Thursday, March 10, 2011

Mercedes bapak Zarif Rashdan

Zarif Rashdan menjilat-jilat aiskrim di tangannya.Matahari memancar terik.Kelihatan budak-budak sekolah yang lain menderu-deru melintas jalan.Hari persekolahan yang agak membosankan bagi Zarif Rashdan.Tambah bosan,bila menunggu kedatangan bapaknya untuk menjemputnya pulang ke rumah.Kalau tahu lambat macam ni,naik bas lagi mudah.

Disebelahnya,Kamil Zakuan.Budak kelas sebelah Zarif Rashdan yang paling kerek.Kadangkala jadi samseng sekolah.Di sebelah Kamil Zakuan,ada Sharif Debab.Mereka bertiga menjilat aiskrim dengan tekun dan penuh dengan penghayatan.Sambil pekena asikrim,sedikit demi sedikit Kamil Zakuan, dan Sharif Debab menghampiri Zarif Rashdan.

"Honda City tu,macam kereta ayah aku.Kereta ayah aku tu,kalau pecut kat Highway,sedap gila.Rasa macam naik kapal terbang." Kamil Zakuan memulakan cerita setelah melihat sebuah Honda City melepasi mereka.Cerita nak 'up' diri sendiri.

"Kereta Camry ayah aku pun.Kalau nak elak lembu melintas tu,memang takda masalah."Sharif Debab tak nak kalah.

"Mercedes yang bapak aku bawak semalam lagi sempoi." balas Zarif Rashdan secara tiba-tiba.

"Eh..jangan nak tipu la Arip.Kat kampung ni,ketua kampung ja yang pakai mercedes.Tu pun orang kata sebab dia dapat projek balak.Rasuah sana sini.Orang dewasa yang jahat.Oh ya..lupa pulak.Kereta proton ayah ko mana boleh lawan kereta ayah kami." balas Kamil Zakuan sambil disokong oleh Sharif Debab.

"Aku cakap betul la! Bapak aku baru dapat semalam." Tegas Zarif Rashdan.

"Tipu.Ko jangan nak cakap ko lekat ke,lukis ke logo mercedes tu kat kereta bapak ko.Jangan nak buat kelakar." balas Kamil Zakuan lagi.

"Betul! Aku tak tipu.Dengar la aku cerita habis dulu..." Tegas Zarif Rashdan.

"Ah..aku tak percaya..Tipu!!!!" bentak Kamil Zakuan sambil lompat-lompat geram.Mana boleh orang lain lebih dari dia.Walaupun baru darjah empat,darjat mesti tinggi.Baru boleh mengorat anak Ustazah Zabedah yang comel yarabbi tu.Sharif Debab buat-buat muka ganas.

"Ok la.Kalau aku tipu,aku datang sekolah,aku pakai kasut tali pink.Pipi aku merahkan bulat-bulat.Aku buat semua tu untuk satu minggu." balas Zarif Rashdan.Sambil menjilat aiskrim.

"Hahaha.Cantik! Kalau ko tak tipu,biar aku ja yang pakai macam tu kat sekolah satu minggu.Malam ni jugak aku warnakan tali kasut aku warna pink.hahaha..Ini Kamil Zakuan la.Tak pernah mungkir janji." gelak Kamil Zakuan penuh comel.Sharif Debab selaku tukang bodek,buat-buat gelak sama.

"Ok.Aku pegang janji ko.Ha.Tu bapak aku dah sampai." balas Zarif Rashdan penuh ceria.

Zarif Rashdan berlari-lari riang menuju ke arah bapaknya.Zarif Rashdan tidak terus masuk ke dalam kenderaan bapaknya.Sebaliknya,Zarif Rashdan terus menuju ke arah hadapan bumper kenderaan bapaknya.Dengan bangga,Zarif Rashdan menunjukkan jarinya ke arah logo Mercedes yang terpampang indah.Memang jelas kelihatan.

Tidak cukup dengan logo,Zarif Rashdan menunjukkan pula tulisan Mercedes pada bucu kiri kenderaan.

"Ha...Zarif.Cepat masuk.Buat apa tu.Bapak nak cepat ni." laung bapak Zarif dari dalam kenderaan.

Dengan patuh,Zarif Rashdan terus masuk.Sebelum bergerak,Zarif Rashdan buka tingkap dan memandang tajam ke arah Kamil Zakuan dan Sharif Debab.

"Esok jangan lupa..tali kasut warna pink,pipi merah." laung Zarif Rashdan sambil tersenyum puas.











"CISSS...CISSS...CISSS...!!" bunyi brek angin dilepaskan.

Treler kontena berperisa Mercedes Benz yang dipandu bapak Zarif Rashdan beransur-ansur beredar dari depan sekolah.Meninggalkan Kamil Zakuan dan Sharif Debab yang tergamam.

Kamil Zakuan menundukkan muka ke tanah.Dia mula memikirkan apakah alasan paling hensem untuk ponteng sekolah besok.Kalau datang jugak dengan kasut tali pink,macam mana dia nak mengorat anak Ustazah Zabedah? Macam mana nak jadi pembuli sekolah yang berjaya kalau pakai mekap pipi merah? Jangan kata seminggu,sehari pun cukup seksa dah nak pakai macam tu.

Satu lagi faktor yang membuatkan Kamil Zakuan bertambah seram sejuk ialah,beliau risau dingorat oleh Din Lembut,seorang senior darjah 6 yang diketahui sangat gatal dengan budak-budak lelaki muda.

Sharif Debab membuat tarian shuffle dengan harapan Kamil Zakuan akan terhibur.













Sharif Debab ditampar Kamil Zakuan.

10 comments:

missrivebell mumun said...

haha,
mcm kisah benar jer..

Anonymous said...

nk shuffle sekali...

Anonymous said...

aku dah agak dah lori!!!!hahahahaha!!

StingRay said...

miss: hampir benar.haha

bukan: sila-sila. =p

capa: aku tulis treler,bukan lori.Tak kira..tak kira.haha

muneyp said...

gile mende.hahaha.bodoh gila pegi shuffle bajet nk pujuk

miloaiskurangmanis said...

muahahahah
jadik badut sehhhhhh!

zulkoa said...

panjang gak..tapi gua terhibur~mekasih stingray!

miss nina said...

hahaha..sekali lori laks.
kesian diorg, tak macho!

A.s.t.i.n.a said...

kah kah comel ape gi sekolah cenggitu.. bole lak nak gaduh sal kete.. kecik2 dah gitu haihh..

StingRay said...

selamah:ko kan suka shuffle sorang2 kat rumah bila takda orang.kan? (sedap jugak main fitnah2 ni.haha)

milo: haha..sungguh! tengok mekap la.

ubi: aku tumpang gembira.sama2. =)

miss: macho itu hanya kepada mereka yang layak.=p

astina: kecik2 dulu camtu jugak ke? haha.