TEBABOMMMMMM !!!! bunyi bom meletup.Tanah bergegar.Pendengaran terjejas.Semuanya menjadi kabur.
Halim Komando tercampak ke dalam kubu.Di sebelahnya,ada Razali Besi.Hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam kubu tersebut.
"Celaka.Main bom pulak diorang ni.Banyak lagi peluru yang kita ada?" soal Razali Besi kepada Halim Komando yang terbaring.Halim Komando yang tercampak tadi,perlahan-lahan bangun.
"Banyak lagi." balas Halim Komando lemah sambil membelek-belek beberapa senjata yang masih boleh digunakan.
"Senjata apa yang boleh digunakan lagi?" tanya Razali Besi memandangkan kubu mereka telah dibom.
"Ada satu lagi senapang.Dua pistol.Tapi pistol ni aku nak guna.Kau amik yang satu lagi." balas Halim Komando sambil memegang senapang dan pistol.Bersedia untuk membalas serangan semula.Serius betul suasana.
"Senapang aku ok lagi ni.Ha,bagi kat aku pistol yang satu lagi." pinta Razali Besi sambil memerhatikan keadaan di luar kubu.Matanya meliar.
"Nah.Ambik...tapi pistol air ja lah yang ada.." balas Halim Komando tenang sambil membuka zip seluarnya.Muka Halim Komando maintain serius memandang ke arah luar kubu.
Razali Besi perlahan-lahan menyandar semula di dinding kubu.Beliau betul-betul tidak faham apajadah gurauan yang Halim Komando cuba lakukan ketika mereka berada di dalam keadaan genting tersebut.
"Aserehe..ha..rehe..." tiba-tiba Halim Komando bernyanyi riang.
"Kuat jugak bom tu meletup sebelah dia tadi......Gamaknya." bisik Razali Besi sendirian.
6 comments:
saya tak paham.. mungkin kerana saya sedang demam... nanti saya mentelaah..
hebat jgk dia berdangdut ye
tergelak-gelak aku bace ni..
gile la-
aku marah, aku marah!..grr
huhu..gila terus... uhu
astina: hahaha..sila fahamkan.=)
capa: nak join? =p
ubi: masalah ko ni..kejap gelak kejap marah.lol
gurl: siaannnnn dia..=p
kalo aku join..pengsan dibuatnya
Post a Comment