Aku memandu dengan penuh rilek.Memang santai habis.
Di hadapan ada lampu isyarat.Lampu isyarat bertukar merah.
Jalan ada 4 lorong.Aku mula memilih lorong yang sesuai dengan aku.Di hadapan aku,kelihatan ada bas penumpang,lori barang,bas mini sekolah dan bas sekolah biasa.Kenderaan seperti ini,memang diketahui mempunyai pick-up yang maha meleret jika dibandingkan dengan PS aku.
Yang membuatkan situasi lebih menarik,di lorong kiri sekali,bas penumpang berada paling di hadapan.Di lorong kedua,lori barang juga berada di posisi paling hadapan.Di lorong ketiga,bas mini sekolah berada di hadapan juga.Tak nak kalah jugak bas mini tu.Dan,di lorong yang kanan sekali,juga masih posisi yang paling hadapan,ada bas sekolah yang 'ok sikit' dari bas mini.
Ok.Bayangkan.Kenderaan maha meleret ini semua,berada di barisan paling hadapan,di keempat-empat lorong jalan yang maha sibuk.
Apakah natijahnya jika lampu isyarat bertukar hijau?
Yaaaa....pandai!
Habis tersangkut semua kereta kat belakang.Jadi,disebabkan aku ni samseng jalan raya parut kat muka kiri kanan,aku pecut dan cilok semua kenderaan kat depan aku tadi.Bila dah pecut laju-laju ke depan,aku parking kereta tengah-tengah jalan.
Aku keluar,bawak senapang.Aku tembak semua pemandu lori barang,bas mini sekolah,bas sekolah dan bas penumpang.
Puas hati.
Tunggu berita malam ni.Mesti ada punya.
9 comments:
dasyatt!!
karang msk newspaper...dan ko jamil skrg tgh bersantai dlm jail...maka bersawangla blog nih...plus tunggu masa ke tali gantung.Tahniah!...he..he...
haha..lawak2!..ade senapang kot lam kete ko..
marah sgt jem la tu..:p
memang sakit hati kalo cmtu. lagipon padahal diorg dah tahu dah diorg kena dok kt slow lane.lagi mahu dok kt fast lane. xde sivik punya driver.
lol!
x sbr nk tgk berita mlm nih!!!
caner la agaknyer rupe Jamil yg hensem tuh ek?
lol...
berangan je tu
maha geram ....tembak je la...mlm ni aku tgk berita..
ner: sungguh! =p
bukan: aku da seludup tenet masuk.=p
ubi: pelancar roket pun ada.tapi tak sempat bawak keluar.berat.
gurl: wow! haha
noor: =p
lazyf: woo..hensem woo..=p
capa: haha
min: ha..tggu2..=p
Post a Comment