Bantal adik perempuan aku.Aku geleng-geleng kepala.Fesbuk di mana-mana.
Mencari rebung bersama emak.Rebung ada banyak jenis.Jenis dalam gambar ni,kat kampung aku,dipanggil rebung sungai.Sebab dekat dengan sungai.Hahaha.Tips cari rebung ni mudah.Lagi dalam letaknya di dalam tanah,dan lagi jauh dari 'perdu' buluh,lagi manis rasanya.So,pandai-pandailah nak cari.Kalau beli kat pasar,jangan komplen sangat harganya mahal bla bla bla....Ingat senang? Dengan nak menggalinya,nyamuknya,pacatnya.Heh,dah rasa macam tenggiling dah masa gali rebung ni.
Tiga jenis kulat@cendawan yang aku jumpa.Banyak dan comel-comel.
Leher aku dijerut dengan pokok ni.Nasib baik aku berjaya lepaskan diri.Kalau tak,tak tahu lah apa nak jadi.Amacam? Dramatik tak? Hahaha.
Ini adalah pokok 'kelempung'.Cara memakannya ada banyak.Samada dimasak gulai,goreng sambal,masak lemak,atau dibuat 'jak'.Jak ni kategorinya sama macam rojak.Cara buatnya,masukkan belacan,garam,cili dan gula bersama buah kelempung ke dalam lesung batu.Tumbuk hingga sebati,dan terus dimakan begitu sahaja.Kenapa namanya kelempung? Mungkin disebabkannya ianya boleh terapung di dalam air.Ini untuk membezakannya dengan buah yang boleh tenggelam di dalam air.Buah yang tenggelam di dalam air,banyak didapati di dalam kolam renang.Kah kah kah. Untuk yang lambat pikap,sila bersabar sehingga anda faham.
Hasil setelah hampir sejam menggali macam tenggiling.Dapat 2 plastik besar.Dalam 10 kilo jugak la beratnya aku memikul dari sungai sampai ke rumah.
Keadaan rebung setelah dibogelkan oleh Jamil dengan rakus di tepi sungai.Putih gebu kan? Ha,bila dah gebu macam ni,baru la boleh dipotong,direbus dan dibungkus untuk dibawa kepada adik-beradik di KL.Ha,yang hijau tu,buah kelempung.Bunga kuning tu,dulu-dulu,masa kecil,kalau sakit gigi,letak je bunga tu kat tempat yang sakit.Secara automatik,sakit gigi akan hilang.Boleh tahan dia punya ajaib.
7 comments:
buah kelempung tu kalau kat kelantan panggil buah ara..............glamor masa kenduri kawin....masak gulai campur ngan daging...kalau yg muda plak buat ulam makan ngan budu....
buah ara... hu syok ooo.. maen cicah2! hehehe
Oooo.. Buah kelempung.. NO wonder ade kuih KOLOPUNG kat kampung aku..
wahh..macam national geografi la plak
anon: hoh,kat sana panggil buah ara nooo....heh,rebus buat cicah budu,memang awesome!
black: cicah cheese?=p
fahmi: no wonder ada nama tempat "kolompo" kat negara aku.Takda kaitan.haha
arek: jeng jeng jeng jengg jeng..jeng jeng jeng jeng jeng jeng jenggggg.....bunyi muzik national geograpic.haha
hehehe...btul..buah ara..
aku dah pening dh..buah mende la buah kelempung...setahu aku...buah yang wat gulai+dok kat tepi sungai+buah boleh terapung=buah ara..huhuhu...
lain negeri,lain panggilan la...ye dak...
p/s:jamil..ko pernah dengar buah katak puru?
Pernah. Ada di rumah aku. Selalu gak aku makan. Haha
Post a Comment