Ahad ni, Unicorn dan deep nak pegi mengembara.Misi mereka,menjelajah semua bandar atau pekan di Malaysia yang ada jam loceng.Maaf.Salah tulis.Mari kita betulkan semula ayat tadi.
Misi mereka,menjelajah bandar atau pekan di semenanjung Malaysia yang ada menara jam.Ha.Baru betul.
Pengangkutan yang mereka gunakan adalah bas tambang.Baru thrill.Tempoh perjalanan mereka adalah selama 1 minggu.Sepanjang perjalanan,mereka ada banyak syarat yang perlu mereka ikuti.Contohnya,tidak boleh mencarut.Jika mencarut,denda RM1.Itu hanya satu contoh.
Permulaan mereka adalah di Dataran Merdeka.KL.
Aku yang sebelum ini pernah merancang nak buat backpacking,namun tidak kesampaian,berasa sangat cemburu dengan misi mereka ini.Benda ni hanya seronok jika dibuat ketika masih bujang.
Jadi,kalau anda ternampak dua jejaka kacak sedang menggalas beg kembara berhampiran menara jam di bandar anda,berikan thumbs up untuk support mereka.Nak mengorat pun tak apa,mereka masih bujang.Tapi,offer ini hanya terbuka untuk gadis-gadis sahaja.Jejaka-jejaka sekalian,tak perlu nak cuba nasib.Jika mereka perlukan jejaka,Misi Keamanan sudah mampu memenuhi kehendak mereka.Kalau mereka dilihat terkial-kial sedang ambil gambar berdua mirip gadis-gadis myspace mulut itik,sila hulurkan bantuan untuk mengambil gambar mereka.Tunjukkan mereka tempat makan terbaik @ tempat menarik di sekitar kawasan.Pengalaman mereka akan ditulis setelah selesai kembara.
Perjalanan seperti itu,sumpah,mesti akan ada banyak pengalaman manis yang akan berlaku.Aku doakan,mereka selamat pergi,dan,selamat pulang.
Pesan aku cuma satu.
Jangan hilang teruna ketika dalam perjalanan.
Hik hik hik.
6 comments:
gila best
keterunaan pun boleh hilang ke
kampung aku pon ada. batu pahat.
pesanan terakhir tu yg cukup ringkas n padat. hahahhaa..
nak aku kasi lest rules ke?
nak aku kasi list rules ke?
feckry: sungguh.haha
capa: boleh.dah tanya suami? wakaka
marina: yep..diorang otw.=p
machonyer: haha.sanggup post dua kali.takpa.aku faham.
Post a Comment