Tuesday, March 8, 2011

Rempitan Maut Fatamorgana Asma

Lokasi: SmallVille
Tahun: 2004

Dah siap hensem-hensem,aku amik wallet,kunci motor,dan handphone.Dah lengkap semua,aku berjalan penuh bergaya menuju ke arah Kriss Evo.Musim cuti semester memang panjang.Sempat aku bawak balik motor aku dari Melaka ke kedah.

Dah keluar dari pintu rumah,kelihatan Kriss Evo tersergam indah di hadapan.Baru basuh la katakan.Kalau bawak balik kampung,motor kena la berkilat.Bukan apa,awek-awek mudah tertarik dengan motor yang bersih dan berkilat.

Motor yang bersih dan berkilat melambangkan peribadi tuan motor yang pembersih.Nampak? Tapi,jangan la pakai fakta ni untuk brader-brader yang bawak lori sampah.Boleh kena tibai nanti.

Ok.Masa korang baca habis perenggan yang last tu,aku dah ada atas motor dah.Bukan setakat ada atas motor,malah tengah sedap pecut ke pekan berhampiran.Nak tunggu korang baca,lambat sangat,jadi,aku pecut dulu.

Tak apa kan?

Masa tengah sedap pecut tu,jarum meter Kriss Evo mencanak naik.Tu diaa...tak sia-sia aku buang kotoran pada rantai motor tadi.Baru la sprocket 'menangkap' sikit pada rantai,lantas tidak membazirkan kuasa enjin yang sedang padu dikeluarkan.

Jarum meter dah cecah 110km/j.Berdebar.

Jarum meter tetiba cecah 140km/j. Tergamam.Angin menderu-deru laju.Tak pernah cecah 140km/j sebelum ni.Tu pun jarum meter tengah naik lagi tu.Hati bertambah berdebar.Tak sangka,baru overhaul,terus enjin motor aku power.Baekkk punya setting.

Jarum meter semakin naik.Serta merta pemandangan kiri kanan jadi kabur sebab laju sangat.Aku cuma fokus ke depan,dan,ke arah jarum meter motor.Jarum meter semakin naik ke tahap maksimum.Aku dongak ke atas,kapal terbang yang aku nampak kat atas tadi,dah ada kat belakang aku dah.Laju betul motor aku.

Kat belah kiri aku,ada seekor burung layang-layang yang penuh ego sedang berpeluh cuba bersaing dengan aku.Malangnya,beliau tidak mampu dan terus mengalah sambil buat-buat berhenti nak pegi minum air di lopak tepi jalan.

Aku hanya tersenyum.

Jarum meter terus naik.Berdebar.

Jarum meter naik lagi.Lagi berdebar.

Jarum meter bergoyang-goyang.

Jarum meter tertanggal dari meter.











Asam jawa!

Jarum meter longgar rupanya.Patut la mudah sangat cecah 150km/j.

Benci.



7 comments:

alien said...

KAH !!!!
g serbis meter tu plak weh

Anonymous said...

nampak sangat lama tak service...apa punya owner la

Mr feckry said...

cabut je jarum meter tu

sharajarazalli said...

buat penat je bce..cte beria..ceh..

Anonymous said...

haha

miss nina said...

hehehe..ia-ia je. adekah patut!

Lufti Che Kasim said...

hahahahahahahaha! tersembur roti gardenia vanilla wa terkuar! kah kah kah! suspen da menarik.. lu multi talented. kah kah kah