Muka Leman berpeluh-peluh walaupun embun dingin pagi menderu-deru di mukanya.Namun,riak muka dan dengupan jantungnya masih dikira tenang.
Kenderaan yang dinaikinya menuju laju ke suatu destinasi.Perancangan licik yang beliau lakukan bersama 2 orang lagi rakannya sejak dari minggu lepas,mestilah dilaksanakan dengan jayanya.Hasil kajian mereka,pada hari tersebut,hasil dalam mesin ATM adalah paling maksimum.Duit baru diisi lah katakan.Kalau tak berjaya,banyak jugak kos pelaburan yang akan lebur.Kos paling banyak adalah kos membeli teh tarik dan cucur udang ketika mesyuarat mereka berlangsung sebanyak 5 kali.Semuanya duit poket Leman.
Akhirnya,mereka tiba di destinasi. Kenderaan pacuan 4 roda berhenti dengan mengejut.Leman melompat keluar.Setelah mendarat dengan tak berapa cantik,Leman dengan pantas mengumpil pintu kaca di hadapannya.Setelah pintu terbuka,tanpa membuang masa,Leman Kasturi terus mengikat mesin ATM di hadapannya dengan menggunakan rantai yang diikat pada kenderaan pacuan 4 roda yang dinaikinya sebentar tadi.
Setelah berpuas hati,dengan kepala dilitupi dengan kain untuk melindungi muka dari CCTV bank,Leman Kasturi berlari semula ke dalam kenderaan pacuan 4 roda tadi.Tanpa membuang masa,dengan mudah,mesin ATM tadi ditarik keluar.Ketiga-tiga mereka bersusah payah mengangkat mesin ATM tadi ke atas kenderaan pacuan empat roda tadi.Dah selesai angkat,mereka menutupnya dengan kain penutup.
Selesai.
Mereka berlalu pergi dengan pantas sambil diiringi dengan bunyi penggera kecemasan bank yang berbunyi merdu.Setelah beberapa lama memandu di kawasan jalan lama,mereka akhirnya tiba di 'port' selamat mereka.
Muka masing-masing penuh girang.
"Pakai sarung tangan,klorok ada dalam kereta,bawa turun sekali.Nanti boleh cuci kesan cap jari kat mesin ATM ni." arah Leman Kasturi kepada rakan-rakan dengan penuh intelek,hasil dari menonton rancangan CSI di kaca TV.Leman Kasturi dah pegang mesin pemotong.Mukanya berseri-seri membayangkan kekayaan yang bakal dinikmatinya sebentar lagi.
"Eh,kertas pink apajadah ni?" soal Leman Kasturi ketika hendak memotong mesin ATM tersebut.
"Betul encik polis,I print comel-comel 'Harap maaf,mesin ini sedang dalam penyelenggaraan' tawww.Mesin tu buat hal,pihak bank nak masukkan duit dalam mesin tu pun tak boleh petang tadi.Terpaksa kensel.I pun hairan taww kenapa perompak tu tak perasan.Bodoh karrnnn? I print besar-besar taww notis tu.Kertas warna pink lagi youuu.Eiiii....tak faham betul I.I dah ada dua masalah besar hari ni.Apa la I nak menjawab nanti dengan pihak atasan.Gewwwamnnyeeeewwww...." bebel Mokhtar Kamaruddin,seorang pengurus bank cawangan dengan penuh getis di hadapan pihak polis setelah tiba di tempat kejadian.
"Boleh tahan bodoh jugak perompak ni buat kerja." balas anggota polis tadi bersahaja.
Nun jauh di sana,Leman Kasturi tersedak sampai keluar air mata.
0 comments:
Post a Comment