Thursday, June 10, 2010

Badrulzaman The Doorman

Malam tu,Badrulzaman berdiri tegap di pintu kelab yang dijaganya.Tugasnya kadang-kadang seronok,kadang-kadang bosan.Seronok bila ada awek-awek cantik keluar masuk.Bosan bila hari hujan.

Tengah sedap buat-buat muka ganas,tiba-tiba Badrulzaman ternampak seorang awek tengah terkial-kial berlari dengan kasut tumit tinggi.Agak jauh dari awek tadi,kelihatan 4 orang lelaki sedang berlari mengejar.Kelihatan gadis tadi boleh tahan jugak cantiknya.

Dalam fikiran Badrulzaman,kalau lorong belakang bangunan ada awek sedang dikejar sekumpulan lelaki,itu maknanya aksi dalam filem-filem.Tak sangka pulak Badrulzaman boleh tgk kejadian macam ni secara live.Selaku jejaka badan tegap ketul sana-sini,Badrulzaman mesti menyelamatkan gadis tersebut dari sekumpulan lelaki tadi.

Elok gadis tadi menghampiri tempat Badrulzaman berdiri,dia terus berlari ke belakang Badrulzaman.Badrulzaman yang sedang berkira-kira nak tegur tadi tiba-tiba terus naik sheikh.Serta merta dia rasa macam hero.Awek cun datang bersembunyi di belakangnya.Sebijik macam dalam filem.

Elok 4 lelaki tadi menghampiri tempat mereka berdua,Badrulzaman terus buat-buat muka ketat sambil berlari menerpa ke arah 4 orang lelaki tadi.Garang macam rimau.Niat di hati cuma nak takutkan diorang ja.Entah kenapa,secara tiba-tiba Badrulzaman menjadi gigih.Rasa nak jadi hero tak tentu hala.Sambil berlari,tangannya menggenggam penumbuk.Tak cukup dengan itu,Badrulzaman siap membuat tendangan sambil terbang.

"Yang engkau gigih sangat nak cover jantan yang curi beg duit aku tu apahal setannn..." kedengaran jeritan suara salah seorang dari 4 lelaki tadi ketika Badrulzaman sedang terbang di udara.

Badrulzaman terus mengepak-ngepakkan tangannya dan mendarat perlahan-lahan sambil matanya memandang tajam ke arah 'gadis jadian' tadi yang sedang terkangkang-kangkang melarikan diri.

Pemandangan tersebut sangat mengerikan.

Geram.

Tertipu..










Dalam malam yang gelap...kelihatan seorang gadis yang sedang berlari laju.

Gadis tersebut sedang dikejar oleh 5 orang lelaki.

8 comments:

Ju@Lucky^Mummy said...

erkkk.... 5 jantan x larat kejar 1 pondan ka..

huhuhu

Lazyf said...

Auwwwww...koser mak!!!

Hahahahahahahaha...lawak siot!!!!

aien said...

hahaha... lawak la...

adeh! bapok ke ape tu.. hik3

'AQILAH said...

hahaha, perempan dah disalah ertikan...

Nerzhul said...

tu la lenkali tanye dulu. dengar suara dia jawab kompem tak kena tipu. hahahahaaa

bungacahaya said...

Aku kenal sorang doorman nama kamarulzaman. Keje dia kunci opis kul 11 mlm tiap2 ari keje dan kul 7 tiap2 ari cuti. Kalau ade org yg terkunci..naseb la...kamarulzaman tak peduli.

Unknown said...

tajuk badrulzaman tapi link nama khalid..pelih nih~

StingRay said...

mumy: haahaha..lebih kurang..=p

lazyf: auuwww!!! hahahaha...=p

aien: rasanya lah...=p

aqilah: haha.tautakpa.=p

ner: itu la masalahnya.=p

bunga: wah..nama dia panjang betul..tak pendekkan jadi KZ? =P

naddy: mula2 letak nama tu.haha..lupa tukar.=p