Thursday, September 30, 2010

Ayam Kampung 2

Aku duduk seperti biasa di pintu yang menghadap ke belakang rumah.Sambil lepak,aku tengok-tengok ke arah bukit belakang rumah yang dah kena tarah.Sedih.

Semakin kurang ahli kariah pokok dalam kampung aku nampaknya.Nasib baik populasi pokok rumput masih boleh diharap.

Nak harapkan populasi pokok strawberry...haram! Satu pun takda.

Sambil melepak,kelihatan segerombolan rombongan ayam melintas.Banyak jugak.Ada dalam berbelas ekor.Aku tak pasti pulak sama ada kumpulan ayam yang melintas depan aku ni geng MLM ayam atau cuma sekumpulan rakan sebaya ayam yang bersiar-siar menikmati keindahan kampung.

Biarkan.

Dalam kumpulan ayam tadi,macam biasa mesti ada sekor ayam jantan yang berkawal.Dia cuma memerhatikan ayam betina yang lain berkeliaran.Patut la brader yang kawal pelacur digelar bapak ayam.Memang dah sama dah peranan.Sebijik.Cuma bezanya,bapak ayam versi binatang jenis makan sorang.Bapak ayam versi manusia jenis menjual.

Lagipun,tak manis kalau bapak ayam versi binatang bertukar duit.Huduh jugak kalau dilihat.Celah mana dia nak simpan wallet.Celah kepak?

Sambil melihat gelagat ayam tadi,aku tersenyum memikirkan kejadian setahun lepas.

Aku dapat satu idea.


********** 30 saat kemudian **********


Di tangan aku ada sepinggan nasi putih panas lagi harum.

Aku genggam sekepal,dan terus lempar ke arah ayam tadi.Maka,tanpa membuang masa,ayam tadi menyerbu ke arah nasi tadi.Kelihatan ayam jantan dah tersengih-sengih.Sengih ada makna.Ayam betina dah dapat makan,maknanya dia pun akan dapat habuan.Licik jugak ayam jantan ni.

Sebagai syarat sosial kehidupan masyarakat ayam,ayam jantan tadi terus pergi buat kecoh di tengah-tengah kumpulan ayam betina yang sedang makan dengan isyarat "ini makanan aku,kalau nak makan,boleh,lepas makan..ehem....ehem".Begitulah isyaratnya selepas diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.

Ehem-ehem apa? Ah...pikir la sendiri.Takkan ajak buat kek pandan pulak kan.

Aku genggam sekepal lagi,aku lempar jauh sikit dari tempat tadi.Ayam betina yang lain serbu ke situ pula.Ayam jantan kelihatan cemas sedikit.Tanpa buang masa,ayam jantan tadi menyerbu ke tempat kedua sambil buat isyarat yang sama.

Aku genggam sekepal lagi.Aku lempar pulak ke tempat ketiga.Baki ayam betina menyerbu ke tempat ketiga pula.Kini,ada 3 tempat berasingan yang ada nasi.Ayam jantan semakin huru-hara.Tanpa membuang masa lagi,ayam jantan tadi terus menuju ke tempat ketiga sambil membuat isyarat yang sama.

Aku genggam nasi lagi.Aku lempar ke tempat pertama,kedua dan ketiga bergilir-gilir.Ayam betina makan dengan penuh riang-ria.

Ayam jantan?









Macam Road Runner bekejar ke sana-sini i tell youuuu....

Hahhahahahahahahahahaahhahahahahahahaha!

11 comments:

Ibah Abdullah said...

Ade-ade je idea ko ni... Ayam berak kapur..tu lah dia!

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

hahahahah!

orang panggil aku mun. said...

hahahahaha jamil,kau ceriakan pagi aku n kawan2ku!!mubarakko~~~!!

Ju@Lucky^Mummy said...

cian la ayam tu.. sakit jantung kang..

Amak Kongsi said...

jahat la mng.. mnyiksa ayam jantan tersebut

Unknown said...

ayam kampung memang sedap...nak pulak buat kari atau rendang. meletups..

noorafzan.blogspot.com said...

wakaka...
weh, kesian kat bapak ayam tu.
silap2 jap gi die pi serang hang pula.
punca nasi =)

Nerzhul said...

ko kene mintak maaf zahir dan batin kat ayam jantan tu. terseksa batin beliau. kahkahkah!!

brat2104 said...

haha.. pdn muka aym jntn tu

TAF World said...

"Sebagai syarat sosial kehidupan masyarakat ayam,ayam jantan tadi terus pergi buat kecoh di tengah-tengah kumpulan ayam betina yang sedang makan dengan isyarat "ini makanan aku,kalau nak makan,boleh,lepas makan..ehem....ehem".Begitulah isyaratnya selepas diterjemahkan dalam bahasa melayu."


ye.. hanya bapak ayam aje yg paham bahasa sosial kehidupan masyarakat ayam-ayam..

;-p

zulkoa said...

aku setuju W S R..:)