Monday, March 21, 2011

Kesibukan Jamil yang awesome.

Ritual hidup aku sejak akhir-akhir ini amatlah memenatkan.Bangun pukul 6 pagi,mandi2,subuh,bersiap dan terus antar bini ke maktab.Lepas antar ke maktab,aku terus ke pejabat.Petang,lepas kerja,amik bini di tren,lepas tu hantar bini ke rumah.Sampai rumah,dah dekat magrib.Lepas makan dengan magrib kat rumah,sambung ke pejabat.Dalam jam 10-11 malam,baru sampai rumah.

Bila aku sampai di rumah,aku selalu buka pintu dapur,dan tengok tanah kat belakang rumah aku.Pokok serai dah mengembang biak.Hampir jadi serumpun.Pokok kunyit subur.Pokok Kesum pun bukan main lagi membiak.Ini semua tidak lain tidak bukan sebab cuaca yang kerap hujan.

Syukur.

Yang tak berapa nak sedapnya,rumput dan pokok menjalar semua tumpang sekaki.Semak habis dibuatnya.Sebelum ni,belakang rumah aku dah macam taman,sekarang dah bertukar jadi taman negara.Semak habis.

Disebabkan aku kerja non stop sampai weekend pun kerja jugak kadang-kadang,jadi,aku hanya sempat cover tanah kat depan rumah aku ja.Balik kerja,kalau nampak rumput yang dah tinggi,aku cabut dengan tangan.Tanah belakang rumah? Memang tak sempat.

Jumaat lepas mak dengan bapak aku datang tido kat rumah.Aku dah cemas mengenangkan belakang rumah yang agak semak.Jadi,perancangan aku,awal pagi sabtu tu,aku dengan pantas akan tebas segala rumput-rumput nakal yang tumbuh meliar.

Pagi sabtu tiba akhirnya.Lepas subuh,aku bantai tido.Apa gila nak menebas gelap-gelap.Nak rajin pun kena bertempat jugak.Tak boleh nak gigih sangat,nanti nampak 'pulun sangat' orang kata.

Setelah melelapkan mata dengan sukatan yang mencukupi,aku terjaga.Misi harus diteruskan walaupun badan rasa penat yarabbi.Jadi,selepas cuci muka comel-comel dalam bilik air,aku bergegas turun untuk menyelesaikan dendam kesumat dengan rumput dan semak-samun di belakang rumah.

Tiba di dapur,aku buka pintu belakang.

Terkesima.

Kelihatan semak-samun yang subur sebelum ini sudah hilang.Yang kelihatan hanya tanah merah yang cerah dari sebarang tumbuh-tumbuhan.Semut yang berkeliaran atas tanah pun nampak rungsing sebab tak ada tempat untuk berlindung dan berteduh.Maklumlah,semut tak ada payung stylo macam geng-geng gothic kat Time Square.

"Mak tolong cangkulkan pagi tadi...." ujar mak aku bersahaja dari ruang tamu.

Menambahkan lagi keterkesimaan aku,mak aku siap tanam pokok kunyit sebaris panjang.Lepas tanam pokok kunyit,beliau tanam pulak pokok serai.Baeeek punya finishing.Macam nak perli pun ada.Pokok serai dan kunyit tu,boleh dikatakan simbolik kepada tanda "mom was here!".

Mengikut akal logik aku,kalau tanah lebih kurang 17.5 meter persegi belakang rumah pun tak terjaga,macam mana nak wariskan tanah yang berekar-ekar yang jauh dari rumah kepada aku?















Disebabkan dah tak tahu nak letak kat mana muka ni,aku cabut perlahan-lahan muka aku.Dah siap cabut,aku letak dalam mangkuk tandas.

Dengan tabah,aku flush laju-laju.


19 comments:

muneyp said...

ko gila jamil.elok bunuh diri.hahaha.btw,aku bosan pg ni.tq

Anonymous said...

tahniah!kerana ko berjaya buat mak ko mengalirkan peluh di rumah ko tanda "mom was here" haha

zulkoa said...

aku suke tido dengan sukatan y mencukupi..

ayat power rangers bro..

zonaku said...

sabar2.....


lepas ni sila buat jadual waktu antara anda n wife....


dulu rumah bujang leh buat jadual, xkan dah jadi pasangan x boleh buat kann....

Unknown said...

hahaha... aku suke.. hahahaha.. aku suke lagi.. hahahahaha... miahaahahahaaa

aYu Luv Mak said...

sukenya kahirul hakimin ne...Bahahhahaalol..

Nerzhul said...

mak lu dah boleh baca isi hati lu..

Unknown said...

sampai ati cakap gitu rias lara, hek kau! huuh

marina anakcikbob said...

abes la tanah2 berekar-ekar tu xdapat kat ko..
abes..

aYu Luv Mak said...

ehh khairul jgn salah sangka...cara gelak sy mmg mcm tu..x bermaksud pun apa2..hepy tgok awk gelak..heheh mtak ampun ya..heheh

Ray said...

biasa la tu,jgn terasa aper,anda berada jauh dari tanah berekar2 tersebut...hehe

alien said...

tu la ko jamil
len kali tar je semua tanah yg ada, jgn kasi can rumput tumbuh
aktiviti tanam2 tu buat dalam pasu.. hydroponik pun ade kan.. baru canggih~
hehehe

Anonymous said...

aduyaiii...ko mmg! he..he..

StingRay said...

selamah: brani cakap aku gila.nak kena tibai? haha

capa: kalau peluh tu menitik2? =p

ubi: hang sukat guna apa? haha

zonaku: itu lah jadualnya.padat habis.haha

khai: tibai nak?haha

rias; meriah betul.=p

ner: itu la..telepati sungguh.haha

khai: da gelak..tacing.lol.

marina: masalahnya..ada ke tanah tu.lol.haha

rias: ha..tau takut.=p

ray: risshhhhhhaauuuu youuu....lol

alien: ko nak aku jadi petani rumput? hahaa

bk: haha..den mmg camni.=p

Shafa said...

hehehe.. fa pn pernah jadi camtu gak. mak ayah yg datang umah tp dorang lak yg tolong cabut rumput kat belakang. malu malu*

StingRay said...

shafa: pompuan takpa lagi kot.Cover bahagian dapur pun da ok.Ni lelaki beb..lelaki.wuwuwuwu..

Lina Awie said...

hikhikhik...cuba tengok balik kunyit&serai mak hang tanam tu...
ntah2 ade bentuk tulisan 'mom was here'...hahaha

StingRay said...

ina: mak aku tak pandai sepiking.=p

Lufti Che Kasim said...

rumusan wa, sejujurnya, lu stoned la bai. hahahahaha! mmg nice blok lu. wa sendat perut tahan gelak.:D