Monday, June 13, 2011

Review Filem KL Gangster

Semalam,di KLCC,aku dengan unicorn dan dihar KB,pergi menonton filem KL Gangster.Seat aku paling belakang sekali.Kiranya bebas dari tendangan atau goyangan kaki penonton wayang yang tidak bertamadun.

Filem dimulakan dengan baik.Watak diperkenalkan dengan baik juga.Zizan memang bijak pegang watak 'penceria' dalam filem.Namun begitu,wataknya tidak wujud dengan bodoh sahaja.Banyak ayat-ayat menggelikan hati keluar dari mulut beliau.'Chicken(dalam young and dangerous)' versi Malaysia mungkin.

Satu yang aku tabik.Aksi langsi dan aksi pergaduhan.Memang dah naik tarafnya berbanding filem melayu lain.Senang cerita,sedap tengok diorang bergaduh.Tak ada nampak lagi aksi 'menunggu untuk memukul'.Sebaliknya,perlawanan nampak lancar.Ini aku suka.Tak macam filem kongsi(antara filem paling menyesal yang pernah aku tonton),filem ni,baru betul-betul lu langsi lu mati punya.Takda tunjal-tunjal kepala dah.Dalam filem ni juga,aksi pergaduhan juga banyak melibatkan kaki.Mungkin tukang ajar lawan dalam filem ni suka lawan guna kaki.Teringat sorang watak jahat dalam cerita Jackie Chan dalm cerita Drunken Master,yang lawan guna kaki tu.Harap tukang ajar lawan dalam cerita KL Gangster ni,bukan foot fetish.Cerita lain.

Satu yang aku perasan dalam filem ni,banyak betul rokok yang tidak dinyalakan terbuang begitu sahaja.Gigit rokok,gaduh.Lepas gaduh,gigit rokok baru semula.Adiputra banyak buat menda ni.Yang tak tahan,ada sorang mamat belakang dia,nak jugak gigit rokok.Fanni sangat tawwwwwwww....

Filem ni,takda masa nak rehat sangat.Gaduh je manjang.Aksi yang tak kena sikit,mungkin aksi kat kedai makan.Pelanggan tu,patut marah slow-slow dulu,pastu baru jadi hangin gila.Tak perlu nak terus tampar brader bancuh air tu.Di situ,nampak sikit 'kegopohan'.Tadahal babak tu,Zizan berjaya alih tumpuan dengan cemerlang dalam babak tu.Dialog 'breakfast' dia memang terbaik.Hahaha..

Untuk pelakon,semua yang ada dalam poster tu,aku tabik.Depa dah bagi yang terbaik.Adiputra dengan gaya tersendiri.Adam Corrie Lee Abdullah yang berlakon jadi gangster pun ok.Shamsul yang ramai kata kayu bila berlakon pun,berjaya dengan gaya poyo terbaik beliau,kira ok lah.Zizan kelakar tak sudah.Sofi jikan yang versatil (aku dapat rasa feel 'brotherhood' yang kuat dari dia) dan Aaron Aziz yang bila tengok macam jambu tapi boleh tahan jugak langsi dia bila dapat main dengan batang besi.Main dengan batang besi di sini,bermaksud Aaron Aziz pukul orang dengan batang besi.Jangan bayangkan Aaron Aziz yang sasa menari dengan ghairah di batang besi a.k.a poledance.Itu adalah sangat mengerikan.

Antara dialog dalam filem yang paling aku ingat sampai sekarang,kira lebih kurang macam ni la bunyinya.Tak tepat sangat:

*****************************************
"Shark...Malek dah langgar kawasan kita."
"Di mana?"

"Pasar borong selangor."
*****************************************

Lepas dia kata pasar borong selangor,terus aku berdekah.Siot betul.Pasar borong? Ya.aku tahu,samseng ni kutip duit di mana-mana.Tapi,masih kelakar.Tapi samseng gemuk kat pasar borong tu memang menjadi jugak dia punya langsi.Sakit hati jugak tengok dia dengan parang dia.Haha.

Ok ok.Dalam filem ni,aku puas hati.Senang cerita,kalau nak ajak masuk tengok wayang sekali lagi pun tadahal.Tindakan bijak pengarah tidak mematikan mana-mana watak(kecuali watak jahat,tapi boleh je cakap sempat diselamatkan sebab hantar ke spital..lol).Aku sangat yakin filem ini boleh jadi francais seperti Fast & Furious berdasarkan kualiti yang ada pada filem pertama.Standard yang diletakkan adalah tinggi selepas ini.

Lepas ni,mungkin KL Gengster 2 akan keluar.Harap Sam dalam filem Kongsi,tak masuk jadi watak utama.Kalau setakat muncul dan bergaduh sebentar untuk berebut kawasan,mungkin boleh diterima.Lepas ni,mungkin ada watak baru yang akan diperkembangkan dan diperkenalkan.Ada kawasan baru yang lain akan diterokai.Kalau betul-betul menjadi francais yang berjaya,tak mustahil game berdasarkan filem ini boleh dikeluarkan.

KL Gangster di X-Box dan PS3 anda! Hahaha.

Aku bagi dalam 4.5/4.7 dari 5.0 markah.Ending dia je slack sikit.Patutnya musuh tu dibelasah habis-habisan.Belasah lama sikit.Tunjuk langsi habis.Baru puas hati! Kenapa? Sebab perasaan marah penonton telah berjaya dibawa ke tahap agak tinggi sebelum Aaron Aziz mengamuk.Tapi,bila lawan,kejap sangat rasa.Susah sangat kalau hero kuat sangat pun kan? Markah juga ditolak untuk benda-benda remeh je.Hey,gila apa nak buat filem yang perfect kan?

Ok.Aku nak pegi angkat rim kereta kejap.

Nak bagi ketul-ketul sikit dekat siku ni.


8 comments:

Debot said...

wahahahaha! terbaik bong. eh bang. best lah jugak kan cite tu. tak menghampakan. sempat jugak si sol selitkan trademark bapak dia, berjalan, bercakap style gerak khas. tapi all in all mmg gua pon bagi 4.5/.7 out of 5. paling langsi pergadohan mereka.

miss nina said...

wah..panjangh lebar review. kongsi takde kick sgt, kiranya best la kl gangster nih

Jasad Hidup said...

sepatutnya mmg sam berlakon dlm filem kl gangster, tp sbb masa tue ngah sibuk ngan kongsi, so next time myb ada sam kot....

naiba said...

huhu...nak tangan ketul-ketul ye...tak payah la...tak sesuai kot ngan muke en jamil yang jambu...hihihi

by the way...entri ni berjaye buat saye nak pi tengok citer gangster tu skrg...huhuhu

zulkoa said...

lawa punye review..ko mcm promote kat aku je..aku dah tak tahan nk tgk ni..

slack punggung wayang jauh!

Rawlins GLAM said...

I like the movie too..cuma tak suka cara Shark cakap..
Cam bangla baru belajar BM je..
Orang lain watak best!
Castingmemang terbaik sebab everybody berjaya bawa watak dengan best!
Yang penting...sedih giler tengok mak dia kena kacau ngan Shark...
Good movie!

Anonymous said...

takde watak `pig' ke? adoi, aku dah lama kepingin nak tengok watak polis korup dalam sinema malaysia. malas la tengok!!! carik dvd pasar malam sudah...

StingRay said...

adibah: haha..stuju dengan anda! =)

miss: kongsi cerita taik.haha

aizat: weh..betul ka?

naiba: ah...macam penah je ko tgk muka aku.ahahha

ubi: punggung wayang mmg jauh..panggung wayang dekat kot.

rawling: stuju.takpe la..kita andaikan watak sol tu,mamat kerek sesat identiti.haha

sync: dalam cerita tamil banyak la camtu.hahahahha.