Tuesday, September 21, 2010

Sepetang Bersama Jamil

Membe aku kat BK4 datang hantar Kriss Evo.Dia pinjam kejap.Jadi aku kena hantar dia balik semula lah ke rumahnya.

Masa keluar tu,aku nampak kucing jiran macam tak tentu arah.Melilau ke sana ke mari bila tengok aku keluar.Ok....mungkin dia tengah lapar.Kesian.

Selesai hantar membe aku tadi,aku balik semula ke Puncak Jalil.Bila sampai kat ESSO puncak Jalil,tiba-tiba aku teringat kucing jiran yang kelaparan tadi.

Dah setel parking kereta semua,aku pun masuk ke dalam kedai ESSO tu.Masuk dan terus menuju ke arah mesin ATM.Setelah menepuk-nepuk mesin tersebut sampai terkeluar duit,aku terus menuju ke arah koleksi ayam panggang dalam cermin kaca.

Ada yang salut madu,ada yang percik dan ada yang black pepper.Nak pilih madu,manis sangat,kucing mungkin tak berkenan manis-manis ni.Nak amik black pepper,pedas sangat pulak.Sakit perut nanti susah.

Jadi aku amik ayam panggang perasa percik.Nak amik sekor,banyak sangat.Mahal lak tu.Aku pun bukan berduit sangat.Nak amik suku,sikit sangat.Aku tak nak buat perangai berebut dengan kucing.Huduh sangat kalau dilihat oleh malaikat pencatat amal.Jadi aku amik sebelah.Bak kata mat saleh...half.

****

Aku parking kereta perlahan-lahan di depan rumah.Kucing jiran yang gebu tadi mula tak tentu arah.Matanya meliar melihat aku.Serta merta gayanya berubah jadi manja.Aku amik surat khabar,duduk sebelah kucing tadi,buka ayam panggang dalam bekas dan cubit sikit isinya.Kucing tadi dah mengiau-ngiau.

Demmit...rasa macam bapak belikan makanan kat anak pulak.

Aku amik seketul,bahagian peha,letakkan atas surat khabar,dan melihat kucing tadi makan.Sebelah ketulan peha ayam tadi,ada secubit kecil isi ayam.

Kucing tadi gigit isi ayam yang kecil tanpa mempedulikan peha ayam besar yang aku dah letak atas surat khabar.Lepas makan isi ayam yang kecil tu,dia terus berlari riang dengan muka manis.Dah puas berlari,dia bantai tido atas simen tanpa mempedulikan aku bersama ayam panggang yang masih banyak.








Benda-benda yang melibatkan haiwan macam ni,memang kena sabar banyak-banyak.

Tapi...masa tu..ada jugak aku terbayang kucing tadi berenang-renang dalam air baldi yang sejuk.

11 comments:

Shafa said...

alololo... bagus2 jamil sebab sayang pada binatang..

zonaku said...

dia kesian kat ko...


dia makan sikit dah ler.. ko makan la yang lain... kang ko kata dia derhaka lak... makan x ingat kat orang

W. Hidney said...

mewah kucing tu makan ayam percik

terrarosa said...

kalu abang Jamil bagi , secubit rasa pom sudah cukup...
meeeeeowwwww.....

Anonymous said...

ko ade niat nak rendam kucen tu lam baldi ke?... ishhh tak baik woo.. dosa...

nerves said...

malaikat pencatat amal mula2 mesti hepi nak bg ko pahala..
tapi tetibe trbaca niat busuk ko las2 tu..
tetibe pahala pon jd sebelah.bak kata matsaleh...
half=p

Anonymous said...

walaupun orang ckp, bersedekah tangan kanan, tangan kiri tak tau. aku tetap terharu dengan cerita ni T_T

brat2104 said...

amik ayam tu, basuh, goreng dan mkn

~gUrL in pUrPle~ said...

may be kucingtu kesian kat tukang beli xdpt makan kot... xsggp nk makan peha ayamtu... =p

Anonymous said...

sekejam-kejam aku thadap kucing, aku rase ko lg kejam

Anie said...

setuju ngan brat.. cuci dan basuh.. tak elok membazir..

binkbink sy pun suke mandi air sejuk bab dulu dia asal afrika ;)