Tuesday, March 29, 2011

Jamil dan Koleksi Miniatur Kesayangannya.

Lokasi: SmallVille
Tahun: 2000

Peluh mula mengalir di dahi.Tangan tekun mengorek-ngorek pasir di halaman rumah.Panas bukan main.Namun,sebab spirit yang kental dan awesome habis,semua perasaan tu aku letak tepi.Dah siap ambil pasir,aku bergegas ke dapur.Nampaknya,air yang aku jerang tadi dah masak.

Aku ambil air panas tadi,aku siram dalam bekas pasir dengan penuh kasih sayang seperti mana seorang ibu yang sedang memandikan bayinya.Tujuanya,aku nak 'steril' pasir tu dari sebarang kotoran degil dan tak degil.

Dah rendam pasir tu dalam air panas,aku bilas dengan air sejuk beberapa kali sampai nampak bersih butir pasirnya.Bila tengok pasir tu halus yarabbi,teringin jugak nak simpan sikit untuk buat tayammum.Tapi,memandangkan SmallVille ada stok air bersih yang banyak,aku batalkan hasrat tersebut.

Selesai bilas pasir tadi,aku pegi jemur pulak di laman sampai kering.Bila pasir dah kering,terus pasir tadi jadi gebu.Kalah pasir kat pantai Sandy Beach di Langkawi.Lembut macam bedak pun ada aku rasa.Aku bangga dengan hasil pasir sebentar tadi.

Pasir dah siap.Aku letak pasir tadi dalam bekas tin coklat yang leper tu.Ala,bekas coklat yang selalu jual kat pasaraya tu lah.Jenis tinggi 2 inci,panjang 8 inci dan lebar 5 inci.Dah letak pasir dalam bekas tu,aku bentukkan pasir tadi mirip seperti padang pasir.Buat bukit sekali.Realistik habis.Nak lagi awesome,aku dengan gigih siap letak pokok kering untuk landskap.

Bila dah puas hati dengan semua deko tersebut,aku letakkan watak utama dalam landskap tadi.Watak utama tersebut merupakan sebuah model miniatur kereta kebal.Dekat 2 jam jugak aku pasang model kereta kebal tersebut.Dari kepingan-kepingan halus,terus bertukar kepada sebuah kereta kebal yang hensem.Nak lagi badabom,dalam model tersebut siap ada motor dan bateri.Maknanya,model tersebut juga boleh bergerak.

Awesome.

Aku menikmati miniatur kereta kebal yang aku buat tadi dengan penuh terharu.Memang realistik habis lah.Muka puas.Ok,bagi yang masih blur apa itu miniatur kereta kebal,boleh KLIK DI SINI dan juga DI SINI untuk contoh rujukan.

Jadi,setelah puas bermain,aku letak miniatur aku tadi di atas almari dalam bilik aku.Posing baekkk punya.Aku tak boleh lama-lama.Hari dah nak petang.Aku kena berkemas dan balik ke asrama semula.Kalau lambat bergerak,nanti awek-awek asrama sekolah lain kat stesen bas Smallville semua akan hilang.Aku bukan apa,cuma,aku tak suka mengecewakan mereka.Bukan senang mereka semua nak nampak mamalia kacak macam aku selalu.Kan?

Jadi,setelah muah muah pada model miniatur,salam mak bapak,aku terus ke asrama dengan bas.Pintu bilik aku kunci kemas-kemas dan kunci bilik pulak,aku bawak ke asrama.Risau adik aku masuk bilik.Kang habis rosak miniatur aku.



*********** setelah 2 minggu ***********



Aku tiba di rumah semula dari asrama.Salam mak bapak.Dah setel,aku terus ke bilik aku di tingkat atas.Aku buka pintu bilik.Hati berdebar.Rindu kepada miniatur begitu menebal.Dari pintu bilik,aku nampak miniatur aku kemas di tempatnya.Rasa bahagia habis.

Aku letak beg.Aku hampiri miniatur aku sambil tersenyum.

Namun,senyuman aku tidak lama.

Kelihatan taik kucing yang sudah kering tersemat kemas di dalam pasir gebu miniatur aku.Aku pandang tingkap,nampaknya ada kesan bukaan sedikit.Serta-merta aku terus terbayang betapa nikmatnya kucing tersebut melepas dalam pasir super gebu yang aku khaskan untuk miniatur aku.














Madafaka.



Friday, March 25, 2011

Brad Pitt dalam "Sleepers"

Cerita Brad Pitt yang satu ni,memang cerita kegemaran aku.Twistnya sangat menarik.Cerita tahun 1996.Ada jugak Kevin Bacon, Billy Crudup, Robert De Niro.Semuanya masih muda.haha.Robert De Niro memang awesome.

Tonton lah DI SINI.

Brader unicorn bagi link ni.Macam-macam muvi adaaa..


(^_^)

Tuesday, March 22, 2011

Sesi Senaman Minda


Awas.Video ini bukan untuk tontonan bagi mereka yang:

1.Mudah pening.
2.Hati Pink.
3.Ibu-ibu mengandung yang gemar muntah merata-rata.
4.Ketahanan mental yang tidak ampuh.
5.Mereka yang tak boleh bukak youtube.



Ok.Ada sesiapa tahu muzik yang dimainkan ini apa judulnya? Tak kira la versi asal ke..versi apa ke.

Plis..pliss..




Menyesal

Tersilap pergi potong pendek rambut yang asalnya agak panjang.

Terus jadi terlalu hensem.

Benci.





Monday, March 21, 2011

Kesibukan Jamil yang awesome.

Ritual hidup aku sejak akhir-akhir ini amatlah memenatkan.Bangun pukul 6 pagi,mandi2,subuh,bersiap dan terus antar bini ke maktab.Lepas antar ke maktab,aku terus ke pejabat.Petang,lepas kerja,amik bini di tren,lepas tu hantar bini ke rumah.Sampai rumah,dah dekat magrib.Lepas makan dengan magrib kat rumah,sambung ke pejabat.Dalam jam 10-11 malam,baru sampai rumah.

Bila aku sampai di rumah,aku selalu buka pintu dapur,dan tengok tanah kat belakang rumah aku.Pokok serai dah mengembang biak.Hampir jadi serumpun.Pokok kunyit subur.Pokok Kesum pun bukan main lagi membiak.Ini semua tidak lain tidak bukan sebab cuaca yang kerap hujan.

Syukur.

Yang tak berapa nak sedapnya,rumput dan pokok menjalar semua tumpang sekaki.Semak habis dibuatnya.Sebelum ni,belakang rumah aku dah macam taman,sekarang dah bertukar jadi taman negara.Semak habis.

Disebabkan aku kerja non stop sampai weekend pun kerja jugak kadang-kadang,jadi,aku hanya sempat cover tanah kat depan rumah aku ja.Balik kerja,kalau nampak rumput yang dah tinggi,aku cabut dengan tangan.Tanah belakang rumah? Memang tak sempat.

Jumaat lepas mak dengan bapak aku datang tido kat rumah.Aku dah cemas mengenangkan belakang rumah yang agak semak.Jadi,perancangan aku,awal pagi sabtu tu,aku dengan pantas akan tebas segala rumput-rumput nakal yang tumbuh meliar.

Pagi sabtu tiba akhirnya.Lepas subuh,aku bantai tido.Apa gila nak menebas gelap-gelap.Nak rajin pun kena bertempat jugak.Tak boleh nak gigih sangat,nanti nampak 'pulun sangat' orang kata.

Setelah melelapkan mata dengan sukatan yang mencukupi,aku terjaga.Misi harus diteruskan walaupun badan rasa penat yarabbi.Jadi,selepas cuci muka comel-comel dalam bilik air,aku bergegas turun untuk menyelesaikan dendam kesumat dengan rumput dan semak-samun di belakang rumah.

Tiba di dapur,aku buka pintu belakang.

Terkesima.

Kelihatan semak-samun yang subur sebelum ini sudah hilang.Yang kelihatan hanya tanah merah yang cerah dari sebarang tumbuh-tumbuhan.Semut yang berkeliaran atas tanah pun nampak rungsing sebab tak ada tempat untuk berlindung dan berteduh.Maklumlah,semut tak ada payung stylo macam geng-geng gothic kat Time Square.

"Mak tolong cangkulkan pagi tadi...." ujar mak aku bersahaja dari ruang tamu.

Menambahkan lagi keterkesimaan aku,mak aku siap tanam pokok kunyit sebaris panjang.Lepas tanam pokok kunyit,beliau tanam pulak pokok serai.Baeeek punya finishing.Macam nak perli pun ada.Pokok serai dan kunyit tu,boleh dikatakan simbolik kepada tanda "mom was here!".

Mengikut akal logik aku,kalau tanah lebih kurang 17.5 meter persegi belakang rumah pun tak terjaga,macam mana nak wariskan tanah yang berekar-ekar yang jauh dari rumah kepada aku?















Disebabkan dah tak tahu nak letak kat mana muka ni,aku cabut perlahan-lahan muka aku.Dah siap cabut,aku letak dalam mangkuk tandas.

Dengan tabah,aku flush laju-laju.


Thursday, March 17, 2011

Kehairanan

Kenapa van yang membawa budak sekolah ditulis "BAS SEKOLAH"?

Hilang akal ke apa?



Tuesday, March 15, 2011

Hati berdebar-debar...Speechless abes!


Sedap betul bacaan adik Mohammed taha al-junayd ni.


Cerita Ombak,cuaca dan Nasi Lemak 50 sen



"Apa Kris cakap." soal Nora Danish setelah terdampat di 'pulau'.

"Dia tak dapat datang arini.Esok baru boleh datang.Pasal...cuaca tak berapa elok." jawab Farid Kamil.

Dan di belakang Farid Kamil dan Nora Danish,kelihatan cuaca....laut....nampak begitu tenang.

LOL.





Eddikted dengan The Sun's Gone Dim


Lagu ni adalah soundtrack kepada cerita Battle Los Angeles yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang.Mungkin esok atau lusa aku akan pegi tonton.

Bagi aku,lagu ini sangat 'gloomy' dan kena dengan mood aku hari ni.Lagu ini juga 'masuk' dengan trailer cerita Battle Los Angeles.Unik.

Lagu ini hanya mempunyai 2 baris lirik yang diulang 2 kali.Itu sahaja.

Demmit.

"The Sun's Gone Dim... And The Sky's... Turned Black...
Cause I Loved Her... And She Didn't Love Back...


Muziknya yang membuatkan ia lekat dalam kepala aku.


Monday, March 14, 2011

Ismail Kalahari

Ismail Kalahari duduk bersendirian di dalam bilik pejabatnya.Tugas sebagai bos amatlah berat.Pelbagai tugas perlu dilakukan untuk membolehkan syarikatnya bergerak lancar.Selaku individu yang bertanggungjawab,Ismail Kalahari cuba menjalankan tugasnya dengan baik.

Tiba-tiba kelihatan Jaslina berjalan laju keluar dari pintu lif.Langkahnya deras.Pintu utama pejabat dibuka dengan keras.Setelah melepasi pintu utama pejabat,Jaslina berjalan terus menuju ke arah bilik pejabat Ismail Kalahari.Mukanya ketat.Seperti menyimpan dendam.

Jaslina seperti yang diketahui,merupakan isteri kepada Ismail Kalahari.Orangnya cantik dan mantap.Seorang fresh graduate yang baru berkahwin dengan Ismail Kalahari.Manakala,Ismail Kalahari pula,sudah berumur lewat 30-an.Ramai orang dalam pejabat tersebut berkata,Jaslina berkahwin,hanya disebabkan harta Ismail Kalahari yang berjuta-juta.

Bila tiba di depan pintu pejabat Ismail Kalahari,Jaslina mula menyinga.

"Kenapa abang buat Jas macam ni!!!!" jerit Jaslina tanpa mempedulikan kakitangan sekeliling.

BAMMMMM!!!! Pintu pejabat Ismail Kalahari ditutup dengan kuat.















Ha.Yang tengah dok buat keja tu,pegi sambung buat keja.Yang tengah study pulak,pegi sambung study.Yang suri rumah dok kemas rumah tadi,pegi sambung mengemas balik.

Jangan dok sibuk nak jaga tepi kain orang sangat.



Friday, March 11, 2011

Massive Earthquake in Japan / Gempa Bumi Di Jepun




Tadi,ternampak kat wall FB vovin sebut pasal bencana yang melanda Jepun kejap tadi.Lepas tu aku terus cari dalam google apa yang sedang berlaku kat Jepun.

Semoga selamat-selamat saja mereka di sana.

7.9 skala richter.Siap dengan tsunami 10 meter.Dasat tu.




Halim Komando dan Razali Besi

TEBABOMMMMMM !!!! bunyi bom meletup.Tanah bergegar.Pendengaran terjejas.Semuanya menjadi kabur.

Halim Komando tercampak ke dalam kubu.Di sebelahnya,ada Razali Besi.Hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam kubu tersebut.

"Celaka.Main bom pulak diorang ni.Banyak lagi peluru yang kita ada?" soal Razali Besi kepada Halim Komando yang terbaring.Halim Komando yang tercampak tadi,perlahan-lahan bangun.
"Banyak lagi." balas Halim Komando lemah sambil membelek-belek beberapa senjata yang masih boleh digunakan.

"Senjata apa yang boleh digunakan lagi?" tanya Razali Besi memandangkan kubu mereka telah dibom.
"Ada satu lagi senapang.Dua pistol.Tapi pistol ni aku nak guna.Kau amik yang satu lagi." balas Halim Komando sambil memegang senapang dan pistol.Bersedia untuk membalas serangan semula.Serius betul suasana.

"Senapang aku ok lagi ni.Ha,bagi kat aku pistol yang satu lagi." pinta Razali Besi sambil memerhatikan keadaan di luar kubu.Matanya meliar.
"Nah.Ambik...tapi pistol air ja lah yang ada.." balas Halim Komando tenang sambil membuka zip seluarnya.Muka Halim Komando maintain serius memandang ke arah luar kubu.

Razali Besi perlahan-lahan menyandar semula di dinding kubu.Beliau betul-betul tidak faham apajadah gurauan yang Halim Komando cuba lakukan ketika mereka berada di dalam keadaan genting tersebut.

"Aserehe..ha..rehe..." tiba-tiba Halim Komando bernyanyi riang.











"Kuat jugak bom tu meletup sebelah dia tadi......Gamaknya." bisik Razali Besi sendirian.

Mamat ni Memang A


Di kala situasi super maha bosan macam sekarang,sedap jugak melayan video-video pelajar luar negara macam ni.Walaupun dah tengok dulu,tapi,tengok sekali lagi pun tadahal lah.Idea segar tu yang sedap.Aku suka mimik muka,editing dan bunyi background yang diketengahkan oleh beliau.

Tiga lagi video beliau yang aku rekemenkan.






Impian Teragung Jamil Yang Tidak Berjaya Ditunaikan.

Aku hanya terbayangkan satu impian yang aku tak sempat buat masa bujang dan aku pasti,kemungkinan besar tidak akan boleh ditunaikan lagi.

Impian aku,aku akan kumpul duit banyak-banyak untuk hidup selama setahun.Kemudian,dalam tempoh setahun tu,aku akan buat satu menda yang dah lama aku idamkan.

Well,dalam setahun,ada 52 minggu kan?Dan,aku akan bekerja dengan 52 jenis pekerjaan yang aku listkan dalam kertas.Ala-ala list macam dalam cerita gampang "My Name Is Earl".

Jadi,setiap pekerjaan yang akan aku mohon,aku hanya akan bekerja selama seminggu sahaja.Cukup untuk aku rasai pelbagai pengalaman pada masa tersebut.Seminggu ok la.Tak lama,tak sekejap.Life is short rite? Dan,masa bekerja tu,aku akan sediakan form.Bila habis seminggu aku bekerja,majikan akan cop tanda pengesahan di borang tersebut.Bayangkan 52 cop bila cukup setahun.Berapa ramai yang aku kenal? Berapa jenis tempat aku kena pergi? Berapa jenis cabaran aku akan hadapi? Freaking awesomeeee!!

Kerja yang aku akan apply? Hoh.Macam-macam.Angkut sampah,pemandu teksi,cuci bangunan,nelayan,pekerja hotel,kerja ladang sawit atau getah...u named it! Senang cerita,memang travel satu negara lah.Dan aku rasa,jika diterangkan secara betul-betul misi aku tu kepada majikan yang aku akan apply,mesti depa sokong.Yeah.Aku akan rekodkan perjalanan kerja aku samada dalam bentuk video atau tulisan.Sapa tak nak extra worker dalam seminggu kan? Hahaha..

Mungkin setelah cukup setahun,aku akan publish satu website khusus untuk menceritakan pengalaman aku sambil mempromosikan syarikat atau majikan yang telah menerima aku untuk bekerja dengan mereka dalam tempoh proses tersebut.

"Mamalia dengan 52 pekerjaan dalam setahun" begitulah mungkin tajuk cerita aku.

Setelah siap perjalanan aku dalam setahun tersebut,aku akan duduk di satu sudut yang tenang,lunjurkan kaki,diiringi pula dengan lagu Jason Mraz berjudul i'm yours yang dipasang perlahan-lahan,dan sambil tersenyum puas,aku akan menyebut..


"Aweesomeee!!!".





P/S:Bayangkan tebal resume aku lepas tu.Bahahahahahahahahaha!

Thursday, March 10, 2011

Status 15


Selama ni,aku layan lagu "Meet Me Halfway" tanpa bosan.Memang lagu yang terbaik ditambah dengan video klip yang "...WTF!! beliau tunggang gajah yang stylo di atas planet yang asing.".

Sekarang,layan lagu mereka yang berjudul The Time pulak.

Muzik dia pada saat ke 10,rasa macam mirip muzik tv pendidikan masa aku sekolah rendah dulu.

Hahaha...unik!


Mercedes bapak Zarif Rashdan

Zarif Rashdan menjilat-jilat aiskrim di tangannya.Matahari memancar terik.Kelihatan budak-budak sekolah yang lain menderu-deru melintas jalan.Hari persekolahan yang agak membosankan bagi Zarif Rashdan.Tambah bosan,bila menunggu kedatangan bapaknya untuk menjemputnya pulang ke rumah.Kalau tahu lambat macam ni,naik bas lagi mudah.

Disebelahnya,Kamil Zakuan.Budak kelas sebelah Zarif Rashdan yang paling kerek.Kadangkala jadi samseng sekolah.Di sebelah Kamil Zakuan,ada Sharif Debab.Mereka bertiga menjilat aiskrim dengan tekun dan penuh dengan penghayatan.Sambil pekena asikrim,sedikit demi sedikit Kamil Zakuan, dan Sharif Debab menghampiri Zarif Rashdan.

"Honda City tu,macam kereta ayah aku.Kereta ayah aku tu,kalau pecut kat Highway,sedap gila.Rasa macam naik kapal terbang." Kamil Zakuan memulakan cerita setelah melihat sebuah Honda City melepasi mereka.Cerita nak 'up' diri sendiri.

"Kereta Camry ayah aku pun.Kalau nak elak lembu melintas tu,memang takda masalah."Sharif Debab tak nak kalah.

"Mercedes yang bapak aku bawak semalam lagi sempoi." balas Zarif Rashdan secara tiba-tiba.

"Eh..jangan nak tipu la Arip.Kat kampung ni,ketua kampung ja yang pakai mercedes.Tu pun orang kata sebab dia dapat projek balak.Rasuah sana sini.Orang dewasa yang jahat.Oh ya..lupa pulak.Kereta proton ayah ko mana boleh lawan kereta ayah kami." balas Kamil Zakuan sambil disokong oleh Sharif Debab.

"Aku cakap betul la! Bapak aku baru dapat semalam." Tegas Zarif Rashdan.

"Tipu.Ko jangan nak cakap ko lekat ke,lukis ke logo mercedes tu kat kereta bapak ko.Jangan nak buat kelakar." balas Kamil Zakuan lagi.

"Betul! Aku tak tipu.Dengar la aku cerita habis dulu..." Tegas Zarif Rashdan.

"Ah..aku tak percaya..Tipu!!!!" bentak Kamil Zakuan sambil lompat-lompat geram.Mana boleh orang lain lebih dari dia.Walaupun baru darjah empat,darjat mesti tinggi.Baru boleh mengorat anak Ustazah Zabedah yang comel yarabbi tu.Sharif Debab buat-buat muka ganas.

"Ok la.Kalau aku tipu,aku datang sekolah,aku pakai kasut tali pink.Pipi aku merahkan bulat-bulat.Aku buat semua tu untuk satu minggu." balas Zarif Rashdan.Sambil menjilat aiskrim.

"Hahaha.Cantik! Kalau ko tak tipu,biar aku ja yang pakai macam tu kat sekolah satu minggu.Malam ni jugak aku warnakan tali kasut aku warna pink.hahaha..Ini Kamil Zakuan la.Tak pernah mungkir janji." gelak Kamil Zakuan penuh comel.Sharif Debab selaku tukang bodek,buat-buat gelak sama.

"Ok.Aku pegang janji ko.Ha.Tu bapak aku dah sampai." balas Zarif Rashdan penuh ceria.

Zarif Rashdan berlari-lari riang menuju ke arah bapaknya.Zarif Rashdan tidak terus masuk ke dalam kenderaan bapaknya.Sebaliknya,Zarif Rashdan terus menuju ke arah hadapan bumper kenderaan bapaknya.Dengan bangga,Zarif Rashdan menunjukkan jarinya ke arah logo Mercedes yang terpampang indah.Memang jelas kelihatan.

Tidak cukup dengan logo,Zarif Rashdan menunjukkan pula tulisan Mercedes pada bucu kiri kenderaan.

"Ha...Zarif.Cepat masuk.Buat apa tu.Bapak nak cepat ni." laung bapak Zarif dari dalam kenderaan.

Dengan patuh,Zarif Rashdan terus masuk.Sebelum bergerak,Zarif Rashdan buka tingkap dan memandang tajam ke arah Kamil Zakuan dan Sharif Debab.

"Esok jangan lupa..tali kasut warna pink,pipi merah." laung Zarif Rashdan sambil tersenyum puas.











"CISSS...CISSS...CISSS...!!" bunyi brek angin dilepaskan.

Treler kontena berperisa Mercedes Benz yang dipandu bapak Zarif Rashdan beransur-ansur beredar dari depan sekolah.Meninggalkan Kamil Zakuan dan Sharif Debab yang tergamam.

Kamil Zakuan menundukkan muka ke tanah.Dia mula memikirkan apakah alasan paling hensem untuk ponteng sekolah besok.Kalau datang jugak dengan kasut tali pink,macam mana dia nak mengorat anak Ustazah Zabedah? Macam mana nak jadi pembuli sekolah yang berjaya kalau pakai mekap pipi merah? Jangan kata seminggu,sehari pun cukup seksa dah nak pakai macam tu.

Satu lagi faktor yang membuatkan Kamil Zakuan bertambah seram sejuk ialah,beliau risau dingorat oleh Din Lembut,seorang senior darjah 6 yang diketahui sangat gatal dengan budak-budak lelaki muda.

Sharif Debab membuat tarian shuffle dengan harapan Kamil Zakuan akan terhibur.













Sharif Debab ditampar Kamil Zakuan.

Tuesday, March 8, 2011

Rempitan Maut Fatamorgana Asma

Lokasi: SmallVille
Tahun: 2004

Dah siap hensem-hensem,aku amik wallet,kunci motor,dan handphone.Dah lengkap semua,aku berjalan penuh bergaya menuju ke arah Kriss Evo.Musim cuti semester memang panjang.Sempat aku bawak balik motor aku dari Melaka ke kedah.

Dah keluar dari pintu rumah,kelihatan Kriss Evo tersergam indah di hadapan.Baru basuh la katakan.Kalau bawak balik kampung,motor kena la berkilat.Bukan apa,awek-awek mudah tertarik dengan motor yang bersih dan berkilat.

Motor yang bersih dan berkilat melambangkan peribadi tuan motor yang pembersih.Nampak? Tapi,jangan la pakai fakta ni untuk brader-brader yang bawak lori sampah.Boleh kena tibai nanti.

Ok.Masa korang baca habis perenggan yang last tu,aku dah ada atas motor dah.Bukan setakat ada atas motor,malah tengah sedap pecut ke pekan berhampiran.Nak tunggu korang baca,lambat sangat,jadi,aku pecut dulu.

Tak apa kan?

Masa tengah sedap pecut tu,jarum meter Kriss Evo mencanak naik.Tu diaa...tak sia-sia aku buang kotoran pada rantai motor tadi.Baru la sprocket 'menangkap' sikit pada rantai,lantas tidak membazirkan kuasa enjin yang sedang padu dikeluarkan.

Jarum meter dah cecah 110km/j.Berdebar.

Jarum meter tetiba cecah 140km/j. Tergamam.Angin menderu-deru laju.Tak pernah cecah 140km/j sebelum ni.Tu pun jarum meter tengah naik lagi tu.Hati bertambah berdebar.Tak sangka,baru overhaul,terus enjin motor aku power.Baekkk punya setting.

Jarum meter semakin naik.Serta merta pemandangan kiri kanan jadi kabur sebab laju sangat.Aku cuma fokus ke depan,dan,ke arah jarum meter motor.Jarum meter semakin naik ke tahap maksimum.Aku dongak ke atas,kapal terbang yang aku nampak kat atas tadi,dah ada kat belakang aku dah.Laju betul motor aku.

Kat belah kiri aku,ada seekor burung layang-layang yang penuh ego sedang berpeluh cuba bersaing dengan aku.Malangnya,beliau tidak mampu dan terus mengalah sambil buat-buat berhenti nak pegi minum air di lopak tepi jalan.

Aku hanya tersenyum.

Jarum meter terus naik.Berdebar.

Jarum meter naik lagi.Lagi berdebar.

Jarum meter bergoyang-goyang.

Jarum meter tertanggal dari meter.











Asam jawa!

Jarum meter longgar rupanya.Patut la mudah sangat cecah 150km/j.

Benci.



Monday, March 7, 2011

Petang Yang Tenang 11

Bangun dari kerusi.Berjalan terus ke tandas.Buka pintu utama tandas.Masuk.Pandang cermin.Seperti biasa,terkejut sebentar dengan kehenseman diri sendiri dari dalam cermin.

Setelah selesai terkejut,aku terus masuk ke dalam tandas.

Buka pintu.Masuk.Tutup pintu.Kunci.Buka seluar.Gantung seluar pada pintu.Berdiri di hadapan mangkuk tandas.

Terdiam.

Jap! Seingat-ingat aku,seingat-ingat aku lah kan.Tadi,aku nak buang air kecil ja masa datang ke tandas tadi.

Jadi,sekarang,kenapa aku berada dalam keadaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata ni?

Jenis bergurau dengan diri sediri macam ni yang aku tak gemar sangat ni.






Bukan apa,seksi-seksi macam ni,I mudah malu dengan mangkuk tandas.

Auw!


Saturday, March 5, 2011

Kemunculan Semula Kriss Evo

Sudah agak lama Kriss Evo tak muncul dalam blog ni.Kriss evo,aku letak kat rumah bujang aku.Kat sana,ada orang yang menjaganya dengan penuh kasih sayang.Kalau aku bawak ke rumah aku,memang agak terbiar lah,sebab dah ada dah sebijik motor lagi.Dari biar tak pakai,baik aku letak sana.Koman-koman ada orang tolong tengokkan dan manfaatkannya dengan baik.

Ya.Aku memang sayang Kriss Evo aku.Terlalu banyak kenangan aku dengan motor tu.Aku dah berikrar,sampai mati aku tak akan jual.Kriss Evo terlalu banyak berkongsi rahsia dengan aku.Dah nak jadi soulmate aku dah.Cuma,dia sekadar mesin,dan,aku pula hanyalah manusia kacak yang berakal serta bijak dan cerdas juga pintar.

Cukup di situ puji-pujian untuk aku.Buat susah-susah ja korang nak sebut satu-satu.

Kriss Evo tu,aku nak wariskan kepada anak lelaki aku sambil berkata "Ayah dah pernah pusing satu semenanjung dengan motor ni dalam masa 5 hari pada konvoi tahun 2005 yang bloody awesome." Ya,sesiapa budak-budak U seluruh Malaysia tahun 2005 yang menjemput konvoi 40 motor cub dari UTEM,aku ucapkan terima kasih. =) Ya,aku berada di kalangan mereka yang konvoi pada hari tersebut. Eh,2005 ke 2004 ha? Hahahaha..

Mau tak sayang Kriss Evo tu,sejak tahun 2001 lagi aku bersama dengan dia.Kira tgk dah berapa tahun.

Pagi ni,aku singgah rumah bujang aku kejap.Betul.Kriss Evo aku memang dijaga dengan teliti.Motor ini dijaga dan digunakan oleh Brader Unicorn dan Brader Macho Man.Tempat kerja mereka yang dekat dengan rumah,memang praktikal habislah guna motor.Tak macam aku,jauh bebeno nak pegi kalau dengan motor.

Semalam,brader Unicorn dah tolong tukar sport rim,tukar minyak,break pad dan sebagainya.Terima kasih banyak-banyak la ye.Ha,hangpa tengok tu,tu baru motor,macam mana la kalau beliau jaga bini.Dah le hensem,kacak,baik hati,single trang tang tang,malah,kereta beliau juga terjaga rapi.Berkilat selalu.

Hahaha...orang dah buat baik,kita kena puji.Dak gitu unicorn?









Aku buka pintu rumah.Nak balik ke rumah aku pulak.Jadi,aku amik masa berbual dengan Kriss Evo sebentar.


"Waa..dah ada rim baru ye ko.Amacam? Best?" soal aku sambil buat muka paling manis.

"Aku tak kenal kau." balas Kriss Evo tegas.Serius.











Dah pandai bergurau kasar nampaknya Kriss Evo sekarang ni.

Air mata aku berjurai keluar.







Memperkenalkannn.....Kriss Evo.Warna maintain biru sejak beli tahun 2001.Dulu,ekzos dia..keluar api biru.

Sekarang,dah bersara.

Friday, March 4, 2011

Karim Hamzah

Karim Hamzah memandu perlahan-lahan kenderaannya.Hajat di hati,nak singgah pekena teh di gerai Limah Ayu di hujung simpang.Bila dah penat-penat bekerja,memang sedap dapat pekena teh sambil melepak dengan kawan-kawan.

Tiba di hujung simpang,kelihatan Mail Gigil dan Khamis Ahmad sedang tersenyum-senyum memandangnya sambil mengangkat tangan.Karim Hamzah parking kenderaan perlahan-lahan di tepi gerai Limah Ayu.

Selesai parking,Karim Hamzah duduk bersama Mail Gigil dan Khamis Ahmad.Air teh dipesan.Limah Ayu menerima pesanan tersebut dengan penuh senyuman.Itulah senjatanya untuk mengekalkan pelanggan.Senyum yang tidak lekang dan kualiti air dan makanan yang 'awesome' berserta pakaian kebaya ketat.

Pakej yang sukar digugat oleh Pakcik Ali yang juga membuka gerai di hujung simpang yang satu lagi dengan harapan untuk merampas pelanggan Limah Ayu.

Apa gila Pakcik Ali nak pakai baju kebaya?

Ok.Cerita kita berbalik kepada tiga sahabat tadi.Air teh yang dipesan telah tiba.Mereka bertiga menghirup air dengan penuh nikmat.

"Karim...aku heran la dengan ko ni.Cuba ko tengok tu.Berselut sana sini.Calar sana-sini.Pastu,ko tengok kereta aku pulak.Bersih.Berkilat." Khamis Ahmad memulakan bicara.
"Dah.Jangan nak mula." Karim Hamzah.

"Ye la..no plet kita,dua-dua sama.Mula dengan WTF.Beli pada masa yang sama.Macam mana kereta aku berkilat.Yang ko pulak tak berkilat." sambung Khamis Ahmad.
"Betul tu.Kome bedua ni,dah ada kenderaan,jaga la elok-elok." Mail Gigil mencelah sambil tersenyum-senyum.Cuba jadi batu api.

"Kita,sebagai lelaki,kena jaga kenderaan kita ni Karim.Menda nak pakai lama." Khamis Ahmad cuba mencucuk lagi.Karim Hamzah sudah rimas.Dua bulan lepas pun dah kena sound macam ni.Apa tak ada modal lain ke nak melawak.Rimas betul.

"Bawak-bawak la pegi basuh.Bagi berkilat sikit.Malu aih orang tengok ke hulu-hilir kotor macam ni.Ko tengok macam Saga aku tu.Berkelip-kelip!" Khamis Ahmad cucuk jarum lagi.
"Dah..dah...aku gedumbek jugak kamu ni kang." balas Karim Hamzah sambil kunyah karipap.

"Karim,bawak la kenderaan ko tu ke pekan.Pegi le pasang spoiler ke,skirting ke,audio bum-bam-bum-bam ke,ekzos letup-letup ke,baru la sedap sikit nengoknya." Khamis Ahmad seronok betul menyucuk Karim Hamzah.

Sepi.

Karim Hamzah meneguk air perlahan-lahan.Selepas meneguk air,Karim Hamzah berjalan menuju ke arah kenderaannya.Khamis Ahmad dan Mail Gigil kehairanan.Takkan usik sikit dah 'tacing'.Setahu mereka,Karim Hamzah kental orangnya.

Karim Hamzah masuk ke dalam kenderaannya.Enjin dihidupkan.Khamis Ahmad semakin tak sedap hati.Karim Hamzah menggerakkan kenderaannya ke sebelah kereta Saga kesayangan Khamis Ahmad.

"Khamis...ko nak tengok aku putuskan kereta Saga berkilat ko ni jadi dua bahagian tak? Tak pun,aku lenyek-lenyekkan jadi macam inti karipap yang aku makan tadi tu. Ooo...pandai kau suruh aku pasang spoiler yeeee,audio la..ekzos la..apa laaa......" jerit Karim Hamzah dari dalam 'Bulldozernya' sambil mengacah-ngacah bahagian penyodok ke arah kereta Khamis Ahmad.

Gurau kasar.











Khamis Ahmad cuba berlagak tenang.

Namun..kelihatan peluh cemas mengalir laju di lehernya.


Kemunculan semula Selamah

Ok.Beberapa hari dulu,aku ada cakap sorang membe aku hilang blog dia secara misteri.Kepada yang follow blog dia dari blog aku ni,ni link terbaru beliau.


Amik kau.Marah bebeno kat blogspot yang hilangkan blog beliau sampai terus beli domain sendiri.

Hahahaha.


Thursday, March 3, 2011

Pagi-pagi dah buat hal.

Aku memandu dengan penuh rilek.Memang santai habis.

Di hadapan ada lampu isyarat.Lampu isyarat bertukar merah.

Jalan ada 4 lorong.Aku mula memilih lorong yang sesuai dengan aku.Di hadapan aku,kelihatan ada bas penumpang,lori barang,bas mini sekolah dan bas sekolah biasa.Kenderaan seperti ini,memang diketahui mempunyai pick-up yang maha meleret jika dibandingkan dengan PS aku.

Yang membuatkan situasi lebih menarik,di lorong kiri sekali,bas penumpang berada paling di hadapan.Di lorong kedua,lori barang juga berada di posisi paling hadapan.Di lorong ketiga,bas mini sekolah berada di hadapan juga.Tak nak kalah jugak bas mini tu.Dan,di lorong yang kanan sekali,juga masih posisi yang paling hadapan,ada bas sekolah yang 'ok sikit' dari bas mini.

Ok.Bayangkan.Kenderaan maha meleret ini semua,berada di barisan paling hadapan,di keempat-empat lorong jalan yang maha sibuk.

Apakah natijahnya jika lampu isyarat bertukar hijau?

Yaaaa....pandai!

Habis tersangkut semua kereta kat belakang.Jadi,disebabkan aku ni samseng jalan raya parut kat muka kiri kanan,aku pecut dan cilok semua kenderaan kat depan aku tadi.Bila dah pecut laju-laju ke depan,aku parking kereta tengah-tengah jalan.

Aku keluar,bawak senapang.Aku tembak semua pemandu lori barang,bas mini sekolah,bas sekolah dan bas penumpang.

Puas hati.









Tunggu berita malam ni.Mesti ada punya.

Wednesday, March 2, 2011

Temah Ligat

"Kau tau Esah.....Yah buka cerita 'dalam kelambu' dia kat aku semalam.Ko nak dengar?" Temah Ligat cuba mengumpan Esah untuk bergossip dan mengumpat di satu pagi yang indah.

"Eh.Baru petang semalam si Yah tu aku nampak beli alat penghalau nyamuk yang pakai karan tu.Dia tak pakai kelambu dah rasanya.Ni,cerita kelambu celah-celah mana pulak ni Temah?" balas Esah laju-laju.Takda kesian punya.


Terkesima.










Temah Ligat beransur-ansur pulang ke rumahnya.

Tuesday, March 1, 2011

I jas Wandering....

Tahun depan,bulan Februari sampai 29hb.Tahun ni cuma sampai 28hb sahaja.

Yang buat aku wandering sangat ni....wat will heppen if ada mamat atau minah yang lahir 29hb Feb?

Auwww....4 tahun sekali baru buleh sambut besday.Tunggu tahun lompat.Bila cecah 28hb,hati berdebar-debar nak terima hadiah,tapi bila check kalendar,besoknya dah masuk 1 haribulan March.Hahahaha...

Boleh melompat youu..!










I khen't bilivit.



Sahri dan Kamal

Sahri buat-buat bodoh.Matanya memandang tepat ke dinding tandas.Orang di sekelilingnya memandang.Walaupun Sahri buat-buat bodoh pada tahap maksimum,hatinya sedikit sebanyak bergejolak dengan keadaan dan situasi tersebut.

Selesai melepaskan hajat,tanpa membuang masa,Sahri berjalan laju menuju ke luar tandas.Mata-mata masih memerhati.Sahri mula bengang.Kemudian rasa tensen.Dah rasa tensen,Sahri mula nak menangis.

"Dah..jangan buat perangai manja kat sini." tegur Kamal dari belakang.
"Aku segan.Malu pun ada." balas Sahri.

Mereka berdua duduk di atas kerusi di dalam kompleks membeli-belah tersebut.Sahri kekal merenung lantai.Kamal mengambil posisi untuk memujuk Sahri.

"Sherry...U tak patut tau kencing berdiri tadi.Kita kan dah jadi ladies.Beradab la sikit.Nanti lepas operation tukar jantina you nanti,you tak boleh kencing berdiri lagi tau." Kamal cuba membetulkan kesalahan perlakuan Sahri tadi mengikut tatasusila adab-sopan nyah-nyah sedunia.

"Abis tu,dah dalam tandas pompuan tadi ada tempat kencing berdiri.I guna lah.Dah biasa dulu.You senang la Camelia,you dah lama.I baru je masuk dalam situasi ni.I tertekan.I kompius.I keliru.Auwww!" rengek Sahri kepada Kamal.

"Takpelah you..menda-menda ni ambil masa.Jom kita shopping." Kamal memberikan idea untuk melupakan kesedihan Sahri tadi.

"Tapi I malu bila pompuan-pompuan dalam tandas tadi pandang I macam tu." Sahri masih tak puas hati.

"Ahhh..sudah lah.Jom!" Dengus Kamal,tanda malas melayan kerenah Sahri lagi.

Mereka berdua berjalan tergedik-gedik menuju ke sebuah butik sambil menyanyikan lagu 'hey ladies'.







"Auww! Cantik baju tu nyahhh...."

Iklan Coklat-Cokli


Ok.Cik Imma kita ada buat coklat.Kalau sesapa nak pekena coklat ke,nak tempat untuk majlis hari jadi ke,kawin ke,bapak nak kawin lain ke,mak nak kawin lain ke,atau nak sedekah kepada penghulu kampung sebagai bodek,maka,sila klik pada gambar di atas untuk maklumat lanjut dan tak lanjut.Nak lagi maklumat yang terlanjut dan lanjut-lanjut,pegi ke blog beliau.Klik sini.

Sekian. =)