Tuesday, June 8, 2010

Keghairahan Jamil

Lokasi: Kampung SmallVille
Tahun:1992 rasanya.

"Besok pagi,bersiap..kita ke KL." kata bapak aku pada satu malam.Masa tu awal musim cuti sekolah.Hujung tahun.

Aku yang baru nak pergi tidur,terus rasa cergas.Ye lah,kalau ikut jadual,minggu depan baru aku akan ke KL naik bas.Alih-alih bapak aku pulak nak pegi sekali.Lagi la seronok kalau boleh pegi dengan mak bapak ke KL.

Pagi esoknya,lepas bangun dari tidur,aku mula siapkan pakaian.Aku buka almari,cari pakaian yang paling hensem.Dah berkenan,aku letak dalam beg aku.Aku tgk,adik aku pun sama,sibuk cari pakaian dia.Dah setel pasal hal ehwal baju,aku mula memikirkan bekalan makanan masa perjalanan nanti.Ye la,kalau dalam kereta,kena la mengunyah.Baru sedap melayan angin dekat tingkap kereta.

Aku bergegas menuju ke kedai.Sampai kat kedai,aku beli Cloud9.Itu la coklat kegemaran aku.Rasa naugat dan karamel yang liat-liat memang masyuk.Keropok juga tidak ketinggalan.Perjalanan jauh tu.Makanan ringan mesti lengkap.Kalau bertolak pagi,petangnya baru sampai.Sekali tengok,persediaan makanan aku dah mengalahkan persediaan makanan kaum arab badwi yang nak rentas padang pasir.

On the way balik ke rumah,sempat jugak aku cerita kat membe sekampung yang aku jumpa tepi jalan.Aku cakap aku nak ke KL.Nanti aku tak ada,risau pulak diorang semua.

Tiba di rumah,aku masukkan semua yang aku beli tadi ke dalam beg.Aku masukkan senyap-senyap.Nanti adik aku nampak bukan buleh.Kerja dia nak berebut ja dengan aku 24 jam.

"Kita tak jadi pegi KL.Ada hal sikit." tiba-tiba bapak aku muncul di pintu bilik selepas bercakap di telefon.










Petang tu...di tepi padang sekolah....kelihatan Lisa Surihani sedang berusaha keras menenangkan aku yang sedang termenung jauh.

9 comments:

IRAH HAJERAH AZMAN said...

hahaha... isa surihani tuuu

Wanturd™ said...

lisa sughihani la..pelat sket.keh3

Akmar Anuar said...

isk isk...cian encik jamil nih...
lisa surihani pujuk ye?? SENGAL!!! X-(

sitinaminah02 said...

mesti time tu lisa surihani masih comot.. haha..

zonaku said...

hehehehehehheeee..... kecewanya diaaa... sian

Adziim said...

Bila masa pulak Lisa Surihani kenal dengan kau ni?
haha~

brat2104 said...

lisa surihani agak2nya baru bape thn masa tu ek?

miss nina said...

Lisa Surihani
isk..isk..tak puas hati betul :P

StingRay said...

mish: haha..dengki la tu.=p

mr.: nak sebut nama orang cantik kena sebut betul2..=p

akmar: hahaha..tak la sngal sangat.=p

gadis: kecik2 dia dah cun.=p

zonaku: siannnn...=( ... =}

adziim: dari kandungan lagi.Dia sms aku.=p

brat: rahsiaaaa...=p

miss: hahahaha..dengki dengki..=p