Tuesday, May 15, 2012

Dialog Suami Isteri - 26

"Muah! Muah! Muah! Mmmmuahhhhhhh!!!...." bunyi si isteri sambil memuncungkan bibirnya ke arah si suami.

Si suami yang sedang leka membaca majalah di atas sofa,tiba-tiba terkejut.

"Kenapa ni?" soal si suami dengan tenang.
"Nak cium abang lah." balas si isteri sambil tersengih-sengih.

"Kenapa tiba-tiba?" si suami menyoal lagi.Mukanya tenang menantikan jawapan.
"Takde la,semalam ayang beli lipglos baru.Perisa guava tau.Abang kan suka jambu.Hik hik hik..." balas si isteri dengan manja.Ada unsur-unsur menggoda dan mahu menggatal di situ.

"Ok lah,kalau nak cium abang,cepat pejam mata,dan cari bibir abang.Baru lah romantik." ringkas arahan dari suami.Si isteri yang sedang menggedik,tidak membuang masa.Dipejamnya mata,dan mulutnya mencari-cari mulut si suami.

Setelah beberapa ketika mencari,akhirnya bibir mereka bertaut.Namun tidak lama.Si isteri cepat-cepat membuka mata dan menjauhkan diri dari si suami.

Terkejut.

"Not bad..memang rasa jambu.Sedap jugak.Nasib baik sempat ambil dan letak kuah rojak dengan serbuk asam boi tadi kat bibir abang.Memang ngam." balas si suami sambil sambung baca majalah dan menjilat-jilat bibir sendiri.

Lazat.






Si isteri menggelupur histeria.

4 comments:

Anonymous said...

ada ke lipglos perisa guava?

Anie said...

kuang ajor siap letak pencicah hahahahahaha!

Unknown said...

Guava? Err! rasa lain ada x? hahaha

Nerzhul said...

memang peminat jambu tegar hahaha