Tuesday, May 4, 2010

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 6 - (Part 2)


Isi ikan kayu goreng ni..aku hancur-hancurkan.Telur goreng tu pun aku hancur-hancurkan.Lepas tu letak kicap,kemudian gaulkan hingga sebati.Makan bersama sambal belacan buatan mak.Oh demm..sebijik macam yang aku makan masa tadika dulu.Cuma waktu tu,mak aku yang tolong gaulkan nasi.Hehehehehe.....


Masa habih belajar 3 tahun lepas,sementara cari kerja,aku datang tanam pokok ni.Ye la,buat apa nak duduk rumah saja kan? Masa tu,pokok ni tinggi paras peha aku ja.Sekarang dah besar panjang dah depa ni semua.Masa aku masuk pagar tu,aku bertegur sapa dengan pokok-pokok ni.Alhamdulillah,depa kenai kat aku lagi.Beradab betul pokok kat kampung ni.Menurut bapak aku,lagi 4 tahun boleh menoreh dah.Oh ya..pokok yang satu tu bukan tengah rukuk,tu dia bengkok sebab ada monyet bergayut.Lagipun tu bukan arah kiblat.


Dangau tempat lepak lepas tanam pokok getah 3 tahun dulu.Makan nasik dengan ikan kembung bakar,ikan tamban masin bakar,sambal belacan.Peh...menyentap.Bakar pulak kat situ jugak,berselera betul.Yang buat selera bertambah tu,sebab makan dengan mak bapak aku sekali. =} Sekarang ni dah tak terurus dah dangau ni.Dulu bersih ja.Jauh sket dari rumah kebun ni.Oh ya..depan dangau tu ada 'charuk' a.k.a anak sungai.


Ha,ni le anak sungai yang aku cakap tadi.Masa aku datang ni,air dia tengah surut.Musim kemarau la katakan.Kalau tak,kat sini la aku berendam.Air bukit baii..sejuk dia jenis sejuk sedap.Menyentap sampai urat belikat dan urat tak belikat.Aku rasa rimau pun suka mandi sungai ni.Jangan risau,dalam charuk ni tak ada sotong kurita mahupun jerung.Dolphin pun tak ada.




"Jamil.I macam tak percaya je U sanggup kilatkan enjin I.Hati U ni penuh dengan kasih sayang jugak ye.Sebab tu I suka balik kampung,U jaga I macam tuan puteri.Hik...hik..hik..." ngomel PS bila aku ada masa panjang untuk manjakan dia.


Bukan..bukan...ni bukan iklan Febreze.


Penat-penat aku cuci,dia buat tempat beradu.Habih kotor.


Tenang macam buaya dalam air.


Hai mak....He he he..Bukan..mak aku bukan yang rambut pendek tu.Mak aku yang pakai tudung tu.Dia tak sedar aku ambil gambar.Sibuk sangat nak tukar rantai emas dia,bawak la datang. =}


1 Malaysia? =}


Oh..pokok tempat aku layan blues masa sekolah rendah dulu.Ada lagi pokok ni rupanya.


Bliss...


Itu namanya Gunung Jerai.Jangan nak mengada-ngada kata Gunung Ledang.Lempang rusuk kiri baru tau.(Emo sebab nak balik KL dah.)





Fakta-Fakti: Aku tak sempat menjelajah kampung..banyak sangat hal ehwal nak diselesaikan.Mandi sungai pun tak sempat.Tsskkkk......rugi-rugi. =(


Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 6 - (Part 1)




Sampai kat kampung dari KL dalam jam 4 pagi.Bukak tudung ja..jumpa menda sambal belacan,kicap kipas udang,ikan goreng,'air garam' dan nasi sejuk.Senang-senang ja aku menambah 3-4 kali.Demm...



-Pagi-pagi dah pekena avocado.Mat saleh pun tak buat.-


-Lepat pisang terbaik.-


-Bangun tido,sarapan nasi goreng pulak.-


-Petang-petang yang panas,memang ngam pekena menda alah ni.-


-Bapak aku.Ni jalan kaki ke kebun.Aku follow belakang.Kederat dia kalah aku.Insaf.Sambil berjalan aku tabik kat bapak aku senyap-senyap.Aku anak yang kagum dengan bapak sendiri.-


-Berat jugak setandan ni.Kalah ekor gajah dalam hutan nun.-


-Aku suruh bapak aku pergi dulu sebab risau aku tinggalkan dia.Alih-alih terkial-kial jugak aku nak kejar.Dalam 1-2 tiang jugak la kena tinggal.Seriau naik motor laju-laju jalan kebun ni.Tergolek kang,sia-sia ja kena gelak dengan cengkerik.


-Sekali teguk,terus terbayang Jamil dalam uniform sekolah rendah sambil pegang plastik air ni jalan kaki balik dari sekolah tengah-tengah panas terik.Rasa air ni tak berubah sejak aku minum dari tahun 1990.Ni le kerja aku,pegi kedai,melantak air ni sampai puas hati.Buat kedai tu macam bapak aku punya.Ye lah.dah kedai bapak aku,aku buat la macam kedai bapak aku.hahahaha...tapi lepas minum aku letak duit dalam laci senyap-senyap.=p -



-Bukan...ni bukan kolam renang macam kat hotel mahal-mahal tu ye adik-adik.Ni tempat berwudhuk.-




Bersambung.....

Monday, May 3, 2010

Berat Mata


Pekan Smallville

Aku pergi ke pekan Smallville dengan mak aku.Saja bawak mak jalan-jalan.Pegi tengok barang apa dia nak.Mula dari kedai emas,sampai le kedai barang-barang,boleh tahan jugak mak aku ni berjalan.Seronok berjalan dengan anak teruna hensem macam aku ni kot.hehe..

Tengah jalan-jalan,mak aku tiba-tiba masuk sebuah kedai ni.Dalam kedai ni ada macam-macam barang dapur.Tengah mak aku sibuk cari termos,aku pun ushar-ushar barang dalam kedai tu.Tokey kedai pulak siap sibuk-sibuk cerita harga offer yang tak masuk akal.Aku senyum ja bila dengar apa yang dia offer.Manis sungguh mulutnya.

Tengah sedap ushar-ushar barang,tiba-tiba ada sorang akak ni lintas depan aku slow-slow.Matanya merewang ke sana-sini tengok barang kedai.Aku bagi laluan sikit untuk memudahkan dia lalu depan aku.Baik sungguh,penuh ilmu sivik di dada orang kata.

Sambil akak tu melintas aku,tiba-tiba tanggannya hinggap di peha aku.Matanya masih melilau-lilau tengok barang.Aku dah cemas.Badan aku dah tak dapat bergerak.Tangannya bukan setakat hinggap kat peha aku,jarinya pulak siap menggaru-garu peha aku lagi.Aku bertambah cemas.Nak undur lagi tak boleh dah sebab belakang aku ada rak barang.Tepi kiri aku ada orang pilih barang.Tapi kanan aku pun ada orang jugak.Depan aku lagi la tak boleh,ada akak tadi.Lidah aku kelu.

Tangan akak tadi masih menggaru-garu peha aku sambil berlalu pergi perlahan-lahan.Sumpah geli gila.Rasa nak menggelupur.Gaya menggaru-garu tu macam nak capai sesuatu.Mungkin tengah cari tangan anak dia kot.Matanya masih melilau sana-sini tengok barang.

"Eh eh..sori-sori...akak ingat tangan anak akak tadi.."ujar akak tadi setelah berpaling ke arah aku.












Pipi aku blushing tak hengat punya.

Embarrassing tau.

Bantal Kekabu.

"Makkk.....nak bawak balik bantal kekabu satu.Boleh?" ujar aku kepada mak aku petang semalam semasa nak bersiap balik ke KL.Walaupun aku dah tahu jawapannya memang boleh,saja anak menggedik dengan mak aku.
"Ha..nanti mak siapkan." balas mak aku tenang.

Mak aku ni rajin buat bantal dengan kekabu.Bukan jual,tapi buat letak kat rumah.Ye la,kalau semua ahli keluarga aku balik bercuti,dah dekat 50 orang dalam rumah kalau kira sekali menantu sampai cucu.Nak tidur malam-malam bantal kena cukup.Kalau tak cukup,macam mana nak mendapat tidur yang aaasemmm.

Setelah siap barang-barang,aku ambil bantal yang mak aku sediakan.Bersemangat betul pegang bantal tu.Bantal buatan mak lah katakan.Mesti sedap tido.Dah salam bagai dengan semua jiran-jiran,salam dengan mak ayah semua,adik beradik,aku pun berangkat pulang.PS dah mula ngada-ngada keluar air mata tanda sedih.Pandai betul berlakon.Setahu aku PS ni lahir kat Tanjung Malim.

Tengah sedap drive tu,baru aku perasan ada kelainan pada bantal yang mak aku bagi.


















Warna pink love-love youuuuuuu....!


Friday, April 30, 2010

Pelik betul

Kenapa aku sangat teruja nak balik kampung kali ni? Hahahaha...baru 2 bulan lebih tak balik.

Doakan aku selamat pergi dan pulang. =} Oh..ada lagi 1/2 jam nak bertolak.Kereta dah polish hensem-hensem.Pakai dah lawa-lawa.Badan dah wangi-wangi.

Memang ding dong lah.

Oh..sempena nak balik ni...nak menggedik sikit dengan pembaca aku.

Ai labiyu..





Hik Hik Hik. =}

Thursday, April 29, 2010

Ayam Goreng dan Ayam Masak Lemak Cili Padi.




Steady?

Brapa ketul nak borong balik kampung besok nih.Tak pernah aku pekena ayam ni seumur idup aku.Sapa pernah try buat masak lemak menda alah ni? Sedap?

Semalam yang hangat 18

Aku meluru laju menuju ke hujung kolam.Sikit lagi nak sampai.Kaki dan tangan kayuh laju-laju.Akhirnya aku sampai ke hujung kolam.Penat jugak.Masa tu aku mula respek katak-katak dalam air.Kuat diorang berenang.

Sambil selam-hembus nafas dalam air-timbul-tarik nafas balik tu...aku cuba bertenang di tepi kolam.Kat sebelah aku ada sorang lagi brader.Nampak dia berehat-rehat.Tenang sungguh.

Tengah sedap-sedap menyedut oksigen,tetiba ada sorang awek berpakaian renang seksi datang ke tepi kolam.Yang peliknya,dia bukan nak turun dalam kolam terus,sebaliknya berdiri sambil buat aksi manja dekat bar besi tepi kolam tu.Ada jugak la membe-membe pompuan tu kat situ.Sembang sakan nampak.Disebabkan lawa sangat,aku pun terpana dalam 5 saat.Tak lama.Boleh kata semua lelaki kat situ pandang lah.

Setelah sedar dari pemandangan indah tersebut,aku mula fokus ke hadapan.Bersedia untuk berenang semula.Aku datang bukan nak usha awek,aku nak terer berenang.Malu kat memerang kalau tak pandai berenang.











Jadi sekarang ni,masalahnya....kenapa tangan brader sebelah aku tadi dah ada kat rambut aku?

Wednesday, April 28, 2010

Ikan masak lemak.


Baru pekena nasik kat kedai ni tadi kat Ampang Hilir.Masak lemak dia sedap yarabbi.Koleksi lauk pun banyak jugak.Antara kedai makan yang kena dengan selera aku.Hoh..jumaat ni balik kampung.Hum...dah lama tak buat siri "Apa aku jumpa bila balik kampung" kan? =}

Mak..sediakan sambal belacan banyak-banyak.Ceq nak balikkkkk.Dua bulan tak pekena sambal belacan mak aku,rasa sengal badan-badan.

Haihhh....





Nak ikut? Hik hik hik..

Tuesday, April 27, 2010

Buku Laporan Sains Jamil

Lokasi: Sekolah Menengah Remaja-Remaja Genius
Tahun: 1998 (Form 2)

"Ha...cuba tengok buku Fahmi ni,kemas,lengkap dan teratur.Cikgu suka buku macam ni." ujar cikgu sains aku sambil mengangkat-angkat buku laporan Fahmi dalam makmal.Aku mula belek-belek buku laporan aku.Bersepah yarabbi.

Secara tiba-tiba,aku pun tak tau mana datangnya sifat feminin aku.Tetiba ja rasa nak menghias buku.Dengki barangkali.Tak nak kalah.Apa guna kalau selalu dapat A dalam ujian kalau buku tak kena puji.Tak seronok jugak.Kalau buku laporan kena puji,mesti saham aku kat asrama pompuan naik 13% dalam kiraaan aku tanpa guna kalkulator.Remaja genius katakan.Markah rating aku kat asrama pompuan dah 100% dah..campur lagi 13%...dah jadi 113% dah.Banyak jugak tu.Kalau soal penjaga market pasal potongan harga 113% mesti dia tak pandai nak kira dah.

"Cikgu,saya hantar lewat sikit buku laporan,saya nak tukar buku.Saya nak buat buku baru.Boleh?" soal aku masa kelas bersurai kepada cikgu sains aku.Kena la mintak kebenaran kan.Kang dia tengok buku aku tak pernah ada tanda langsung,kang dituduhnya aku tak pernah hantar buku pulak.Setelah kebenaran diberi,aku mula pasang angan-angan.Nak buat lengkap-lengkap.Silap-silap boleh jadi buku rujukan pelajar pulak nanti.

Balik asrama,aku pulun beli buku baru.Salin balik laporan hensem-hensem.Letak balik gambar-gambar dan sample daun tumbuh menjalar dalam buku lama secara penuh hati-hati.Kalau team CSI tengok,meleleh air mata kekaguman mereka.Teliti sungguh.

Setelah berhempas pulas beberapa hari,buku aku siap.Gembira dia macam seorang ibu yang baru melahirkan anak.Penuh kasih sayang orang kata.

Aku hantar buku kepada cikgu sains aku.Seingat aku,aku letak atas meja dia dalam bilik guru.Cikgu sains aku tak ada pulak masa tu.Masa letak buku,muka aku dah sengih-sengih.Dalam kepala,terbayang betapa kagumnya cikgu sains aku masa belek-belek buku aku.Dah puas hati,aku blah.Tak sabar nak tunggu kelas sains dalam makmal besok.

Hari yang ditunggu telah tiba.Aku amik seat paling best dalam makmal.Hati dah berdebar-debar.Cikgu sains aku masuk.Atas meja ada banyak buku yang dia dah tanda.Dalam banyak-banyak buku tu,aku nampak dia pegang buku aku.Aku kenal sangat buku tu sebab pembalut buku tu gilababi lawa.See? Sissy gila kan aku ni bila dah buat perangai gampang.

Hati dah ready nak bangga-bangga.Badan rasa hangat-hangat.Cikgu sains aku mula angkat buku aku tinggi-tinggi.Muka aku penuh dengan harapan.

"Ni buku sapa tak pernah hantar langsung ni ha? Mengaku cepat sebelum saya sebut nama.Dari laporan awal tahun sampai yang minggu lepas,kosong,tak ada sebarang tanda semakan dan markah." bebel cikgu sains aku dengan muka ketat-ketat.










Benci.

Monday, April 26, 2010

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 3


Satu lagi Char Kuew Teow sedap.Klik sini untuk lokasi.Ye,kat kedai corner lot tu.Kedai mamak,tapi ada stall melayu kat situ.




Kedai ni ada Live Band.Klik sini untuk lokasi.Brader topi hijau tu suara dia aku rasa macam gabungan Ito Blues Gang dengan Sting dari The Police.Serius sedap.Akak baju hijau tu pun suara sedap.Kira bukan jenis cikai la jugak band yang main ni.Makanan..not bad.Cuma banyak minyak sket.Murah2 ja.Macho man yang bawak aku datang sini.





Lokasi klik sini.Rampai Business Park.Cendol dia rasa macam baru.Pulut dia pun sedap.Berkualiti.Nasi ayam dia biasa2 ja,tapi sedap la jugak.



Budak ni dah besar.Baru 9 bulan.Hensem dan manis macam pak sedara dia.hahahaha.. =)



Aku suka rojak brader ni.Beli kat Ampang.Lokasi klik sini.Kedai dia di antara kedai 2 dan ke-3 dari hujung.Ada brader jawa yang jual.Nama rojak dia...rojak Larkin.Oh ya,yang ada kerpok tu,aku suka hati ja letak.Kalau kat kedai rojak tu,takda jual keropok.Jangan peningkan kepala brader tu mintak keropok.Brader rojak tu,nampak aku ja,siap nak salam-salam.Ramah sungguh.Sebab selalu aku pekena rojak dia kot.Biasa la..orang hensem-hensem ni memang orang mudah cam.



Lepak-lepak umah akak kat Nilai pulak.




Nasi Goreng cendawan.Nama kedai aku lupa.Tapi kedai dia kat sini. Ye,kedai lot tepi.Kedai dia interior warna merah.Sedap gak.Penuh dengan bahan.Aku suka.Thanx Macho man bagi pinjam duit tengah-tengah malam buta semalam,balik kang aku bayar ye. =)

Saturday, April 24, 2010

Kehairanan Jamil

Mana datangnya kulit telur ayam kat peha aku ni? Bangun tido tgk2 dah ada.Walaupun serpihan kecil,cukup buat aku hairan sampai siap cerita dalam blog ni.Kalah status fesbuk orang lain.Nak kata aku baru menetas dari telur,mustahil sangat sebab semalam aku sedap melayan cerita HOUSE.

Takkan aku ni biawak jadian kot.Tak glemer sungguh biawak jadian sikat rambut belah tepi.







Ada nombor akhbar Metro?

Budak Mata Biru



Ha,tak payah pakai contact lense dah.Rilek-rilek je mata dah macam mat saleh.Mesti hot kat sekolah nanti.

Ni yang rasa nak padam entry MATA aku yang dulu ni.Buat malu ja,hahaha..



Sumber: SINI.

Thursday, April 22, 2010

Dialog Masyarakat Marhain 26

"Jamil...."
"Ye? Ada apa?"

"Aku rasa kan...kalau ko letak gambar ko kat blog,mesti trafik blog ko naik lah!"








"Ah...Hell No!"

Aku nak tanya ni....



- Brapa ramai kat dunia ni dapat peluang macam ni? -


Kredit : http://ohtidak.com/oh-ajal-ketika-sujud-di-masjid/

Dialog Suami Isteri 17

Guruh di luar berdentum-dentum.Hujan lebat membasahi bumi.Kilat memancar-mancar.Sekali-sekala angin menderu-deru laju.Jam menunjukkan pukul 3 pagi.

"Bangggg...banggg.....bangun la bang....abanggg...." rengek si isteri sambil mengoncang-goncangkan badan suaminya.Suaminya tidur sedap betul.Sampai tak ingat dunia.
"Banggggg.....bangunnn..ayang takut niiii..." si isteri mula mencubit suaminya.Hilang sabar betul bila dia tidak dipedulikan seperti itu.

"Adui...apa main cubit-cubit ni yangg..sakit la..." bebel si suami bila terjaga.
"Abang tu..tidur tak ingat apa langsung.Ayang takut ni.Guruh kuat sangat.Kilat pun kuat." ngomel si isteri sambil buat muka penuh simpati campur manja.

"Astaga,kilat pun takut.Apa la ayang ni.Cengkerik kat hutan pun rilek je bila guruh kilat macam ni.Ayang je yang lebih-lebih.Meh sini abang dakap.Baring elok-elok.Abang dakap,sayang tido nyenyak-nyenyak yee...." bebel si suami dengan gaya berlagak sambil menarik-narik si isteri.Walaupun gaya berlagak,tapi masih penuh dengan kasih sayang.Matanya separa terbuka.Mengantuk betul nampaknya.


Sepi....


"Emm..kenapa le rambut sayang ni halus sangat.Rasa lain pulak.Ni mesti tukar syampu ni.Nasib baik potongan badan sama lagi.Dalam gelap pun abang dah boleh cam." bebel si suami sambil cium-cium rambut isterinya.Matanya masih terpejam.Hanya sentuhan sahaja dia dah tahu isterinya.Hebat betul.


Sepi.


"Banggg...." si isteri bersuara.
"Ye sayang....?" balas si suami.Tangannya masih memeluk kemas.

"Kenapa abang tak peluk sayang? Kenapa abang peluk patung badak air tu? Potongan badan ayang sama ke dengan badak air?" soal si isteri bertalu-talu sambil bersila atas katil.Mukanya ketat-ketat.

Guruh berdentum-dentum.Kilat sabung-menyabung.Angin menderu-deru laju.














Si suami mula berpeluh-peluh memikirkan teknik memujuk tahap teragung.

Wednesday, April 21, 2010

Henshin !!!!!!!!!





Budak-budak lelaki yang idup zaman awal 90-an dulu,kalau tak tau pasal pergerakan bertukar dan lagu ni,boleh la slow-slow pegi bunuh diri.Takpun pegi pakai skirt main masak-masak...Hahaha...

Tu dia pakai jaket kelabu tu.Kiranya ni versi terawal la.Lepas-lepas tu,dia da pakai jaket putih dah.Brader ni,berlakon pun dia,nyanyi lagu pun dia jugak.Cemerlang sungguh.Nostalgia betul.Lepas tengok mula la kayuh beskal laju-laju.Bajet dah jadi macam dalam tv.

Dengar cerita,superhero sekarang banyak pakai kad kalau nak bertukar.Tengok brader ni,silat sana sini sikit,dah keluar tali pinggang dia.Leceh pakai kad ni.Buatnya tertinggal kad,jenuh nak bertukar.Kelam-kelibut jadinya.Tu tak termasuk kalau tersilap keluarkan kad kredit ke masa nak bertukar tu.Lagi haru kalau terkeluarkan kad JJ...hahaha..

Silap bawak keluar kad kahwin pun.....mau kena gelak sia-sia je dengan raksasa....Hahaha...sampah.





Demmit...dah macam shin chan dah aku ni.

Tersenyum.




Tadi godek-godek laptop..jumpa gambar ni.Mana aku dapat,aku pun tak tau.haha.

Orang kedah ni,kadang-kadang funny youuuu...

Percutian ke Rebak Island.

Assalamualaikum.

Aku ada satu Pakej Percutian ke Rebak Island,Langkawi.Aku cadang tak nak pegi ke sini.

Harga hadiah yang aku menang ni,dalam RM2500.Kiranya Rebak Island ni resort 5 bintang lah.Pakej ni untuk 2 orang. Sarapan pagi disediakan.Juga disediakan percuma dinner untuk 2 orang.Bilik adalah Deluxe/Premier Room/Villa.Pergi selama 3 hari 2 malam.Rebak Island ni,kat Langkawi.Resort dia bertempat kat pulau persendirian.Jadi,memang kena naik bot lah pergi sana.Gilababi ekslusif.Rasa macam James Bond.

Jadi,kat sini,aku nak jual pakej ni dalam RM1700-RM2000.Kira sekali dengan harga feri dengan transport la aku tanggung kat sana.Kalau nak AIR ASIA,nanti kita bincang tgk macam mana.Akan dipertimbangkan.Orait?Apapun,harga boleh bincang lagi.Range harga tu,aku letak sebab nak cover transport sekali.So,kalau nak naik kapal terbang,kita nego la tgk macam mana.Mana tau leh blanja korang makan kat sana ke,apa ke.hehe..orait?

Apa? Nak pegi dengan kapal selam? Dah,jgn nak buat aku pening.Aku gedumbek rusuk kiri kang.

Memandangkan pakej ni atas nama aku,kalau korang beli,aku akan follow korang sekali ke resort ni untuk hal ehwal check in bilik.Sambil bergerak ke pulau,boleh sembang lebih kurang.Ye dak? Jangan risau,lepas korang check in,aku tak la ikut masuk tido sekali.Lepas tu aku balik la slow-slow.Kiranya kalau pembaca blog ni yang beli,memang terdedah la identiti aku.Takpa,hanya pembeli sahaja yang tahu.hahaha...

Jadi,kalau ada sesapa berminat,contact aku kat hapacrita@yahoo.com.Tak pun tinggal ja komen kat bawah ni.Kalau korang berjaya cari pembeli,mungkin aku akan bagi sikit ganjaran kat korang.Jangan risau.Tapi kalau korang nak risau jugak,aku nak buat macam mana kan?

Tempahan bilik boleh dibuat bermula bulan May sampai 31 Ogos.Tempahan kena buat 2 minggu sebelum tarikh korang nak check in.Tu kira maksimum lah.Jangan buat hal nak on the spot.Cepat-cepat,dah lama aku tak jalan-jalan Langkawi ni.Sambil hantar korang pegi resort,buleh aku pusing-pusing kejap.

Oh ya,kalau couple berlawanan jenis jantina yang belum kawin nak beli.....aku tak nak jual.Tapi susah jugak kalau couple tu gay atau les.Aku mana tau nak beza.Tak nak aku bersubahat.Ah,karang masa korang sedap-sedap kat resort...buatnya masa aku balik,bot aku tenggelam dalam laut ke,jenuh aku.Mati jenis karam-karam dalam laut lepas buat dosa ni,aku tak gemar sangat.Trend Firaun tu.

Ok...aku berenti membebel.

Assalamualaikum.






Map Lokasi: KLIK SINI.

Tuesday, April 20, 2010

Semalam yang hangat 17


-Manja betul notis dari petugas Dewan Komuniti Presint 16 ni.-





-Antara Char Kuew Teow Tersedap kat Puncak Jalil.-

Lokasi Gerai di atas : SINI. Ye,betul2 tepi tebing tu.Tempat tanda (+) dalam map tu.Dekat-dekat area Kembangan Paradise.Pandai-pandai la korang pegi.Hahaha...

Kalau korang pegi,tetiba nampak PS parking kat situ,maknanya ada le aku kat situ.Jangan lupa blanja aku.hahahaa lagi...


Sungei Wang

Lokasi: Sungei Wang,KL.
Tahun: 1991 @ 1992.

Seperti biasa,setiap hujung tahun aku mesti akan bercuti ke KL.Bila loceng kelas terakhir berbunyi,hati aku dah berdebar.Berdebar memikirkan nak bercuti ke KL.Masa tu lupa dah kat Alam Ria Cuti Sekolah kat TV.

Aku rasa,tahap berdebar dia,dah nak sama tahap orang tua yang berdebar nak naik kapal terbang ke Mekah.

Dipendekkan cerita,setelah senyum tak lekang masa naik bas ekspress sambil ditemani akak aku,aku tiba di Kuala Lumpur.Masa tu,kalau dah naik bas Ekspress Seri Mutiara,dah kira tahap memang seronok sampai tak tahu nak cakap.Rasa macam tak nak turun dari bas pun ada.Seronok tengok tingkap dia yang luas tapi tak boleh buka.Bas kampeni yang ulang alik dari rumah aku ke pekan manada tingkap macam tu.

Bila sampai KL,antara aroma yang paling aku suka bila keluar dari bas masa tu,tak lain tak bukan ialah bau KFC.Masa tunggu akak aku yang sorang lagi datang jemput,selalunya aku akan pergi ke KFC.Masa tu SmallVille tak ada KFC lagi.KFC terdekat masa tu,kat Sungai Petani ja.Jadi,pikir la sendiri macam mana perasaan aku masa tu.Memang sah lah masa tu tak ingat mak ayah kat kampung dah.

Aku mula mengerti perasaan Tanggang.

Satu hari,akak aku ajak pegi Sungei Wang.Aku yang tengah sibuk minum nescafe sebab tak boleh minum air kosong sebab tak biasa bau klorin,terus angguk.Walaupun aku haram tak tau menatang apa Sungei Wang tu,aku angguk ja.Mana boleh tak jalan-jalan sampai KL.Nanti balik kampung,macam mana aku nak bercerita kalau tak pegi jalan-jalan.

Setelah bersiap hensem-hensem,aku dengan akak-akak aku bergerak menuju ke arah Sungei Wang.Tertanya-tanya jugak apa Lisa Surihani tengah buat masa tu,dah makan nasik ke belum.Risau jugak.

Setelah mata bulat menonton bangunan Maybank yang tinggi tu,dan beberapa bangunan lain,kami tiba di Sungei Wang.Akak aku pimpin tangan aku masuk ke dalam Sungei Wang.Orang bukan main ramai.Bilangan dia aku rasa lagi ramai berbanding orang yang datang solat jumaat kat masjid kampung aku masa tu.Sekadar perbandingan.

Elok masuk ja ke dalam,aku dah mula jadi kompius.Dalam kepala aku dah bermain macam-macam soalan.Semua soalan datang serentak.Aku mula jadi rimas.Masa berjalan dalam Sungei Wang,mata aku melilau-lilau tengok sana-sini.Akhirnya aku tak tahan.Aku kena tanya jugak akak aku.Mana boleh pendam-pendam.Setelah menyusun perkataan sehabis indah,aku pun bertanya.

"Kak Nani.......mana sungainya?" soal aku sambil mata melilau mencari sebatang anak sungai yang mungkin terselit dalam kompleks beli-belah tersebut.Berfantasi jugak aku masa tu dengan menafsirkan Sungei Wang dengan gambaran sebatang sungai yang dipenuhi dengan wang.












Alololololololo........comelnya.....

Monday, April 19, 2010

Hari Ni Takda Mood

Sekali-sekala takda mood,rilek lah kan? hahaha....

PS 8

Aku memandu dengan tenang.Simpang masuk ke rumah tak jauh dah.Dah sampai simpang,aku korner slow-slow.Sampai depan rumah,parking penuh pulak.Aku nampak depan sana ada satu port kosong.Tepi rumput.

Aku pandu perlahan-lahan dan masuk tempat parking tadi dengan penuh bergaya.Aku tekan brek,tarik hand-brake dulu sebab kawasan tu berbukit sikit,free gear,tutup air-cond,tutup radio dan terus tutup enjin.

"Eiii..benci..benci...benci...benci.....Jamil...I hate you!!" jerit PS tiba-tiba.Aku terkejut.

"Kenapa?" soalku penuh tanda tanya.Badan dah la penat balik kerja.Lapar pulak tu.Kena pulak melayan kerenah gedik PS.

"You tindih taik kucing.Eiiiiiii...benci benci benci....cepat hantar I pergi car wash.Sekarang!" bebel PS.

Aku buka pintu,ambil laptop,ambil nasi yang aku beli bungkus tadi,keluar dan tutup pintu.Aku pandang ke arah tayar PS.Ya,ada sikit taik kucing yang melekat.Aku tengok jam,dah lewat malam.Aku pandang ke arah PS,aku aktifkan alarm kereta dan blah masuk rumah.Malas melayan.














"Jamilllll....I benci youuu..." sayu-sayu kedengaran suara PS sambil aku menggigit nasi di depan tv.

ZZZZZZZZZZZZZZ



-Dududuuuu..-

Sunday, April 18, 2010

Achik Spin Meninggal?

Baru tadi godek2 internet.Banyak versi aku baca.Allahyarham kemalangan dalam pukul 6 lebih petang tadi.Masa nak balik ke rumah dari RTM.Siap ada gambar lagi kat SINI.

Semakin ramai orang pergi.Aku pun tunggu masa gak ni.Tak tau bila.

Apapun,takziah kepada keluarganya.

Al-fatihah.





Bola-bola api dah pergi.

Friday, April 16, 2010

Hero Dunia.



-Klik butang play tu..tgk diam-diam...jgn bising-bising.-

Karim dan Stesen Minyak Kesayangannya.

Karim menekan-nekan skrin sesentuh.Matanya begitu fokus kepada kerjanya.Malam-malam macam tu memang sunyi.Kat luar sana ada 2 orang bangla yang menjaga pam minyak.Suasana di stesen minyak sunyi seperti malam-malam sebelumnya.Kadang-kadang ada beberapa buah kenderaan datang mengisi minyak.Karim meneruskan tugasnya seperti biasa sambil mendengar radio.Malam tersebut sangat tenang.

Tiba-tiba Karim mendengar satu bunyi yang sangat dia kenali.

"Demmit...dia ni datang lagi.Brapa kali aku nak sound dia ni.Bebal." bebel Karim sendirian.

Tanpa membuang masa,Karim memberikan isyarat kepada pekerja bangla yang berada di luar pam.Mereka faham.2 hari lepas,mereka terpaksa menghalang brader sorang ni dari masuk isi minyak.Nasib mereka baik sebab brader ni faham bahasa dan blah dari situ tanpa banyak soal.Namun malam ni dia datang balik.

Kelihatan pekerja bangla tadi cuba menghalang di laluan masuk ke stesen minyak,tapi brader tadi degil jugak nak masuk isi minyak.Karim tak boleh berdiam diri.Sebagai pengurus stesen minyak,dia kena bertanggungjawab.Karim lantas bergegas menuju ke arah mereka.

"Mintak tolong encik,encik tak boleh masuk ke kawasan ni." ujar Karim dengan lembut.Penuh sopan sebaik tiba.Pekerja bangla yang ada bersama hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja.

"Ala,boleh la...minyak nak habis dah ni.Aku tak nak tolak motor ni nanti.Penat aku.Tolong la." rayu brader tu lagi.Tak nak kalah.
"Tak boleh,encik dan motor encik ni dilarang masuk.Saya tak bagi." tegas Karim.

"Apa salah saya encik.Saya nak isi minyak je.Ada hal kecemasan ni ha.Urgent." rayu brader tadi atas motor.
"Urgent pun agak-agak la.Bawak-bawak la sedar diri.Ko tu Ghost Rider.Badan berapi-rapi.Motor berapi-rapi.Ko nak stesen minyak aku meletup masa ko isi minyak?Dah tahu tangki motor tu kecik,sedia la minyak spare siang tadi sebelum ko bertukar jadi menda api-api ni.Kalau payah sangat,pakai ja skuter,jimat minyak.Efek tak nak kalah...api sana sini,maunya minyak tak cepat habis." bebel Karim sambil membakar hujung rokok dengan api yang sedang menyala-nyala kat lutut brader Ghost Rider tadi .

"Tak nak." balas brader Ghost Rider tadi.Degil.Tak nak kalah.
















"Simbah kang!!" ugut Karim sambil memegang baldi cuci cermin kereta yang dipenuhi oleh air yang dibawa oleh bangla tadi.

Ghost Rider pecut laju-laju meninggalkan mereka berdua.

Antara Halim,Sarip dan mangsa mereka...

Mata Halim memerhatikan tajam ke arah mangsa.Sarip yang membonceng di belakang pun melakukan perkara yang sama.

Sasaran mereka pada malam itu adalah seorang makcik yang sedang berjalan penuh leka di tepi jalan.Di tangannya ada beg tangan.Mangsa mereka pada malam itu nampak begitu leka sekali.Bagi Halim dan Sarip,itu adalah mangsa mudah bagi mereka.

Motor mereka bergerak perlahan-lahan.Bila sampai kat tepi makcik yang sedang berjalan tadi,Sarip yang membonceng di belakang terus meragut beg tangan makcik tadi.Setelah berjaya meragut,Halim memecutkan motornya laju-laju.Jelas kedengaran suara makcik tadi menjerit-jerit minta tolong.



********


Halim menuju ke arah sebuah rumah kosong.Di sana ada beberapa orang rakannya yang sedang melepak.Rakan-rakannya juga peragut.Bila sampai di sana,Halim dapati rakan-rakannya sedang berpesta.Meriah betul nampaknya.Mesti banyak barang mahal diorang ragut hari ni.

Halim tak sabar lagi.Sarip kat belakang memegang kemas beg tangan yang diragut sebentar tadi.Enjin motor dimatikan.Mereka berdua turun dengan bangga.

"Beb..tgk ni..sikit punya besarrrrr beg ni ha...ni baru peragut namanya!" jerit Sarip kepada rakan-rakannya yang lain.

"Ha...cepat la bukak.Kenduri sakan la kita arini.Ntah-ntah ada duit ribu-ribu.Nampak gaya macam datin-datin." balas Halim setelah tanggal helmetnya.

Sarip mula buka kunci beg tangan tadi.Hatinya berdebar-debar.

Beg tangan dibuka.Rakan-rakan Sarip dah Halim berkumpul melihat hasil ragut yang dibanggakan oleh Sarip dan Halim tadi.Mata mereka semua terbeliak.Yang paling terkejut sekali mestilah Halim dan Sarip.

"Bang..kiblat arah sana bang...hangpa berdua berjamaah la noo..lagi afdhal.." ujar Hanapi kepada Sarip dan Halim sambil tahan gelak.



*******



"Eiiiii...bencinya akuuu....aku baru aja beli telekung tu semalammm Yah oii...dalam beg tu bukan ada apa pun,kain telekung aku jaaa....dah kena ragut.Baru ja pakai kat surau tadi...bencinyaaa....bencinyaaaa....." bebel Mak Som sambil menghentak-hentakkan kaki.Beliau ditenteramkan oleh rakan-rakannya yang baru balik dari surau berjamaah.

Thursday, April 15, 2010

Kolam Renang

Semalam,ketika sedang terkial-kial melakukan teknik renangan yang betul,aku lepak sekejap tepi kolam.Selama ni berenang main taram,ni dah tua-tua baru nak belajar berenang dengan betul.Tarik nafas masa berenang pun dah macam ikan paus.

Bak kata tok guru renang aku,si Kadri, 'better late than never'.Kata-kata tu juga sesuai untuk pergi haji aku rasa.

Berbalik kepada situasi tadi,setelah penat berkayuh ke sana sini,aku berenti rehat tapi kolam.Sambil rehat-rehat manja,aku teruskan kayuh-kayuh kaki.Bagi santai sikit.Kat sebelah aku ada 2 orang gadis-gadis juga sedang berehat.Betul,bukan aku sengaja pegi kat diorang.Sedar-sedar dah ada kat sebelah.

Sambil kayuh-kayuh kaki,tiba-tiba aku ada orang panggil nama aku.

"Jamil.....Jamil..."

Aku buat-buat tak peduli.Manada orang kenal aku kat kolam tu selain membe aku yang berenang sekali.Mungkin nama sama secara kebetulan.Lagipun,aku manada membe-membe yang pakai bikini time renang.Aku terus menyelam,hembus nafas,menyelam,hembus nafas di tepi kolam.Kata Kadri lagi,itu juga satu bentuk senaman.Oh ya,Kadri juga boleh mengajar berenang melalui sms.Kalau tak percaya,boleh tanya Macho Man.

"Jamil....Jamilll....."

Panggilan berbunyi lagi.Jelas datang dari 2 orang awek tadi.Aku pandang ke arah mereka berdua.Mereka pandang ke arah aku.

"Awak Jamil eh?" Demmit.Sapa pulak yang kenal aku kat sini.
"Awak Jamil dari Sekolah Menengah Remaja-Remaja Genius kan?" soal salah seorang dari gadis tersebut.Muka macam nak kenal.Aku hanya anggukkan kepala sambil cuba mengenal sapa budak depan aku ni.

"Ko sapa eh?" aku bertanya.
"Ala..aku xxxxxx...budak kelas xx.." balas gadis tersebut.

Masa tu aku teringat terus siapa dia.Rupa-rupanya budak KELAS NI.Budak kelas sebelah aku masa form3 rupanya.Setelah sembang lebih kurang dan bertukar no phone serta ucapkan selamat pengantin baru kat dia,kami pun amik haluan masing-masing.











Renang pakai bikini best tak?

Benda-Benda Sedap 6



Benda-benda sedap macam ni kena kongsi orang kata.

Sejak aku 'follow' band ni dari 2004,aku rasa,ni lah antara band yang tak pernah kecewakan aku dengan setiap lagu yang dihasilkan oleh mereka.Macam videoklip kat atas ni,opening dan skill gitarnya sangat berhantu.Bagi aku lah.Bagi aku juga,band ni adalah satu-satunya band yang boleh main lagu diorang lagi sedap secara live berbanding lagu yang dibuat secara rakaman.Muzik yang dihasilkan secara live oleh band ni,bagi aku,lebih 'kick' dan 'intense'.Tu dia..sampai terkeluar term-term mat salih.Punya la sedap.

Masa dia start yime tu,masuk pulak dengan solo gitar dia masa minit 1.17...humang aii...terbaik.

Bagi yang tak minat Muse tu...entry ni tak sesuai dengan anda.sekian. =)

Pelawat Ke 100,000

Kira-kira genap setahun lepas,aku pernah bagi hadiah kepada pelawat aku yang ke 10,000.Tadi aku perasan,bilangan pelawat aku dah masuk 80k.

Jadi,aku nak cakap.Kalau satu hari nanti,bila korang buka blog ni,tetiba kat counter bawah tu paparkan nilai 100,000, jgn segan-segan tekan print screen.Dah tu,email gambar tu kat aku di alamat surat menyurat elektronik - hapacrita@yahoo.com.

HANYA 3 EMAIL pertama yang sampai kat aku akan dapat hadiah. =) Hadiahnya semestinya menarik.

Oh ya,jgn risau,lambat lagi kot nak sampai 100,000.Ni bukan blog glemer.Amik masa sikit.Diharap bersabar kepada yang berminat tu.

Ta ta..

Wednesday, April 14, 2010

Hamid dan Balai Polisnya

Hamid bertugas seperti biasa.Tugasnya sebagai anggota polis kadang-kadang membuatkannya bersemangat.Semangatnya bertambah bila menonton power rangers di tv di kala bosan.Tugas power rangers mirip betul kepada tugasnya yang menjaga keamanan.

Tengah sedap bermain-main dengan angin kipas meja yang menderu-deru,Hamid dikejutkan dengan pemandangan seorang brader sedang berlari-lari anak ke arah balainya.Hamid bersedia.Nampaknya ada orang di dalam kesusahan.

"Encik,saya nak buat laporan." ujar pemuda yang berlari-lari anak tadi setelah tiba di kaunter.
"Laporan apa encik?" balas Hamid dengan penuh berhemah.Sambil memberikan senyuman.

"Wallet saya kena ragut.Semua kad saya dan duit hilang." balas pemuda tadi tercungap-cungap.Beliau cuba menarik nafas.Penat betul beliau berlari.
"Kat mana kena ragut tu?" tanya Hamid sambil menyediakan borang laporan.

"Kat air terjun sana tu.Tak terlawan saya.Cepat betul tangan dia curi dari poket saya."balas pemuda tu lagi.Tangannya mengelap peluh yang menitis.

Berdasarkan keterangan brader tadi,Hamid mula mencatatkan laporan pada borang.Hamid tak dengar sangat apa brader tadi cakap.Selalunya semua kes ragut ni sama saja.Dah banyak kes dia ambil.Selepas memberi laporan,brader tadi kelihatan sangat penat.Dia terus terbaring di atas kusyen di dalam balai.

Kesian betul Hamid lihat brader tersebut.Mesti penat sangat berlari tadi.Selalu sangat kes-kes ragut dan rompak ni berlaku.Hamid betul-betul panas.Balai polis dekat pun jenayah masih menjadi-jadi.Ini tak boleh jadi.Hamid perlu lakukan sesuatu.Jika pantas,mungkin Hamid boleh mengejar peragut tadi.Semangat power rangers mula membara di dalam diri Hamid.

"Oi...cepat sikit makan.Aku nak keluar ni,balai kosong.Ganti aku kat balai.Ada hal kecemasan." jerit Hamid di telepon kepada rakan setugas yang sedang makan di gerai berhampiran.

"Encik jangan risau,mari kita pergi sekarang.Mana tahu kalau kita sempat kejar peragut tu." ujar Hamid sambil mengambil pistolnya.Muka Hamid betul-betul bersemangat.

"Kalau jumpa,dia tak boleh lari,saya tembak kaki dia." tambah Hamid lagi sambil buat gaya angkat pistol macam James Bond dalam tv.Kaki ke depan sikit,muka garang-garang.

"Nak kejar apanya.Encik tak dengar ke saya cakap tadi.Yang amik wallet saya tu monyet-monyet liar kat air terjun tadi ha.Banyak pulak tu.Muka semua dekat-dekat nak sama.Mana kenal monyet mana yang ambik.Lagipun menatang tu semua dah bawak lari masuk hutan wallet saya tu.Boleh buasir kalau nak kejar menatang tu encik." ujar brader tadi panjang lebar sambil terus tidur di atas kusyen tanpa rasa bersalah.












Hamid kekal dengan posisi gaya James Bond tadi tanpa bergerak.

Nak Tanya Saya Soalan? =)

Ok..tadi masa aku jalan2 kat blog ni,aku berkenan dengan formspring.Jadi,kalau ada apa-apa soalan tentang aku,sila lah tanya aku.Yang mana aku boleh jawab,aku jawab.Hangpa semua boleh klik ja KAT SINI. =)


UPDATE: Banyak pulak soalan yang datang.Kalau boleh..sertakan nama korang sekali.Tak payah bimbang...seronok-seronok saja. Thanx utk yang bertanya.Hilang bosan sekejap.Jangan tanya yang bukan-bukan.Aku siku pinggang kiri hangpa laju-laju karang.



*Nanti kalau bosan...aku buang lah.hahaha...