Friday, June 10, 2011

Petronas Puncak Jalil

Hari tersebut begitu tenang.Cuaca cerah.Burung-burung berkicauan.Langit berarak manja.Kijang dan rusa berlari di sana-sini dan seperti biasa,ultraman terbang bersimpang siur simbolik kepada tanda keriangan yang aman dan terkawal.

Aku memandu PS aku dengan penuh ketenangan.Selepas bagi signal ke kiri,aku memandu masuk ke Stesen Minyak Puncak Jalil.Lokasinya memang di puncak bukit.Kalau masa joging kat kawasan tu,boleh tahan dia punya letih masa nak panjat bukit tu.

Setelah parking dengan cun,aku pun keluar.Cadangnya nak masuk bergurau dengan mesin ATM kat dalam stesen minyak tu.Mana la tahu,mungkin dengan bergurau barang beberapa saat,boleh dapat duit.

Aku tolak pintu stesen minyak tersebut.Elok kaki kanan aku melangkah masuk,sekonyong-konyongnya,staf kat dalam tu terus menjerit kepada aku.

"Selamat datangggggggg!!!!" ucapan penuh mesra,ceria dan bersemangat ditujukan kepada aku.Aku terkejut.Apa gila bersemangat.Dah macam orang Jepun dalam TV.

Bila dah agak terkejut macam tu,secara spontan,aku set muka paling manis,senyum,mata sepet-sepet sikit dan aku membalas semula.

"Selamat datanggggg......"

Staff petronas terdiam.












Sampai sekarang...aku tak faham kenapa aku ucap macam tu kat diorang.



11 comments:

anakcikbob said...

cakap la selamat petang. hahaha..

~gUrL in pUrPle~ said...

hahaha..sebab terikut dia ckp (dalam keadaan malu, kdg2 xdpt berfikir dgn betol).. samalah... haha

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

ahhaahahahahahahah......ko salah cakap le....ckap le time kasih..ahaahahahahaha...adoiiii....mmg kene kutok la lpas ko kuar tu aku rase..kekekekek.. ;p

miloaiskurangmanis said...

hahahahahaha

harus lah depa plak terkejut
patut uols jawab lah... "terima kasih"
nak lagi best... dah ada ultraman terbang di langit biru.... uols bleh jer jawab dalam bahasa jepun....arigato...!

'AQILAH said...

hahaha

-HanaMichi- said...

cet..nape ianya terjadi kat aku tdi??
cet..cet...
xpe...aku de kawan...

Fahmi Anuar said...

tapi aku lagi tak faham apsal conversation mase konvo aritu macam nih : -

Tun : Tahniah!
Aku : OK!

excited sgt dapat grad.

k.e.r.i. said...

sama macam pizahat ioi mall.
semua staff cakap selamat datang ramai-ramai. LOL

Nat Salle said...

haha,,, jgn risau. ak slalu ckp selamat datang balik kat staf mcD tyme drg wish ak slamat dtg. drive thru, bnyk kali dah.. =D. tndakan refleks kot...

naiba said...

hahahah..pe yg en jamil wat utk control malu...
adakah cube wat aksi cute sambil control ensem..hihihiih~

itu la...excited sangat ye...hihihihi~

StingRay said...

marina: i tak terkawal youu.haha

gurl: mmg pun.tak sengaja.haha

kakuna: tindakan separa sedar.=p

milo: spontan habis.=p

aqilah: =p

hana: calit ibu jari kaki sket.=p

fahmi: nasib baik ko tak sebut 'yeah yeah' macam bandi amuk lagi.haha

keri: mati akal nak berdepan.haha

tisnya:nasib baik diorang tak sebut pelik3..haha

naiba: muka dah hensem...tak perlu kontrol lagi.=p