Thursday, May 27, 2010

Hamid Tempe

Muka Hamid berkerut-kerut.Matanya melilau-lilau.Risau betul kali pertama datang ke KL ni.Sambil berjalan,matanya tak berhenti melilau.Kakinya melangkah keluar dari tempat parking kereta yang luas.

Gelagat Hamid diperhatikan dengan tekun oleh Mail.Selaku penjenayah tegar,mudah bebeno kalau dia nak kenal mangsa.Hari ni,dia merancang nak songlap beg duit.Mail terus mengekori mangsa dengan tenang.

Hamid yang sedang berjalan tadi mengeluarkan telefon dari seluarnya.Tanpa Hamid sedari,kunci keretanya tercicir jatuh ke tanah masa dia mengeluarkan telefon bimbitnya tadi.Mail yang memerhatikan kejadian tadi terus teruja.Kalau dapat cilok kereta pun sedap.Ramai ja yang nak beli kereta curi.Mau ribu-ribu jugak kalau jual.

Mail bersabar sambil memerhatikan Hamid berlalu pergi.




*******5 jam kemudian.*******



"Jahanammmmmm !!!! kunci kereta akuu!!!! " jerit Hamid sambil meraba-raba poketnya.Matanya cemas meninjau di tempat parking kereta.Poketnya berkali-kali diseluk.Begnya juga beberapa kali dipunggah isinya.Hamid pasrah.Tak berdaya.Perut lapar.

Hamid terduduk di sebelah kereta yang dia parking di pejabat.Penat naik bas 5 jam balik ke Johor,kunci kereta pulak jatuh entah di mana.Mustahil jatuh dalam teksi tadi sebab masa keluar Hamid dah check atas kerusi tak ada yang tinggal.Hamid termenung jauh mengenangkan nasib malangnya.

Dah la kat KL tadi nak cari stesen bas pun susah.Kalau tak kerana bos dia buat hal tetiba balik secara mengejut semalam,takdenya dia kena balik naik bas.Nasib baik tiket ada lagi.Nak balik Johor bukannya dekat.Benda-benda bodoh macam ni la yang buat Hamid rasa nak terajang bos sendiri.Serik dah nak ikut bos jumpa client.









Nun jauh di KL,kelihatan Mail sedang gigih berjalan di setiap parking kereta berdekatan sambil menekan butang pada kunci kereta Hamid.

Dahinya penuh dengan peluh-peluh harapan.

Mimpi.

Semalam....mungkin buat kali pertama,aku mimpi arwah.Mungkin aku pernah mimpi dia...tapi aku mungkin lupa.Mungkin.

Aku tengok dia gembira.Apa menda dia main..aku pun tak tau.Seronok betul tengok dia main.Game tiup-tiup belon ke apa ntah.Sungguh merepek-repek.Kalau dia tengah gembira kat sana...alhamdulillah.Itu yang kita mau.Dah dekat setahun ko pegi yam.

Rindu pertarungan Red Alert yang sengit dengan ko.


Al-fatihah.Ini ja yang aku mampu bagi sebagai sahabat.


p/s:Lenguhnya nak drive balik malam ni.Gugugu.. <-gugugu?..macam gadis2.

Wednesday, May 26, 2010

Bye..


sumber gambar: sini

aku bukannya apa-apa...bukannya siapa-siapa..

sekadar sampah.

ya...

hanya sampah.

=}

Tuesday, May 25, 2010

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 4 (Pergi)


-Sumpah sedap naik menatang ni-


-Driver paling gagah,pegi balik,dia je drive.Inilah Robel.-


-Macho man yang mementingkan keselamatan-


-Sikit lagi dah nak sampai.-


-Kacak kan taik lalat aku?-


-Yang hijau-hijau tu,pokok beras ye adik-adik.-


-Cakpong cakpong.-


-Hehehehehehee.....-


-Penyeri majlis-


-Selamat Pengantin Baru untuk kamu berdua! =) -




Bersambung dalam siri (perjalanan balik).

Monday, May 24, 2010

Dialog Masyarakat Marhain 27 (Versi Gadis)

"Uishh..awal hang mandi petang ni."
"Ye la.Nak pegi clubbing."

"Oih Senah..sejak bila hang pandai clubbing ni.Ooo..mak ayah dok jauh,da berani nak clubbing-clubbing eh.Baru sambung belajar kat KL,dah nak enjoy sana sini.Rilek la dulu.Lagipun bahaya hang clubbing ni."
"La...itu pun nak kecoh.Tak faham aku.Datang sini kena la bersosial sikit."

"Sampai hati cakap kat aku macam tu.Aku la kawan hang dari sekolah.Aku repot kat mak hang baru tau."
"Ha..repot la...tak takutt.."

"Hang nak pegi clubbing kat mana ni? Habaq la.Kang jadi apa-apa senang aku nak pegi."
"Blok B tu ha.Kelas 3c.Dalam notis tadi kata ada perjumpaan kelab catur.Hang tak join kelab ka Tipah?"








"Hang ni..bila bercakap,bahasa tu ikut sedap mulut.Eiiiiiiiii !!!!! Senah...aku benci hang! "

Kelakar



Ok..kartun ini sangat kelakar dan comel.

Senang cerita..video kat web sini(klik) memang hebat-hebat.

Leman Penjual Kereta

Petang tu Leman tersengih-sengih.Pagi tadi saja dah 3 buah kereta dia dapat pembeli.Kalau nak kira komisyen,dah berapa ribu dia dapat.Tu baru sehari.Kalau darab 20 tahun,dah berkoyan-koyan duit beliau.Sambil tulis sesuatu di atas kertas,Leman cuba buat kira-kira sendiri.Kemudian sambung senyum.

Di satu sudut pameran,kelihatan seorang pakcik sedang melihat-lihat sebuah kereta.Nampak gaya macam seorang pesara yang sedang mencari kereta untuk anaknya yang sedang belajar di universiti.Itu telahan Leman.Pengalaman menjual kereta membolehkannya mengenal jenis-jenis pembeli.

"Assalamualaikum pakcik.Cari kereta untuk anak yang sedang belajar ke?" tegur Leman sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.Gaya mendekati pelanggan yang Leman praktikkan memang mengancam.
"Waalaikummussalam...ha..gitulah gamaknya.Pandai anak ni teka." balas pakcik tadi sambil senyum-senyum.

Leman tersengih bangga.

"Kalau pakcik nak tanya apa-apa pasal kereta,pakcik tanya ja.Saya boleh terangkan secara jelas kepada pakcik."Leman mula mengayat.
"Apa sahaja boleh tanya pasal kereta? Hebat anak ni." puji pakcik tadi sambil senyum-senyum.

"Ok pakcik...kereta yang pakcik tengok ni memang berbaloi kalau untuk budak-budak muda." Leman mulakan langkah.
"Sebab apa?" soal pakcik tadi ringkas.

"Sebab kereta ni bla..bla...bla.." panjang Leman menerangkan.
"Ni kereta kat sebelah ni macam mana pulak." soal pakcik tadi sambil melihat-lihat kereta di sebelah.

"Oooo..ini kereta waja baru.Dia pakai enjin CPS." balas Leman kompiden.
"CPS tu macam mana?" soal pakcik tadi penuh tanda tanya.

"Penggunaan teknologi CPS dan VIM meningkatkan kuasa enjin Waja versi baru sehingga 13 peratus kepada 125 kuasa kuda berbanding 110 kuasa kuda pada enjin Camro standard." terang Leman sebijik macam ayat dalam buku manual.


Sepi....





"Kuasa kuda dia tu...dia pakai kuda padi ka kuda perang?" soal pakcik tadi bersahaja.

Dengan perlahan-lahan....Leman bersandar di dinding sambil matanya memandang jauh ke arah langit yang cerah.

Geram.

Hari ini dalam sejarah.



Masa ni,duk dalam perut lagi.Tak keluar lagi.Dalam pukul 4 petang sat lagi...baru Jamil menangis-nangis.Orang yang sambut pun jatuh hati.Baru lahir dah kacak.

Terima kasih tuhan.Makasih mak.Makasih bapak.

Apa..ingat senang ke nak berebut dengan sperma lain.Berjuta-juta bai datang serbu.Kalau korang rasa rebut naik tren KTM pegi dengan balik keja tu dah azab,ha..yang ni lagi azab.

Masa sampai kat ovum tu,ada sekor sperma ni ajak main undi.Sapa menang cabut undi,dia buleh masuk dalam ovum.Disebabkan jangka hayat sperma adalah singkat,aku tak nak buang masa dengan menda-menda bodoh macam tu.Aku tendang laju-laju sperma sekor tu.Kalau dia lahir kang,mesti jadi ahli politik.Dah le ahli politik kat luar sekarang merepek-repek.

Selain tu,ada jugak sperma yang ajak main 'gunting dan batu'.Tangan pun takda,ada hati nak main.Ada yang lagi barai...siap bawak buah dadu.Aku geleng kepala.

Gila punya idea.

Aku pun sound la.Aku cakap,sapa hensem dan kacak la buleh masuk.Bila semua tengok cermin...masing-masing bagi laluan kat aku.Tau pun.

Ok..itu cerita 26 tahun 9 bulan yang lepas lah.

Eh...26 ke...16 ha?

16 kot.



Saturday, May 22, 2010

Jitra..aku datanggggggg !!!!!


Membe aku nak kawin.

Okeh..nak iron baju jap.

Hik Hik Hik..

Friday, May 21, 2010

Semalam yang hangat 20

Aku singgah kat gerai yang jual nasi lemak dekat BK5 atau dikenali dengan nama Bandar Kinrara.Disebabkan dah agak lama tak pekena nasi lemak,aku pun singgah kejap.Nasi lemak ni,dah lama aku makan masa duduk kat BK5 dulu.Ala,nasi lemak ni depan masjid BK5.Dekat simpang 3 tu.Sebelah kedai Otai bege.Nasi lemak ni memang sedap lah.

Lepas kunci PS,aku pun berjalan dengan tenang menuju ke arah gerai tadi.Elok sampai,mata aku dah target ayam mana aku nak cekau.Bau toksah cakap,wangi sungguh.Perut lapar memang sedap makan apa pun.Pada masa yang sama,ada sorang akak baru sampai.Kira sama-sama sampai la dengan aku.Akak tadi pilih ayam sambil order nasik.Aku pun order jugak lepas akak tu order.

"Bungkus sambal asing ye." sambung akak tadi sambil belek-belek ayam.
"Ok kak..boleh boleh.." balas brader nasi lemak sambil sediakan nasi.

Bunyi gorengan ayam memecah sunyi.

"Sambal tu bungkus asing eh." aku pun tak nak kalah.Mencelah jugak.Bukan apa,kalau letak sekali,nanti tak sedap.Nasi jadi kembang.Memang tak ngam.
"Ok bang..boleh bang... boleh." balas brader tu lagi.Tangan sibuk menceduk nasi.

Bunyi gorengan ayam memecah sunyi.

"Ayam drumstick ni tak payah potong ya.Letak sekali kat situ." ujar akak tadi sambil letak ayam atas tray.
"Ok bang..boleh bang...boleh.." balas brader tadi laju-laju.






Sepi...






Bunyi gorengan ayam terus memecah sunyi.

Mat Napi dan Kerjayanya

"Boleh tahan kereta ko ni." ujar Mat Napi sambil memusing-musingkan stereng kereta.
"Oit..bawak elok-elok la...kereta baru aku ni.Pukul kang." gurau Saleh kat sebelah.

"Haha...ala..rilek la.Aku bukan selalu balik.Dah 6 bulan tak jumpa ko kan.Kerek lah ko ni.Rilek la,kalau kapal laut besar gedabak tu aku boleh handle..apa sangat la kereta ko ni.Orang putih kata...like a piece of cake.Dak gitu?" gelak Mat Napi di sebelah.Mesra.Saleh hanya diam.Risau.

Mat Napi merupakan seorang pelaut.Pelaut di sini bermaksud beliau adalah antara individu yang mengemudi kapal kontena di laut lepas.Mat Napi dan Saleh adalah membe sekampung yang akrab sejak dari sekolah.

"Ye lah...dah jenis kerja ko lepak tengah laut bulan-bulan,celah-celah mana kita nak berjumpa." balas Saleh sambil menyalakan rokok.

"Ha...kat mana kedai yang ko cakap tadi.Aku dah lapar ni." balas Mat Napi.Matanya melilau-lilau.
"Tu ha,masuk kat selekoh depan tu.Jangan terlajak pulak." ujar Saleh sambil sedut dalam-dalam asap rokok.

"Oraittt....." balas Mat Napi sambil membelok ke kanan dengan hensem.



SKREETTTTTTT!!! BAMMMM!!!


Sepi...










"Oh ya...ko tau Saleh,kat stereng kapal laut yang aku bawak tu kan....tak ada signal tau.Lepas tu side mirror pun takda.Kiranya kereta ko lagi canggih la dari kapal tu." balas Mat Napi laju-laju dalam cubaan memuji sambil memandang seorang mat rempit tengah terbang selepas melanggar kereta Saleh.

Di mata mat rempit yang sedang terbang tadi,ada air yang mengalir jernih.

Begitu juga di kaca mata Saleh.Berkaca-kaca.

Masing-masing geram.

Thursday, May 20, 2010

Status - 5

Ngeri dah nak buka radio era.Habih lagu ja..terus keluar iklan filem baru Dr. Rozmey.Agak-agak la.

Buleh mengigau ooo malam-malam.

Stressed = Desserts





Kepala Sakit.Rambut dah kembang macam layen king.Bahana terlupa pakai minyak rambut pagi tadi.Nasib baik kuku dah potong.Kalau tak...memang layen king lah!

Sedang bayangkan Lisa Surihani picit kepala.




Miaurrrr..

Wednesday, May 19, 2010

Karim si Kesatria

Karim memandang tajam ke arah raksasa di hadapannya.Nak lawan memang tak adil.Dia sorang,raksasa ada dua.Kalau sekor bagi penendang,sekor lagi pulak karate pinggang kiri,penat jugak nak menepis.Muka raksasa dihadapannya huduh bebeno.Seko berjudul raksasa belitong a.k.a siput sedut dan sekor lagi pulak berjudul raksasa gondang.Satu kombinasi makhluk air yang sangat fail.Dua-dua lembab bergerak.

Karim tidak cemas.Dia ada rahsia tersendiri.


****Flashback bermula*****
(Masa ni gambar jadi hitam putih,pastu berombak-ombak macam air.Cepat bayangkan.)

Seminggu yang lepas,dia dapat tali pinggang hikmat dari seorang tua di kaki bukit ketika sedang mencari buah hutan.Setelah orang tua tu bagi manual penggunaan dan cara servis,orang tua tersebut terus hilang.Bila tiba di rumah,Karim mencuba tali pinggang tersebut dan dia telah bertukar kepada seorang kesatria.Karim sangat suka uniform kesatria tersebut.Memang macam yang dia tengok dalam tv masa kecik-kecik dulu.Cuma tang leher ja ada skarf merah.Buat lap peluh orang tua tu kata dalam manual.

"Minggu depan..ada makhluk yang akan datang uji kamu." itu pesan orang tua tersebut sebelum hilang dari pandangan.


****Flashback tamat*****
(Gambar kembali berwarna)

Karim membuka langkah kekuda.Tangan disilangkan.Semuanya dilakukan seperti yang diajar di dalam manual.Karim bersedia untuk bertukar.Raksasa berdua tadi mula bergerak untuk menyerang.Suasana genting.Daun-daun berterbangan.Angin menderu-deru.

"Bertukarrr...!!!" jerit Karim antara dengar dan tak dengar sambil tangan menunjuk ke langit.


Sepi.....


"Helo Temah.Ada nampak tali pinggang yang ada corak rimau ternganga tak kat dinding dalam bilik.Pegi tengok kejap.Kalau ada,hantar kat tepi sungai ni jap.Abang tersalah pakai tali pinggang ni ha." ujar Karim di telefon bimbitnya sambil bercekak pinggang.Rokok di mulut dinyalakan sambil tangannya membelek-belek tali pinggang Kiki Lala milik anaknya yang dia tersalah pakai.


Sepi....


"Ni nak kira macam mana ni? Nak serang ka tak nak serang? Nak tunggu tali pinggang dia sampai?" soal raksasa berjudul gondang kepada raksasa berjudul belitong dengan penuh diplomasi.











Si tua yang memerhatikan kejadian tersebut dari jauh hanya mampu menendang perdu buluh di tepi sungai laju-laju sebagai tanda geram yang teramat sangat.

Benda-Benda Sedap 8



Aku suka idea lagu ni yang menggunakan muzik klasik yang rancak.

Bila dengar,rasa nak goyang-goyang ibu jari kaki kiri.Rasa nak goyang-goyang bahu.Rasa nak menari.Vokal dia sesuai dengan lagu.Sesuai dengan muzik.Sesuai dengan lirik.Sesuai di sini bermaksud,pada selera telinga dan mata aku lah.Orang lain aku tak tau.

Catchy.Aku suka.

Lirik dia kat sini.

Semalam yang hangat 19



Budak-budak suka menda-menda cantik,hensem,menarik dan indah kan? Hati budak-budak jujur.Ikhlas dalam ekspresi perasaan.Jadi,tak hairan la budak ni ushar aku lama gila semalam.Tak berkelip.Rasa nak mintak maaf pun ada kat budak ni sebab aku terlalu hensem sampai buat dia rasa tak nak alih pandangan.Mungkin dia rasa macam nak duduk sebelah aku yang tunggu order sorang-sorang.

Tunggu lagi 18 tahun ye si comel. =p

Hik hik hik.

Tuesday, May 18, 2010

Status - 4

Sibuk macam peluru mesin gun.

Monday, May 17, 2010

Dialog Suami Isteri 19

TRUTT TRUTTT....TRUTT TRUTT....

"Assalamualaikumm.."
"Waalaikummussalam....."

"Mak sihat?"
"Sehat.....kamu berdua kat sana macam mana?"

"Alhamdulillah....sihat mak.Mak..kami ada berita gembira nak cakap kat mak ni." si suami bercakap dengan mulut tak lekang dengan senyuman sambil duduk di atas sofa.Si isteri di sebelah memeluk erat lengan suaminya.Juga tersenyum manja.Si suami tukar mode telefon kepada 'loudspeaker' supaya senang mereka bertiga berbual.

"Ha..apa yang kamu nak cakap ni.Kamu nak belikan mak rantai emas ke.Hik hik hik.." gelak Mak Cik Senah penuh gedik.Cuba bergurau.Bulan lepas dia bergurau periuk nasi,terus dapat.Pintar jugak Mak Cik Senah ni dalam hal-hal diplomasi.
"Tak lah mak..kami ada hadiah yang lagi hebat dari tu." balas si isteri di sebelah.

"Ha...kamu berdua ni..jgn buat mak saspen.Cakap cepat." balas Mak Cik Senah sambil gelak-gelak.
"Mak....menantu mak sorang ni dah mengandung.Alhamdulillah...dah 4 minggu sekarang.Ni cucu pertama mak ni.Hehehhe.." ujar si suami sambil tersenyum-senyum.

"Alhamdulillahhhh....syukurr....ayahnya oiii..mari sini ha..menantu kita dah berisi ni.Mari cepat..mari cepat." kecoh bunyi suara Mak Senah di talian sambil memanggil suaminya.
"Amboi mak ni..sabar la..kesian ayah tu.Hehehe.." sampuk si isteri di talian.

"Assalamualaikum.." Pak Cik Leman bagi salam.
"Waalaikummusalam ayah." balas si suami.

"Ha...dapat jugak anak kamu ye.Apa la lama sangat.Penat ayah tunggu.Ayah kamu ni dulu,kawin dengan mak kamu...seminggu ja terus mak kamu ni muntah-muntah.Terus mengandungkan kamu.Budak-budak muda sekarang ni suka makan merepek-repek.Tu yang tak gagah tu." bebel Pak Cik Leman.
"Ha'ah..betul tu ayah...lelaki sekarang tak gagah dah." sampuk si isteri sambil gelak-gelak.

"OOOOO...tak gagah yeee..." balas si suami sambil pandang-pandang tajam ke arah isterinya.
"Auwwwww!!!!" kedengaran jeritan manja si isteri.











"Oittt.....tutup la talipon dulu kot ye pun." terdengar jeritan Pak Cik Leman di telefon.

Mak Cik Senah tersenyum nakal di belakang Pak Cik Leman.

Nak Topup RM10 percuma ? (Masa tamat,Jawapan)


JAWAPAN:

-Lengan baru bangun tidur.Hahahha...-


JAWAPAN:

-PS mandi buih-


Ha,mari kita tgk komen kat bawah.Sapa yang keeenaaaa.... =p

PEMENANG YANG HAMPIR:
Ejal dengan alamaya..email ke hapacrita@yahoo.com details korang.Pilih nak buku atau topap.Nak topap..bagi nombor.Nak buku,bagi alamat.Pilih satu je.Pilih dua-dua aku gedumbek.

hahaha..tahniah. =)

Sunday, May 16, 2010

P.S. I Love You



Cerita ni banyak bagi nasihat kat aku.

Saturday, May 15, 2010

Wow!!! - 1

Sebentar tadi,ketika sedang bergolek-golek dan bergesel-gesel di atas tilam bersama Macho Man..(ya..Macho Man memang suka bermanja-manja..geli kan?),beliau menyatakan bahawa beliau telah terbeli satu benda yang amat cool.Benda tersebut adalah air dalam tin yang boleh dipanaskan serta merta dan di mana-mana sahaja.Macho Man menyatakan juga bahawa beliau membeli air ini di Petronas tepi Highway menghala balik dari LCCT.Setelah mendengar penerangan pasal air tersebut,aku memaksa beliau mengambil air tersebut untuk dicuba.

Ok..menda ni sangat cool.Air yang dipanaskan memang betul-betul panas.Panas dia jenis kalau aku siram atas badan korang,mesti melecur.Panas dia tahan lama jugak.Dekat setengah jam.Memang ekselen.

Cara nak guna memang mudah,tekan tempat yang dikhaskan kat bawah tin tadi,dah tunggu semenet dua.

Aku dan Macho Man mula memikirkan teknik beli menda ni,guna pembuka tin,buang air coklat dan ganti dengan sardin atau rendang ayam.Peh...memang sesuai dibawak bercamping.

Ok..sekian update dari bilik tidur.












Tabik kepada tukang buat menatang ni.

Oh ye..harga dia..rm5 ja. =)

Friday, May 14, 2010

Tajuk Akhbar Paling Hensem



Tak pernah aku jumpa tajuk akhbar paling sempoi macam ni.Tajuk dia macam sembang dengan membe-membe kat kedai jus buah.

PS 11

Aku berjalan keluar dari Giant Kinrara dengan sehabis tenang.Malam yang redup betul-betul buat aku tenang.Kat tangan takda beg plastik apa-apa.Aku melenggang.

Oh..aku tak beli tshirt rm5.Sebab da banyak.Lain kali lah.Aku datang Giant sebab bosan.Jadi bila datang sini,boleh jugak tengok2 barang,tengok2 gelagat orang.

Pavillion? Naaaahh...aku hanya seorang yang simple.Malas nak bersesak kat KL.

Sambil berjalan menuju ke arah kereta,aku keluarkan kunci.Sebaik menghampiri PS,aku tekan butang kat kunci aku.Masa tekan kunci tu,gaya dah macho.Jenis tekan butang lepas tu buat-buat tak sedar.Muka maintain pandang tanpa rasa bersalah.Dapat?

Lepas tekan butang kat kunci,aku hairan,kenapa kunci tak nak bukak.Takkan tak sampai setahun beli dah rosak.Aku mula rasa tak best.Mula nak mengomel-ngomel.Butang kat kunci aku tekan kuat-kuat sambil berdiri kat sebelah pintu.Dalam kepala dah terbayang malas nak pegi pusat servis Proton.









"Jamil...I kat sini la.Berjalan nak berlagak.Bukan nak tengok nombor plet.Langgar kang! " bebel PS selang dua buah kereta.

Garang.

Benci.

Benda-benda yang WTF.



Yang tengah tu,tangan urat-urat pun tak nak kalah.

Ni nak kira macam mana ni? Nak kena ajak pegi jumaat sekali tak ni?

Malam Jumaat

"Kecebur...kecebur..." bunyi dari rumah belakang.

Tau la malam jumaat.Takkan pukui 12.45 malam da mandi kot.

Thursday, May 13, 2010

Hapacrita time machine 14

Waktu-waktu macam ni,tetiba aku teringat nasi goreng kicap telur masakan mak aku.

Masakannya mudah.Panaskan minyak,goreng bawang,masukkan nasi,masukkan kicap pekat cap Angsa.Kemudian pecahkan telur.Kacau sampai telur bercampur dengan nasi.Aku menunggu di meja makan dengan mata bersinar-sinar.Sungguh comel aku yang berusia 5 tahun masa tu.

Dah siap masak,mak aku hidang kat aku panas-panas sebelum aku pergi ke tadika.Rasa lemak-lemak telur goreng yang bercampur dengan nasi,rasa masin kicap yang sesedap rasa,bau bawang merah dalam nasi dan wap nasi goreng yang panas aku tiup...semuanya masih segar dalam ingatan.

Duh...kejap ja dah 20 tahun.



*Hai..saya Jamil (^_-)*

(Cakap sambil lambai-lambai tangan.)



Fesyen lengan pendek sampai ke ketiak tak berubah.Macam gambar kat sini.

Antara Hamid,Razak dan Jin Ajaib

Hamid dan Razak berpeluh-peluh.Sudah lama mereka berjalan-jalan di tepi pantai pada pagi tersebut.Langit cerah.Angin bertiup segar.Aktiviti berjalan di tepi pantai membuatkan mereka berdua segar.

Tengah sedap berjalan,tiba-tiba Hamid tersepak sebuah termos air.Hamid mengangkat termos air tadi dengan penuh hairan.Razak pun berkerut-kerut bila melihat termos air tadi.Pada termos air tersebut,ada dilekatkan nota yang sudah agak lusuh.

"Jangan buka,ada jin loyar buruk dalam termos ni.Yang Ikhlas..bomoh Din." ringkas bunyi nota tersebut siap ada tandangan sekali.Hamid dan Razak berpandangan sesama sendiri.Sejak bila bomoh pandai main sain-sain nota ni.

Hamid dan Razak tak peduli.Mereka berdua buka jugak termos tersebut.Tiba-tiba keluarlah jin.Hamid dah Razak dah tak bersuara.Terkejut betul.Dah le jin tu tak hensem,bulu ketiak saja dah macam berus sabut.

"Hahahahaha....terima kasih kerana bebaskan aku.Sebagai hadiah,aku akan tunaikan 1 permintaan kamu berdua" ramah Jin tadi buat offer.

"Celaka..dialog dia sama macam dalam cerita jin yang kita baca dalam buku dan tengok dalam filem." bebel Razak ketakutan.
"Agaknya persatuan jin dan set dialog macam ni kot." balas Hamid sambil melepaskan botol termos tadi.

"Aku nak setiap kali aku nak beli barang,aku seluk pokej ja..mesti duit cukup.Nak bayar senang.Ngam-ngam." Razak ucap kuat-kuat kepada jin tadi sambil kenyit mata kat Hamid.Mukanya Razak tersenyum-senyum membayangkan Ferrari yang bakal dibelinya.

"Pemintaan anda berdua telah ditunaikan.Sila semak dalam poket.Jumpa lagi.Muah!" bebel Jin tersebut kepada Razak sebelum menghilangkan diri.

Razak menyeluk ke dalam poketnya.Ada sesuatu.Razak mengeluarkannya.Hamid memerhatikan dengan penuh debar.

Di tangan Razak,ada sekeping kad kredit Mastercard siap dengan nota dari jin tadi.

"Aku dah set kad tu takda limit.Hang nak beli apa pun,beli lah.Tapi jgn lupa bayar balik noo..sat lagi bank cari.Hang cuma mintak boleh bayar cukup dan senang je kan,takda pulak kata free.Babai...muah!" bunyi nota pada kad tersebut dalam loghat utara.












"Aku setuju.Jin ni memang loyar buruk macam dalam nota bomoh tu tadi.." ujar Hamid sambil menenangkan Razak yang sedang memijak-mijak termos sebab terlalu geram.

Ayah Firdaus Iron Man




"Ah....penipu!" jerit Hafiz.
"Betulll..aku cakap ayah aku iron man...iron man lah.Buat apa aku nak tipu." balas Firdaus.

"Cakap besar boleh la kau.Ingat aku nak percaya?" tempik Hafiz lagi.
"Aku tau la kau jeles." balas Firdaus sambil memuncungkan bibir.

Hafiz yang tidak berpuas hati mula menolak-nolak firdaus.Pergaduhan kecil itu disaksikan oleh Cikgu Kamal yang sedang berjalan menuju ke arah keretanya.

"Budak-budak ni,habis waktu sekolah ja,nak bergaduh.Apa kemendanya lagi ni." bebel Cikgu Kamal dalam hati.Sebagai cikgu muda,semangat mengajar memang menebal.Selaku pengajar yang berwibawa,Cikgu Kamal berjalan menuju ke arah Hafiz dan Firdaus yang sedang bertolak-tolakan tadi.

"Ni apahal ni.Takkan berebut makwe kot.Sorang-sorang baru darjah dua." bebel Cikgu Kamal sambil meleraikan pergaduhan kecil tadi.

"Ni ha....Firdaus ni.Dia kata ayah dia Iron Man.Merepek betul.Nak tipu pun agak-agak la." Firdaus mengadu.
"Betul cikgu...ayah saya memang iron man.Datang lah rumah saya.Saya nak tunjuk." balas Firdaus membela diri.

Cikgu Kamal termenung.Baru sebentar tadi dia layan youtube masa senggang.ada jugak dia tengok pasal orang jepun yang suka pakai-pakaian macam dalam watak game dan movie.Cosplay namanya.Kebetulan,Cikgu Kamal berminat jugak dengan menda-menda cosplay ni.

"Kalau ayah Firdaus ni spesis layan cosplay,sedap jugak.Tak la bosan sangat aku kat sini nanti.Sementara bujang ni,ni le masanya nak layan menda-menda macam ni." Cikgu Kamal bermonolog di dalam hati sambil mengenangkan nasibnya yang baru dipindahkan ke sekolah tersebut.

"Jom..cikgu hantar kamu berdua.Tapi kita pergi rumah Firdaus dulu.Kita tengok ayah dia.Boleh?" Cikgu Kamal pintar menyusun rancangan.Kedua budak tadi mengangguk-angguk tanda setuju.




*********




"Ha..kan saya dah cakap.Ayah saya Iron Man.Cikgu dengan Apit tak percaya." laung Firdaus kepada Hafiz dan Cikgu Kamal yang sedang melopong.

Dari jauh,mereka bertiga sedang melihat ayah Firdaus sedang tekun meng'iron' baju di dalam kedai dobi yang diusahakan oleh keluarga Firdaus.

Cikgu Kamal gigit kunci kereta kuat-kuat.

Wednesday, May 12, 2010

Tipah Gedik

"Wah wah...dah setahun aku tak datang kampung ko kan.Pejam celik-pejam celik,sekejap je rasa.Kan Jimah kan?" ngomel Tipah bila turun dari bas.
"Ala..tak ada apa pun yang berubah kat kampung ni ha.Sama aja." balas Jimah sambil angkat beg.

Mereka berdua rakan sekerja.Sengaja Jimah mengajak mengajak Tipah bercuti di kampungnya.Suasana sangat bening sekali.Jam masih menunjukkan 8 pagi.Burung-burung berkicauan.Suasana tenang.

"Eh eh..tu Mak Cik Munah kan?" Tipah bertanyakan kepada Jimah.
"Ha'ah..kenapa?" soal Jimah semula.

"Dulu muka dia tak secerah macam ni.Haa..ni yang aku suka orang kampung ni.Mesti ada petua kesihatan dan kecantikan yang power.Jimah,kejap ya..aku nak pegi jumpa dia kejap." laju Tipah meletakkan beg dan menuju ke arah Mak Cik Munah yang sedang berjalan seorang diri.

"Assalamualaikum Mak Cik Munah...kenal lagi saya? Saya Tipah.Tipah yang datang mengurut kat mak cik dulu masa saya jatuh dari pokok tu." panjang Tipah memperkenalkan diri.
"Waalaikummussalam.Ya,mak cik ingat.Baru sampai la ni ye?" ramah Mak Cik Munah kenalkan diri.

"Ha'ah.Mak cik sehat?" Tipah mula beramah mesra.
"Alhamdulillah...sehat..." balas Mak Cik Munah semula.

"Mak Cik...saya nak tanya ni." Tipah sudah tidak sabar-sabar lagi.
"Apa dia nak? Tanya lah." balas Mak Cik Tipah sambil tersenyum-senyum.

"Apa petua yang mak cik guna.Saya tengok muka mak cik semakin berseri.Mak cik buat jamu sendiri eh? Maklum la..orang pandai mengurut macam mak cik ni,selalunya ada petua-petua yang hebat.Boleh saya tau?" soal Tipah penuh mengharap.Mukanya senyum habis manis.

"Mak Cik guna Fair and Lovely." ringkas jawapan dari Mak Cik Munah.















Burung-burung berkicauan.

Suasana tenang.

Tuesday, May 11, 2010

Hai pembaca hapacrita...

Selamat malam.Gud nait. =}

Mari Mengenal Jamil


-Bersedia menggigit bege kali ke 3-


-Punya la sedap,sampai jam pun jadi longgar dan menggelungsur ke lengan..tskk..gelojoh.-



Dari rajah di atas,kita dapati bahawa jamil sedang memegang bege.Jamil memang suka bege.Tapi memandangkan Jamil sudah bosan berbadan gemuk,dan sedang cuba membuang lemak-lemak di badan,Jamil kena jarang makan bege.Disebabkan badan Jamil ni rendah@tak tinggi mana,maka bentuk badan yang gemuk akan membuatkan Jamil kelihatan seperti bebola daging yang bergerak.Itu adalah tidak baik untuk masyarakat.Jadi Jamil kena jaga.Lagipun,bila badan sihat,mak kat kampung pun gembira.Ok..Mari kita lihat perincian gambar.

1.Baju biru.
-Jamil mempunyai banyak koleksi baju seperti di atas.Baju yang Jamil suka adalah baju yang plain (kosong).Ini kerana Jamil tidak suka baju yang ada tulis-tulis.Jamil tidak mahu menjadi papan iklan bergerak.Baju yang Jamil suka pakai adalah baju RM5 dari Giant @ Carrefour.Baju ini Jamil sangat gemar kerana boleh dibeli banyak-banyak,dan jika terkena muntah anak buah,Jamil tidak akan gundah gulana memikirkan baju mahal terkena kotoran.Selain ekonomi,Jamil juga boleh beli banyak-banyak.Baju plain macam ni,sangat selesa dikenakan dengan jaket jika sejuk.Jamil bukan fashion freak.Tayang lah jenama apa pun,latest atau tidak,Jamil hanya akan pandang sebelah mata.Cuma,Jamil hanya suka satu jenama,Camel.Jenama ini sangat tahan dan selesa serta berkualiti.Itupun untuk kasut.Amat jarang sekali Jamil akan beli baju berjenamaJika ada,Jamil hanya akan pakai ke majlis tertentu.Lagipun,kalau dah hensem tu,pakai apa pun nampak smart.Bukan...Jamil tak kata Jamil hensem,Jamil cuma kata kalau orang hensem,pakai apa pun nampak smart.Jamil tak hensem.

2.Jam tangan.
-Jam tangan kegemaran Jamil adalah jam digital.Jamil tak suka jam besi berat-berat.Pakai jam besi berat ni,dah nampak macam abang-abang bos.Macam brader MLM bawak laptop pun ada jugak.Lagipun,Jamil suka satu benda yang banyak fungsi.Malahan pula,tugas Jamil sebagai programmer dan blogger memerlukan Jamil lincah menaip di atas keyboard.Jika ada beban seberat kapal titanic di tangan Jamil,itu boleh dikatakan sebagai satu bentuk gangguan.Jamil tak suka diganggu.Jam yang Jamil pakai adalah jam tangan Casio Twincept yang Jamil beli lebih setahun lepas.Kat cermin dia boleh papar maklumat digital.Kalau rasa semak sangat,boleh disable semua paparan tu dan hanya akan nampak macam jam jarum sahaja.Faham? =) Ok..kalau tak faham,sila lihat DI SINI. Jam teknologi Twincept ni,Jamil terjumpa sejak tahun 2000 lagi masa belajar kat sekolah.Setahun lebih yang lepas baru dapat pakai.Susah nak jumpa yang sesuai dengan hati. =}

3.Bege.
-Ekceli,Jamil suka bege yang ada cheese.Disebabkan gatal membuka website INI,maka,walaupun tengah tak berduit sangat,Jamil menggagahkan diri pergi makan.Itulah sifat Jamil,kalau dia kata nak..memang dia akan cuba dapatkan.Kalau tak nak,memang dia akan tak nak.Kalau tak dapat,dia hanya akan bertabah.


Sekali sekala buat entry gedik macam ni orait jugak.Bercerita tak habih-habih,korang pun boleh busan jugak kan?..ye dak? =p

Hik hik hik...


Ya..aku seorang yang sangat simple. =)

Monday, May 10, 2010

Tak Guna! Berjurai air mata aku - 2



Nakal nak mampos pak arab ni.Hahahaha.

Semail

"Sayang...cepat la,rancangan yang abang shooting minggu lepas dah nak tayang ni." laung Semail dari ruang tamu.Bersemangat betul dia nak tengok rancangan yang diacarakan olehnya bersama dengan isteri tersayang.

"Ok,ayang datang ni." sambung si isteri sambil duduk di sebelah Semail.Mata mereka fokus ke arah tv.



******Rancangan bermula*******



"Apa khabar puan-puan yang berada di rumah? Diharap semuanya sihat belaka." ujar Semail senyum-senyum di kaca TV.Sejak rancangannya mendapat rating yang tinggi,hati Semail sangat berbunga-bunga.

"Kali ini,kita menuju ke restoran kelip-kelip bunga api.Yaa..kita akan cuba menu di sana pula." ujar Semail lagi.

Setelah memberikan serba sedikit penerangan berkenaan restoran seperti sejarah peubuhan restoran dan hobi tokey restoran,akhirnya Semail dijamu dengan menu istimewa restoran tersebut.Antaranya masak lemak,lauk rendang dan beberapa menu lain.Kelihatan Semail makan dengan berselera dalam rancangan tersebut sambil memberikan pujian kepada masakan yang dihidangkan kepadanya.

"TRUTTT....TRUTTTT...." bunyi sms masuk ke dalam hp Semail.Semail buka sambil matanya masih fokus ke arah tv.SMS dibuka dan Semail membacanya dengan penuh teliti.

"Mail,aku terlupa nak buang part yang ko bergurau dalam rancangan tu.Harap ko ready kat rumah.Aku tau bini ko garang.Sori.Aku baru teringat." ringkas kandungan sms dari editor rancangan tersebut.

Semail mula berpeluh.Tangannya mula mencapai remote tv secara laju-laju.Elok jarinya hendak menukar siaran,tiba-tiba terpaparlah babak yang paling dirisaukan Semail.

"Mak oiii..masak lemak kat sini...memang sedap tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Kalah masakan isteri saya yang tak seberapa kat rumah tu.hahaha.." galak sekali Semail mengomen di dalam rancangannya.



Sepi...



"Ok darling,my honey,my baby,my lovey-dovey darling,my hunny-bunny.....let me explain this to you nicely.." tetiba Semail buang tebiat bertutur dalam bahasa inggeris yang berterabur dengan muka senyum-senyum kelat kepada isterinya sambil berharap agar nampak macho....























Si isteri di sebelah memandang tajam ke arah Semail sambil mengepal-ngepalkan tangan.

Matanya berapi-api.

Meleleh air liur.



-Lepak Puncak Jalil,kasi landing dekat Airport Sungai Besi.Bagi cuak sikit abang-abang pilot kat sana.Biar berpusing dekat subang pun ok jugak,cat bagi sama dengan air asia.Kat mana jual menatang ni? Nak tgk ja,tak nak beli.Tak mampu.-

Saturday, May 8, 2010

PS 10

"Jamilll.....pleasee...jgn buat perangai...ok." PS mula cemas.
"Hahaha..tak kira..tak kira...nak ambil gambar jugak." aku mengusik.

"Jamil...plz..not now..I malu la.Dah siap nanti ambil la.Pleasee...risau I.Mesti you nak letak kat blog you nanti.Jangan la...I malu ni." rayu PS.
"Tak kira.Bukan senang nak amik gmbar macam ni.Bukan selalu.Hahhaha.." aku gelak nakal.

"Please Jamill...I malu.Jangan la...jangan la...jangan la amik gambar bawah skirt I." sayu sekali rayuannya.






SNAP !!!










"I hate you Jamill..I hate you.....eiiiiii.....mencik! mencik! mencik!.."

Friday, May 7, 2010

Dialog Suami Isteri 18

"Abanggggggggg........." manja sekali si isteri memanggil-manggil suaminya sambil berjalan keluar dari bilik.Si suami yang sedang leka menonton tv di ruang tamu memandang dengan pelik.Apa kena dengan isterinya malam ni.Manja semacam.Selalu tak pernah macam ni.

Si isteri duduk di sebelah suami.

"Kenapa yang? Ada apa-apa yang tak kena?" soal si suami kepada isterinya.
"Ayang ada rahsia nak ceritakan kat abang." balas si isteri sambil senyum-senyum manja.

"Apadia yang? Cakap lah." si suami menyoal semula.Tak sabar nak tahu apakah rahsianya.
"Pagi tadi kan....masa abang pergi kerja..." si isteri terhenti di situ.

"Ya...kenapa sayang?" si suami mula tak sabar..
"Ayang ajak Kak Tipah rumah hujung sana pegi klinik sebab tak sihat badan.Alhamdulillah...Doc cakap ayang dah pregnant.Dah 3 minggu...." lancar si isteri menuturkan kata-kata sambil tersenyum.

Si suami tergamam.Secara perlahan-lahan bertukar kepada senyum lebar.Si suami terus menerkam isterinya sambil mengucapkan tahniah sambil mengucupkan pipi isterinya tanda sayang.

"Oooo....baby datang tak cakap kat papa yeee...." bebel si suami sambil menekap telinganya di perut si isteri.Si isteri hanya tersenyum memerhatikan gelagat suaminya yang tak sabar-sabar.
"Dah lama papa tunggu baby tau." ujar si suami lagi sambil kepalanya semakin rapat ke perut si isteri.

"Abang...jgn tekan kuat sangat perut ayang....senak lah..slow-slow.." ngomel si isteri kepada suaminya.Namun tidak dipedulikan.
"Baby jangan nakal-nakal dalam perut mummy ye..sian mummy nanti." si suami tak habis-habis mengomel.Sambil mengomel,dia menekap telinga pada perut si isteri.



PUSSSS !!!


"Ayang dah cakap..jgn tekan kuat-kuat perut ayang...kan dah keluar angin..." bebel si isteri laju-laju sambil tutup hidung.

Si suami sedaya upaya cuba untuk menahan nafas.

Terlambat.






Baby dalam perut geleng-geleng kepala.

Taha yang pemurah.

Petang tu,Taha berjalan-jalan ke sebuah pusat membeli-belah.Mukanya tersenyum puas bila melihat beg plastik pakaian yang dibelinya.Dari kasut,sampai lah ke minyak rambut,semua dibelinya.Maklumlah,baru dapat gaji.

Setelah selesai semua urusan,Taha berjalan menuju ke tingkat bawah.Elok turun dari eskelator,Taha ternampak ada seorang budak lelaki sedang duduk di atas kerusi.Umur budak lelaki tu,dalam 10 tahun umurnya.Muka nampak bersih.Di hadapannya ada sebuah tabung.Di tabung tersebut tertulis "Derma untuk Masjid Al-Muhajirin".

"Bang..derma bang..untuk masjid.Berapa pun tak apa.Ikhlas hati abang." budak yang jaga tabung tu pelawa dengan penuh ikhlas dan sambil tersenyum.

Taha menyeluk-nyeluk poketnya.Masa menyeluk tu,Taha mula buat perangai.Idea nakalnya mula tiba.Bibirnya tersenyum-senyum.

"Dik..kalau adik terima kad kredit,abang nak derma RM1000." ujar Taha dengan niat nak bergurau sambil mengeluarkan dompetnya.Sambil pegang wallet,Taha mencari-cari duit kecik dalam wallet dia.Taha tersenyum nakal bila melihat budak tadi hanya diam tanpa berkata apa-apa.

"Seronok jugak usik budak ni." ujar Taha dalam hati.Akhirnya Taha terjumpa not RM5 dalam walletnya.

"Abang boleh ikut saya.Kita pergi sana." Budak lelaki tadi mula bersuara.Taha terkejut.Terkejut pun kena ikut jugak lah.Nak tahu jugak apa idea budak ni.Sebelum budak tadi tinggalkan tabung duit,dia memanggil-manggil sorang lagi rakannya untuk tolong jaga tabung tadi.

Taha mengekori budak tadi dengan penuh curiga.







"Assalamualaikum Encik.Abang ni bermurah hati nak derma saya RM1000.Tapi saya tak terima kad kredit.Apa kata saya gunakan kemudahan kat kedai encik.Encik swapkan kad abang ni,encik bagi tunai kat saya RM900.Baki RM100 saya bagi kat encik sebagai upah saya gunakan servis kedai encik.Boleh?" lancar budak tadi membuat deal dengan brader tokey kedai emas.Brader kedai emas bersetuju sambil tersenyum-senyum mengenangkan dapat duit free pada hari tersebut.

Taha terketar-ketar menghulurkan kad kreditnya sambil cuba menenangkan diri.

Teguran dari Hapacrita.

Kepada pemandu kereta yang dihormati sekalian. (^__^)

Jika anda berada di lorong kanan dan sedang memandu dengan riang dan tenang,sila pastikan DUA menda ini.Ini adalah peraturan jika anda hendak berada di lorong kanan jalanraya versi hapacrita.Amat sesuai untuk pemandu di MRR2 Kuala Lumpur.

1.Jika ruang hadapan anda kosong MELEBIHI 10 METER.
2.Jika di belakang anda ada DUA ATAU LEBIH kenderaan yang sedang rapat dengan anda.

Maka,anda hanya ada DUA pilihan.

1.Tekan minyak laju-laju ke hadapan.Jangan meleret-leret.Lane kanan untuk 70km/j ke atas jika jalan clear.Bukan 70km/j ke bawah.
2.Kalau tak nak pecut ke depan,sila bagi signal ke kiri,dan masuk lorong kiri anda dengan penuh hemah dan bertanggungjawab.Bagi laluan kepada kenderaan di belakang.

Jangan sampai PS hon kuat-kuat kat telinga anda.

TOLONGLAH......ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

Kisah 1001 Malam.




Setahun lebih aku merapu,tgk-tgk dah cecah 1001 entry dah arini.Wah..kalau cetak semua buat satu buku,dah buleh celen buku kisah 1001 malam ni.

Hik hik hik.

Thursday, May 6, 2010

PS 9

"Apa yang you menungkan Jamil?" soal PS bila lihat aku terbaring dalam kereta.Selalunya bila sampai kat rumah,aku terus keluar kereta.Semalam,dalam hujan agak lebat,aku rebahkan seat kereta,dan berbaring sebentar sambil melihat langit gelap.

"Aku tengah pikir ni.." balas aku.
"Pikir apa?"

"Aku tengah pikir,kalau ada jodoh,nanti bila anak sulung aku dah besar,lepas SPM,aku suruh dia amik lesen.Dapat ja lesen,lepas tu mesti dia dapat keputusan SPM."
"Lepas tu?"

"Lepas tu dia masuk U.Masa dia nak masuk U tu,aku nak wariskan ko kat dia lah.Kiranya ni kereta warisan keluarga la.Aku tengah bayang macam mana aksi aku masa serahkan kunci kereta kat dia."
"Tu pun kalau anak you dapat masuk U......hik hik hik......" balas PS sambil gelak gedik.

Aku tendang lantai kereta kuat-kuat.

"Auchhhh...sakit la Jamil...benci! benci! benci!..." ngomel PS mengada-ngada.

Aku tersenyum nakal.Hujan terus turun dengan lebat.Titisan air meluru deras.Angin bertiup laju.







Sepi...








"Jamil..I tak nak jauh dengan you..." PS bersuara tiba-tiba.

Aku tersenyum.

Tak Guna! Berjurai air mata aku.






-Beberapa tahun lepas,aku keluar air mata bila tengok video ni.Semalam,aku terjumpa lagi.Masih sama kesannya.Air mata aku keluar lagi.Seko-seko aksi macam jebon.Demmit!-





"What kind of wood is this!!!!" ujar brader gemuk sambil pijak-pijak kayu.....bahahhaa..keluar air mata aku gelak.

Wednesday, May 5, 2010

Apa yang penting...kerjaaaa samaaa...wonderpet!



-Bila aksi macam ni nak masuk dalam X-Games? Mat Saleh pun gigit jari ni.Baidewey...aku suka lagu background dalam video ni.Walaupun aksi diorang bahaya..aku tabik jugak.-



-Brader ni memang hati kering.Lagu background tabley bla...haha.-

Rahman dan Mesin ATM

Rahman keluar dari kereta dengan muka senyum-senyum.Dalam hati dah plan nak beli macam-macam.sejak dari rumah lagi hatinya dah riang.Rasa nak beli baju baru pun ada.Nak beli seluar baru pun ada.Sekali-sekala terpikir jugak nak tukar skirting kereta.

Rahman menuju ke arah mesin ATM.Sebelum shopping,kena bawak keluar duit dulu.Nasibnya baik kerana tak ada orang.Tak perlu susah-susah beratur.Rahman keluarkan kad dan terus menekan-nekan butang pada mesin ATM tersebut.

Tengah sedap-sedap tekan,tetiba ada 2 orang mamat naik motor singgah kat mesin ATM.Lepas parking motor,mereka berdua berbaris di belakang Rahman.Rahman buat-buat tak peduli.

"Bang..duit abang jatuh ni.Dalam sampul ni." ujar sorang dari pemuda tadi sambil menepuk-nepuk bahu Rahman.Rahman terkejut.Serta merta dia teringat kes curi duit dari ATM dengan taktik menepuk bahu sambil menukar kat ATM mangsa.Situasi yang sama sedang dilaluinya sekarang.

Selaku pelajar cemerlang masa UPSR 18 tahun lepas,Rahman kena pintar untuk mengelak dari dirinya menjadi mangsa penukaran kad ATM.Kepalanya ligat berfikir.Kalau dia tunduk ambil duit tu,mesti diorang akan tukar kad ATMnya dengan pantas.

Akhirnya Rahman dapat satu idea paling bernas.

"Oh..ye ke..takpe lah,saya sedekah je kat korang.Ambil lah." ringkas Rahman membalas tanpa memalingkan kepalanya ke belakang.Matanya perlu fokus kepada mesin ATM.Mana boleh dia tertipu macam tu ja.Setelah selesai,Rahman menuju laju-laju ke dalam kereta.Hatinya lega.Duit dari mesin ATM tadi kemas di dalam genggaman.Matanya tidak lepas melihat dua orang mamat tadi yang sedang tekun menghidupkan motor dan berlalu dari situ.

Rahman puas dapat kecewakan dua orang mamat tadi.







**********


"Makkkk.....Man dah balik ni....ni ha kain yang mak pesan tadi." laung Rahman dengan ceria setelah sampai di rumah.
"Ha...ada pun kain ni.Kamu dah masukkan ke duit RM3000 yang mak kirim ke dalam bank tadi?" soal Mak Cik Tipah kepada Rahman sambil belek-belek kain yang dipesannya tadi.


**********






"Gila la mamat tu..senang-senang je bagi duit kat orang.Dah habis kaya lah tu kot.Memang langkah kanan la kita harini Hamid...tiga ribu ni baii...makan-makan...tambah-tambah...tak sia-sia aku cium tangan mak aku masa keluar dari rumah tadi." bebel Topek sambil pekena Banana Split dengan kaki silang atas meja dekat kedai makan paling mahal dalam pekan.

Dulu dah tutup FB,sekarang buka balik sebab...



Sebab nak guna gengblogger.Hahaha...oh dem..betul pulak semua fakta yang dia kata berdasarkan kuiz yang aku amik.Kuiz ye..bukan horoskop. =p

Part awet muda tu memang betul.Keh keh keh..

Wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan.

LONDON: Menemui wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan anda.Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh.

Kesan itu meningkat di kalangan lelaki yang percaya wanita berkenaan bukan setaraf mereka.Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.

Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku.Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada di bilik yang sama.

Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat.Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.

Penyelidik merumuskan: “Dalam kajian ini, kami menganggap, bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan."

“Walaupun sebahagian lelaki mungkin mengelak menemui wanita jelita kerana beranggapan mereka tidak setaraf, majoriti akan berasa bimbang serentak dengan tindak balas hormon.

“Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita.

Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. “Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk. - Agensi


Sumber berita: KLIK SINI.


Macam-macam kajian merepek-repek sekarang ni.Hahahhaha..hangpa semua kena tenang macam aku.

Tolong Report Polis.



Kepada sesapa yang ada kepakaran utk kesan dia ni,cuba kesan tgk.Cari le IP dia ke,kot-kot dapat alamat...apa-apa je lah.Ni aku pakai laptop opis.Sesapa ada komputer sendiri lengkap dengan tools yang sesuai,cuba trace dari mana dia upload video dia.Maki-maki dia pun tak guna.Kena amik tindakan je.Ramai sangat dah orang jenis macam ni.Sesapa ada pakwe polis ke,abang-abang ke..ayah ke..try la report.Dapat balun sedas dua sebelum hantar balai sedap jugak.Dah jumpa,jgn lupa halu aku.

Contoh orang nak perhatian macam ni la.Takpa,kita bagi perhatian yang membunuh.

Banyak video dia.Kelik sini.



UPDATE: Aih...lajunya dia delete akaun.Bahaha..ingat ko cerdik sangat? Aku da siap download da video dia.Tu aku upload balik.Kalau sapa dapat tangkap,aku ada bukti video dia.Kontek je aku.Aku buleh bagi softcopy. Cibai macam ni patut cari sampai dapat.Tau pun takut.

Mail Karan

"Mat...kopi O panas satu." laung Mail Karan sebaik duduk atas kerusi.Dia yang paling lewat sampai sebab motor buat hal kat masjid lepas subuh tadi.

Pagi tu seperti biasa,Mail Karan,Lebai Sarip,Man Senget dan Ali Agogo lepak bersama selepas solat subuh berjemaah.Acara lepak kat warung pagi-pagi seperti ini adalah antara ritual mereka sejak muda.Seperti gadis-gadis,mereka kadang-kadang bergosip sesama sendiri.Bincang hal ehwal kampung dan kadang-kadang pekena sesama sendiri macam kes lembu dulu.

"Man,semalam bukan main semangat aku tengok ko tebang pokok belakang rumah ko.Pakai parang ja.Takdenya nak pakai-pakai gaji yang ada mesin.Kuat kederat ko." Ali Agogo membuka cerita.
"Setakat tebang pokok pisang,apa kejadahnya aku nak pakai mesin.Buang tebiat?" sambung Man Senget bersahaja sambil hirup teh o panas.

"Man tu,setakat pokok pisang boleh la tebang.Aku tebang pokok besar minggu lepas senang-senang ja.Takda masalah." Mail Karan mula mencelah.Nak jugak tunjuk hebat.
"Ko tebang sorang-sorang? Pakai kapak?" Lebai Sarip yang diam dari tadi mula mencelah.

"Ye la,takda sapanya nak tolong.Aku buat la sendiri.Apa nak kesah,aku kan tulang besi,urat dawai." sambung Mail Karan sambil angkat kaki sebelah atas kerusi.Bersedia untuk sambung cerita.Sekali-sekala kena berlagak jugak.Mana tahan asyik kena bahan je kadang-kadang.

"Tulang besi,urat dawai?" soal Lebai Sarip sekali lagi.
"Ye lah...kenapa Lebai?" balas Man Karan kehairanan.
















"Duit dah berkepuk.Patut la payah sangat nak pegi Haji bila aku ajak.Kena scan kat airport mesti tak lepas naik kapal ni..besi dengan dawai bersepah dalam badan.Macam lampu kalimantang." meriah Lebai Sarip pagi tu kenakan Mail Karan.

Kaki Mail Karan perlahan-lahan turun semula ke tanah.

Lebai Sarip tersengih nakal...

Melalaikan jugak hapacrita ni ye....




-Jangan sampai tak buat kerja sudah.Aku dapat tau,aku piap-piap betis kiri korang.-

Tuesday, May 4, 2010

Mekdi

"Selamat petang,encik nak order apa?" bunyi suara yang keluar dari speaker drive thru Mekdi.secara tiba-tiba aku jadi resah.Semua benda aku nak order.Tapi memikirkan duit yang bakal hangus,aku mula kembali ke alam nyata.

"Bagi saya dabel mekciken satu set.Bagi yang besar ya." aku bagi pesanan.

"Semuanya RM**.**.Sila bayar di hadapan ya.Terima kasih." balas brader amik order.

Aku drive menuju ke kaunter bayaran.Elok sampai,aku serah duit,lepas tu tunggu duit baki.

"Dabel mekciken set kan?" tetiba brader kaunter bayaran tadi bersuara.

"Ha'ah...dabel mekciken set besar tadi."aku balas dengan muka paling manis.Mesra habis.Tapi aku hairan,brader tadi tak layan aku.Dia masih bercakap-cakap sorang-sorang.Tangannya sibuk mengira duit baki aku.Rupanya brader tadi tengah amik order kereta kat belakang aku pakai headphone kat kepala dia.













Ekceli,aku benci sebenarnya bercakap sorang-sorang tanpa hala tuju macam ni.Sapa nak bertanggungjawab kalau dah jadi macam ni?

I malu tau.

Mat Napi

"Singgah-singgahhhhh....ayam murah murah." laung Mat Napi lantang sambil memotong ayam.Hari ini hatinya sangat senang.Jualan ayamnya sangat laris.Maklumlah,hari sabtu memang meriah sikit.Ramai orang datang ke pekan.Lagipun saingannya,Pak Halim,tak datang meniaga.Dengar cerita lori ayam rosak.Jadi,hanya tinggal Mat Napi seorang yang meniaga ayam pada hari tersebut.Girang bukan main.

"Ha Mak Cik Munah...singgah-singgah.Ayam baru ni ha.Segar lagi." pujuk Mat Napi kepada Mak Cik Munah.Mak Cik Munah ni antara pelanggan tetap Mat Napi.Selalu jugak Mak Cik Munah ni beli ayam kat dia.Boleh kata 'regular customer lah' jugak.

"Takpa lah Napi oii...makcik dah beli dah ayam kat hujung sana ha.Kat kedai baru bukak tu.Lagi kemas cara dia jual ayam berbanding kamu." balas Mak Cik Munah sambil menjuihkan bibirnya ke arah hujung lot kedai di pekan tersebut.

Mat Napi hairan.Setahunya,kat pekan tu,hanya dia dan Pak Halim ja yang jual ayam mentah.Takkan ada orang baru pulak kacau line dia.Ini tak boleh jadi,nampaknya Mat Napi kena tingkatkan promosinya ke tahap teragung.Jualan kena mantap.Kalau dia hilang sorang pelanggan,dah kira rugi.Kalau rugi,macam mana dia nak minum air ribena hari-hari.Macam mana dia nak pegi tengok wayang hujung minggu.Nak sedekah duit kat masjid lagi.Banyak jugak tu kena pikir.

"Napa tak beli kat saya tadi?" soal Mat Napi cuba menduga.
"Kat sini tak bersih..berbau hanyir.Ayam kat sana segarrr ja mak cik tengok.Bersih kedainya." balas Mak Cik Munah bersahaja.Mat Napi terasa hati.Macam mana dia nak jual ayam tapi tak berbau? Itu adalah mustahil sikit.

"Sapa yang jual ayam kat hujung sana Mak Cik Munah?" soal Mat Napi penuh curiga.Dari pandangan matanya,tak nampak pulak ada orang jual ayam.Risau jugak,sekarang ni banyak kedai jual secara kiosk.Baru-baru ni dia nampak ada kiosk jual daging lembu segar.Takkan sekarang ayam pun nak jual melalui kiosk jugak.


















"Kat plastik ni dia tulis KFC...mak cik pun tak tahu nak sebut.." balas Mak Cik Munah ringkas dan bersahaja sambil belek-belek bungkusan ayam KFC yang dibelinya sebentar tadi sambil berlalu pergi.

"Tahap olimpik jugak level makcik ni bergurau." ngomel Mat Napi sendirian sambil tahan air mata geram.