Monday, November 10, 2008

Hapacrita TIME MACHINE 7 - Highway

Lokasi : Highway KL- Seremban


Aku dalam perjalanan dari kl ke .....err....dirahsiakan....

time sebelum sampai kat seremban...tiba2 semua kenderaan jadi slow....bas yang aku naik tadi bergerak dalam kelajuan cahaya sudah mula menyahpecut menjadi kelajuan siput sedut...aku syak ada eksiden kat depan sana..sebab mustahil la ada road block tengah2 highway....kan?..

setelah 20 menet rasanya bas aku tekedek-kedek atas highway tu...aku mula rasa bosan...

tetiba aku perasan..sebelah kiri aku..ada sebuah bas sekolah...bas rombongan aku rasa...semuanya budak2 sekolah rendah......muka diorang semua sangat memnbosankan...berkerut2....termenung.....tak 'heppening' langsung.tak 'heppening' adalah sifat yang tidak patut berada dalam sifat budak2 sekolah rendah.....pikirku sendirian...

oh ya..lupa plak..aku dduk single seat...so..sebelah kiri aku tingkap..

jadi...aku pun yang sememangnya busan....mula menjadi macam orang hilang akal...idea nakal aku mula datang... "aku nak kaco budak sekolah dalam bas tu"..ngomel aku sorang2...

kemudian...aku rapatkan muka aku kat tingkap......aku letakkan idung aku kat tingkap..dan tekapkan jadi macam idung b*b* (sila eja sendiri...aku x nak eja penuh...kang kena samak blog aku)....

perbuatanku menarik perhatian seorang pelajar perempuan dalam bas sekolah tersebut yang kebetulan tgk ke arah aku...mata dia bulat..muka dia tergamam....secara tiba2..dia gelak histeria dalam bas tu...last-last semua budak tgk ke tingkap...semuanya tgk ke arah aku..bas sekolah tersebut terus 'chaos' sebentar..budak2 berkerumun ke tingkap tgk aksi idung mancung aku yang dipenyek-penyek ke tingkap... (ada beberapa aksi yang tak patut aku tulis di sini..)

secara automatik..aku menjadi superstar sekejap..akhirnya..aku berjaya buang kebosanan budak-budak tersebut....hahaa...

bas masih tak bergerak-gerak...bila gerak pun masih slow gila..

pada masa yang sama...budak2 dalam bas tu mula cuba menghubungi aku...diorang buat isyarat tangan untuk 'berbual' dengan aku...masa tu aku hanya tumpu kat budak2 bas sebelah ja...orang2 dewasa dalam bas aku aku tak ambik tahu..mereka sangat mebosankan....walaupun dalam bas aku naik tu ada ramai hot chick..aku tak peduli...

tiba2 ...ada sorang dak pompuan dalam bas sekolah tu kuarkan buku..dia tulis dan letak dekat cermin..aku tak ada pen..tak ada kertas...jadi aku hanya bagi respon dengan tangan dan mimik muka saja....

tiba-tiba bas aku bergerak laju semula..muka budak2 tadi mula hampa..mereka tulis kat kertas mintak no phone aku...elok je aku abes baca permintaan mereka..bas aku dah masuk ke dalam kelajuan cahaya..bas budak sekolah tu masih berada dalam kelajuan bunyi...

bas aku tinggalkan mereka...

dari jauh..aku dapat lihat muka kecewa diorang semua...


6 comments:

poyotito said...

balerr..
kalu dan aok bagi dok no?

StingRay said...

aku da cekau da kat autoslave part 2..

brat2104 said...

dak sekola rendah ke menengah?

naiba said...

huhuhu..bgus tol en jamil ni..

diorg mesti mintak no phone utk jemput ke majlis besday...

utk jd penghibur (ni bhase sopan la..bhase yg sbnrnye..en jamil teka sndiri la ye..hehehe..hidung merah, rambut pn merah..ala2 ikon mcD gitu..huhuhu)

StingRay said...

poyo: bagiii..wahaha..

rumaizah: campur2 kot.hoho

nor: tibai mau?

naiba said...

hahahah...betul la tu..kan..kan..kan..