleh ke......awek-awek bergetah dalam tv dulu,semua dah berlakon jadi mak budak,orang tua sakit,mak mertua dengki dan pelbagai watak lagi.

Cuma Rosham Noor yang masih jadi hero sana sini berkat muka muda minum air susu tali pusat haiwan.





Ya.Aku dah semakin tua.

Wednesday, November 30, 2011

Setelah Hampir Setahun

Selamat Tinggal Maktab Ilmu Bahasa Antarabangsa.

Lepas ni,takda lagi:

1.Keluar rumah seawal jam 6.45 pagi.
2.Lambai-lambai pak guard yang dah kenal muka.
3.Pekena otak-otak sedap dekat simpang masuk maktab.
4.Tumpang bersesak-sesak di atas Jalan Klang Lama pagi dan petang.
5.Digoda awek-awek yang berjalan ke kelas pagi-pagi.
6.Digoda awek-awek yang berjalan ke kelas pagi-pagi.
7.Digoda awek-awek yang berjalan ke kelas pagi-pagi.
8.Digoda awek-awek yang berjalan ke kelas pagi-pagi.
9.Digoda awek-awek yang berjalan ke kelas pagi-pagi.
10.Digoda awek-awek yang berjalan ke kelas pagi-pagi.


Babai Maktab Ilmu Bahasa Antarabangsa. =)





Jamil dan Kumprinx


Jadi,untuk yang ada banyak sangat masa lapang,boleh pergi baca:

1. Blog lama beliau:http://kumprinx.blogspot.com/
2. Blog baru beliau:http://www.kumprinx.com










Blog dia pernah ceriakan hidup aku dulu dan Kumprinx ni bagi aku,adalah 'cikgu' aku dalam dunia blog.



Salute King.



Tuesday, November 29, 2011

Habis Kerja


Letih bebeno.


Antara Jamil,Stesen Petronas Taman Muzaffar Shah dan ............

Tahun: 2005
Lokasi: Stesen Petronas Muzaffar Shah,Melaka.

Kawasan perumahan yang aku duduki,berada di atas bukit.Namanya,Taman Muzaffar Shah.Jiran terdekat Taman Muzaffar Shah adalah kilang megi.Hari-hari boleh bau megi kalau kena gaya.Jadi,disebabkan taman ni berada di atas bukit,bila nak makan,isi minyak atau pergi ke kelas,aku akan menuruni bukit,dan menuju ke arah jalan besar.Jika tak dapat bayang sangat,bayangkan sahaja bagaimana jejaka-jejaka kacak turun dari kayangan.Begitulah hendaknya perbandingan yang paling mirip.

Jadi,pada satu pagi,kira-kira jam 4 pagi,aku dan rakan-rakan turun dari tempat kami beradu.Kami turun dengan beberapa buah motor.Cadangnya nak pegi makan kalau tak silap aku.Sebab masa tu perut memang lapar.

Jadi,rakan-rakan yang lain menuju terus ke kedai makan.Aku pula,menuju ke 7-E yang berdekatan untuk membeli barang yang aku sendiri dah lupa.Ok.Aku bayangkan,aku membeli air jus apple.Aci tak? Ah,kira aci lah.Takkan nak beli kondom kot,aku masih teruna.

Jadi,selepas keluar dari 7-E,aku terus menuju ke stesen petronas 24 jam tersebut.Cadangnya,nak isi minyak RM2.Aku tunggang motor aku perlahan-lahan ke stesen minyak tersebut.

Elok sampai,aku parking cantik punya motor kat sebelah pam.Elok aku turun dari motor,aku tergamam.

Ada 4 orang polis sedang lepak dekat kaunter.Kiranya,pada masa tu,ada lapan biji mata sedang ushar aku dengan rakus.Aku menggelabah.Mau tak menggelabah,helmet aku tak pakai.Ingatkan jam 4 pagi ni,polis sibuk qiammullail.

Nak lari,kompom kena kejar.Nak pecut motor,minyak tak ramai sangat dalam tangki.Jadi,pada masa tu,mula terbayang akaun dalam bank,ada beberapa ratus ja kalau nak bayar saman.

"Datang sini!" laung polis tadi kepada aku.

Aku berjalan dengan penuh tabah.Jahanam betul.Muka sorang-sorang macam nak terajang aku.Cuak tu ada jugak,diorang 4 orang.Siap ada pistol di pinggang.Nak lawan,memang tak menang lah.

"Apahal tak pakai helmet?" soal sorang polis tadi.Sorang lagi pulak,nampak macam dah bersedia pegang buku saman.

"Tadi,saya berhenti depan 7-E tu.Lepas beli barang,tengok-tengok helmet dah hilang.Nak buat macam mana bang." skrip penuh jujur aku tutur kepada polis tadi.Ok.Aku mengaku,aku cuma jujur bahagian keluar 7-E sahaja.Bab helmet kena curi tu,aku tambah habis.

Suasana sepi.Abang polis trafik pandang aku tajam-tajam.

"Tak apa lah.Hati-hati ya lain kali.Elok-elok bawa motor tu.Jangan bagi hilang helmet lagi ya." lembut suara abang polis tadi bagi nasihat.












Korang pernah tipu empat orang polis sekaligus?

Aku pernah.




Jamil dan Ceritanya

Minggu lepas,aku karang satu cerita.Cerita yang aku karang tu,berkenaan dengan tiga orang sahabat yang 'loser' habis.

Cerita yang aku karang tu,mengisahkan,bagaimana tiga sekawan tersebut pergi mencuri.Disebabkan beberapa kejadian,tiga orang sahabat tadi,hanya mampu mencuri pintu rumah sahaja.

Jadi,setelah karang cantik-cantik,aku nak tekan butang 'publish'.

Tapi,masa aku nak tekan 'publish' tu,aku tiba-tiba terpikir.Apa ke bangang cerita aku buat ni.Cerita pasal orang curi pintu? Helllloooooo....Haram tak logik.Sampah.Useless.Merepek.Mana ada orang yang curi pintu rumah dalam dunia ni.Ye dak?

Aku padam cerita yang aku taip tadi.

Jadi,pada hujung minggu bebaru ni,aku sedang lepak-lepak di ruang tamu.Aku baca surat khabar.Tengah sedap baca cerita macam-macam,tiba-tiba aku tersentak pada satu berita.Aku baca sekali lagi untuk kompomkan yang apa yang aku baca tu,benar dan bukan khayalan.


==============================================

KOTA KINABALU: Tindakan seorang lelaki bersama dua lagi rakannya memikul pintu rumah selepas menceroboh sebuah rumah penduduk di Kampung Likas di sini, memakan diri apabila perbuatannya disedari penduduk lalu menghubungi polis sebelum berjaya dicekup.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, semua suspek berusia 20, 26, dan 33 tahun dikatakan baru selesai memecah masuk sebuah rumah, tetapi difahamkan tiada barang berharga ditemui.

Tiada pilihan, kumpulan lelaki berkenaan menanggalkan pintu rumah dimasuki mereka sebelum melarikannya.

Difahamkan, rumah dimasuki mereka milik penduduk setempat yang sedang dalam pembinaan, selain berada dalam keadaan separuh siap.Selepas menanggalkan pintu terbabit, perbuatan mereka yang memikul barang berkenaan disedari penduduk lalu menghubungi polis.

Sumber: Sini

==============================================



Jadi,sekarang ni,aku sedang karang cerita yang mengisahkan aku bakal terima duit yang banyak tak lama lagi.Lepas tu aku buat-buat macam tak logik,kemudian aku nak padam cerita tu.

Hehehehehehe.....

Hehehehehe....

Hehehehe....

Hehehe...

Hehe..




Monday, November 28, 2011

Tragedi Jambatan Runtuh Di Kalimantan

Berkenaan kes ini,bila aku tengok dalam berita semalam,hanya satu benda bermain di dalam kepala aku.

Macam dalam cerita Final Destination yang terbaru.Harapnya,tak ada lah kot sekumpulan penumpang bas yang berjaya selamatkan diri mirip dalam filem.

Apapun,takziah kepada mangsa.


2:47 AM


Penat gelak setelah melayan koleksi video Mat Lutfi sampai nak habih aku punya bandwith. Mamat ni memang sangat kreatif.Walapun dah lama layan video dia,memang tak bosan.Satu-satunya Vlogger yang kena dengan selera hiburan aku.

Apa yang menarik tentang mamat ni,selain videonya yang hebat dan muzik ukelelenya yang sangat-sangat kena untuk mood penceritaan....lagu yang diselitkan dalam videonya juga sangat menarik.Lagu yang bagi aku,segar.

Dan,ketika ini,jam 2:47 pagi,di beranda rumah,sambil melayani angin sepoi malam,aku melayan lagu di atas yang aku jumpa dalam video Mat Lutfi,dengan sepenuh hati.

Mat Lutfi,hang punya kelakar,memang A!

Habaq maiiiii!!!


Sunday, November 27, 2011

Malaysia vs Bahrain

Nazmi,hang memang power!

Lawa gol.

Malaysia 1,Bahrain 0.

Kita tengok apa keputusannya nanti. =)




*Update: Mahali pulak score!

2-0!

Yeah!

Update lagi: Dan akhirnya,malaysia TEWAS 2-3.

HAHAHAHAHA!


Friday, November 25, 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah.

Jangan nakal-nakal di hari cuti.

v(^_^)v


Thursday, November 24, 2011

Come As You Are


Diakui,Nirvana punya versi memang A.

Tapi,untuk versi Yuna ni,aku boleh terima.Rasa sedap dia tu,ada lagi.Tambah-tambah,bila tengah drive,dengar lagu ni.Sedap.Kepada Yuna,bab hang punya anugerah yang dibatalkan tu,hang steady ja noh.

Deme kat AIM memang suka buat kerja main-main macam tu.Kesilapan yang sangat bodoh bagi aku.Hello,anugerah tu bukan anugerah matapelajaran terbaik peringkat tadika ok? Kome buat keputusan tahap tinggi.Kurangkan sikit mamai tu.

Malu sungguh.

Dan..sebenarnya...lagu penakut tu pun,aku suka.Sebab,bila aku dengar lagu tu,ia dengan mudah berjaya membawa aku hanyut jauh ke dalam maksud liriknya.Disertai pula dengan muzik,melodi ,lenggok dan cara nyanyiannya sekali.Mengena!

Oh.Dah jadi macam majalah hiburan lah pulak.

Auw auw auw...








Jamil....stop it please.


Wednesday, November 23, 2011

Amoi

Haiya amoii aaa...apa pasat,dalam opis,pakai kitat kitat ini hali.

Wa punya mata haa..manyak kitat juga wooo...


Dataran Tahrir

Mari kita tengok,apakah drama seterusnya,dan,bilakah mereka akan aman seperti sediakala.

Doakan mereka.



Roti Inti Kacang

Lokasi: Depan Dewan Makan Sekolah Menengah Remaja-Remaja Genius.
Tahun: 1999

PMR hampir tiba.Budak-budak mula sibuk dengan study group lah,study kamikaze lah dan ada yang buat bodo.Di asrama aku,warden buat satu kem.Kem ni,nama apa entah aku dah lupa.Yang aku ingat,budak-budak yang tak tinggal di asrama,boleh datang tidur kat dorm yang kosong,dan turut serta dalam kem tersebut sambil dikenakan bayaran.Kiranya,boleh tengok la budak-budak yang jenis tak pandai berdikari tapi mak ayah diorang paksa duduk hostel.3 hari je pun duduk,mata dah merah-merah.Mengada-ngada.

"Kringg.." bunyi loceng satu kali.Tanda prep dah habis pada satu malam.

Budak-budak berbaris ambil supper.

Aku juga turut berbaris.Malam tu,makan roti inti kacang.Ala,roti bulat-bulat kecil tu.Aku cukup suka roti inti kacang ni.Rotinya lembut.Intinya manis-manis lemak rasa kacang merah.Yang paling dajalnya,saiznya amatlah cinonet.Sekali ngap,dah hilang ditelan arus air liur.Paling hantu,makcik kantin bagi 2 ketul sahaja.Dua kali ngap,dah hilang.Tak puas hati betul.

Nak tak nak,kena pasrah.Lepas ngap 2 biji,aku lepak pekena air teh tarik panas di tepi tebing asrama.

Tengah sedap lepak,tiba-tiba datang bajimbu(bukan nama sebenar).Bajimbu ni,sejenis lelaki lembut.Lembut dia,sampai naik menyampah bila tengok.Tak padan dengan jantan.Bajimbu ni,budak luar.Dia datang sertai kem kat asrama aku.

"Jamil....ko nak roti ni?". soal Bajimbu kepada aku sambil hulur dua biji roti inti kacang kegeraman aku.Gotcha! Bukan kegeraman lah,kegemaran.Hik hik hik.

Dengan penuh teruja,aku terus hulur tangan,dan ambil roti tersebut sambil mengucapkan terima kasih kepada Bajimbu.Aku terus ngap roti tadi dengan penuh syahdu.Sedap bukan main.Mana tender kantin ni cekau,aku pun tak tahu.Puas jugak cari kat pekan Smallville bila outing hujung minggu,tapi,rasa dia tak sama.Roti jenis packing takda alamat.Susah

Aku terus mengunyah-ngunyah roti tadi dengan nikmat.Sedap gila.













"Budak-budak asrama ni,memang kebulur kan?" ujar Bajimbu sambil duduk di sebelah aku.Sebelah tangannya dicekakkan di pinggang.Dia hirup air teh tarik panas perlahan-lahan.

Roti inti kacang yang aku makan tadi,perlahan-lahan masuk ke dalam perut.


Tuesday, November 22, 2011

Kesan perlawanan bola semalam.

Mamak mapley tersenyum riang.

Dapat bonus barangkali.


Innalillah hi wa innailaihirojiunn..




Malaysia vs Indonesia

Balik dari kerja,sampai rumah dah maghrib.Maghrib jenis hujung-hujung.Pakai kain,pekena maghrib sedas,lepas tu terus ke dapur,tolong bini siapkan hidangan cepat-cepat.Kejap lagi nak tengok bola.Bila dah siap makan,ngam-ngam bola dah start.Demmit,tak sempat nak tukar baju.Jadi,dengan berkain pelekat dan berbaju kemeja kerja,aku lepak depan tv.

Minit ke - 5,indon dah gol.Aku dah geram sikit.Tapi memikirkan masa masih lagi panjang,tenang.

Pung pang pung pang main,Malaysia pulak masukkan gol.Aku jerit tak hengat.

Pung pang pung pang lagi,diringkaskan cerita,akhirnya,setelah dua gol Malaysia dan Indonesia yang tak dikira,game dibawa ke penalti.

Jantung aku gugur bila malaysia tak dapat score penalti.Aku dah pasrah.Tapi selit-selit sikit harapan.

Bila giliran kapten Malaysia amik penalti,aku tak mengharap sangat.Benda penalti ni,kalau dia jadi gampang,memang gampang habis lah.Tapi,macam tadi,aku selit-selit sikit harapan.Rasa berdebar dia,macam berdebar masa nurse panggil nama aku untuk masuk ke dalam bilik rawatan masa nak bersunat 18 tahun lepas.

Tanpa membuang masa,kapten Malaysia menendang bola tepat ke arah keeper Indon.

Ok.Sebelum ini,kita selalu dimomokkan dengan filem berkenaan sukan yang selalu menang last minute.Contohnya,dalam cerita mat salih,masa kiraan telah tamat,tetapi bola sedang menuju ke jaring dalam permainan basketball.Akhirnya,bola masuk,dan pasukan serta penyokong kumpulan hero akan menjerit kegembiraan.Begitu juga dalam aksi sukan dalam filem yang lain,sukan american football contohnya.Saat macam tu,aku gelarkan dengan gelaran,wadefakingketaqlutut moment.

Jadi semalam,aku menyaksikan secara live,bagaimana bola yang terkena keeper indon,tergolek dengan manja menuju ke arah gawang gol.Keeper Indon pulak,dah macam nak histeria depan pintu gol bila menyaksikan bola tersebut masuk ke dalam gawang.Satu aksi wadefakingketaqlutut moment yang betul -betul buat aku teruja.

Terus aku terbayangkan,seekor burung garuda,patah kedua sayap,bulu tercabut sana sini,sedang termenung dalam sarangnya yang besar.Di satu sudut pula,kelihatan seekor Harimau Malaya,sedang berbaring macho.Mukanya tersenyum puas sambil menjilat-jilat luka dan calar-balar di badannya.

Paling kesian,lepas Malaysia memang,kamera fokus kepada sorang budak indon,yang duduk termenung di tempat duduk,dengan hanya berselipar jepun.Sedih pulak aku rasa.Hahahaha.

Mungkin ada yang pelece pemain Malaysia.Ingat la,deme main lama semalam.Memang letih lah.Provokasi lagi,macam-macam.Berbanggalah dengan mereka.Lepas ni,kalau kalah game pun,jangan mudah sangat pelece.Benda bola ni,bukan macam ultraman,kena memang selalu.Ada masa,kalah jugak.Ye dok?

Masa pemain menyanyikan lagu negaraku,aku berdiri di hadapan tv,berkainkan kain pelekat,berbaju kemeja kerja yang belum ditukar,aku turut sama menyanyikan lagu negaraku.Tangan aku letak di dada sebijik macam pemain dalam TV.Dah terlalu lama kot aku tak rasa gembira dengan pasukan bola sepak negara macam ni.Bini kat sebelah,dah geleng kepala.

Menikmati saat Malaysia mengalahkan Indonesia sebanyak 2 kali di Stadium Bung Karno,setelah pasukan kita diprovokasi dengan begitu teruk di sana,bukanlah benda yang kita boleh tengok setiap hari seperi sinetron Indonesia.Jadi,wajiblah penonton seperti aku,menikmati setiap saat,masa dan detik yang ada.Jurukamera semalam,patut zoom banyak-banyak kali muka penonton indon yang ternganga.Alah,macam dalam sinetron indon kat tv tu. =)



Bliss.


Monday, November 21, 2011

Lelaki dan Beg Tangan Wanita

Jika kita sedang berjalan-jalan makan angin,mungkin kita akan terserempak dengan satu pasangan.Pasangan ini,pastinya pasangan yang gembira,loving-loving dan berkepit gitu.

Di sebalik kemesraan mereka,pasti kita akan dapat melihat,si lelaki akan menggalas beg tangan wanita.Nak lagi seram,kalau pakwe badan macam ahli bina badan,muka ganas macam komando,baju corak api-api,tapi steady je layan galas handbeg awek.

Jadi di sini,apakah tujuannya golongan lelaki ini menggalas beg tangan wanita? Kenapakah teman wanita menyuruh pakwe mereka menggalas beg yang asalnya dicipta dan direka untuk mereka,ke hulu hilir dengan penuh ayu? Hal ini tidak menghairankan jika terlihat pakwe tolong pegang handbeg sementara makwe try kasut atau try baju dalam bilik persalinan.

Teman Wanita:
1. Untuk menunjukkan bahawa "hahaha...I sedang mengawal pakwe I".
2. "I bawak batu spare,balik kang banyak anjing tepi jalan,berat lah beg tu."
3. Bahu I lenguh tau.Berat U kena pikul,ringan pun,U yang kena jinjing.I nak melenggang.
4. Nak malukan pakwe I,badan ketak-ketak,tapi galas handbag.Hik hik hik.
5. Nak test ego pakwe I.

Teman Lelaki:
1. Saya sanggup buat apa sahaja demi makwe saya.Muah muah muah.
2. Saya geram tengok handbag tu.Rasa nak try jugak.Cantik.
3. Aku beli mahal-mahal,share lah!Apa gila nak bagi dia pakai sorang.
4. Sekali-sekala,boleh seluk dalam handbag.Dapat duit.Kalau makwe merokok,boleh share rokok sambil galas handbeg.
5. Awek aku cakap,sekarang trend lelaki tolong awek bawak handbeg.


Kalau nak bawak banyak barang sangat,dan tak nak rasa berat,sila guna beg galas.Tapi,apa gila dating pakai beg galas kan? Takpe,pakwe anda akan nampak lebih sesuai menggalas beg galas dari menjinjing beg tangan wanita yang semestinya tidak direka untuk mereka.

Tapi,kalau pakwe galas beg warna pink ada love-love,masih boleh diterima,sebab orang tahu itu beg awek pakwe tersebut yang sedang berada di sebelah.

Nak lagi ekstrim,boleh sorong troli bila dating.Setel.


Ah,pakwe kome,lantak kome lah ye dok? Bak kata oghang kedah,"lantak pi la kat depaaaaaaa...."





Siriyesli....ai don geddit lah.


Friday, November 18, 2011

Jumaat

Tersilap cukur misai,janggut sampai licin.

Terus muka nampak macam 17 tahun.






Malu jugak kalau terlebih hensem ni pun.

Pagi Yang Hensem 28

Mata mengadap tajam ke skrin komputer.Mengadap skrin gelap Putty ni,bukannya seronok macam mengadap youtube.Jari jemari aku pula,lincah menari-nari di atas badan seorang gadis yang sedang berbaring di depan aku.Ehem.

Pembetulan.

Jari jemari aku pula,lincah menari-nari di atas papan kekunci.Kod-kod aturcara pula,sebaris demi sebaris dicipta dengan penuh kasih sayang dan penuh perhatian.

"Trut...trutt....." bunyi sms masuk.

Aku buka sms tadi.Baca dengan pantas.

"Bila tarikh kita nikah ye?" bini aku sms.

Ooo...nak tarikh nikah ye? Ada spot chek lah pulak pagi-pagi ni.Macam ujian mengejut dalam kelas zaman belajar-belajar dulu.Hahaha..Aku terus taip tarikh nikah.Tak cukup dengan tarikh nikah,aku sertakan sekali tarikh kenduri rumah bini aku,dan,tarikh kenduri di rumah aku sekali.Maklumat lengkap.Dah puas hati,aku hantar sms tadi semula.

Selesai hantar,aku fokus semula ke skrin komputer.Sambung kerja.Seperti tadi,baris demi baris kod aturcara,aku taip dengan penuh kasih sayang.

"Trutt...truttt...." bunyi sms masuk lagi.Sms dari bini aku.Nak ucap terima kasih lah tu.

Aku buka sms tadi dan terus baca.










Ketiga-tiga tarikh yang aku bagi tadi,semuanya salah.


Thursday, November 17, 2011

Petang Yang Tenang 12

Aku memandu pulang ke rumah dengan tenang.Sambil memandu,radio mengalunkan lagu-lagu yang awesome.

Sambil memandu,aku ketap-ketap bibir.Bosan sebab jalan jem sikit-sikit.Sambil ketap-ketap bibir,aku dapat merasakan sesuatu berada di bibir aku.Aku tetiba jadi kuriyes.Nak tengok pakai cermin,malas pulak.Jalan tengah jem,apa gila nak main tengok-tengok muka sendiri dalam cermin.Kang terlanggar kereta depan,muka aku jugak terhantuk ke cermin.

Jadi,aku gunakan lidah aku untuk mengesan,'what kejadah is that' benda tersebut.

Lidah aku keluar dengan lancar ,dan menyentuh objek di tepi bibir aku dengan rakus.

"Tap Tap Tap" lidah aku menyentuh-nyentuh benda tersebut.

Aku terkedu.

Baru teringat,1 minit sebelum kejadian,aku telah menggenyeh-genyeh hidung aku laju-laju sebab gatal.

Secara kebetulan,lagu Bad day,nyanyian Daniel Powter,berkumandang di radio.







Macam mana hidung aku boleh hasilkan garam?

Ajaib.

Loya.







Trivia:Lagu bad day ni,mengingatkan aku kepada Robel,Taman Tasik Utama,makan nasik bungkus lauk sedap dengan Robel lepas solat jumaat di rumah Taman Tasik Utama,naik motor dengan Robel kena hujan tengah-tengah jalan lepas balik dari Subaidah,makan Roti Boy di JJ Seremban 2,pekena air tebu power dengan sotong goreng tepung di kedai makan dekat simpang 4 bukit katil dan buat aku teringat Melaka Sentral.Siapa Robel? Bukan makwe aku la.Beliau berjantina jantan.Antara kawan baik aku sampai mati.

Hai Robel.Hawau you today?



Wednesday, November 16, 2011

Sepagi di Bangsar South

Aku parking kereta dengan cemerlang di 'basement'.Keluar dan kunci kereta.

Aku masuk ke dalam lif untuk ke 'ground floor'.Sebut betul-betul.Floor.Bukan flour.Ha,amik,termuncung-muncung nak sebut.Hahahahha...comel.

Apa? Flower? Nak kena tibai pagi-pagi ni?

Jadi,setelah sampai ke 'ground floor',aku bergegas pula ke dalam lif di dalam bangunan pejabat aku.Sebelum masuk ke dalam bangunan,aku melintasi blok lain sambil menikmati panorama Bangsar South.Setelah masuk ke dalam bangunan,aku tiba di depan pintu lif.Di sebelah aku,ada sorang awek yang sedang menunggu lif.kami tunggu lif tiba dengan sopan.

"TING!" bunyi lif tiba.Jinak betul lif ni.Suruh turun,dia turun.Suruh naik,dia naik.

Pintu lif terbuka.Kelihatan,ada sorang brader berada di dalam lif.Brader ni,kerjanya adalah menyapu sampah,lap cermin dan juga mengelap dinding di dalam lif.Di tangannya,ada pencuci dan juga kain.Selalu jugak jumpa brader ni,tapi kami tak bertegur sapa.Serius sangat nampak muka dia.

Selepas masuk ke dalam lif,aku tekan butang tingkat 8.Awek tadi,tekan butang tingkat 7.Lif terus bergerak dengan bersungguh-sungguh.Kami bertiga hanya berdiam-diri.Brader cuci lif tadi,terus sambung mengelap dinding lif dengan tekun.

"TING!" lif tiba di tingkat 7.Awek tadi keluar sambil kenyit mata kepada aku.Aku abaikan.

Pintu lif ditutup.Lif bergerak semula.Aku bersedia untuk melangkah keluar.Ye lah,tingkat 7 dengan tingkat 8,bukannya jauh.Macam along dengan angah dekat dia.Sebelah menyebelah secara vertikal.Tapi pagi tu,aku rasa lama betul lif tu nak sampai ke tingkat 8.

"TING!" lif tadi berhenti.Pintu terbuka.

"Ground Floor" ramah lif tadi memberitahu kedudukan aku.

Jadi,macam mana lif ni boleh malas hantar aku ke tingkat 8? Kenapa lif tadi terus turun ke tingkat bawah sedangkan butang tingkat 8 masih bernyala lampunya?Adakah lif ini sudah tidak jinak lagi?

Brader cuci lif tadi,pandang aku atas bawah atas bawah dengan muka ketat.







Benci.


Tuesday, November 15, 2011

Mari Mengenal Jamil - 3

Seperti siri yang terdahulu,siri ini akan menceritakan serba sedikit tentang Jamil.

Untuk kali ini,faktanya sangat ringkas.


**************

Jamil tak pandai ber'twitter' dan Jamil mudah pening kalau baca tweet.

Sekian.

***************




*Baru lega pening selepas buat akaun dan baca twitter.

Monday, November 14, 2011

Sejenak Di Tesco.

Aku ambil troli dengan tenang.

Tenang dia tu,setenang Ultraman yang sedang terbang pulang setelah mengalahkan raksasa.Pulang ke mana? Ha,itu yang kita tak tau.Sila rujuk kepada kaunter pertanyaan Ultraman.

Kelakarnya.

Ok.Berbalik kepada cerita aku dengan troli tadi.

Aku tolak troli menuju ke arah bahagian lauk.Dari jauh,dah nampak udang yang segar.Salah satu sebab aku ke Tesco,udangnya bukan main besar.Selaku orang yang suka mengudang,aku boleh borong dengan sepenuh hati.Ikan pun,boleh tahan lah.Kalau boleh beli ikan peberet aku,dah kira ok dah tu.Ikan tongkol goreng garing cicah sambal kicap,fuh,memang awesome.Nak ke pasar borong Selangor,jauh la pulak.Tesco pun,Tesco lah.

Jadi,tengah sedap tolak troli tu,tiba-tiba aku nampak ada sorang budak sedang menangis di depan aku.Menangis sambil panggil mama dia.Aku pada mulanya,malas nak ambil peduli.Aku terus tolak troli melintasi budak yang sedang menangis tadi.

Bukan apa,aku rasa,ibu bapa budak tadi berada tidak jauh dari situ.Jadi,aku biarkan.

"Mamaaaaa....mamaaaaaa....." budak tadi meraung lagi sambil berjalan tanpa tujuan.

Secara tiba-tiba,sifat kebudimanan aku tersentuh.Susah betul kalau datang dari jenis baka-baka yang budiman ni,perangai dah nak sama macam Superman.Jadi,pada masatu,aku bercadang,nak letak troli yang aku tengah tolak tadi kat tepi,dan pergi ke arah budak tadi.Kalau perlu,aku bawa je ke kaunter di hadapan sana.Biar petugas yang buat pengumuman.Senang.

"Mamaa...mamaaaaa......" budak tadi meraung lagi sambil berjalan-jalan.

Aku berhenti di tepi,bersedia nak lepaskan troli,dan,menuju ke arah budak tadi.

Ingat,aku hampir nak lepaskan troli tadi tau.















"Kan mama kat sini niii....." ujar sorang kakak yang sedang sibuk pilih barang tak jauh dari budak tadi.Kurang 4 meter sahaja.Muka kakak tadi pun,dah gaya macam malas nak melayan kerenah anak dia.

Budak tadi,tanpa rasa bersalah,berhenti menangis dan sambung berjalan-jalan dengan riang.




Benci.


Friday, November 11, 2011

11/11/11

Hehehehehehe...

11/11/11 jam 11.11 pagi.

Awesome!

Thursday, November 10, 2011

Sejenak Di Bank - 2

Untuk buka akaun di bank,perlukan surat dari kompeni.Bayaran yang diperlukan adalah RM10 sahaja.Itu kata kenalan aku.Aku terima nasihatnya sebab beliau pernah melakukannya dulu di bank yang sama.

Jadi,setelah ada masa lapang sikit,berbekalkan surat dari majikan,aku menuju ke bank.Setelah menungu selama sepenanak nasi,nombor giliran aku dipanggil.Aku berdiri dengan sopan di depan kaunter,sambil menyatakan hajat aku dengan jelas dan tertib.Ingat,aku hanya menyatakan hajat untuk membuka akaun.Bukan membuang hajat.

Kakak comel di kaunter mengambil borang aku dan kad pengenalan untuk diproses.Aku diminta untuk duduk sebentar.Setelah duduk sebentar,nama aku dipanggil.Aku diminta untuk menandatangani beberapa borang.Selain menandatangani borang,terdapat juga acara mengisi borang.Aku layankan sahaja.

"Encik tulis RM50 pada petak ini ye." lembut tutur kakak comel tadi sambil memberikan borang pembayaran kepada aku.

RM50? Bukan RM10? Wacha!!!

Aku bertenang.Isi sahaja.Jangan gelabah.Selepas isi borang,aku bagi borang kepada kakak comel tadi,dan aku sambung duduk atas kerusi.Ambil wallet,buka tengok dalam wallet.Ada RM40.

RM40? Bukan RM50? Wacha!!!!

Aku masih bertenang.Melihatkan kakak comel tadi sibuk proses borang,aku bergegas menuju ke ATM dalam bank tersebut.Aku keluarkan kad,dan,lemparkan ke tepi mesin ATM tersebut.

Hahahaha,kena tipu! Takda la,takkan nak lempar kot.Semestinya aku masukkan kad tersebut ke dalam mesin ATM.Kan? Jadi,setelah aku masukkan nombor pin dan cuit butang sana sini,tiba-tiba mesin ATM tadi bagi aku kejutan.Kejutan baekkkk punya.

Transaksi MEPS tidak dapat dijalankan pada masa tersebut.Wacha!!!!!!!!

Tiada pilihan.Aku menuju semula ke arah kakak comel tadi,tarik nafas dalam-dalam.Aku terus bertanyakan,adakah jumlah minimum yang perlu dibayar RM50 atau boleh dikurangkan.Kakak comel tadi dengan tegas,memberitahu,memang minimum RM50.Tidak boleh kurang.

Wachaaaaaaaa!!!!!

Setelah empat kali ber'wacha',aku dah penat.Borang dah banyak isi.Masa dah banyak terbuang.Nak buat semula proses macam tadi pada esok hari,adalah sesuatu yang membuang masa.

Aku tiada pilihan.Terpaksa juga keluarkan senjata rahsia.Seperti tadi,aku tarik nafas dalam-dalam.Dengan penuh yakin,aku keluarkan ayat pujukan yang paling power sekali di alam semesta.Hasilnya,5 minit kemudian,aku keluar dari bank tersebut sambil memegang kad bank baru yang berkilat-kilat.













Orang yang ada kebolehan ayat power macam aku tadi tu,ada 2 orang ja kat dunia ni.Pertama,aku.Kedua,Brad Pitt.

Brad Pitt tu pun,markah ayat dia,bawah sikit dari aku.

Hebat.


Masterchef Malaysia - 3

1.Demmit lah.Sedap betul bege yang deme masak semalam.Kecur air liur aku.

2.Imelda.....akejadahnya setiap siri kau nak menangis? Ini bukan sinetron lah.Please.Stop da drama,owait? Paling kelakar,dengan chef Zubiaq sekali hang buat dia menangis.So,kip kuking.No kerai kerai.

3.Brader yang buat bege sedap semalam(yang ada keledek goreng ganti fries biasa),hang memang tera.

4.Deena,hang memang awesome.Champion macam biasa.

5.Abang suka pakai tali leher,tak panaih ka ceqqqqq?

6.Setakat ini,aku suka Masterchef Malaysia.Rilek lah,baru kali pertama jalan.Dok gitu?

7. Hai Ezani si doktor gigi.Hik hik hik.Masak molek molek naaaa...









"Jamil,awat hang tak masuk masterchef?".
"Hati waja....Masterchef tu,untuk amatur sahaja.Aku dah tahap pro."


"Benci."

Wednesday, November 9, 2011

Gambar Gambir


Sumber: Sini


Sumber: Sini.


Tuesday, November 8, 2011

Sejenak Di Bank - 1

Aku kena buat akaun.Jadi,aku masuk ke dalam bank dengan sopan.Ambil nombor,duduk dengan tertib.Nombor aku dengan nombor pelanggan pada masa tu,cuma beza 1 nombor ja.Orang ada dalam 2 orang sahaja.

Setelah hampir sejam,barulah aku selesai dengan urusan aku.Lama betul.Jadi,dari kejadian di atas,aku rumuskan dua kesimpulan sebab utama kenapa urusan aku begitu lambat diselesaikan.

Pertama: Akak kaunter punya servis memang slow walaupun ada 3 kaunter dibuka.Semua kaunter dikendalikan oleh kakak-kakak.Layak dimaki hamun jika hilang sabar.Kastemer cuma 2 orang.Bladihel,siput sedut,lintah bulan...etc etc..

Kedua: Akak-akak kaunter semakin sukar untuk berjumpa dengan pelanggan yang hensem.Jesteru,untuk menghilangkan Sindrom Qurban Blues,mereka perlukan seseorang yang hensem untuk boost diorang punya semangat.Itu sebabnya,aku dibiarkan duduk dengan lama di depan kaunter.Tujuannnya,agar dapat membantu boost semula semangat mereka yang hilang seterusnya meningkatkan produktiviti mereka ke tahap maksimum sehingga menerima bonus.Maklumlah,bukan selalu diorang nak jumpa orang hensem macam aku.









Gerak hati aku...kuat mengatakan...kesimpulan kedua memang amat sesuai dan tepat sekali!



Taare Zameen Par


Aku tak suka filem hindustan.Namun,hanya ada 3 filem yang aku boleh terima sepanjang aku hidup 27 tahun ni.

Pertama:Mohabbatein.(Jangan gelak,lagu utama dia terngiang-ngiang dalam kepala aku.Hantu!)
Kedua: 3 Idiots.(Mesej yang sangat kuat.Brotherhood yang sangat kuat.)
Ketiga: Taare Zameen Par (Baru masuk carta.Lakonan yang hidup.)

Filem yang ke-tiga tu,aku baru tengok wiken lepas.Sebab ada Amir Khan.Bukan apa,aku dapat rasa,filem mamat ni memang ada kualiti.Jenis filem yang tak ada aksi nyanyi guling-guling huru-hara(walaupun ada,masih relevan),hero misai ular sawa dan semestinya ceritanya bermesej.

Untuk filem ni,aku tabik kepada lakonan budak dalam gambar tu.Wataknya nama Ishaan.Seorang budak yang mengalami penyakit dyslexia.Dalam filem ni,ia menceritakan bagaimana Ishaan berusaha untuk menguasai hidup walaupun dia tidak seperti budak-budak normal yang lain.Konflik yang dimainkan,relevan. Aku suka.Pace cerita pun,sedap.Takda meleret sangat.

Malas nak cakap banyak,yang ada Unifi,pergi download cepat.

Sedap bukan main cerita ni.

Sedap dia,macam makan tembikai sejuk di bawah terik mentari.








Babai.


Wiken Raya

Aku duduk menonton TV dengan tekun.Sambil tangan menari laju di laptop.Mata kadang-kadang ke tenet,kadang-kadang ke TV.Jenis tamak.Baru balik beraya,memang sedap melepak.Perut kenyang.

"Jamil senget."
"Jamil gedik."
"Jamil ngong.."

Aku terkejut.Jadah mana pulak mengata kat aku di wiken hari raya yang awesome nih.Aku pandang ke arah akuarium mini sebelah TV.Kelihatan 3 ekor ikan guppy yang aku bela,sedang lepak macam tak ada apa-apa yang berlaku.Aku tak puas hati.Aku perhati tajam-tajam ikan tadi.Sekor dari ikan tersebut,tiba-tiba tak dapat tahan senyum.Kantoi di situ.

Demmit betul.Petang-petang nak cari gaduh.

Aku bangun pergi ke satu sudut rahsia,ambil satu benda,dan bawa ke ruang tamu.Sampai di depan TV,aku berdiri di depan akuarium tegak-tegak,dan,tayang benda tadi di hadapan tiga ekor ikan yang aku bela tadi.Tiga ekor ikan guppy tadi,terus pucat lesi.

Aku tersenyum.

Aku berjalan ke sudut rahsia,dan meletakkan semula benda tadi di tempatnya.








Berguna jugak ikan goreng semalam rupanya.


Saturday, November 5, 2011

Rammstein.


Teringat zaman belajar dulu-dulu.

It's been a while bak kata orang Amerika.




Friday, November 4, 2011

Entah Mengapa.

Aku rasa,dalam banyak-banyak hari.....hari ini aku rasa hensem lain macam .

Walaupun dah biasa rasa hensem,hari ni rasa lain.

Adakah ini rasanya hensem tahap yang lebih tinggi?

Jadi,disebabkan aku rasa hensem,maka,aku nak buat ucapan lah.


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA"

(^_^)v

Babai.


Seksualiti Merdeka

Walaupun dah berapa tahun korang anjurkan menda bodoh ni,kalau dah tahu korang tu jenis songsang,tak normal,duduk diam-diam sudah! Buat hal sendiri.

Nak suruh orang terima celah-celah mana? Sampai tahap bagi kome berkahwin lepas tu jemput orang ramai-ramai secara terbuka? Orang tak kacau korang pun dah kira bagus.








B.A.N.G.A.N.G!


Thursday, November 3, 2011

Tanpamu


Aku akui.Produk dari Aizat memang berkualiti.Contohnya lagu ni.Nyanyian Amir Jahari di bawah naungan Kasi Gegar.Amir Jahari ni,dari apa yang aku google tadi,budak AF jugak rupanya.Bagi aku,kalau suara sedap,pegi la dead AF ke,masterchef ke,Buletin Utama ke,apa ke.Ye dok?

Mendengar lagu ini di awal pagi,memang kena dengan mood aku.Aizat dan Anas ni,memang pandai cari bakat baru.Tak heran,mereka pun berbakat.Bagus.

Lenggoknya,betul-betul mengingatkan aku kepada Jason Mraz.

Sedap.



Wednesday, November 2, 2011

Random Rabu

Jadi,kalau mamalia tersebut berjantina 'lelaki@jantan',adakah perlu ia dipanggil sebagai papalia?

Comel.


Tuesday, November 1, 2011

Masterchef Malaysia - 2

Nampaknya,kerisauan aku semalam,betul-betul terjadi.

Chef Riz betul-betul dah jadi macam Matt Preston.Sapa punya idea ha suruh chef Riz pakai cenggitu semalam? Dah pandai main lilit-lilit skarf kat leher pulak sekarang ye.

Identiti please..identiti.





Nakal.



1/11/11

Hensem jugak tarikh hari ni.

11/11/11 dengan 20/11/2011 pun hensem jugak.

Tapi tak boleh lawan lagi dengan kehenseman aku.





HAHAHAHAHAHAHAHAHapacrita?


Monday, October 31, 2011

Masterchef Malaysia

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Chef Riz yang jadi chef pengacara Masterchef semalam.Nampak santai tapi profesional.Ada karisma.Nasib baik tak becok sangat macam ayah dia,Chef Wan.Sekali tengok,macam Matt Preston versi muda.Nasib baik tak ikat skarf kat leher.Haha.

Chef Zubiaq pun ok.Nampak natural di depan kamera.Baguih dok ada! Habaq maiiiiiiii!

Kepada Chef Yahya dan chef pompuan sorang lagi tu,hangpa bukan tak baguih.Mungkin depan kamera,kekok sket.Dalam bidang masakan,diorang otai rasanya.Well,bukan senang jugak nak beraksi depan kamera kalau tak biasa.Ye dok?

Ok.Semangat semula untuk menonton Masterchef.

Harap chef pengacara,kalau tengok peserta dah nak sebak tu,cepat-cepat potong! Tamau la nangis depan kamera.We ols letih tau tengok semua program nak nangis-nangis.Tengok AF pun ada nangis-nangis.Ustazah Pilihan pun ada nangis-nangis.

Biar ada aksi gaduh-gaduh macam Masterchef US takpa.Biar ada happening macam Masterchef Australia takpa.Sedih? Tamau la...Tak best.

Kepada rancangan Masterchef Malaysia...

Good Luck!




*Seronok tengok chef Jo buat gaya macam Joe Bastianich.Suap makanan sambil pandang peserta dengan tajam.Auww....gerun youuu...

Ulasan Perlawanan Terengganu lawan Nogori.

Malas pulak nak ulas.Ada satu persoalan yang lebih besar yang sedang berlegar-legar di dalam kepala aku.




Adakah Hai-O akan mengambil Hai-O (Hairudin Omar) sebagai jurucakap @ duta produk mereka?

"Saya menggunakan produk Hai-O untuk kecergasan sepanjang masa,membantu saya menjadi juara."


Dialog Suami Isteri 25

"Ayang benci abang!" jerit si isteri di depan meja make-up.
"Ala,abang kan da minta maaf.Jangan la marah-marah.Ok sayang?" pujuk si suami sambil meletakkan beg di atas katil.

"Abang da janji nak tengok wayang malam ni,ayang tak kira.Abang tipu ayang.Ayang penat-penat bersiap tadi." rajuk si isteri sambil memuncungkan bibir.
"Nak buat macam mana sayang,tiba-tiba ada meeting petang tadi.Malam besok abang janji,kita pergi tengok wayang ok?" si suami cuba meminta simpati.Bukan apa,isteri yang sedang preknen ni,emosi kadang-kadang kurang menjadi.Selaku suami yang matang,dia kena banyak bersabar.

"Sudah la,abang memang tak sayangkan ayang.Hantar ayang balik rumah mak ayang malam ni jugak." rajuk si isteri semakin menjadi-jadi.Namun,si suami masih tenang.
"Jangan macam tu sayang,takkan sampai nak balik rumah mak kot.Bawa bertenang." pujuk si suami.

"Tak nak.Nak balik malam ni jugak." balas si isteri sambil membuka almari baju.Bersedia untuk mengemas baju ke dalam beg.
"Sayanggg..please.Tak mau merajuk-rajuk.Abang minta maaf ya?" si suami masih cuba mengawal keadaan.

"Tak kira.nak balik malam ni jugak!" si isteri berkeras sambil meletakkan baju di dalam beg.
"Sayangg..pleasee....jangan.OK?" rayu si suami lagi.

"Tak nak.Nak balik jugak." tegas si isteri sambil membawa beg menuruni tangga,menuju ke ruang tamu.

"Ha,nak ke mana tu?" soal Mak Cik Mah,ibu kepada si isteri sambil bercekak pinggang di pintu dapur.Baru sampai dari kampung semalam.Di tangannya ada senduk.Senduk berbau gulai.


***********


"Gulai ni,nak tambah garam ke mak?" soal si isteri sambil mengacau gulai di atas dapur.Berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Mak Cik Mah geleng kepala.

Si suami geleng kepala.














Baby dalam perut,juga geleng kepala.