Tuesday, November 8, 2011

Taare Zameen Par


Aku tak suka filem hindustan.Namun,hanya ada 3 filem yang aku boleh terima sepanjang aku hidup 27 tahun ni.

Pertama:Mohabbatein.(Jangan gelak,lagu utama dia terngiang-ngiang dalam kepala aku.Hantu!)
Kedua: 3 Idiots.(Mesej yang sangat kuat.Brotherhood yang sangat kuat.)
Ketiga: Taare Zameen Par (Baru masuk carta.Lakonan yang hidup.)

Filem yang ke-tiga tu,aku baru tengok wiken lepas.Sebab ada Amir Khan.Bukan apa,aku dapat rasa,filem mamat ni memang ada kualiti.Jenis filem yang tak ada aksi nyanyi guling-guling huru-hara(walaupun ada,masih relevan),hero misai ular sawa dan semestinya ceritanya bermesej.

Untuk filem ni,aku tabik kepada lakonan budak dalam gambar tu.Wataknya nama Ishaan.Seorang budak yang mengalami penyakit dyslexia.Dalam filem ni,ia menceritakan bagaimana Ishaan berusaha untuk menguasai hidup walaupun dia tidak seperti budak-budak normal yang lain.Konflik yang dimainkan,relevan. Aku suka.Pace cerita pun,sedap.Takda meleret sangat.

Malas nak cakap banyak,yang ada Unifi,pergi download cepat.

Sedap bukan main cerita ni.

Sedap dia,macam makan tembikai sejuk di bawah terik mentari.








Babai.


7 comments:

atiqahidrus said...

btul cerita tu best. ada dekat tv3 haritu kan. heh

-HanaMichi- said...

gua dah nengok 2 kali..dulu siarkan kat tv2.
mmg best sbb muka budak tu selenga habis..

gua suke sbb xde scene pompuan gelek2 tukar baju 5 kali sekelip mata dan penari latar sgt sync.

Unknown said...

cerita no 2 dan 3 tu mmg terbaik...lkonan amir khan mmg best...


aku rasa cite ni patut ditonton oleh suma guru dan ibu bapa....jgn nilai anak base pada no ujian je...

Anonymous said...

tgk sejam terakhir je,tapi nangis menjejeh-jejeh

riff rahim said...

try ah tengok paa plak. try je. try taw. hikhikhik

sha83@kaizer said...

saya tak seterer taip komen sampai lompat lompat, jadi saya nak duduk je ats kerusi ..

betul la ...
tapi yg ke3 tu mmg tiptop menggila...

Kensi Ell Byle said...

best kot cite ni. motivasi utk cikgu-cikgi. mcm aku jugak. keh3