Thursday, June 3, 2010

Jeman buat hal lagi - 11

Jeman berjalan-jalan menuju ke bendang.Mengikut jadual aktiviti,pagi tersebut Jeman dan rakan-rakan nak berkumpul kat bendang.Mereka bercadang nak tangkap ikan.Hari cuti sekolah,buat apa nak lepak rumah.

Sambil menuju ke bendang,Jeman melintas kedai makan Mak Mah Janda Berhias.Kat kedai makan ni,orang jangan cakap,memang ramai.Selain Mak Mah yang masih bergetah,kat kedai makan tersebut juga ada pasang Astro.Ramai pakcik-pakcik yang tak ke kebun suka berehat kat situ pagi-pagi.

Sambil melintas,Jeman melihat ada cerita mat saleh sedang ditayangkan.Jeman berhenti sebentar untuk melihat barang seminit dua.Nanti ada jugak modal dia nak bersembang dengan membe-membe kat bendang masa tangkap ikan.

"Ko tengok diorang tu,gelas kecik,tapi masa nak minum,macam nak minum racun.Muka berkerut lepas telan." Pak Musa mula bersuara sambil hirup air.
"Arak tu.Keras kot rasa dia.Aku ada tanya anak aku yang kerja kat KL dulu,dia kata tekila.Entah..aku nak sebut pun susah." balas Pak Cik Murad,seorang pekebun paling veteran kat kampung tersebut.

"Nak minum pun terkial-kial." balas Junus,pemuda ranggi kampung yang baru selesai order air di meja tersebut.Tumpang sekaki nak berbual.
"Sedap ja mengata orang.Kalau abang Junus terer,minum la laju-laju macam tu." balas Jeman secara spontan sambil matanya tak lepas dari TV.

"Ko cabar aku ye budak.Ha..tengok ni.Dua cawan pun aku buleh telan serentak.Tapi aku cuba satu cawan dulu sebab duit tak cukup." bebel Junus sambil menghirup air yang baru tiba.Memang pantang dicabar anak muda yang suka naik motor scramble laju-laju ni.Dasar darah muda.


Sepi..



"Apa kebodoh pegi telan kopi panas laju-laju macam tu.Orang Israel pun tak buat." bebel Mak Mah Janda berhias sambil berlalu ke dapur.

Pak Musa dan Pak Cik Murad hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala memerhatikan Junus yang sedang menggelupur di tepi meja.

Kepanasan.

Sekelip mata,Jeman sudah sampai di bendang.

Dadanya berombak kencang.

7 comments:

joegrimjow said...

seyes ku ingat jerman.. sighh

Siti Noor Aminah said...

aku bukan 1st.!! cisss...

siap ler Jerman lepas nih..

SD said...

hapa crita....jeman2.....

Lazyf said...

bengong tuh Junus tuh...hahahaha...

Anonymous said...

melepoh anak tekak beb..hahaha...

brat2104 said...

x bape paham... nape dada jeman berombak2?

maksud aku nape jeman begitu reaksinya?

StingRay said...

joe: haha..mirip.

gadis:hahaa..nak rebut tempat tu. =)

sd: jeman jeman..=)

lazyf: =p..menggelabah..

ain: sungguh. =)

brat: tersilap pegi cabar orang yang pantang dicabar. =p