LONDON: Sebagai pewaris takhta kerabat diraja yang cukup popular, Putera William tentunya bosan apabila ke mana saja beliau pergi, pasti orang mengenalinya.
Percubaan beliau untuk menyamar ketika berkunjung ke sebuah kedai di luar bandar minggu lalu terbongkar kerana sebagai kerabat diraja beliau sememangnya tidak pernah membawa wang tunai.
Pada mulanya, William, 28, menafikan beliau adalah pewaris takhta Britain itu walaupun kehadirannya ditemani sekumpulan pengawal keselamatan.
Bagaimanapun, penyamarannya terbongkar apabila beliau terpaksa meminta teman wanitanya, Kate Middleton melunaskan bayaran piza dan kentang goreng dipesannya yang dibuat menerusi kad kredit platinum milik Kate.
Pembantu kedai, Sioned Compton menyedari kehadiran putera itu sebaik beliau ingin membuat pembayaran lantas menjerit kegembiraan, Oh Tuhan, anda Putera William, bukan? Bagaimanapun, William hanya menundukkan kepalanya sambil menjawab, Tidak, saya bukan Putera William.
Malu dengan tindakan serkap jarangnya, pembantu kedai berusia 22 tahun itu kemudian tidak membesarkan hal berkenaan.
William berbelanja piza peperoni sejuk beku, sebungkus kentang goreng sejuk beku, sekotak salad sejuk, sebungkus daun salad, sebotol jus oren dan dua botol air dengan kesemuanya berharga 12.60 (RM62).
Apabila Sioned memberitahu pelanggannya jumlah bayaran perlu dibuat, putera terbabit baru menyedari, seperti neneknya, beliau tidak pernah membawa wang tunai.
William lantas meminta Kate membayar harga barang berkenaan.
Kate yang juga tidak membawa wang tunai kemudian membuat bayaran menggunakan kad kreditnya.
Insiden hujung minggu lalu itu yang terpapar menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pasar mini berkenaan bukan percubaan pertama William menyembunyikan identitinya. – Agensi
Sumber: SINI.
P/S: Rasa macam nak gigit bucu laptop kuat-kuat.Ni jenis semua dah disediakan dari bayi sampai tua nih,Dasat...

11 comments:
bucu laptop tak cukup keras, bucu meja ada meh meh...
uihhh 12 dolar pun pakai kedit kad!!
aih? tak puas hati nampak?
kesian putera raja pun tak berduit. berjiwa rakyat sungguh.
moral of the story?
"ade ape pada pangkat,darjat,tahta & kebesaran"
huhhh..kiranya masa kecik2 dulu ada duaposen buat beli aiskrim gempak jugaklah.....
Kalu nak g rumh pena bagitau..
dah nama pun pewaris takhta.
~just name it
anak raja kita bawak duit tak weh?
haih susah payahn je prince william tu nak menyamar. klu hana jd puteri x de nye nk mnyamar2 ni. haha :p
p/s : hye..hari ni hana akan autopublish 4 entry pada pukul 10 pagi, 2.30 ptg, 5.30 petang and 8.30 malam. Entry penghargaan untuk kawan2 blogger hana. Ade wat review blog sikit.
Pukul 8.30 malam tu entry
khas untuk awak awak dan awak. Jangan lupa tengok tau!!
Kalau guna Visa dia dengan jelas resit mechant signature tu nama dia..
hazzy:bucu meja perisa keju? =p
tiger: bukan dollar..pound. =)
jo: takda takda takda..=p
nerzhul: haha..tak pandai bawak duit.
nurul: moral dia..mamat ni tak kenal duit.haha
firol: baekk..kang aku roger.
miss;sungguh! =)
gadis: entah.haha
anne: haha..dia nak berjiwa rakyat kot.=p
wsr: sebba tu guna awek dia pnya. =)
Post a Comment