Mata mengadap tajam ke skrin komputer.Mengadap skrin gelap Putty ni,bukannya seronok macam mengadap youtube.Jari jemari aku pula,lincah menari-nari di atas badan seorang gadis yang sedang berbaring di depan aku.Ehem.
Pembetulan.
Jari jemari aku pula,lincah menari-nari di atas papan kekunci.Kod-kod aturcara pula,sebaris demi sebaris dicipta dengan penuh kasih sayang dan penuh perhatian.
"Trut...trutt....." bunyi sms masuk.
Aku buka sms tadi.Baca dengan pantas.
"Bila tarikh kita nikah ye?" bini aku sms.
Ooo...nak tarikh nikah ye? Ada spot chek lah pulak pagi-pagi ni.Macam ujian mengejut dalam kelas zaman belajar-belajar dulu.Hahaha..Aku terus taip tarikh nikah.Tak cukup dengan tarikh nikah,aku sertakan sekali tarikh kenduri rumah bini aku,dan,tarikh kenduri di rumah aku sekali.Maklumat lengkap.Dah puas hati,aku hantar sms tadi semula.
Selesai hantar,aku fokus semula ke skrin komputer.Sambung kerja.Seperti tadi,baris demi baris kod aturcara,aku taip dengan penuh kasih sayang.
"Trutt...truttt...." bunyi sms masuk lagi.Sms dari bini aku.Nak ucap terima kasih lah tu.
Aku buka sms tadi dan terus baca.
Ketiga-tiga tarikh yang aku bagi tadi,semuanya salah.
9 comments:
kondifen je bg tarikh..haha..skali salah daa..
kau.. kau simpan tarikh sapa kawen ni??? -_-"
normal laaah..lelaki xingt tarikh2 penting ni!haha
tu tarikh kawen kau dgn sape tu.. hahahah
hohoho,mcm mn boleh konfident sdgkan sumenya slah?
da hagak da
soklan aku...
tu tarikh ko kawen dgn istri no brape?
dan...,
yg tanye tu istri no. brape?
kan aku dah kate.., ko ni dyslexia..
lelaki tak pernah ingat tarikh pnting.itu mmg konfem,mana2 lelaki pun.
sbb tu langkah selamat,pilih tarikh best.itu pun kalau lah lelaki tu boleh ingt.haha
pjah: menjawabbbb...=)
marina: bini kedua rasanya.hahaha
ika; sebab tu ada perempuan. =)
aida: aku kawin banyak sangat ke? haha
kuyam: itu yang musykil tu.haha
sgm: wah wah...dah agak ye?
ain: hang nak kena tibai?
gh:haha...macam tu lah pulak ye? berhasil tak? =p
Post a Comment