Tahun: 2005
Lokasi: Stesen Petronas Muzaffar Shah,Melaka.
Kawasan perumahan yang aku duduki,berada di atas bukit.Namanya,Taman Muzaffar Shah.Jiran terdekat Taman Muzaffar Shah adalah kilang megi.Hari-hari boleh bau megi kalau kena gaya.Jadi,disebabkan taman ni berada di atas bukit,bila nak makan,isi minyak atau pergi ke kelas,aku akan menuruni bukit,dan menuju ke arah jalan besar.Jika tak dapat bayang sangat,bayangkan sahaja bagaimana jejaka-jejaka kacak turun dari kayangan.Begitulah hendaknya perbandingan yang paling mirip.
Jadi,pada satu pagi,kira-kira jam 4 pagi,aku dan rakan-rakan turun dari tempat kami beradu.Kami turun dengan beberapa buah motor.Cadangnya nak pegi makan kalau tak silap aku.Sebab masa tu perut memang lapar.
Jadi,rakan-rakan yang lain menuju terus ke kedai makan.Aku pula,menuju ke 7-E yang berdekatan untuk membeli barang yang aku sendiri dah lupa.Ok.Aku bayangkan,aku membeli air jus apple.Aci tak? Ah,kira aci lah.Takkan nak beli kondom kot,aku masih teruna.
Jadi,selepas keluar dari 7-E,aku terus menuju ke stesen petronas 24 jam tersebut.Cadangnya,nak isi minyak RM2.Aku tunggang motor aku perlahan-lahan ke stesen minyak tersebut.
Elok sampai,aku parking cantik punya motor kat sebelah pam.Elok aku turun dari motor,aku tergamam.
Ada 4 orang polis sedang lepak dekat kaunter.Kiranya,pada masa tu,ada lapan biji mata sedang ushar aku dengan rakus.Aku menggelabah.Mau tak menggelabah,helmet aku tak pakai.Ingatkan jam 4 pagi ni,polis sibuk qiammullail.
Nak lari,kompom kena kejar.Nak pecut motor,minyak tak ramai sangat dalam tangki.Jadi,pada masa tu,mula terbayang akaun dalam bank,ada beberapa ratus ja kalau nak bayar saman.
"Datang sini!" laung polis tadi kepada aku.
Aku berjalan dengan penuh tabah.Jahanam betul.Muka sorang-sorang macam nak terajang aku.Cuak tu ada jugak,diorang 4 orang.Siap ada pistol di pinggang.Nak lawan,memang tak menang lah.
"Apahal tak pakai helmet?" soal sorang polis tadi.Sorang lagi pulak,nampak macam dah bersedia pegang buku saman.
"Tadi,saya berhenti depan 7-E tu.Lepas beli barang,tengok-tengok helmet dah hilang.Nak buat macam mana bang." skrip penuh jujur aku tutur kepada polis tadi.Ok.Aku mengaku,aku cuma jujur bahagian keluar 7-E sahaja.Bab helmet kena curi tu,aku tambah habis.
Suasana sepi.Abang polis trafik pandang aku tajam-tajam.
"Tak apa lah.Hati-hati ya lain kali.Elok-elok bawa motor tu.Jangan bagi hilang helmet lagi ya." lembut suara abang polis tadi bagi nasihat.
Korang pernah tipu empat orang polis sekaligus?
Aku pernah.
8 comments:
mesti wat muke sedih ni...sbb tu polis tu percaye..huhuhu..
jamil..jamil...
idea yg boleh dipinjampakai.
ideajahat oleg seseorang yg belum tbukti hensem..haha
fak..bg idea untuk menipu..naisss
hahaha..alasan terbaik..selamat duit dalam atm tu..
bijak..bijak...
terbaekk punya alasan!!
naiba: bukan muka sedih.Muka ikhlas.haha
marina: selamat mencuba.dosa nipu jangan share.haha
ubi: haha..cakap orang hensem selalunya orang lain mudah percaya.Dah terbukti aku hensem.kakaka
aminah: jangan dok tipu pesakit nanti naaaaa.....haha...
pjah: duit nak guna beli nasik tuuu..haha
fnd: susah susah ajaa..=p
sgm: sila kagum dengan sepenuh hati. =p
Post a Comment