Monday, June 20, 2011

Raziman

Malam tu,Raziman berdiri dengan penuh fokus.Beliau yang baru dilantik sebagai anggota polis,kelihatan begitu bersemangat sekali.Pada malam tersebut,beliau ditugaskan untuk membuat sekatan jalan.Beliau ditugaskan bersama Hanafi Zulkarnain.

Sekatan jalan yang dibuat bertempat di jalan kampung.Penduduk di situ suka sangat buat hal.Ada yang tak pakai helmet lah,lesen mati lah dan pelbagai jenis masalah lagi.Kalau tak kerana ketua balai kena marah dengan pihak yang buat spot check minggu lepas,waktu sekarang ni,dia dah sedap tengok tv kat rumah.

Jam menunjukkan pukul 9.45 malam.Jalan betul-betul sunyi.Biasalah.Jalan kampung.Tadi sempat jugak Raziman bagi amaran pada dua pemuda yang tak pakai helmet.Nak saman pun,kesian jugak.Jadi,setelah memastikan tiada orang lagi,Raziman mengajak Hanafi Zulkarnain berkemas.Kon perlu dimasukkan ke dalam kereta.

Tengah sedap berkemas,tiba-tiba Raziman ternampak seorang pakcik menunggang motorsikal menuju ke arah mereka.Jelas sekali pakcik tadi tidak memakai helmet.Di belakang pakcik tadi,isterinya membonceng.Juga tidak memakai helmet.Sebagai polis yang bertanggungjawab,Raziman menahan motor pakcik tadi.

"Ke mana ni pakcik?"
"Ke kedai kejap.Beli sardin untuk makan besok.." balas Pakcik tadi tersenyum sambil mematikan enjin.Minta simpati.

"Ni kenapa tak pakai helmet ni pakcik.Bahaya ni.Makcik ni pun,kena pakai jugak." tegur Raziman penuh mesra tapi tegas.
"Makcik? Makcik mana encik cakap ni?" balas pakcik tadi.Mukanya penuh kehairanan.

"Tu,yang bonceng kat belakang tu sapa?" soal Raziman.Kadang-kadang,orang kampung ni,boleh tahan jugak bila bergurau.Pakcik yang menunggang motor tadi pandang ke belakang.

"Alah...nak tumpang kejap pun tak senang.Menyampah! " ujar makcik di seat belakang motor sambil turun dari motor,dan, terus terbang ke arah pokok besar tidak jauh dari mereka.

Pakcik tadi telan air liur.Raziman pucat lesi.Untuk menguatkan semangat,Raziman pandang ke arah rakannya,Hanafi Zulkarnain.Kelihatan Hanafi Zulkarnain secara automatik berada di dalam kereta sambil menghidupkan enjin kereta yang tiba-tiba susah nak hidup.Mukanya juga penuh ketakutan.

Suasana sepi.

"Encik..tolong jangan lari.Pakcik sakit lutut.Pakcik pun takut ni." rayu pakcik tadi kepada Raziman sambil cuba menghidupkan motor.Raziman yang hampir terkencing ketakutan,cuba menolong dengan memegang handle motor pakcik tadi.Kelihatan muka pakcik tadi juga pucat lesi.

"Biar saya tolong hidupkan motor pakcik." walaupun ketakutan,Raziman masih cuba menolong pakcik tadi.Sikap terpuji yang perlu ada pada seorang anggota polis.

"Eh,takpa lah nak.Tak payah susah-susah.Pakcik boleh terbang." ujar pakcik tadi lantas terus terbang ke arah hutan yang gelap gelita di seberang jalan.Motor bertukar menjadi ranting kayu.













Kencing yang ditahan Raziman sebentar tadi,terus menderu-deru keluar tanpa henti.

17 comments:

Anonymous said...

gila ah!walaupun lawak..tetap ngeri dan seram okeh!

http://bukankosong.blogspot.com/ said...

ha..ha.

ambik ko! sekali 2 daaa

Hyza said...

Raziman2! Tak baik kencing merata.

Rawlins GLAM said...

Betul Raziman
kencing kat seluar lak tu...
Hish....

zonaku said...

adeiii......

nk takut ke nk gelak ni?

Unknown said...

hahahaha

zulkoa said...

ceh, aku tertewas...tegelak terbahak-bahak jugak..

miloaiskurangmanis said...

wakakakaka

sekali dua yg datang!
hahahahaha

Anonymous said...

Laki bini yang nakal..

StingRay said...

capa: wah..ni kira kes keliru la ni? =p

bkk: double dia bagi.haha..

suhaiza: cepat pegi tadahkan.=p

raw: sian kat dia.=p

zonaku: talak(takut + gelak) lah...lol..

khairul: =p

ubi: ha..kepam gelak.haha

milo: sakit otak wooo...

anon: sungguh. =)

Amak Kongsi said...

ni komedi seram namanya

miloaiskurangmanis said...

beb.... pinjam karya uols ni ye
tQ...

StingRay said...

kay: jadinya...koram? (komedi + seram)..haha..

milo: amik je..tadahal. =)

anakcikbob said...

weh, hebat. sila buat lagi.

Blithe Spirit said...

epic! :D

StingRay said...

marina: baek..=p

blithe: =p

N said...

adui ~!
sakit jiwa tahan ketawa..
best² ;)