Friday, March 4, 2011

Karim Hamzah

Karim Hamzah memandu perlahan-lahan kenderaannya.Hajat di hati,nak singgah pekena teh di gerai Limah Ayu di hujung simpang.Bila dah penat-penat bekerja,memang sedap dapat pekena teh sambil melepak dengan kawan-kawan.

Tiba di hujung simpang,kelihatan Mail Gigil dan Khamis Ahmad sedang tersenyum-senyum memandangnya sambil mengangkat tangan.Karim Hamzah parking kenderaan perlahan-lahan di tepi gerai Limah Ayu.

Selesai parking,Karim Hamzah duduk bersama Mail Gigil dan Khamis Ahmad.Air teh dipesan.Limah Ayu menerima pesanan tersebut dengan penuh senyuman.Itulah senjatanya untuk mengekalkan pelanggan.Senyum yang tidak lekang dan kualiti air dan makanan yang 'awesome' berserta pakaian kebaya ketat.

Pakej yang sukar digugat oleh Pakcik Ali yang juga membuka gerai di hujung simpang yang satu lagi dengan harapan untuk merampas pelanggan Limah Ayu.

Apa gila Pakcik Ali nak pakai baju kebaya?

Ok.Cerita kita berbalik kepada tiga sahabat tadi.Air teh yang dipesan telah tiba.Mereka bertiga menghirup air dengan penuh nikmat.

"Karim...aku heran la dengan ko ni.Cuba ko tengok tu.Berselut sana sini.Calar sana-sini.Pastu,ko tengok kereta aku pulak.Bersih.Berkilat." Khamis Ahmad memulakan bicara.
"Dah.Jangan nak mula." Karim Hamzah.

"Ye la..no plet kita,dua-dua sama.Mula dengan WTF.Beli pada masa yang sama.Macam mana kereta aku berkilat.Yang ko pulak tak berkilat." sambung Khamis Ahmad.
"Betul tu.Kome bedua ni,dah ada kenderaan,jaga la elok-elok." Mail Gigil mencelah sambil tersenyum-senyum.Cuba jadi batu api.

"Kita,sebagai lelaki,kena jaga kenderaan kita ni Karim.Menda nak pakai lama." Khamis Ahmad cuba mencucuk lagi.Karim Hamzah sudah rimas.Dua bulan lepas pun dah kena sound macam ni.Apa tak ada modal lain ke nak melawak.Rimas betul.

"Bawak-bawak la pegi basuh.Bagi berkilat sikit.Malu aih orang tengok ke hulu-hilir kotor macam ni.Ko tengok macam Saga aku tu.Berkelip-kelip!" Khamis Ahmad cucuk jarum lagi.
"Dah..dah...aku gedumbek jugak kamu ni kang." balas Karim Hamzah sambil kunyah karipap.

"Karim,bawak la kenderaan ko tu ke pekan.Pegi le pasang spoiler ke,skirting ke,audio bum-bam-bum-bam ke,ekzos letup-letup ke,baru la sedap sikit nengoknya." Khamis Ahmad seronok betul menyucuk Karim Hamzah.

Sepi.

Karim Hamzah meneguk air perlahan-lahan.Selepas meneguk air,Karim Hamzah berjalan menuju ke arah kenderaannya.Khamis Ahmad dan Mail Gigil kehairanan.Takkan usik sikit dah 'tacing'.Setahu mereka,Karim Hamzah kental orangnya.

Karim Hamzah masuk ke dalam kenderaannya.Enjin dihidupkan.Khamis Ahmad semakin tak sedap hati.Karim Hamzah menggerakkan kenderaannya ke sebelah kereta Saga kesayangan Khamis Ahmad.

"Khamis...ko nak tengok aku putuskan kereta Saga berkilat ko ni jadi dua bahagian tak? Tak pun,aku lenyek-lenyekkan jadi macam inti karipap yang aku makan tadi tu. Ooo...pandai kau suruh aku pasang spoiler yeeee,audio la..ekzos la..apa laaa......" jerit Karim Hamzah dari dalam 'Bulldozernya' sambil mengacah-ngacah bahagian penyodok ke arah kereta Khamis Ahmad.

Gurau kasar.











Khamis Ahmad cuba berlagak tenang.

Namun..kelihatan peluh cemas mengalir laju di lehernya.


4 comments:

norinaomar said...

tersengih2 aku bace citer ni!

Purinsesu Ariessa said...

bulldozer? bwk jenjln kl besh!

Anonymous said...

moral of the story?

StingRay said...

nori: sengih je takpa.=p

ija: mau sesak jalan.=p

capa: moral? jgn main2 dengan pemilik buldozer.=p