Monday, May 31, 2010

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 4 (Balik)


Damai.Rasa macam Jack Dawson dalam cerita Titanic.Nak depa tangan luas-luas,malu pulak.


Feri inteprem.


Orang-orang terpilih ja buleh nampak silau macam ni.


Takda pulak ikan dolphin melompat-lompat macam dalam TV.Kecewa.


Dengar cerita..ada lauk daging unta rebus cicah air asam dalam ni.


-Pertama kali masuk.-


-Muka juara bege malaysia 2005.-


-Rojak padang kota.-


-Bege brader juara tadi.Besar.-


-Tibai char kuew teow pulak.Bukan selalu datang.Try je la 3 menda ni.haha..-


Bateri berbentuk punggung.


Tamat episod minggu lepas yang tergantung.Yang aku balik khamis lepas,nanti lah pulak. =)

PS 12



PS:"Ah sedap......ah sedap....ah sedappp..."
Aku:"PS...behave yourself."


PS:"Ah sedap...ah sedap..."

Thursday, May 27, 2010

Dodoi...



Terjumpa kat blog vovin yang femes dengan panda cinta dan kucing terbangnya.

Lagu ni,ada banyak versi.Tapi...bila dengar versi mamat ni nyanyi...aku rasa nak tidur lena-lena...tidur yang nyenyak.....tenanggg...

Suka dengar lagu ni sambil pejam-pejam mata.

=}

Tenang....



Tak tahu kenapa aku hanya suka permulaan lagu ni.Sangat tenang.Bagi aku lah.

Suka warna-warna dalam VC ni.

hummm..

Serabut.Celaru.Sedih.Marah.Geram.Gembira.Resah.Tertekan.Kecewa.







Tenang.

Hamid Tempe

Muka Hamid berkerut-kerut.Matanya melilau-lilau.Risau betul kali pertama datang ke KL ni.Sambil berjalan,matanya tak berhenti melilau.Kakinya melangkah keluar dari tempat parking kereta yang luas.

Gelagat Hamid diperhatikan dengan tekun oleh Mail.Selaku penjenayah tegar,mudah bebeno kalau dia nak kenal mangsa.Hari ni,dia merancang nak songlap beg duit.Mail terus mengekori mangsa dengan tenang.

Hamid yang sedang berjalan tadi mengeluarkan telefon dari seluarnya.Tanpa Hamid sedari,kunci keretanya tercicir jatuh ke tanah masa dia mengeluarkan telefon bimbitnya tadi.Mail yang memerhatikan kejadian tadi terus teruja.Kalau dapat cilok kereta pun sedap.Ramai ja yang nak beli kereta curi.Mau ribu-ribu jugak kalau jual.

Mail bersabar sambil memerhatikan Hamid berlalu pergi.




*******5 jam kemudian.*******



"Jahanammmmmm !!!! kunci kereta akuu!!!! " jerit Hamid sambil meraba-raba poketnya.Matanya cemas meninjau di tempat parking kereta.Poketnya berkali-kali diseluk.Begnya juga beberapa kali dipunggah isinya.Hamid pasrah.Tak berdaya.Perut lapar.

Hamid terduduk di sebelah kereta yang dia parking di pejabat.Penat naik bas 5 jam balik ke Johor,kunci kereta pulak jatuh entah di mana.Mustahil jatuh dalam teksi tadi sebab masa keluar Hamid dah check atas kerusi tak ada yang tinggal.Hamid termenung jauh mengenangkan nasib malangnya.

Dah la kat KL tadi nak cari stesen bas pun susah.Kalau tak kerana bos dia buat hal tetiba balik secara mengejut semalam,takdenya dia kena balik naik bas.Nasib baik tiket ada lagi.Nak balik Johor bukannya dekat.Benda-benda bodoh macam ni la yang buat Hamid rasa nak terajang bos sendiri.Serik dah nak ikut bos jumpa client.









Nun jauh di KL,kelihatan Mail sedang gigih berjalan di setiap parking kereta berdekatan sambil menekan butang pada kunci kereta Hamid.

Dahinya penuh dengan peluh-peluh harapan.

Mimpi.

Semalam....mungkin buat kali pertama,aku mimpi arwah.Mungkin aku pernah mimpi dia...tapi aku mungkin lupa.Mungkin.

Aku tengok dia gembira.Apa menda dia main..aku pun tak tau.Seronok betul tengok dia main.Game tiup-tiup belon ke apa ntah.Sungguh merepek-repek.Kalau dia tengah gembira kat sana...alhamdulillah.Itu yang kita mau.Dah dekat setahun ko pegi yam.

Rindu pertarungan Red Alert yang sengit dengan ko.


Al-fatihah.Ini ja yang aku mampu bagi sebagai sahabat.


p/s:Lenguhnya nak drive balik malam ni.Gugugu.. <-gugugu?..macam gadis2.

Wednesday, May 26, 2010

Bye..


sumber gambar: sini

aku bukannya apa-apa...bukannya siapa-siapa..

sekadar sampah.

ya...

hanya sampah.

=}

Tuesday, May 25, 2010

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 4 (Pergi)


-Sumpah sedap naik menatang ni-


-Driver paling gagah,pegi balik,dia je drive.Inilah Robel.-


-Macho man yang mementingkan keselamatan-


-Sikit lagi dah nak sampai.-


-Kacak kan taik lalat aku?-


-Yang hijau-hijau tu,pokok beras ye adik-adik.-


-Cakpong cakpong.-


-Hehehehehehee.....-


-Penyeri majlis-


-Selamat Pengantin Baru untuk kamu berdua! =) -




Bersambung dalam siri (perjalanan balik).

Monday, May 24, 2010

Dialog Masyarakat Marhain 27 (Versi Gadis)

"Uishh..awal hang mandi petang ni."
"Ye la.Nak pegi clubbing."

"Oih Senah..sejak bila hang pandai clubbing ni.Ooo..mak ayah dok jauh,da berani nak clubbing-clubbing eh.Baru sambung belajar kat KL,dah nak enjoy sana sini.Rilek la dulu.Lagipun bahaya hang clubbing ni."
"La...itu pun nak kecoh.Tak faham aku.Datang sini kena la bersosial sikit."

"Sampai hati cakap kat aku macam tu.Aku la kawan hang dari sekolah.Aku repot kat mak hang baru tau."
"Ha..repot la...tak takutt.."

"Hang nak pegi clubbing kat mana ni? Habaq la.Kang jadi apa-apa senang aku nak pegi."
"Blok B tu ha.Kelas 3c.Dalam notis tadi kata ada perjumpaan kelab catur.Hang tak join kelab ka Tipah?"








"Hang ni..bila bercakap,bahasa tu ikut sedap mulut.Eiiiiiiiii !!!!! Senah...aku benci hang! "

Kelakar



Ok..kartun ini sangat kelakar dan comel.

Senang cerita..video kat web sini(klik) memang hebat-hebat.

Leman Penjual Kereta

Petang tu Leman tersengih-sengih.Pagi tadi saja dah 3 buah kereta dia dapat pembeli.Kalau nak kira komisyen,dah berapa ribu dia dapat.Tu baru sehari.Kalau darab 20 tahun,dah berkoyan-koyan duit beliau.Sambil tulis sesuatu di atas kertas,Leman cuba buat kira-kira sendiri.Kemudian sambung senyum.

Di satu sudut pameran,kelihatan seorang pakcik sedang melihat-lihat sebuah kereta.Nampak gaya macam seorang pesara yang sedang mencari kereta untuk anaknya yang sedang belajar di universiti.Itu telahan Leman.Pengalaman menjual kereta membolehkannya mengenal jenis-jenis pembeli.

"Assalamualaikum pakcik.Cari kereta untuk anak yang sedang belajar ke?" tegur Leman sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.Gaya mendekati pelanggan yang Leman praktikkan memang mengancam.
"Waalaikummussalam...ha..gitulah gamaknya.Pandai anak ni teka." balas pakcik tadi sambil senyum-senyum.

Leman tersengih bangga.

"Kalau pakcik nak tanya apa-apa pasal kereta,pakcik tanya ja.Saya boleh terangkan secara jelas kepada pakcik."Leman mula mengayat.
"Apa sahaja boleh tanya pasal kereta? Hebat anak ni." puji pakcik tadi sambil senyum-senyum.

"Ok pakcik...kereta yang pakcik tengok ni memang berbaloi kalau untuk budak-budak muda." Leman mulakan langkah.
"Sebab apa?" soal pakcik tadi ringkas.

"Sebab kereta ni bla..bla...bla.." panjang Leman menerangkan.
"Ni kereta kat sebelah ni macam mana pulak." soal pakcik tadi sambil melihat-lihat kereta di sebelah.

"Oooo..ini kereta waja baru.Dia pakai enjin CPS." balas Leman kompiden.
"CPS tu macam mana?" soal pakcik tadi penuh tanda tanya.

"Penggunaan teknologi CPS dan VIM meningkatkan kuasa enjin Waja versi baru sehingga 13 peratus kepada 125 kuasa kuda berbanding 110 kuasa kuda pada enjin Camro standard." terang Leman sebijik macam ayat dalam buku manual.


Sepi....





"Kuasa kuda dia tu...dia pakai kuda padi ka kuda perang?" soal pakcik tadi bersahaja.

Dengan perlahan-lahan....Leman bersandar di dinding sambil matanya memandang jauh ke arah langit yang cerah.

Geram.

Hari ini dalam sejarah.



Masa ni,duk dalam perut lagi.Tak keluar lagi.Dalam pukul 4 petang sat lagi...baru Jamil menangis-nangis.Orang yang sambut pun jatuh hati.Baru lahir dah kacak.

Terima kasih tuhan.Makasih mak.Makasih bapak.

Apa..ingat senang ke nak berebut dengan sperma lain.Berjuta-juta bai datang serbu.Kalau korang rasa rebut naik tren KTM pegi dengan balik keja tu dah azab,ha..yang ni lagi azab.

Masa sampai kat ovum tu,ada sekor sperma ni ajak main undi.Sapa menang cabut undi,dia buleh masuk dalam ovum.Disebabkan jangka hayat sperma adalah singkat,aku tak nak buang masa dengan menda-menda bodoh macam tu.Aku tendang laju-laju sperma sekor tu.Kalau dia lahir kang,mesti jadi ahli politik.Dah le ahli politik kat luar sekarang merepek-repek.

Selain tu,ada jugak sperma yang ajak main 'gunting dan batu'.Tangan pun takda,ada hati nak main.Ada yang lagi barai...siap bawak buah dadu.Aku geleng kepala.

Gila punya idea.

Aku pun sound la.Aku cakap,sapa hensem dan kacak la buleh masuk.Bila semua tengok cermin...masing-masing bagi laluan kat aku.Tau pun.

Ok..itu cerita 26 tahun 9 bulan yang lepas lah.

Eh...26 ke...16 ha?

16 kot.



Saturday, May 22, 2010

Jitra..aku datanggggggg !!!!!


Membe aku nak kawin.

Okeh..nak iron baju jap.

Hik Hik Hik..

Friday, May 21, 2010

Semalam yang hangat 20

Aku singgah kat gerai yang jual nasi lemak dekat BK5 atau dikenali dengan nama Bandar Kinrara.Disebabkan dah agak lama tak pekena nasi lemak,aku pun singgah kejap.Nasi lemak ni,dah lama aku makan masa duduk kat BK5 dulu.Ala,nasi lemak ni depan masjid BK5.Dekat simpang 3 tu.Sebelah kedai Otai bege.Nasi lemak ni memang sedap lah.

Lepas kunci PS,aku pun berjalan dengan tenang menuju ke arah gerai tadi.Elok sampai,mata aku dah target ayam mana aku nak cekau.Bau toksah cakap,wangi sungguh.Perut lapar memang sedap makan apa pun.Pada masa yang sama,ada sorang akak baru sampai.Kira sama-sama sampai la dengan aku.Akak tadi pilih ayam sambil order nasik.Aku pun order jugak lepas akak tu order.

"Bungkus sambal asing ye." sambung akak tadi sambil belek-belek ayam.
"Ok kak..boleh boleh.." balas brader nasi lemak sambil sediakan nasi.

Bunyi gorengan ayam memecah sunyi.

"Sambal tu bungkus asing eh." aku pun tak nak kalah.Mencelah jugak.Bukan apa,kalau letak sekali,nanti tak sedap.Nasi jadi kembang.Memang tak ngam.
"Ok bang..boleh bang... boleh." balas brader tu lagi.Tangan sibuk menceduk nasi.

Bunyi gorengan ayam memecah sunyi.

"Ayam drumstick ni tak payah potong ya.Letak sekali kat situ." ujar akak tadi sambil letak ayam atas tray.
"Ok bang..boleh bang...boleh.." balas brader tadi laju-laju.






Sepi...






Bunyi gorengan ayam terus memecah sunyi.

Mat Napi dan Kerjayanya

"Boleh tahan kereta ko ni." ujar Mat Napi sambil memusing-musingkan stereng kereta.
"Oit..bawak elok-elok la...kereta baru aku ni.Pukul kang." gurau Saleh kat sebelah.

"Haha...ala..rilek la.Aku bukan selalu balik.Dah 6 bulan tak jumpa ko kan.Kerek lah ko ni.Rilek la,kalau kapal laut besar gedabak tu aku boleh handle..apa sangat la kereta ko ni.Orang putih kata...like a piece of cake.Dak gitu?" gelak Mat Napi di sebelah.Mesra.Saleh hanya diam.Risau.

Mat Napi merupakan seorang pelaut.Pelaut di sini bermaksud beliau adalah antara individu yang mengemudi kapal kontena di laut lepas.Mat Napi dan Saleh adalah membe sekampung yang akrab sejak dari sekolah.

"Ye lah...dah jenis kerja ko lepak tengah laut bulan-bulan,celah-celah mana kita nak berjumpa." balas Saleh sambil menyalakan rokok.

"Ha...kat mana kedai yang ko cakap tadi.Aku dah lapar ni." balas Mat Napi.Matanya melilau-lilau.
"Tu ha,masuk kat selekoh depan tu.Jangan terlajak pulak." ujar Saleh sambil sedut dalam-dalam asap rokok.

"Oraittt....." balas Mat Napi sambil membelok ke kanan dengan hensem.



SKREETTTTTTT!!! BAMMMM!!!


Sepi...










"Oh ya...ko tau Saleh,kat stereng kapal laut yang aku bawak tu kan....tak ada signal tau.Lepas tu side mirror pun takda.Kiranya kereta ko lagi canggih la dari kapal tu." balas Mat Napi laju-laju dalam cubaan memuji sambil memandang seorang mat rempit tengah terbang selepas melanggar kereta Saleh.

Di mata mat rempit yang sedang terbang tadi,ada air yang mengalir jernih.

Begitu juga di kaca mata Saleh.Berkaca-kaca.

Masing-masing geram.

Thursday, May 20, 2010

Status - 5

Ngeri dah nak buka radio era.Habih lagu ja..terus keluar iklan filem baru Dr. Rozmey.Agak-agak la.

Buleh mengigau ooo malam-malam.

Stressed = Desserts





Kepala Sakit.Rambut dah kembang macam layen king.Bahana terlupa pakai minyak rambut pagi tadi.Nasib baik kuku dah potong.Kalau tak...memang layen king lah!

Sedang bayangkan Lisa Surihani picit kepala.




Miaurrrr..

Wednesday, May 19, 2010

Karim si Kesatria

Karim memandang tajam ke arah raksasa di hadapannya.Nak lawan memang tak adil.Dia sorang,raksasa ada dua.Kalau sekor bagi penendang,sekor lagi pulak karate pinggang kiri,penat jugak nak menepis.Muka raksasa dihadapannya huduh bebeno.Seko berjudul raksasa belitong a.k.a siput sedut dan sekor lagi pulak berjudul raksasa gondang.Satu kombinasi makhluk air yang sangat fail.Dua-dua lembab bergerak.

Karim tidak cemas.Dia ada rahsia tersendiri.


****Flashback bermula*****
(Masa ni gambar jadi hitam putih,pastu berombak-ombak macam air.Cepat bayangkan.)

Seminggu yang lepas,dia dapat tali pinggang hikmat dari seorang tua di kaki bukit ketika sedang mencari buah hutan.Setelah orang tua tu bagi manual penggunaan dan cara servis,orang tua tersebut terus hilang.Bila tiba di rumah,Karim mencuba tali pinggang tersebut dan dia telah bertukar kepada seorang kesatria.Karim sangat suka uniform kesatria tersebut.Memang macam yang dia tengok dalam tv masa kecik-kecik dulu.Cuma tang leher ja ada skarf merah.Buat lap peluh orang tua tu kata dalam manual.

"Minggu depan..ada makhluk yang akan datang uji kamu." itu pesan orang tua tersebut sebelum hilang dari pandangan.


****Flashback tamat*****
(Gambar kembali berwarna)

Karim membuka langkah kekuda.Tangan disilangkan.Semuanya dilakukan seperti yang diajar di dalam manual.Karim bersedia untuk bertukar.Raksasa berdua tadi mula bergerak untuk menyerang.Suasana genting.Daun-daun berterbangan.Angin menderu-deru.

"Bertukarrr...!!!" jerit Karim antara dengar dan tak dengar sambil tangan menunjuk ke langit.


Sepi.....


"Helo Temah.Ada nampak tali pinggang yang ada corak rimau ternganga tak kat dinding dalam bilik.Pegi tengok kejap.Kalau ada,hantar kat tepi sungai ni jap.Abang tersalah pakai tali pinggang ni ha." ujar Karim di telefon bimbitnya sambil bercekak pinggang.Rokok di mulut dinyalakan sambil tangannya membelek-belek tali pinggang Kiki Lala milik anaknya yang dia tersalah pakai.


Sepi....


"Ni nak kira macam mana ni? Nak serang ka tak nak serang? Nak tunggu tali pinggang dia sampai?" soal raksasa berjudul gondang kepada raksasa berjudul belitong dengan penuh diplomasi.











Si tua yang memerhatikan kejadian tersebut dari jauh hanya mampu menendang perdu buluh di tepi sungai laju-laju sebagai tanda geram yang teramat sangat.

Benda-Benda Sedap 8



Aku suka idea lagu ni yang menggunakan muzik klasik yang rancak.

Bila dengar,rasa nak goyang-goyang ibu jari kaki kiri.Rasa nak goyang-goyang bahu.Rasa nak menari.Vokal dia sesuai dengan lagu.Sesuai dengan muzik.Sesuai dengan lirik.Sesuai di sini bermaksud,pada selera telinga dan mata aku lah.Orang lain aku tak tau.

Catchy.Aku suka.

Lirik dia kat sini.

Semalam yang hangat 19



Budak-budak suka menda-menda cantik,hensem,menarik dan indah kan? Hati budak-budak jujur.Ikhlas dalam ekspresi perasaan.Jadi,tak hairan la budak ni ushar aku lama gila semalam.Tak berkelip.Rasa nak mintak maaf pun ada kat budak ni sebab aku terlalu hensem sampai buat dia rasa tak nak alih pandangan.Mungkin dia rasa macam nak duduk sebelah aku yang tunggu order sorang-sorang.

Tunggu lagi 18 tahun ye si comel. =p

Hik hik hik.

Tuesday, May 18, 2010

Status - 4

Sibuk macam peluru mesin gun.

Monday, May 17, 2010

Dialog Suami Isteri 19

TRUTT TRUTTT....TRUTT TRUTT....

"Assalamualaikumm.."
"Waalaikummussalam....."

"Mak sihat?"
"Sehat.....kamu berdua kat sana macam mana?"

"Alhamdulillah....sihat mak.Mak..kami ada berita gembira nak cakap kat mak ni." si suami bercakap dengan mulut tak lekang dengan senyuman sambil duduk di atas sofa.Si isteri di sebelah memeluk erat lengan suaminya.Juga tersenyum manja.Si suami tukar mode telefon kepada 'loudspeaker' supaya senang mereka bertiga berbual.

"Ha..apa yang kamu nak cakap ni.Kamu nak belikan mak rantai emas ke.Hik hik hik.." gelak Mak Cik Senah penuh gedik.Cuba bergurau.Bulan lepas dia bergurau periuk nasi,terus dapat.Pintar jugak Mak Cik Senah ni dalam hal-hal diplomasi.
"Tak lah mak..kami ada hadiah yang lagi hebat dari tu." balas si isteri di sebelah.

"Ha...kamu berdua ni..jgn buat mak saspen.Cakap cepat." balas Mak Cik Senah sambil gelak-gelak.
"Mak....menantu mak sorang ni dah mengandung.Alhamdulillah...dah 4 minggu sekarang.Ni cucu pertama mak ni.Hehehhe.." ujar si suami sambil tersenyum-senyum.

"Alhamdulillahhhh....syukurr....ayahnya oiii..mari sini ha..menantu kita dah berisi ni.Mari cepat..mari cepat." kecoh bunyi suara Mak Senah di talian sambil memanggil suaminya.
"Amboi mak ni..sabar la..kesian ayah tu.Hehehe.." sampuk si isteri di talian.

"Assalamualaikum.." Pak Cik Leman bagi salam.
"Waalaikummusalam ayah." balas si suami.

"Ha...dapat jugak anak kamu ye.Apa la lama sangat.Penat ayah tunggu.Ayah kamu ni dulu,kawin dengan mak kamu...seminggu ja terus mak kamu ni muntah-muntah.Terus mengandungkan kamu.Budak-budak muda sekarang ni suka makan merepek-repek.Tu yang tak gagah tu." bebel Pak Cik Leman.
"Ha'ah..betul tu ayah...lelaki sekarang tak gagah dah." sampuk si isteri sambil gelak-gelak.

"OOOOO...tak gagah yeee..." balas si suami sambil pandang-pandang tajam ke arah isterinya.
"Auwwwww!!!!" kedengaran jeritan manja si isteri.











"Oittt.....tutup la talipon dulu kot ye pun." terdengar jeritan Pak Cik Leman di telefon.

Mak Cik Senah tersenyum nakal di belakang Pak Cik Leman.

Nak Topup RM10 percuma ? (Masa tamat,Jawapan)


JAWAPAN:

-Lengan baru bangun tidur.Hahahha...-


JAWAPAN:

-PS mandi buih-


Ha,mari kita tgk komen kat bawah.Sapa yang keeenaaaa.... =p

PEMENANG YANG HAMPIR:
Ejal dengan alamaya..email ke hapacrita@yahoo.com details korang.Pilih nak buku atau topap.Nak topap..bagi nombor.Nak buku,bagi alamat.Pilih satu je.Pilih dua-dua aku gedumbek.

hahaha..tahniah. =)

Sunday, May 16, 2010

P.S. I Love You



Cerita ni banyak bagi nasihat kat aku.

Saturday, May 15, 2010

Wow!!! - 1

Sebentar tadi,ketika sedang bergolek-golek dan bergesel-gesel di atas tilam bersama Macho Man..(ya..Macho Man memang suka bermanja-manja..geli kan?),beliau menyatakan bahawa beliau telah terbeli satu benda yang amat cool.Benda tersebut adalah air dalam tin yang boleh dipanaskan serta merta dan di mana-mana sahaja.Macho Man menyatakan juga bahawa beliau membeli air ini di Petronas tepi Highway menghala balik dari LCCT.Setelah mendengar penerangan pasal air tersebut,aku memaksa beliau mengambil air tersebut untuk dicuba.

Ok..menda ni sangat cool.Air yang dipanaskan memang betul-betul panas.Panas dia jenis kalau aku siram atas badan korang,mesti melecur.Panas dia tahan lama jugak.Dekat setengah jam.Memang ekselen.

Cara nak guna memang mudah,tekan tempat yang dikhaskan kat bawah tin tadi,dah tunggu semenet dua.

Aku dan Macho Man mula memikirkan teknik beli menda ni,guna pembuka tin,buang air coklat dan ganti dengan sardin atau rendang ayam.Peh...memang sesuai dibawak bercamping.

Ok..sekian update dari bilik tidur.












Tabik kepada tukang buat menatang ni.

Oh ye..harga dia..rm5 ja. =)

Friday, May 14, 2010

Tajuk Akhbar Paling Hensem



Tak pernah aku jumpa tajuk akhbar paling sempoi macam ni.Tajuk dia macam sembang dengan membe-membe kat kedai jus buah.

PS 11

Aku berjalan keluar dari Giant Kinrara dengan sehabis tenang.Malam yang redup betul-betul buat aku tenang.Kat tangan takda beg plastik apa-apa.Aku melenggang.

Oh..aku tak beli tshirt rm5.Sebab da banyak.Lain kali lah.Aku datang Giant sebab bosan.Jadi bila datang sini,boleh jugak tengok2 barang,tengok2 gelagat orang.

Pavillion? Naaaahh...aku hanya seorang yang simple.Malas nak bersesak kat KL.

Sambil berjalan menuju ke arah kereta,aku keluarkan kunci.Sebaik menghampiri PS,aku tekan butang kat kunci aku.Masa tekan kunci tu,gaya dah macho.Jenis tekan butang lepas tu buat-buat tak sedar.Muka maintain pandang tanpa rasa bersalah.Dapat?

Lepas tekan butang kat kunci,aku hairan,kenapa kunci tak nak bukak.Takkan tak sampai setahun beli dah rosak.Aku mula rasa tak best.Mula nak mengomel-ngomel.Butang kat kunci aku tekan kuat-kuat sambil berdiri kat sebelah pintu.Dalam kepala dah terbayang malas nak pegi pusat servis Proton.









"Jamil...I kat sini la.Berjalan nak berlagak.Bukan nak tengok nombor plet.Langgar kang! " bebel PS selang dua buah kereta.

Garang.

Benci.

Benda-benda yang WTF.



Yang tengah tu,tangan urat-urat pun tak nak kalah.

Ni nak kira macam mana ni? Nak kena ajak pegi jumaat sekali tak ni?

Malam Jumaat

"Kecebur...kecebur..." bunyi dari rumah belakang.

Tau la malam jumaat.Takkan pukui 12.45 malam da mandi kot.

Thursday, May 13, 2010

Hapacrita time machine 14

Waktu-waktu macam ni,tetiba aku teringat nasi goreng kicap telur masakan mak aku.

Masakannya mudah.Panaskan minyak,goreng bawang,masukkan nasi,masukkan kicap pekat cap Angsa.Kemudian pecahkan telur.Kacau sampai telur bercampur dengan nasi.Aku menunggu di meja makan dengan mata bersinar-sinar.Sungguh comel aku yang berusia 5 tahun masa tu.

Dah siap masak,mak aku hidang kat aku panas-panas sebelum aku pergi ke tadika.Rasa lemak-lemak telur goreng yang bercampur dengan nasi,rasa masin kicap yang sesedap rasa,bau bawang merah dalam nasi dan wap nasi goreng yang panas aku tiup...semuanya masih segar dalam ingatan.

Duh...kejap ja dah 20 tahun.



*Hai..saya Jamil (^_-)*

(Cakap sambil lambai-lambai tangan.)



Fesyen lengan pendek sampai ke ketiak tak berubah.Macam gambar kat sini.

Antara Hamid,Razak dan Jin Ajaib

Hamid dan Razak berpeluh-peluh.Sudah lama mereka berjalan-jalan di tepi pantai pada pagi tersebut.Langit cerah.Angin bertiup segar.Aktiviti berjalan di tepi pantai membuatkan mereka berdua segar.

Tengah sedap berjalan,tiba-tiba Hamid tersepak sebuah termos air.Hamid mengangkat termos air tadi dengan penuh hairan.Razak pun berkerut-kerut bila melihat termos air tadi.Pada termos air tersebut,ada dilekatkan nota yang sudah agak lusuh.

"Jangan buka,ada jin loyar buruk dalam termos ni.Yang Ikhlas..bomoh Din." ringkas bunyi nota tersebut siap ada tandangan sekali.Hamid dan Razak berpandangan sesama sendiri.Sejak bila bomoh pandai main sain-sain nota ni.

Hamid dan Razak tak peduli.Mereka berdua buka jugak termos tersebut.Tiba-tiba keluarlah jin.Hamid dah Razak dah tak bersuara.Terkejut betul.Dah le jin tu tak hensem,bulu ketiak saja dah macam berus sabut.

"Hahahahaha....terima kasih kerana bebaskan aku.Sebagai hadiah,aku akan tunaikan 1 permintaan kamu berdua" ramah Jin tadi buat offer.

"Celaka..dialog dia sama macam dalam cerita jin yang kita baca dalam buku dan tengok dalam filem." bebel Razak ketakutan.
"Agaknya persatuan jin dan set dialog macam ni kot." balas Hamid sambil melepaskan botol termos tadi.

"Aku nak setiap kali aku nak beli barang,aku seluk pokej ja..mesti duit cukup.Nak bayar senang.Ngam-ngam." Razak ucap kuat-kuat kepada jin tadi sambil kenyit mata kat Hamid.Mukanya Razak tersenyum-senyum membayangkan Ferrari yang bakal dibelinya.

"Pemintaan anda berdua telah ditunaikan.Sila semak dalam poket.Jumpa lagi.Muah!" bebel Jin tersebut kepada Razak sebelum menghilangkan diri.

Razak menyeluk ke dalam poketnya.Ada sesuatu.Razak mengeluarkannya.Hamid memerhatikan dengan penuh debar.

Di tangan Razak,ada sekeping kad kredit Mastercard siap dengan nota dari jin tadi.

"Aku dah set kad tu takda limit.Hang nak beli apa pun,beli lah.Tapi jgn lupa bayar balik noo..sat lagi bank cari.Hang cuma mintak boleh bayar cukup dan senang je kan,takda pulak kata free.Babai...muah!" bunyi nota pada kad tersebut dalam loghat utara.












"Aku setuju.Jin ni memang loyar buruk macam dalam nota bomoh tu tadi.." ujar Hamid sambil menenangkan Razak yang sedang memijak-mijak termos sebab terlalu geram.

Ayah Firdaus Iron Man




"Ah....penipu!" jerit Hafiz.
"Betulll..aku cakap ayah aku iron man...iron man lah.Buat apa aku nak tipu." balas Firdaus.

"Cakap besar boleh la kau.Ingat aku nak percaya?" tempik Hafiz lagi.
"Aku tau la kau jeles." balas Firdaus sambil memuncungkan bibir.

Hafiz yang tidak berpuas hati mula menolak-nolak firdaus.Pergaduhan kecil itu disaksikan oleh Cikgu Kamal yang sedang berjalan menuju ke arah keretanya.

"Budak-budak ni,habis waktu sekolah ja,nak bergaduh.Apa kemendanya lagi ni." bebel Cikgu Kamal dalam hati.Sebagai cikgu muda,semangat mengajar memang menebal.Selaku pengajar yang berwibawa,Cikgu Kamal berjalan menuju ke arah Hafiz dan Firdaus yang sedang bertolak-tolakan tadi.

"Ni apahal ni.Takkan berebut makwe kot.Sorang-sorang baru darjah dua." bebel Cikgu Kamal sambil meleraikan pergaduhan kecil tadi.

"Ni ha....Firdaus ni.Dia kata ayah dia Iron Man.Merepek betul.Nak tipu pun agak-agak la." Firdaus mengadu.
"Betul cikgu...ayah saya memang iron man.Datang lah rumah saya.Saya nak tunjuk." balas Firdaus membela diri.

Cikgu Kamal termenung.Baru sebentar tadi dia layan youtube masa senggang.ada jugak dia tengok pasal orang jepun yang suka pakai-pakaian macam dalam watak game dan movie.Cosplay namanya.Kebetulan,Cikgu Kamal berminat jugak dengan menda-menda cosplay ni.

"Kalau ayah Firdaus ni spesis layan cosplay,sedap jugak.Tak la bosan sangat aku kat sini nanti.Sementara bujang ni,ni le masanya nak layan menda-menda macam ni." Cikgu Kamal bermonolog di dalam hati sambil mengenangkan nasibnya yang baru dipindahkan ke sekolah tersebut.

"Jom..cikgu hantar kamu berdua.Tapi kita pergi rumah Firdaus dulu.Kita tengok ayah dia.Boleh?" Cikgu Kamal pintar menyusun rancangan.Kedua budak tadi mengangguk-angguk tanda setuju.




*********




"Ha..kan saya dah cakap.Ayah saya Iron Man.Cikgu dengan Apit tak percaya." laung Firdaus kepada Hafiz dan Cikgu Kamal yang sedang melopong.

Dari jauh,mereka bertiga sedang melihat ayah Firdaus sedang tekun meng'iron' baju di dalam kedai dobi yang diusahakan oleh keluarga Firdaus.

Cikgu Kamal gigit kunci kereta kuat-kuat.

Wednesday, May 12, 2010

Tipah Gedik

"Wah wah...dah setahun aku tak datang kampung ko kan.Pejam celik-pejam celik,sekejap je rasa.Kan Jimah kan?" ngomel Tipah bila turun dari bas.
"Ala..tak ada apa pun yang berubah kat kampung ni ha.Sama aja." balas Jimah sambil angkat beg.

Mereka berdua rakan sekerja.Sengaja Jimah mengajak mengajak Tipah bercuti di kampungnya.Suasana sangat bening sekali.Jam masih menunjukkan 8 pagi.Burung-burung berkicauan.Suasana tenang.

"Eh eh..tu Mak Cik Munah kan?" Tipah bertanyakan kepada Jimah.
"Ha'ah..kenapa?" soal Jimah semula.

"Dulu muka dia tak secerah macam ni.Haa..ni yang aku suka orang kampung ni.Mesti ada petua kesihatan dan kecantikan yang power.Jimah,kejap ya..aku nak pegi jumpa dia kejap." laju Tipah meletakkan beg dan menuju ke arah Mak Cik Munah yang sedang berjalan seorang diri.

"Assalamualaikum Mak Cik Munah...kenal lagi saya? Saya Tipah.Tipah yang datang mengurut kat mak cik dulu masa saya jatuh dari pokok tu." panjang Tipah memperkenalkan diri.
"Waalaikummussalam.Ya,mak cik ingat.Baru sampai la ni ye?" ramah Mak Cik Munah kenalkan diri.

"Ha'ah.Mak cik sehat?" Tipah mula beramah mesra.
"Alhamdulillah...sehat..." balas Mak Cik Munah semula.

"Mak Cik...saya nak tanya ni." Tipah sudah tidak sabar-sabar lagi.
"Apa dia nak? Tanya lah." balas Mak Cik Tipah sambil tersenyum-senyum.

"Apa petua yang mak cik guna.Saya tengok muka mak cik semakin berseri.Mak cik buat jamu sendiri eh? Maklum la..orang pandai mengurut macam mak cik ni,selalunya ada petua-petua yang hebat.Boleh saya tau?" soal Tipah penuh mengharap.Mukanya senyum habis manis.

"Mak Cik guna Fair and Lovely." ringkas jawapan dari Mak Cik Munah.















Burung-burung berkicauan.

Suasana tenang.

Tuesday, May 11, 2010

Hai pembaca hapacrita...

Selamat malam.Gud nait. =}

Mari Mengenal Jamil


-Bersedia menggigit bege kali ke 3-


-Punya la sedap,sampai jam pun jadi longgar dan menggelungsur ke lengan..tskk..gelojoh.-



Dari rajah di atas,kita dapati bahawa jamil sedang memegang bege.Jamil memang suka bege.Tapi memandangkan Jamil sudah bosan berbadan gemuk,dan sedang cuba membuang lemak-lemak di badan,Jamil kena jarang makan bege.Disebabkan badan Jamil ni rendah@tak tinggi mana,maka bentuk badan yang gemuk akan membuatkan Jamil kelihatan seperti bebola daging yang bergerak.Itu adalah tidak baik untuk masyarakat.Jadi Jamil kena jaga.Lagipun,bila badan sihat,mak kat kampung pun gembira.Ok..Mari kita lihat perincian gambar.

1.Baju biru.
-Jamil mempunyai banyak koleksi baju seperti di atas.Baju yang Jamil suka adalah baju yang plain (kosong).Ini kerana Jamil tidak suka baju yang ada tulis-tulis.Jamil tidak mahu menjadi papan iklan bergerak.Baju yang Jamil suka pakai adalah baju RM5 dari Giant @ Carrefour.Baju ini Jamil sangat gemar kerana boleh dibeli banyak-banyak,dan jika terkena muntah anak buah,Jamil tidak akan gundah gulana memikirkan baju mahal terkena kotoran.Selain ekonomi,Jamil juga boleh beli banyak-banyak.Baju plain macam ni,sangat selesa dikenakan dengan jaket jika sejuk.Jamil bukan fashion freak.Tayang lah jenama apa pun,latest atau tidak,Jamil hanya akan pandang sebelah mata.Cuma,Jamil hanya suka satu jenama,Camel.Jenama ini sangat tahan dan selesa serta berkualiti.Itupun untuk kasut.Amat jarang sekali Jamil akan beli baju berjenamaJika ada,Jamil hanya akan pakai ke majlis tertentu.Lagipun,kalau dah hensem tu,pakai apa pun nampak smart.Bukan...Jamil tak kata Jamil hensem,Jamil cuma kata kalau orang hensem,pakai apa pun nampak smart.Jamil tak hensem.

2.Jam tangan.
-Jam tangan kegemaran Jamil adalah jam digital.Jamil tak suka jam besi berat-berat.Pakai jam besi berat ni,dah nampak macam abang-abang bos.Macam brader MLM bawak laptop pun ada jugak.Lagipun,Jamil suka satu benda yang banyak fungsi.Malahan pula,tugas Jamil sebagai programmer dan blogger memerlukan Jamil lincah menaip di atas keyboard.Jika ada beban seberat kapal titanic di tangan Jamil,itu boleh dikatakan sebagai satu bentuk gangguan.Jamil tak suka diganggu.Jam yang Jamil pakai adalah jam tangan Casio Twincept yang Jamil beli lebih setahun lepas.Kat cermin dia boleh papar maklumat digital.Kalau rasa semak sangat,boleh disable semua paparan tu dan hanya akan nampak macam jam jarum sahaja.Faham? =) Ok..kalau tak faham,sila lihat DI SINI. Jam teknologi Twincept ni,Jamil terjumpa sejak tahun 2000 lagi masa belajar kat sekolah.Setahun lebih yang lepas baru dapat pakai.Susah nak jumpa yang sesuai dengan hati. =}

3.Bege.
-Ekceli,Jamil suka bege yang ada cheese.Disebabkan gatal membuka website INI,maka,walaupun tengah tak berduit sangat,Jamil menggagahkan diri pergi makan.Itulah sifat Jamil,kalau dia kata nak..memang dia akan cuba dapatkan.Kalau tak nak,memang dia akan tak nak.Kalau tak dapat,dia hanya akan bertabah.


Sekali sekala buat entry gedik macam ni orait jugak.Bercerita tak habih-habih,korang pun boleh busan jugak kan?..ye dak? =p

Hik hik hik...


Ya..aku seorang yang sangat simple. =)

Monday, May 10, 2010

Tak Guna! Berjurai air mata aku - 2



Nakal nak mampos pak arab ni.Hahahaha.

Semail

"Sayang...cepat la,rancangan yang abang shooting minggu lepas dah nak tayang ni." laung Semail dari ruang tamu.Bersemangat betul dia nak tengok rancangan yang diacarakan olehnya bersama dengan isteri tersayang.

"Ok,ayang datang ni." sambung si isteri sambil duduk di sebelah Semail.Mata mereka fokus ke arah tv.



******Rancangan bermula*******



"Apa khabar puan-puan yang berada di rumah? Diharap semuanya sihat belaka." ujar Semail senyum-senyum di kaca TV.Sejak rancangannya mendapat rating yang tinggi,hati Semail sangat berbunga-bunga.

"Kali ini,kita menuju ke restoran kelip-kelip bunga api.Yaa..kita akan cuba menu di sana pula." ujar Semail lagi.

Setelah memberikan serba sedikit penerangan berkenaan restoran seperti sejarah peubuhan restoran dan hobi tokey restoran,akhirnya Semail dijamu dengan menu istimewa restoran tersebut.Antaranya masak lemak,lauk rendang dan beberapa menu lain.Kelihatan Semail makan dengan berselera dalam rancangan tersebut sambil memberikan pujian kepada masakan yang dihidangkan kepadanya.

"TRUTTT....TRUTTTT...." bunyi sms masuk ke dalam hp Semail.Semail buka sambil matanya masih fokus ke arah tv.SMS dibuka dan Semail membacanya dengan penuh teliti.

"Mail,aku terlupa nak buang part yang ko bergurau dalam rancangan tu.Harap ko ready kat rumah.Aku tau bini ko garang.Sori.Aku baru teringat." ringkas kandungan sms dari editor rancangan tersebut.

Semail mula berpeluh.Tangannya mula mencapai remote tv secara laju-laju.Elok jarinya hendak menukar siaran,tiba-tiba terpaparlah babak yang paling dirisaukan Semail.

"Mak oiii..masak lemak kat sini...memang sedap tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Kalah masakan isteri saya yang tak seberapa kat rumah tu.hahaha.." galak sekali Semail mengomen di dalam rancangannya.



Sepi...



"Ok darling,my honey,my baby,my lovey-dovey darling,my hunny-bunny.....let me explain this to you nicely.." tetiba Semail buang tebiat bertutur dalam bahasa inggeris yang berterabur dengan muka senyum-senyum kelat kepada isterinya sambil berharap agar nampak macho....























Si isteri di sebelah memandang tajam ke arah Semail sambil mengepal-ngepalkan tangan.

Matanya berapi-api.

Meleleh air liur.



-Lepak Puncak Jalil,kasi landing dekat Airport Sungai Besi.Bagi cuak sikit abang-abang pilot kat sana.Biar berpusing dekat subang pun ok jugak,cat bagi sama dengan air asia.Kat mana jual menatang ni? Nak tgk ja,tak nak beli.Tak mampu.-

Saturday, May 8, 2010

PS 10

"Jamilll.....pleasee...jgn buat perangai...ok." PS mula cemas.
"Hahaha..tak kira..tak kira...nak ambil gambar jugak." aku mengusik.

"Jamil...plz..not now..I malu la.Dah siap nanti ambil la.Pleasee...risau I.Mesti you nak letak kat blog you nanti.Jangan la...I malu ni." rayu PS.
"Tak kira.Bukan senang nak amik gmbar macam ni.Bukan selalu.Hahhaha.." aku gelak nakal.

"Please Jamill...I malu.Jangan la...jangan la...jangan la amik gambar bawah skirt I." sayu sekali rayuannya.






SNAP !!!










"I hate you Jamill..I hate you.....eiiiiii.....mencik! mencik! mencik!.."