Monday, June 7, 2010

Jamil oh Jamil.....

Lokasi: Pandan Indah
Tahun: 1995

Aku datang ke KL lagi.Kali ni aku lepak rumah akak aku kat Pandan Indah.Nak jadi cerita,adik ipar akak aku pun datang jugak.Nama dia kak Ina.Orangnya bujang lagi.Biasa la,dia pun nak jalan ke KL jugak.Walaupun aku hanya darjah 5 dan dia dah berbelas tahun umurnya,kami berbual mesra.

Aku bukan buleh sangat kalau terjumpa kancan cantik,mesti terus jadi organisma paling sopan.Jumpa Kak Lina dulu pun boleh jadi sasau.

Jadi,pada satu hari,selepas balik dari jalan-jalan,aku penat sangat.Mata dah rambang tengok mainan kat Sogo tadi.Sempat beli beberapa jenis mainan.Lepas beli mainan,aku main video game kat tingkat atas sekali kat Sogo tu pulak.Memang best.Siap ada game kapal terbang yang bila main seat dia buleh pusing 360 darjah.Tapi untuk 18 tahun ke atas sahaja.Aku kecewa bukan main. (masa tu,tingkat atas Sogo memang meriah,sekarang da kosong).

Bila balik,aku jadi terlalu penat.Lepas basuh2 badan dan tukar baju,aku terus landing atas tilam dekat ruang tamu dengan bersungguh-sungguh.

Terlena...

Sepi...



"Ha...tu dia!....tu dia!..." ujar aku sambil tangan menunjukkan ke siling ruang tamu.Suasana bening sekali.

Aku buka mata.

Kelihatan aku sedang berdiri dengan sebelah kaki atas kerusi meja makan.Sebelah kaki lagi pulak atas meja.Tangan aku masih menunjuk ke arah siling ruang tamu.Persis gaya macam penjajah.Gaya gampang aku sebentar tadi dilihat dengan tabah oleh kakak,abang ipar dan Kak Ina yang sedang menonton TV barangkali.

Untuk mengelak malu yang teramat sangat,aku berpura-pura mamai sambil dipimpin oleh akak aku ke tilam semula.

Ya..agak faking eshol di situ.

10 comments:

BajuKurung said...

haha.. sgguh eshol.

Sellynna said...

oh.. ingatkan akak saya sorg je yg penah jadi gini.. rupanya dia ada geng.. hehe..

noorafzan.blogspot.com said...

X PAHAM LA..
awak ngigau ke?

Ann said...

jamil jamil...haha cmtu skali hang mamai...

nasikputeh said...

oi.. kemaruk sangat dah tu..

Kensi Ell Byle said...

memalukan. hahhaa

Imma Yusri said...

hahaha... baru lar rare...

Nerzhul said...

tu la tido tak baca bismillah. hehee

brat2104 said...

akak ko serius memerlukan ketabahan yang tinggi utk melayan adik yg kuat mengigau mcm ko..

StingRay said...

bk: haha..memang! =)

selly:haha..calit sikit! =)

noor:ye...hahaha..

ann: tak tersengaja. =p

nasik: haha..=p

koala: malu woo...=p

naima:rare la sangat.=p

ner: tak ingat baca ke tak.haha

brat: aku rasa pun macam tu. =)