Monday, June 28, 2010

Ladang Tembikai Cina Ba

Lokasi: Kampung Smallville
Tahun: 1994

Pada satu petang,Pak Tam (nama membe aku sebab dia gelap) mencadangkan kami pergi ke Ladang Tembikai Cina Ba.Gila panjang nama tempat tu.Jadi aku singkatkan jadi LTCB.

Aku yang pada masa tersebut sedang bergaya macho atas basikal BMX a.k.a Airworlf mula memberikan perhatian.Memandangkan tembikai adalah antara buah kegemaran aku,kelenjar-kelenjar air liur mula nakal merembes air liur.Susah jugak nak cover.Sampai kena lap mulut.

Pak Tam tersengih-sengih.

"Jom la..cina Ba nak buang semua tembikai tu.Nak ganti tanam pokok tembakau.Dia suruh orang semua amik.Free ja." ujar Pak Tam.Mukanya berkilat dipanahi terik mentari.Panas-panas memang sedap pekena tembikai.

"Betul ke ni Pak Tam."
"Iyaa...betulllll !! Jom la!"

Dipendekkan cerita,kami membentuk satu kumpulan seramai 5 orang.Setelah menghidupkan alarm basikal,aku dan rakan-rakan berjalan kaki menuju ke LTCB.Sambil berjalan,aku mula terbayang buah tembikai yang manis dan berair bila dikunyah.

Aku tersenyum sendiri.

Akhirnya,setelah 10 minit meredah hutan,jerangkap samar,terserempak dengan Jacob sang serigala yang sesat dan tak boleh bertukar kepada manusia sebab seluar semua dah koyak serta beberapa halangan lain,kami akhirnya tiba di pinggir pagar LTCB.Ladangnya luas yarabbi.Buah tembikai bergelimpangan.Seluas mata memandang.Mata kami berlima bulat.Air liur berjurai keluar.

Terpesona.Terpana.Semua perasaan bercampur baur.

Tanpa membuang masa,kami berlima masuk celah-celah dawai pagar dan menerkam buah tembikai dengan rakus.Aku mengambil sebiji tembikai yang saiz dia kecil sikit dan tanpa membuang masa,aku karate buah tu dengan ibu jari sampai terbelah dua.Muka tersenyum.Aku pandang ke sebelah,kelihatan sorang membe aku dah benamkan mukanya dalam buah tembikai.Gila.

Aku duduk makan dengan sopan.Makan free.

Dah puas sebiji,mata aku melilau pulak cari sebiji lagi.Masa tu mata dah rambang.Banyak gila tembikai.Sekali tengok,dah macam pesta tembikai.Dua kali tengok,macam monyet-monyet menceroboh kebun pun ada.Seronok betul.Kalau sepah-sepah macam ni kat rumah,dah kena bedal dengan akak aku dah.Soheh.

"Woiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!" tiba-tiba bunyi satu suara yang keluar dari sebuah pondok.

Kelihatan seorang lelaki berlari-lari ke arah kami.Di tangannya ada senapang.Aku tengok Pak Tam dah berterabur lari.Masa lari tu,aku tengok kat tangan dia ada beberapa biji tembikai.Tak guna.Sempat lagi tu.Aku pun,segan jugak nak buang masa ni.Malas nak kutip balik kalau buang.Jadi aku pun lari jugak la.

Masing-masing berterabur lari melompat pagar.Kalau Jacob sang serigala tadi tengok mesti dia kagum sambil bertepuk tangan.Setelah berjaya dalam acara lompat pagar,kami berlari laju-laju menuju ke tempat selamat.

"Aku ingat boleh amik free..hahahaha.." gelak Pak Tam sambil kami berlari meninggalkan LTCB.Rasa macam nak terajang kepala dia masa tu.Tapi memandangkan kaki aku sibuk berlari masa tu,aku batalkan niat nak terajang.Pelik jugak terajang masa berlari,kang tergolek sia-sia ja.Nyaris jugak tak terkena peluru penabur tadi.







Petang tu,berlatarkan belakang sungai di belakang masjid,kami berlima mengunyah tembikai Ladang Cina Ba sambil mengalirkan air mata kenikmatan.

Seperti biasa,angin sepoi-sepoi bahasa.Burung-burung berkicauan.Ultraman berterbangan di sana sini.

Sempurna.

Bahagia.

6 comments:

jo said...

wah. masa zaman tu, ultraman dengan burung macam dah takde beza je..

Verdict said...

knp ladang cina Ba?

bi di mana?

Lazyf said...

Ba tuh Khinzir kah???

MuNie said...

hahhaha bongok. seb bek cter tipu kn?

StingRay said...

jo: masing-masing hidup dengan harmoni.haha

fiq: nama dia Ba sahaja.haha

lazyf:tak..nama orang.=p

munie: ni kisah benar lah.=p

zulkoa said...

kisah benar ke?jacob nga ultramen ade skali?..haha

seb bek kamen rider x menyibok..=P